Friday 30 September 2011

Testimonial 2 Part 2 : F'iena Beauty - Rice Milk Whitening Set. Pengalaman cik jatt.

bersambung dari entry Part 1 ni

penat aku dok menggodek balik gambar-gambar lama nak cari gambar semasa zaman gelapku dulu, time tengah suffer dengan masalah jerawat tu. tapi gambar-gambar lama kebanyakannya ada dalam external harddisk cik abang and harddisk tu  macam ada problem. jumpa satu jer gambar dalam laptop ni yang aku rasa boleh nampak la jugak masalah kulit aku dulu.

sebelum menggunakan F'iena Beauty


teruk kan muka aku dulu. jerawat memang banyak, yang kecik yang besar semua ada. parut jerawat pun banyak kat pipi, kulit kusam je. gambar ni tahun 2010, tak pasti bulan berapa. time ni, macam-macam produk aku try, tapi semua tak berkesan. sampai dah fed up, memang rasa down giler.

satu hari tu, kakak aku ada cakapla dia try satu produk baru, member dia punya. aku tengok memang kulit kakak aku cun time tu. then, aku pun suruh kakak aku tolong beli satu set, just try, mana tau berkesan. mula2 tu takut gak nak try, tapi aku confident sikit nak try sebab aku tau produk ni tak strong sebab takde proses pengelupasan. tu yang berani nak try tu.

lepas seminggu pakai, Alhamdulillah, jerawat-jerawat kat muka aku mula hilang. takde lagi jerawat-jerawat besar naik. sampai sekarang, kalau ada pun yang kecik2 jer time nak datang bulan.

aku bersyukur sangat dengan perubahan kat kulit aku sekarang. macam tak percaya pun ada jugak. nak kata perfect tu takla kan, takla gebu mana. tapi yang pasti, aku tak risau lagi dengan masalah jerawat dan kulit berminyak. kulit pun makin cerah, naturally, bukan terlebih putih macam pakai Clorox ok. parut jerawat yang lama-lama tu pun dah makin pudar. 

dah lebih kurang setahun aku pakai produk ni, dan sampai sekarang aku sangat puas hati dengan produk ni. member2 and family aku pun ada try, Alhamdulillah setakat ni semua puas hati. seronok dapat berkongsi product yang bagus dengan orang lain, especially yang kulit bermasalah supaya mendapat kulit yang diidam-idamkan. kalau tak cuba tak tau kan:)

selepas menggunakan F'iena Beauty


ni latest gambar aku, muka tanpa sebarang make-up. just pakai F'iena Beauty Day Cream. gambar pun takde edit-edit ok


ni pulak gambar pakai compact powder sikit. pun takde edit-edit

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena Beauty, klik sini

F'iena Beauty

satu set hanya RM 70

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)

Your Beauty Is Our Priority!

Testimonial 2 Part 1 : F'iena Beauty - Rice Milk Whitening Set. Pengalaman cik jatt. Susahnya nak cari produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka sensitif dan berjerawat ni

tak semua orang dilahirkan dengan kulit yang cantik dan halus mulus tanpa sebarang benda2 yang tak diingini kat muka. pastu, pakai apa pun it’s ok it’s alright, maintain jer. memang bertuah betul golongan yang macam ni kan. yang pasti, aku tak termasuk dalam golongan tu:(

orang cakap zaman remaja time sekolah tu la kulit banyak naik jerawat. aku ni, tak pulak. time sekolah kulit licin jer, satu hapa pun tak naik kat muka. time tu apa pun tak pakai, just pakai bedak sejuk yang mak tok aku buat. tapi bila dah dekat2 nak SPM tu, mula la cik jerawat datang bertapak kat muka aku. apa lagi, mula la aku gelabah mintak mak aku beli pencuci muka kat aku. saat tu, bermula la kisah suka duka aku menjahanamkan kulit muka aku sendiri. huhuhu..

macam2 pengalaman aku try produk2 kecantikan yang berlambak2 jual tu. ada yang manis, ada yang pahit. erkkk. ada ker yang manis, yang aku ingat semuanya pahit la.
Clean and Clear
first product yang aku try, time sekolah2 dulu (ingat tuh)
Kesan : tak jalan produk ni kat kulit aku. jerawat maintain, then muka naik bintik2 merah

sambil2 tu, mula la gatal2 belek majalah Mingguan Wanita. tergoda ngan satu produk ni yang sangatla femes sebab dah mencantikkan dan memutihkan ramai orang. aku pun apa lagi, beli satu set, try. satu set tuu..! dahla bapak mahal. sungguh perabih duit mak aku. bila pakai, terus jerawat aku hilang. muka pun jadi putih, sampai putih terlebih, langsung tak natural. makin lama, aku rasa kulit aku dah makin menipis, bila kena panas dah macam udang terbakar. then kawan aku cakap aku macam pakai Clorox kat muka aku. uhhh.. kata2 tu lagi pedih dari kulit aku yang pedih di saat tu. jerawat pun dah mula naik balik. lagi banyak pulak tu, merah2 lagi. arrgggghhh….tension. STOP guna sebelum fly g German.

kat german, try gakla macam2 produk. bio tak bio, semua try. hampess.. ada la yang ok, tapi sekejap jer, 2 or 3 bulan. pastu ko balik, naik balik jerawat kat muka aku. kulit pun kusam jer:( siap jumpa doktor kulit lagi, sekali alergik pulak ngan ubat doktor. cesss.. habis naik bintik2 merah penuh kat muka aku. seminggu aku tak keluar rumah. seb baik tengah semester break.

dah balik Malaysia pun try gakla carik yang sesuai. bak kata omputeh, try and error. yang murah, yang mahal, yang local, yang import semua aku try. macam tu jugak. bila try yang tak ok, makin teruk muka aku. tension giler la. time kawen pun muka aku horror sebab g buat facial. kunun nak bagi berseri la kunun.

haishhh. jeles gile tengok kulit member yang cantik2 time tu.

ada gak orang cakap, try tak pakai apa-apa tengok. ada gakla aku try, tapi lagi hancus kut aku rasa. petua ni boleh apply untuk orang yang takde masalah kulit jer.

tapi, Alhamdulillah. sekarang aku dah jumpa produk yang betul2 sesuai dan berkesan kat kulit aku. bukan senang weh nak jumpa yang sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat macam aku nih.

aku start guna bulan 8 last year, so dah setahun aku pakai produk ni. setakat ni sangat puas hati, dan semestinya aku akan terus setia ngan produk nih:)

setelah lebih kurang 12 tahun, baru aku jumpa produk yang sesuai dengan kulit aku. can u imagine that!!
nanti aku sambung part 2, tengah korek balik gambar2 lama, nak tunjuk sebelum dan selepas.

KLIK SINI PART 2 : Testimonial Cik Jatt

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena Beauty, klik sini

F'iena Beauty

satu set hanya RM 70

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)
e-mail : cikjattshop@yahoo.com

Your Beauty Is Our Priority!

Thursday 29 September 2011

Testimonial 1 : F'iena Beauty - Rice Milk Whitening Set. Pengalaman pengasas produk sendiri

seperti yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu, meh aku share Testimonial Pertama. ini pengalaman sebenar pengasas produk F'iena Beauty sendiri, iaitu Kak Ina.

sebelum menggunakan produk F'iena Beauty

Kak Ina yang bertudung hitam

Sebelum ini kulit saya kusam dan berminyak. Pelbagai produk telah saya gunakan sehingga mendatangkan kesan negatif terutama bila terkena cahaya matahari, kulit saya akan terasa pedih. Tetapi, tidak lagi setelah menggunakan produk ini. Alhamdulillah, kini ramai yang menegur perubahan kulit saya yang ketara tiada jerawat dan cerah berseri.

selepas menggunakan F'iena Beauty



Note : Aku dulu, tengok jer gambar Kak Ina yang glowing, cun, dan gebu nih, terus tak teragak-agak try. nanti aku share experience aku lak lepas nih.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena Beauty, klik sini

F'iena Beauty

satu set hanya RM 70

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)
e-mail : cikjattshop@yahoo.com

Your Beauty Is Our Priority!

F'iena BEAUTY - Rice Milk Whitening Set : membantu menghilangkan masalah jerawat dan mencerahkan kulit yang kusam

F'iena BEAUTY
RICE MILK WHITENING SET

Hasil dari petua dan ramuan tradisional, beras dan susu yang kaya dengan khasiat untuk kecantikan semulajadi kulit
  • Menipiskan dan menghilangkan jeragat
  • Membantu menghilangkan jerawat biasa dan jerawat yang kritikal
  • Menghilangkan bintik hitam
  • Menjadikan warna kulit sekata
  • Menyelesaikan masalah kulit kusam
  • Menjadikan kulit cerah semulajadi
  • Mengekalkan keanjalan dan menegangkan kulit wajah
  • Memudarkan parut jerawat
  • Menghilangkan sunburn
  • Menyelesaikan masalah kulit berminyak

Rice Milk Whitening Soap
S/M : RM 15.90
S/S : RM 17.90

Rumusan khas ini membantu menanggalkan segala kotoran seperti sisa solekan, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati. Ia menjadikan kulit wajah lebih cerah, licin, halus dan gebu.


Facial Toner
S/M : RM 12.90
S/S : RM 14.90

Digunakan bagi mencerah dan menyegarkan kulit wajah serta mengecilkan pori-pori kulit wajah sehingga wajah kelihatan lebih licin dan halus.


Rice Milk Whitening Day Cream
S/M : RM 25.90
S/S : RM 27.90

Krim ini mampu memcerah, melicin dan menghaluskan serta menegangkan kulit wajah. Digunakan pada waktu siang sekaligus bertindak sebagai krim sunblock.


Rice Milk Whitening Night Cream
S/M : RM 25.90
S/S : RM 27.90

Krim ini dirumus untuk kegunaan pada waktu malam sahaja. Ia bertindak semasa tidur bagi menggalakkan pembaharuan sel-sel kulit menjadikan kulit wajah lebih halus dan gebu.
Ia mampu menghilangkan bintik-bintik hitam dan kesan parut-parut kecil.


Rice Milk Whitening Set
Harga total S/M : RM 80.60
 Harga total S/S : RM 88.60

Cara Penggunaan

Siang

1) Basuh muka anda terlebih dahulu dengan air bersih. Selepas itu, ambil Rice Milk Whitening Soap dan gosok di tapak tangan anda sehingga mendapat buih. Kemudian letakkan buih itu ke wajah anda dan gosok ke seluruh wajah. Biarkan buih-buih ini meresap ke kulit muka anda selama 2 hingga 3 minit. Selepas itu bersihkan wajah anda dengan air bersih. Lap sehingga kering.
2) Titiskan Facial Toner (1 atau 2 titik) ke atas kapas muka, dan sapu ke wajah sehingga ke leher anda.
3) Sapukan Rice Milk Whitening Day Cream ke wajah anda perlahan-lahan sehingga rata. Dinasihatkan sapu ke leher juga supaya tone warna kulit adalah sama dengan wajah anda.

Malam

1) Ulang step 1 dan 2. Step 3 digantikan dengan Rice Milk Whitening Night Cream.

buat masa sekarang, pembelian hanya dibuka untuk satu set lengkap,

harga yang ditawarkan adalah amat berpatutan, di mana harga satu set adalah

RM 70.00
+ RM 6 Pos Laju

* sesuai untuk semua peringkat umur
* kaum lelaki pun boleh pakai yer
* produk ini tahan antara 1 hingga 2 bulan (jimat kan)

Tiada bahan berbahaya

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Kesan terhadap kulit adalah berbeza bagi setiap individu, bergantung pada jenis dan masalah dihadapi

Your Beauty Is Our Priority!

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)

Senarai Tip Kecantikan




Wednesday 28 September 2011

Nak start buat online business - jual produk kecantikan

aku ni memang cepat terpengaruh, tengok ramai orang buat online business, aku pun tergedik-gedik gak nak buat. padahal tak tau pun nak jual apa.

tapi sekarang ni aku dah tau aku nak jual apa. sebab actually aku memang dah ada buat offline business dah pun sikit-sikit. so sekarang ni, aku just transfer jadik online business pulak. nak kata business sangat tu tak sangat la kut, lebih kepada tolong2 member and family.

jadinya, aku nak start buat online business ni, di samping nak ada pendapatan sampingan, of course la nak tolong golongan2 macam aku yang mempunyai masalah kulit muka seperti jerawat, sensitif, berminyak, kusam, banyak parut jerawat dan sewaktu dengannya. betul korang, tak tipu, dulu muka aku teruk. sekarang, Alhamdulillah, banyak perubahan positive kat kulit muka aku yang membuatkan aku pun macam tak percaya. eceh.

ramai yang perasan perubahan aku, risik2 aku pakai apa, pun dah try gak product nih. so far, Alhamdulillah, semua bagi komen positif. product ni memang korang takkan jumpa kat mana2, sebab baru nak berkembang, setakat ni akak pengasas tu jual kecil-kecilan. dekat kenalan dia jer, kebetulan akak ni kawan kakak aku. kira aku tolong up kan business dia gakla nih.

meh aku letak gambar dulu:)

Fiena Beauty - Your Beauty Is Our Priority
product ni takde proses pengelupasan yer sebab takde Hidrokuinon. selamat digunakan:)

Note : Alhamdulillah. hari ni bertambah lagi pengguna product nih. 3 orang member kat tempat kerja beli sorang satu set. harap2 semua dapat result positive:)

entry2 berkenaan product ni akan menyusul kemudian. stay tuned!

Tuesday 27 September 2011

Aksi panas dua beradik di air terjun

apa yang panas tu eh. sila la lihat gambar2 di bawah:)

mula2 datang, Irfan main2 air kat tepi dulu

kakak pun test air kat tempat cetek dulu

hahhh! kakak dah terjun dah dengan mak su dia
dan akhirnya........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

si Irfan dah tinggal pampers jer. yang si kakak dah ala2 berkemban dah:)

ni semua gambar hari sabtu lepas, time balik rumah mak mertua aku. actually tak plan pun nak g mandi kat air terjun. tak tau pun aku ada air terjun kat situ. lagipun, kitorang balik hari jer sebab hari ahad cik abang kena keja. sekali time tengah lunch tu, mak mertua aku ajak g tengok air terjun, tak jauh pun, lebih kurang 15 minit jer dari rumah mak mertua aku. aku apa lagi, terusla excited.

mak mertua aku baru jer pindah situ, time bulan puasa hari tu. sebelum ni, rumah diorang kat Taman Ria, Sungai Petani. tapi dah lepas pencen tu, bapa mertua aku beli tanah kat Junjong, buat rumah kat situ. diorang nak duduk rumah kampung. biasala kan, orang tua2, suka duduk kampung, kat kampung boleh buat macam2.

so, lepas lunch tu, kitorang pegi la kejap Air Terjun Junjong tu. ramai betul budak2 mandi kat situ. rasanya rumah diorang area situ jer kut. tak sangka lak Irfan join mandi sama. selalunya, Irfan nih tak suka air sejuk. kalau mandi air sejuk, mesti menjerit-jerit. sampai nak lari keluar toilet. kena mandi air suam. tapi hari tu, punya syiok dia berendam sampai tak mau balik.

tapi yang tok syoknya, aku tak boleh join mandi sama. tak bawak baju. takpe2, it's ok, it's allright, banyak peluang lagi:)

teringin betul aku nak duduk betul2 kat bawah air terjun yang turun mencurah-curah tu

Monday 26 September 2011

Hijau itu indah dan menawan

fuhhh! penat. semalam, seharian aku dok kemas balik folder gambar kat dalam laptop nih. patutnya sekejap jer, tapi biasala kan, ada dua orang si kecik yang asyik menolong:) semalam cik abang kena kerja, so tinggal la kami 3 beranak kat rumah. ni la antara aktiviti kami selain aku kemas rumah, si kecik sepahkan rumah, aku kemas rumah balik, si kecik sepahkan balik. ok dah, aku dah tak larat nak kemas balik sebab aku tau takkan kemas punya selagi tak malam. cik abang pun pening balik rumah tengok rumah tunggang-langgang.

sebelum ni gambar2 dalam laptop aku semua berterabur, tak systematic langsung. nak belek balik gambar yang lama2 pun susah. sekarang ni senang sikit. aku dah arrange elok2 ikut system aku sendiri.

tengah berkemas tu, sempat gakla aku belek balik gambar lama2. gambar aku hampir semua mesti ada aku pakai colour pink or purple, kalau bukan baju, tudung. boring wehhh. tapi nak buat macam mana dah suka kan.

dalam banyak2 tu, tiba, terselit aku pakai baju warna hijau. baju kurung, langsung takde colour pink or purple, cantik kan colour hijau nih. minat pulak colour hijau. lepas ni kalau boleh nak beli blouse colour hijau pulak, takde lagi nih.

dengan kakak aku kat kenduri kawen sepupu aku, December 2010.
orang selalu cakap muka aku ngan sepupu aku ni sama

Irfan tengok mana tu. mama dah posing kontrol ayu dah ni

Warna hijau adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga.
Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.

Friday 23 September 2011

Day 2 Jalan-Jalan Langkawi : Berendam di Telaga Air Hangat then shopping di Idaman Suri

sambungan cerita hari kedua di Langkawi, dari entry ni.
wokeh, ni last entry pasal vacation kitorang kali ni. panjang nooo citer:) mesti korang dah muak kan. hehehe

lepas makan2 kat Tanjung Rhu, kitorang takde specific tempat pun nak g. so tengok2 peta, agak2la tempat yang boleh singgah. mula2, ayah aku ajak g tengok Telaga Tujuh. so, kitorang pun singgahla, tapi tengok dari luar jer la, tengok peta. mak aaiiii. bukan main jauh nak menapak naik atas bukit, baru jumpa Telaga Tujuh. masing2 tengok peta pun dah tak sanggup, inikan pulak nak naik, cancel.

then, terpk pulak nak singgah Telaga Air Hangat, just nak tengok apa yang ada. sampai jer kat situ, nampak lengang betul. tak ramai pun orang. tempat tu nampak baru, toilet baru, surau pun baru. baru renovate ni rasanya. actually takde benda sangat, ada banyak kolam air hangat, pastu ada satu kolam tu tempat orang dok rendam kaki. so, kitorang pun tanpa teragak2 join sekaki merendam kaki kat kolam tu. apa kebaikannya, tak tau la pulak aku. takla hangat mana pun air tu, suam2 jer.

jalan menuju ke kolam kecik rendam kaki. sepanjang jalan tu, kiri kanan ada kolam air hangat

keluarga kecik kami bergambar sebelum berendam

cik abang test dulu tahap kehangatan air

lumut2 kat dalam tu yang membuatkan Qistina mula2 geli nak rendam kaki 

Qistina berjaya mengatasi kegelian dengan merendam sebelah kaki

finally, kedua2 belah kaki berjaya direndam

Irfan pun mengikut jejak langkah kakaknya. korang, perasan tak kasut pink sebelah aku tu. cute giler kasut tu. aku beli kat Oriental Village, tempat Cable Car tu

dah habis berendam, kitorang pun gerak la menuju arah yang ditunjuk peta, sebab tak tau nak g mana pun. hehe. tiba2, terlalu kat Makam Mahsuri, so kitorang singgahla sat. tengok dari luar, macam muzium. aku bab2 muzium ni yang malas sikit nih. jadinya, kitorang tak masuk pun. beli minyak gamat jer. murah giler wehhh. 15 botol baru RM 8. kalau kat luar Langkawi, sebotol pun dah RM 2. so, if nak beli minyak gamat, memang area Makam Mahsuri tu la yang paling murah aku rasa.

sedara yang jual minyak gamat tu cakap ada Taman Ular area situ, kut2 la bawa anak2. kitorang ada gakla try2 tengok kat mana, tapi masa pun dah tak mengizinkan, maklumla, shopping time kena lebih sikit:)

terus jer la kitorang g Idaman Suri. hahhhh, sesapa yang kaki shopping pinggan mangkuk, barang dapo semua tu, tempat ni la yang paling murah. coklat ngan souviner pun berlambak kat situ, murah lak tu. banyak lagila barang2 lain. mak aku borong barang dapo, aku ngan kakak aku pulak, coklat lerrr:)

ada lagi satu tempat yang murah, Haji Ismail Group. tapi yang tu kitorang tak singgah pun.

ni la Idaman Suri. bangunan kuning tepi jalan

lepas shopping, singgah jala-jalan kat Dataran Helang sat. tak g dekat pun, sebab dah nak g masuk jeti, tiket feri pukul 7.00 petang

main2 la sekejap. at least adala jugak gambar ngan burung helang besar tu

tengok laut dulu. dah nak balik dah nih. tapi masaing2 dok syiokkk main lagi

posing dulu dalam keta sebelum balik.
BYE BYE Langkawi!

lebih kurang pukul 9.00 malam, sampaila kitorang kat Jeti Kuala Kedah. tempat parking kena bayar RM 15. ok sangatla tu kan. balik tu masing2 pun dah kaputt. singgah beli nasik bungkus dulu sebab memang lapar tahap naga, then makan kat rumah.

Alhamdulillah. bestnya jalan2 makan angin ngan family macam ni. lain kali pergi Langkawi, harap2 dapatla naik Cable Car:)

Thursday 22 September 2011

Day 2 Jalan-jalan Langkawi : Jalan-jalan di Oriental Village, Cable Car Langkawi, then makan-makan di Tanjung Rhu Beach, Langkawi

misi berjalan2 di Langkawi diteruskan pada hari kedua.
citer pasal hari pertama ada kat sini dan sini

awal2 pagi lagi semua dah bangun, pack barang apa yang patut. pukul 8.00 lebih macam tu, berangkutla kami dengan semua barang, check out siap2. then g kedai makan sebelah hotel tu untuk breakfast makan roti canai. bukan tak mau makan yang lain, tapi sebab tu jer yang ada kat kedai makan tu walaupun kedai punyala besar. belasa jer la, janji kenyang.

after breakfast, destinasi pertama yang bakal diterjah adalah, of courseeeee, Cable Car...

kakak aku tengah mengusya jalan nak g Cable Car and mana tempat2 menarik yang patut singgah

cik abang as a driver and abang ipar aku as a co-pilot tengah mencarik jalan ke Cable Car 

yeyyy! dah sampai! sangat panas terik time tu, membuatkan mata aku betambah sepet

macam biasa, posing depan main entrance dulu

besar gak Oriental Village tu. ada banyak giler kedai cenderamata kat dalam tu, kedai makan pun berlambak. ada tasik, boleh naik paddle bot lagi. tapi tu semua tak penting, yang penting, Cable Car. sampai2 jer kat counter tiket, tu diaaaa! punyala panjang orang que nak naik. mak aii. tak sanggup mak. pk punya pk, dengan berat hatinya, terpaksala cancel plan nak naik Cable Car. mana taknya, kalau kitorang beli tiket time tu, kena que sampai 2 jam, baru dapat naik. tu time nak naik, time nak turun berapa jam pulak kena que. aku pasrah:(

jadinya kitorang jalan2 jerla kat dalam tu sambil makan2 aiskrim. pastu g tengok deer, bagi deer makan.

korang tengok, punyala panjang orang que nak naik Cable Car. dari atas sampai ke bawah, tu belum tengok kat dalam lagi tu macam mana

Irfan dengan pak longnya. tak geli pun Irfan pegang deer tu. aku pulak yang geli lebih2

Qistina and Irfan tengah tengok orang bagi makan deer. Qistina ada gak try, nampak dia macam geli sikit:)

lepas dah berjalan2 kat Oriental Village tu, kitorang gerak ke Tanjung Rhu pulak sebab masing2 perut dah berkeroncong. makan kat situ best sikit, sebab kedai makan sebelah pantai. best sungguh sambil makan kena angin pantai nih.

panas terik betul kat situ, seb baik ada banyak pokok kelapa, teduh sikit. memang confirm takde orang mandi kan. tapi mat saleh separuh bogel banyakla berjemur kat situ.

kita order makan dulu!

aku pulak, macam biasa, posing dulu sementara tunggu makanan sampai

makanan dah habis, posing jugak. rehat2 dulu kat situ sambil kena angin pantai

apala agaknya yang Irfan tengah cakap tu. mintak izin nak g main kat pantai kut

cover kepala dulu, panas terik tengah2 pantai tu

tu dia!!! tengah panas terik pun bukan main jauh lagi si kecik dua orang tu berjalan.
yang si paklong tengok dari kejauhan kat bawah pokok

dah macam rappers mama tengok

yo yo! wassuuppp yo!

Wednesday 21 September 2011

Day 1 Jalan-jalan Langkawi : Mandi-manda di Pantai Cenang, Langkawi

bersambung dari entry ni, still citer hari pertama di Langkawi

lepas check in kat hotel, masing2 semua pengsan kesan pening2 dilambung ombak dalam feri. Qistina ngan Irfan jer yang still aktif berlompat sakan kat dalam bilik.

lebih kurang pukul 4 macam tu, baru kami kuar g Pantai Cenang. dengan berpakaian yang sesuai untuk bermandi-manda, kami segerombolan pun kuar berjalan ke Pantai Cenang. cuaca sangat redup hari tu, sangat best okeyy. sepanjang jalan menuju ke pantai tu, banyak giler kedai makan, kedai jual cenderahati, macam2 ada.

cik abang and Qistina on the way nak g Pantai Cenang

mak tok and Irfan. Irfan isi minyak dulu.
pakai baju lusuhan jer. aku lupa nak beli baju swimming kat Irfan

sampai jer kat pantai, memang happening sangat. ramai betul orang. kedai makan pun berlambak. ada orang offer Island Hopping, teringin giler aku nak join tapi aku sorang ja yang tergedik2 nak naik kut, orang lain tak mau. takpela, next time ada lagi. tunggu anak2 besar sikit, baru senang nak join apa2 aktiviti.

so, bermula la aktiviti bermandi-manda. syok giler. dah bertahun aku tak mandi pantai. Qistina yang paling enjoy aku tengok. Irfan lak tak nak mandi. pijak pasir pun tak nak. dia macam geli nak pijak. hehehe

gambar mandi-manda terpaksa ditapis yer, banyak yang tak dapat disiarkan kat sini. agak seksi gitu. awww

wah wah wah. anak dara kecik ni dah excited dah ni

test air dulu. sejukkkkkkk

best, syiokkk tahap maksimum. tapi aku takleh g tempat dalam, nanti Qistina nak ikut

time ni dalam otak aku tengah dok ligat pk pantai mana pulak nak g lepas ni. tak puas wehhhh

aktiviti bermain pasir membuat rumah untuk siput2 kecik bersama si ayah

mama enterframe:)

akhirnya, hilang jugak kegelian Irfan. nak gak dia duduk atas pasir tu. tapi jauhhhh sangat dari pantai:)

posing dulula sebelum balik, walaupun dalam hati meronta2 tak mau balik...(again, aku jer)

balik jer hotel, rehat2 jap. malam lepas Maghrib, kitorang kuar lak g makan. tapi tak semua yang makan. geng lelaki jer yang makan, yang gegirl just minum2 jer, sebab dah kenyang dengan nasik lemak mak aku yang sampai ke petang dok melantak lagi. mak aku siap bawak ketupat ngan nasi impit lagi:)

malam tu memang happening sangat. ramai betul orang. jalan area Pantai Cenang tu diorang tutup, sebab ada perarakan sempena Hari Merdeka and Hari Malaysia. siap ada concert lagi, tapi tak sure lak artis mana yang datang. kitorang pun tak lama kat situ. Qistina and Irfan dah tertido kat dalam kedai makan. punyala letih:)

berakhirla hari pertama kami kat Langkawi. next entry, citer hari kedua pulak k!