Tuesday 29 November 2011

Spending quality time di playground bersama anak2

kepada yang bertanya kenapa anak2 aku tak duduk ngan aku sekarang, jawapannya, adalah sebab aku dan cik abang dah discuss, biar mak aku jagakan Irfan buat sementara waktu, sebab hari tu kan Irfan kena Pneumonia. biar la Irfan ngan kakak duduk ngan mak aku dalam sebulan macam tu, biar Irfan betul2 sembuh. insyaAllah this weekend kitorang bawa balik duduk ngan kitorang balik. ni la first time berpisah lama ngan anak2. terseksa jiwa raga aku menahan rindu hari-hari. tak boleh tahan:(

so, last weekend, aktiviti aku bersama anak-anak adalah bermain-main di playground kat Alor Setar. selalunya wan diorang yang bawak main kat situ. aku pun dah lupa apa nama tempat tu. kat situ memang jadik tumpuan orang jogging and parents yang bawak anak main2. pagi petang sentiasa penuh. aku rasa orang suka g situ sebab kat situ banyak pkok, teduh jer. Qistina and Irfan enjoy sangat dapat main-main kat situ. semput jugakla aku ngan cik abang melayan.

wokeh, jom layan gambar:)

 ni la yang Irfan paling suka

jaga2. dah keluar dah. ayah dah standby dah tu

hahhhh! kiri kanan si ayah control anak2

alamak. shoes kakak jatuh kat bawah pulak

yang ni, favourite kakak

'mama ayun Irfan ok'

sempat lagi mama posing tu


Irfan nak swing sendiri, tak kasi mama buat


last sekali, main jongkang jongket pulak

Monday 28 November 2011

Keputusan Malaysia lawan Bahrain. Suka pulak tengok Nazmi Faiz tuu....

sapa tengok bola semalam? aku ni tak la minat sangat bola nih. tapi bila dah cik abang tengok tu, layan la jugak sekaki. recently, macam tersuka pulak tengok team Harimau Muda main. sebab aku suka tengok ada sorang budak tu main. pakai jersi No. 12. Nazmi Faiz namanya. muda giler budak ni, baru 17 tahun. SPM pun tak ambik lagi, postpone next year kut. walaupun muda macam tu, tapi terer betul dia main. aku yang tak tau apa-apa pasal bola ni pun, boleh nampak ketereran dia.

tapi sayang, team Harimau Muda kita kalah dengan Bahrain, 2-3. apapun, aku rasa diorang dah main dengan baik. actually, aku pun tak tau apa yang jadik. sebab, mula2 Malaysia yang lead. lepas tu, aku tertido. so, aku pun tak tau macam mana Bahrain tetiba skor sampai 3 gol. tau result pun lepas tanya cik abang pagi tadi. honestly, ada sedikit frust la.

Nazmi tu yang tengah angkat tangan tu:)

Saturday 26 November 2011

Salam Awal Muharram 1433 Hijrah

Assalamualaikum semua
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas

Friday 25 November 2011

Rindu serindu rindunya bila anak-anak tiada di sisi

tak sabarnya nak balik Alor Setar petang ni. lepas kerja confirm terus cabut balik. selalunya memang jammed pun, tapi hari ni mesti jammed giler2 bridge nanti, sebab semua orang nak balik kampung. hari Isnin ni government and most of company cuti Awal Muharram , tapi kilang aku tak ambik cuti ni. jadinya, kerja macam biasa la aku hari Isnin ni.

tak sabarnya nak jumpa dua si kecik tu. rindu yang teramat rindu. hari2 asyik dok bergayut kat tepon jer aku ngan si kakak. punyala banyak membebel si kakak tu. Irfan pulak, hello...mama...bye bye:) tadi call, mak aku citer bukan main rancak lagi bermain dua beradik tu. bergaduh pun yer jugak. selalunya Irfan la yang mulakan, dan dia jugakla yang menang. budak laki:)

mama rindu sangat kat anak-anak mama:(

Thursday 24 November 2011

Jom tengok lampu di I-City Shah Alam

sekarang ni cuti sekolah, jadinya kakak aku dah berangkat g KL rumah abang ipar aku. diorang ni PJJ, kakak aku cikgu kat Kedah, still tak dapat tukar sekolah kat KL. selalunya, kalau kakak aku g KL, aku akan ambik cuti, join sekaki ikut kakak aku, bawak anak2 gi jalan2. tapi kali ni, tak dapek den nak ikut sebab cuti aku habis terus. takkan nak ambik unpaid leave kut semata-mata nak berjoli katak. no no no.

last aku g KL, cuti sekolah hari tu, bulan 5 kut tak silap aku. dah g KL tu, kitorang g terjah I-City, saja nak tengok apa yang best sangat. tak tau jalan pun, main redah jer. sampai kat satu roundabout kat Shah Alam tu, tanya la sorang mamat naik moto ni jalan nak g I-City. dengan confidentnya mamat tu cakap, 'straaaaiiiiiight jer..sampai nampak sign board. straaaaiiiight jer'. kitorang yang lurus bendul tu pun ikutla cakap mamat tu, straight jer la sampai masuk kawasan lengang yang langsung tak logik akan menuju ke I-City yang glamer tu. dahla kereta lain takde pun lalu jalan tu. signboard hapa pun tarak.

seb baik ternampak satu stesen minyak. tanya la mamat yang kerja kat situ. pun dengan confidentnya dia explain jalan. tapi adala kena corner gak, logikla sikit kan. Alhamdulillah, akhirnya sampai gak kami ke I-City. masuk free jer. just bayar parking RM 10. punyala lama perjalanan, sampai Qistina and Irfan pun dah ngantuk. so, diorang macam tak enjoy sangat.

layan jer la gambar kami kat situ, yang mana aku yang excited lebih tengok lampu2 tu. tapi takla sampai tahap jakun:)

Qistina and Irfan with mak tok, mak long and pak long. 
dua2 muka mengantuk:)

Qistina and Irfan dengan pak long kesayangan

aku pakai baju ikut tema, lampu pun penuh di baju

 dikelilingi oleh binatang

posing lagi

Qistina dah mula mengantuk

Note : ada yang request tutorial pakai shawl guna pin jer tu. actually senang sangat nak pakai macam tu. tapi masa tak mengizinkan la aku nak buat. sorry yer rakan2 ku sekalian. insyaAllah, kalau berkesempatan, aku cuba usahakan:)

Wednesday 23 November 2011

Tip Kecantikan : Mempunyai masalah kulit muka? Mari kenali jenis kulit muka anda..

kulit muka korang jenis yang mana eh? soalan kepo:)

KULIT NORMAL
* Sebum atau minyak semula jadi pada muka adalah seimbang, tidak terlalu berminyak, tidak terlalu kering
* Tekstur kulit kelihatan lembut
* Liang roma kecil
* Kulit jarang mendapat jerawat atau jerawat ada pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu haid atau stress

KULIT KERING
* Kelenjar minyak kurang aktif, jadi kurangnya penghasilan sebum
* Tekstur kulit kasar, kadang-kadang mengelupas
* Liang roma kecil atau kadang-kadang tidak kelihatan, kusam tidak berseri.

KULIT BERMINYAK
* Kelenjar minyak sangat aktif, terlalu banyak penghasilan sebum
* Muka kelihatan berkilat dan melekit
* Liang roma besar, jelas kelihatan
* Mudah dijangkiti jerawat kerana liang roma mudah tersumbat dan menyebabkan radang.

KULIT KOMBINASI
* Gabungan ketiga-tiga jenis kulit di atas iaitu kulit biasa, kering dan berminyak
* Secara amnya, bahagian dahi dan hidung (zon-T) berminyak dan kering di bahagian pipi dan dagu
* Liang roma di zon-T kebiasaannya besar dan memudahkan jangkitan jerawat.

KULIT SENSITIF
* Kulit yang nipis dan tegang akibat kekeringan
* Bertompok kemerah-merahan dan menggelupas
* Mudah merengsa jika salah memilih produk
* Mudah kemerahan terutamanya dalam cuaca panas terik matahari

:: Credit to Berita Harian ::

terdapat pelbagai faktor yang menentukan jenis kulit kita ni, termasukla faktor pemakanan, tempat tinggal, perubahan cuaca, umur, perubahan hormon dan jenis produk kecantikan yang digunakan. iyerrr.. produk kecantikan pun boleh menentukan aka mengubah terus keadaan kulit kita, either make it worse or make it much2 better.

aku dah banyak pengalaman menggunakan produk2 yang dah menghancuskan muka aku. mula2 aku dilahirkan sampaila aku nak dekat SPM, kulit aku dalam kategori normal. lepas tu, disebabkan perubahan hormon, tiba2 kulit aku jadik berminyak dan cik jerawat pun punyala banyak menempek. jadinya, aku pun tergedik2la try macam2 produk untuk hilangkan minyak dan jerawat kat muka aku. hasilnya, minyak and jerawat maintain, plus kulit aku jadik sensitif pulak. down giler.

Alhamdulillah, setahun yang lepas aku jumpa produk F'iena Beauty ni. disebabkan kulit aku dah sensitif, mulanya aku takut gak nak try pakai. tapi bila tengok kakak aku try cantik jer kulit dia, takde menggelupas or merah2 macam sesetengah produk tu, aku pun jadi confident try. lagipun pada aku, since product ni berasaskan susu dan beras, dan takde bahan2 yang berbahaya, insyaAllah kulit aku akan selamat. paling teruk pun, kulit aku maintain which means still kusam, berminyak dan berjerawat. tapi, tanpa disangka-sangka, product ni tersangatla bagus. bukan sahaja semua masalah kulit aku tu hilang, kulit aku yang super sensitif pun akhirnya dah back to normal. Alhamdulillah, syukur sangat2:)

product F'iena Beauty ni sesuai untuk semua jenis kulit. kesan terhadap kulit adalah berbeza bagi setiap individu, bergantung pada jenis dan masalah dihadapi. jangan risau, product ni takde bahan-bahan berbahaya ok. ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia:)

if korang nak tengok gambar aku sebelum dan selepas pakai F'iena Beauty, klik sini yer

nak tau lebih lanjut pasal product ni, klik sini ok:)

F'iena BEAUTY Rice Milk Whitening Set RM 70/set

Wordless Wednesday # 11

Tuesday 22 November 2011

Tip Fashion : Contoh pemakaian shawl tanpa menggunakan brooch, tapi still kemas

tensen kan tengok tudung atau shawl kita berlubang disebabkan brooch. shawl and tudung bawal aku boleh dikatakan hampir kesemuanya dah mengalami nasib macam ni . satu-satunya cara untuk mengelakkan benda ni, adalah dengan memakai tudung yang tak perlu guna brooch, macam tudung syria and tudung instant tu. tudung syria aku adala selai dua . tudung instant aku takde langsung. tudung instant tu aku pernah try, tapi muka aku bulat semacam jer aku rasa bila aku pakai. cancel.

disebabkan aku ni lebih cenderung kepada pemakaian shawl, jadinya aku kena guna teknik pakai shawl yang hanya guna pin aka jarum peniti, supaya shawl2 kesayangan aku tu tak berlubang sana sini. kalau korang tengok tutorial shawl yang hanya gunakan pin ni, biasanya jenis yang messy or loose style. gaya tu memang cantik, tapi aku rasa macam tak sesuai pulak untuk aku yang agak berusia ni. tambah2 pulak berjalan dengan anak2 kecik2 ni. jangan mimpila nak pakai shawl macam tu.
jadinya, aku dah ubah sikit-sikitla loose style tu ikut citarasa aku sendiri. kasi kemas sikit. apa pun tetap tak perlu guna brooch. pakai shawl jenis apa pun sesuai, janji pakai inner neck. kalau tak, kang nampak leher pulak.

tak payah pakai brooch pun kemas jugak. 3 pin sahaja diperlukan untuk pakai macam ni

still gaya yang sama. tapi kasi loose sikit, sikit jer

Friday 18 November 2011

Jangan terlalu memaksa apabila mendidik anak-anak. Gunakan minat anak sebagai satu kelebihan

aku dari dulu lagi selalu tanya Qistina, 'kakak bila dah besar nanti nak jadi apa'. then, aku sendiri jawab, 'nak jadi doktor eh'. tapi Qistina pulak jawab, 'tak...kakak nak jadi Barbie. lepas kakak jadi Barbie, barula kakak jadi doktor, ok'. tetap dengan Barbie nya. actually, dua2 tu ada advantage yang boleh aku gunakan dalam proses mendidik anak.

advantage of Barbie
- time nak pujuk gosok gigi, bila macam liat sikit, aku akan cakap 'kakak kan nak jadi cantik macam Barbie kan, kena rajin brush teeth ok'
- time tak nak makan sayur, 'kakak kan nak jadi cantik macam Barbie kan, kena makan vegetables, barula kulit cantik, eye cantik, semua cantik'
tu antara contohnya la, banyak lagi kes2 lain yang aku guna, setakat ni Alhamdulillah berjaya

advantange of Doktor
- of course macam mak2 lain, aku pun cakap benda yang sama 'kakak kalau nak jadi doktor, nanti kena belajar rajin2 ok. nanti mama sakit, bolehla kakak bagi ubat kat mama'

sekarang ni Qistina suka sangat main doktor-doktor. selalunya Barbie atau bear la yang jadi patient dia. kena inject la, kena bandage la, kena suap ubat la, check temperature la. mama, ayah, Irfan pun pernah jadi patient Qistina:) aku siap belikan Medical Set lagi untuk Qistina.

excited Qistina dapat Medical Set baru

 seriesnya doktor. tengah check patient ke

ooo.. ni ke patient tu. tak nampak macam sakit pun

Irfan pulak tetap dengan Ultraman nya. tapi kalau tanya Qistina, 'Irfan besar nanti nak jadi apa',dia akan jawab, 'pilot!'

advantage of Ultraman
- aku gunakan Ultraman untuk pujuk Irfan kat hospital time nak kena nebulizer tu, Alhamdulillah berjaya
dan ada kes2 lain pun aku gunakan Ultraman jugak.

sejak bila Ultraman ada pedang pun aku tak tau. tambah collection Irfan:)

sekian serba sikit perkongsian cik jatt yang juga masih dalam proses belajar cara-cara mendidik anak

Note : kesimpulanya, apapun yang anak anda minat, take it as ur advantage. janganla sesekali kondem or kritik anak, contohnya 'buat apala nak jadi Barbie. tu kan patung. nak buat apa jadi patung'. bagi aku, rasanya tak patut cakap kat anak2 macam tu

Thursday 17 November 2011

Anmum Essential : PERCUMA pek 500 g dan menangi Ipad 2 dengan mudah

since umur 1 tahun, dua2 anak aku, Qistina and Irfan aku bagi minum susu Anmum Essential. dulu time mula2 nak cari susu apa nak bagi kat anak2 aku, ada gakla aku survey pasal susu-susu yang berlambak kat pasaran tu. orang cakap, bagi susu apa pun, mahal ke murah ke, sama je. aku rasa, semua parents nak yang terbaik untuk anak2 mereka kan, termasukla aku. logiknya, lagi mahal susu tu, lagi bagus la kan. apa pun, yang penting ikut kemampuan masing-masing. aku idak ler beli yang mahal, tak mampu den. seminggu setin sorang wehhh! 

nak kata susu Anmum Essential ni mahal sangat, tak jugak. nak kata murah pun tak jugak. tapi aku rasa affordable. the reason aku tertarik dengan susu ni, satunya sebab aku selalu tengok iklan kat TV pasal sel-sel otak yang berhubung tu. see see, betapa besarnya pengaruh iklan kat golongan yang cepat terpengaruh macam aku nih. sekarang ni, keluar pulak pasal iklan tanpa gula tambahan tu. so, kira okla tu:) lagipun actually anak-anak aku since dalam perut dah minum spesis susu ni dah, sebab aku minum Anmum Materna.

sekarang ni, Anmum Essential ada buat promotion. kita boleh tebus pek 500 g dengan PERCUMA, just hantar hujung pencedok dia je. kalau bertuah, boleh menang Ipad 2! ada 100 Ipad 2 untuk dimenangi dengan setiap penebusan ke 100.

 detail tentang PROMOSI Anmum Essential

aku dah kira2, lebih 10 kotak aku boleh tebus. tapi seorang boleh tebus 5 kotak jer. so, aku tebus 5 kotak, kakak aku tebus 5 kotak. yang balance hujung pencedok tu, aku simpan dulu. next time boleh tebus lagi.

jom layan gambar anak2 aku tolong kira hujung pencedok tu. excited anak2 mama nak dapat susu free. tapi mama lagi excited:)

 series nya Irfan. kakak rilek jer

 hahhhh. macam tu la. senyum sikit:)

 banyak wehhhh!

Note : mak aku cakap, aku kecik2 dulu minum susu Nespray jer

Wednesday 16 November 2011

Aktiviti weekend menghabiskan masa kat tempat lepak budak-budak sekolah, City Plaza Alor Setar

weekend lepas, aku ngan cik abang balik lagi rumah mak aku kat Alor Setar, sebab Qistina and Irfan ada kat situ. insyaAllah minggu depan balik lagi, sebab kitorang plan nak biar anak2 duduk ngan mak aku lagi seminggu.

aku kalau balik rumah mak aku, aktiviti aku yang paling utamanya adalah makan dan makan dan makan masakan mak aku. mau gemuk aku kalau selalu melantak tak hingat macam nih. pagi petang siang malam asyik makan jer. jadinya, untuk mengelakkan daripada aku berterusan ulang alik ke dapur, aku pun mengambil keputusan untuk kuar jalan-jalan ngan kakak aku.

tak g mana2 pun, just g City Plaza jer. dah lama giler aku tak jejak kaki kat situ. dulu time zaman muda remaja, selalu la aku g situ ngan member-member sekolah. bukannya ada apa sangat pun, banyak outlet-outlet kecik kat situ, tempat tengok wayang, tempat main bowling, karaoke. kesimpulannya, takde benda sangat pun untuk golongan macam aku yang bawak anak-anak kecik nih. tempat ni more happening to budak-budak muda remaja yang belum kawen ataupun baru kawen. memang terbukti pun time aku g tu, penuh dengan golongan ni jer kat situ.

so, kitorang just jalan-jalan kat situ sambil melaburkan duit dalam mesin game. macam biasa, jom layan gambar...

hmmmm.. macam mana nak main benda nih

ooooo.. kena pijak2

hahhh! main yang tekan2 pulak

yang ni canggih sikit. touch skrin jer

Note : rindunyaaaaaaa kat Qistina and Irfan:(

Mak artis, Nashrin MyStarz LG pun dah start pakai F'iena Beauty set:)

korang kenal tak artis ni, Nashrin. dia dapat nombor dua dalam My Starz LG musim kedua dulu. lepas dia menang tu, macam sunyi sepi jer mamat ni. tapi recently, aku selalu gak dengar lagu dia keluar kat Hot FM, Fobia Cinta and Percaya Pada Luka. not bad lagu tu. kira telinga aku boleh terima la. AIM hari tu pun dia ada perform gak, sekali dengan Hafiz, Salma ngan Stacy.

ni la Nashrin MyStarz LG

kebetulan pulak, mak Nashrin ni keja satu tempat ngan aku, satu department lagi. mak dia baru jer beli F'iena Beauty semalam. aku panggil dia Kak Ros. actually, sebelum raya haji hari tu lagi Kak Ros nak try F'iena Beauty, tapi baru semalam aku sempat bagi, sebab sebelum ni aku bercuti panjang kat hospital tu kan. mudah-mudahan Kak Ros yang cantik tu semakin cantik dan berseri-seri lepas ni:)

sape interested nak try F'iena Beauty atau nak tau lebih lanjut tentang produk ni, klik sini ok:)

Note : Syukur Alhamdulillah, setakat ni semua bagi positive feedback selepas try F'iena Beauty. masing-masing dah repeat order:)

Tuesday 15 November 2011

Rice Milk Whitening Set - mengatasi kulit yang berminyak, berjerawat dan kusam, sekaligus mencerahkan kulit

*sila klik gambar untuk gambar yang lebih jelas dan besar ok*
untuk keterangan lanjut mengenai F'iena Beauty, Rice Milk Whitening Set, sila klik sini ok

Kena ada akaun Pos Laju ke kalau nak dapat plastic bag tu, bukan free ke?

selalunya bila aku pos barang kat customer, aku akan letak dalam beg kecik or plastic bag kecik, then terus letak dalam plastic bag yang Pos Laju provide tu. itu kalau VCO Softgel la, kalau F'iena Beauty, lagi confident bila letak dalam kotak. office Pos Laju dekat jer ngan rumah aku kat Penang nih, and kat situ, diorang memang akan bagi plastic beg Pos Laju tu everytime aku nak pos barang.

mula2 dulu, aku ada tanya gak, kena beli ke apa ke, sebab aku ingat nak angkut banyak2 bawak balik rumah supaya senang aku nak pack siap2. tapi, diorang cakap, diorang akan bagi plastic tu bila datang nak pos barang kat situ. tak payah beli, free jer.

weekend lepas, since aku balik Alor Setar, so aku pun pos la barang kat post office situ. selamber jer la aku letak barang2 dalam plastic beg kecik, then hulur kat kakak yang jaga kaunter post office tu...

kakak : ehh, awat tak bungkus dalam kotak?

aku : takpe kak. yang ni boleh letak jer dalam plastic bag tu

kakak : mana boleh dik. kena bungkus. plastic bag tu untuk orang yang ada account ja

aku : account apa ni kak. kat Penang selalu saya dapat jer plastic bag tu

kakak : duduk mana ni. Alor Setar ke Penang?

aku : saya duduk Penang. ni saya balik Alor Setar, so saya pos la kat sini

kakak : tak boleh dik. kena bungkus dalam kotak macam tu (sambil dok tunjuk susunan kotak kat belakang dia)

aku : habis tu macam mana ni. saya tak boleh pos ka ni. kena balik bungkus dulu ker?

kakak : takpela. kali ni kami tolong

aku : ok. terima kasih

sebenarnya aku macam hangin sikit time tu. dahla shawl kesayangan aku tertarik benang sebab terkena meja kat Post Office tu, pastu tak dapat plastic bag pulak. seb baik last2 akak tu bagi. agaknya sebab dia tengok muka aku emo semacam kut. sorry akak:)

setakat ni, Alhamdulillah, semua order selamat sampai ke tangan customer tanpa ada sebarang kerosakan. tu yang paling penting:)

ni la plastic bag tu. yang borang tu, dah sedozen aku angkut balik rumah. boleh isi siap2, senang

ni la shawl kesayanganku yang tertarik benang itu.
walaupun sepuluh ringgit jer, tapi shawl ni best. cantik,selesa dan senang dipakai. terletak jer kat muka

Note : Stok baru Catalyst VCO Softgel and F'iena Beauty dah sampai. sape nak order, sila contact cik jatt ok:)

Monday 14 November 2011

Bercuti raya di hospital, dari KPJ Penang Specialist Hospital ke Kedah Medical Centre

salam kawan2 semua. first of all, thanks for all your wishes. really appreciate that

minggu lepas adalah minggu yang paling bz dan penuh dugaan untuk keluarga kecik aku ni. dua hari sebelum raya, Irfan admitted sebab kena Pneumonia. aku time tu dah tau dah, sure aku kena raya kat hospital punya. tapi aku tak kisah pun, janji Irfan sihat. so, aku dah bawak baju melayu Irfan and baju kurung untuk pakai hari raya, saja jer nak feel raya sikit.

Alhamdulillah Irfan dah tak demam dah. selera makan pun dah back to normal. tapi batuk ngan flu tak hilang lagi. time dokter datang check pagi raya tu, dokter cakap Irfan boleh discharge. just datang lagi dua hari untuk ambik injection bagi complete antibiotic. so, lepas ambik yang 3rd day punya antibiotic kat hosptal tu, dalam pukul 3 lebih macam tu, kitorang pun berangkatla balik kampung cik abang sebab ada buat korban sikit. lepas tu, dalam pukul 6 macam tu, terus cabut balik rumah mak aku kat Alor Setar pulak, tak sabar giler nak jumpa Qistina.

aku ngan cik abang dah discuss, buat sementara waktu, kitorang akan bagi mak aku jaga Irfan sat, sampai betul2 sembuh. Qistina pun tinggal sekali, bukan apa, tak sanggup nak pisahkan dua beradik tu, nanti si kakak asyik tanya adik mana jer. biarla diorang main sama2. jadinya, kitorang ulang alik dari Alor Setar ke Penang untuk ambik injection tu.

last day Irfan kena g hospital tu, malamnya cik abang pulak kena diarrhea and muntah2. pukul 2 pagi macam tu bawak g Kedah Medical Centre, dokter cakap kena food poisoning and suruh admit tapi cik abang tak nak. so just ambik injection. esoknya, sampai ke petang cik abang tak ok lagi. g check balik kat KMC, then dokter suruh admit. berkampung lagi kat hospital. Alhamdulillah, lepas sehari kat  hospital, cik abang dah ok and boleh discharge.

dugaan betul kan...

setelah bercuti panjang kat hospital, aku pun start kerja balik hari Jumaat lepas. bz yang amat dengan kerja banyak pending menimbun-nimbun.

entry kali ni penuh ngan gambar2 kat hospital jer, tak sempat pun bergambar time beraya. layannnnn

Irfan bersuka ria dapat main and spend time with mama

alamak. Irfan pakai baju pink bunga2. pinjam sweater kakak sat, sweater Irfan kotor

selepas sehari, Irfan dah mula tenang bila kena sedut gas ni, sebab mama and nurse cakap Ultraman pun pakai macam ni:)

boringla duduk dalam bilik. jalan2 la pulak dengan....Ultraman:)

alamak! mama lupa bawak butang baju. takpe, anak mama tetap maintain hensem

apasal gambar ni lighting pelik semacam, aku pun tak tau. dahla aku serabai semacam, maklumla jaga anak kat hospital

hiyarggghhh! Ultraman!
sehari selepas discharge, g hospital untuk antibiotic jab

kakak teman Irfan inject nanti ok!

3 buah hati kesayangan mama

diakhiri dengan gambar gedik aku:)

Note : hari ni Irfan kena g follow up kat hospital. mudah-mudahan semua ok.