Susu Ibu - Hak Mutak Anak Anda
Saya pasti, setiap ibu semestinya menginginkan yang terbaik untuk anaknya termasukla saya sendiri. Walaupun pada zaman yang serba moden ini, di mana kebanyakan ibu adalah wanita berkerjaya, kita dapat lihat sekarang semakin ramai ibu-ibu yang mula menyedari dan menyokong pemberian susu ibu. Jika anda sedang membaca entry saya ni, TAHNIAH saya ucapkan kepada anda, dan saya doakan agar anda berjaya dalam usaha untuk memberikan yang terbaik buat si kecil anda.
Susu ibu adalah hak mutlak anak yang patut ditunaikan oleh seseorang ibu. Sebenarnya, tidak susah untuk menjayakan penyusuan ibu, tetapi tidak juga mudah. Apa yang penting, kita haruslah mempunyai pengetahuan tentang penyusuan untuk menghadapi sebarang rintangan dan dugaan sepanjang menjayakan proses penyusuan ini.
Pengetahuan tentang penyusuan sangat penting. Kerana kurangnya persediaan dan pengetahuan tentang penyusuan jugala saya hanya berjaya menyusukan anak pertama saya sehingga setahun dua bulan. Jadi, sebelum saya melahirkan anak saya yang kedua, saya telah melakukan banyak persediaan dari segi pengetahuan dengan membaca dan bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman kerana saya berazam untuk menyusukan anak saya sehingga 2 tahun, dan Alhamdulillah saya berjaya.
Seperti juga ibu-ibu lain, ada 2 MASALAH utama yang membuatkan saya rasa kadang-kadang nak give-up juga. Tapi bila jadi macam tu, cepat-cepat saya muhasabah diri balik dan saya akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. 2 masalah itu adalah:
- Susu makin lama makin kurang
- Badan selalu letih dan tidak bertenaga, cepat mengantuk
Kedua-dua masalah ini sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain. Apa kata kita lihat dulu kenapa badan kita selalu letih dan tidak bertenaga:
1. Stress
Stress akan membuatkan kita asyik fikirkan benda yang menekan jiwa hingga menyebabkan badan menjadi letih, lesu, lemah dan sebagainya. Selain itu, ada juga kajian yang menyatakan stress boleh membawa kepada penyakit-penyakit fizikal tertentu.
2. Kekurangan Zat
Setiap vitamin mempunyai fungsi yang tertentu. Contohnya, Vitamin B12 berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Oleh itu apabila kita kekurangan Vitamin B12 yang terdapat di dalam B Complex, sel badan kita akan kekurangan oksigen dan ini akan menyebabkan kita akan mudah berasa penat, letih dan lesu. Kekurangan B Complex juga memberi kesan kepada metabolisma tubuh, kawalan stress, sistem saraf dan sebagainya.
3. Kurang Darah (Anemia)
Jika badan kita kekurangan zat besi, ini akan menyebabkan kita mengalami masalah kurang darah atau anemia kerana zat besi penting untuk pembinaan sel darah merah. Seseorang Seseorang yang menghidap anemia lebih mudah penat dan cepat rasa nak marah.
4. Badan yang Tidak Sihat
Contohnya apabila batuk, demam dan selsema, secara automatic kita akan menjadi kurang tenaga dan badan kita akan mudah letih dan penat. Waktu-waktu begini, memang kita asyik rasa nak tidur jer...
5. Masalah-masalah Organ Dalaman
Sekiranya seseorang mempunyai masalah dalaman seperti buah pinggang, jantung, dan sebagainya, dia akan cenderung untuk berasa letih dan lesu berbanding orang yang sihat.
6. Waktu Makan yang Tidak Teratur
Bukan sahaja waktu makan yang teratur, ibu-ibu yang menyusukan anak juga seharusnya mengamalkan pemakanan seimbang untuk mengekalkan tenaga.
Masalah-masalah di atas sedikit sebanyak akan menjejaskan penyusuan si ibu. Seorang ibu yang selalu letih dan mengambil makanan yang kurang nutrien bukan sahaja akan megakibatkan kesihatan si ibu terjejas, malah susu badan merundum.
Shaklee Breastfeeding Set
Jadi, di sinilah pentingnya pengambilan vitamin atau supplemen bagi memastikan si ibu kekal cergas dan bertenaga bukan sahaja dari segi fizikal, malah juga dari segi mental. Dengan adanya Set B - Breastfeeding Set Shaklee yang terdiri dari gabungan Vita-Lea (Multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Alfalfa (sebagai penggalak susu), set ini bukan sahaja bermanfaat sebagai penambah susu, malah ia juga dapat meningkatkan taraf kesihatan si ibu. Secara tak langsung, susu yang diberikan kepada anak juga lebih berkualiti dan kaya dengan nutrien.
Set ini terdiri dari:
Vita-lea
B-Complex
Vitamin C
Alfafa
Selain itu, untuk keberkesanan yang lebih marvellous, and juga boleh menambah pengambilan
Ostematrix
ESP
InsyaAllah, di entry-entry yang seterusnya, saya akan berkongsi lebih lanjut lagi mengenai set ini dan juga pengalaman ibu-ibu yang telah mengamalkan Set Breastfeeding Shaklee. Saya juga akan berkongsi panduan dan tips yang boleh diamalkan untuk menjayakan penyusuan ibu.
Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
***********************************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee
yang berkualiti tinggi ini, anda boleh
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments:
Post a Comment