Tuesday 23 April 2013

[Tip Berpantang] Panduan Penjagaan Berpantang Selepas Bersalin Secara Pembedahan atau Caesarean


Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop. Terima kasih yer kerana sudi singgah di sini. Di harap perkongsian di sini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua:)

Entry kali ni, khas untuk ibu-ibu yang bakal atau baru sahaja melahirkan anak, terutamanya yang melahirkan anak secara pembedahan atau caeserean, sedikit tips dan panduan penjagaan yang ingin saya kongsikan, yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu selepas pembedahan dan semasa berpantang.

Sesetengah ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, kurang menitik beratkan penjagaan seperti ibu-ibu yang melahirkan anak secara normal. Mungkin pada mereka ianya tidak perlu atau tidak boleh diamalkan seperti amalan berbengkung dan bertungku. Kalau nak tau, kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan, dan YA, saya memang sangat menitik beratkan penjagaan semasa berpantang. Pada saya, waktu berpantang adalah waktu yang kritikal untuk si ibu untuk memulihkan kembali tubuh badan setelah melalui fasa-fasa perubahan dari seawal bulan pertama hamil hingga melahirkan anak.

Ada yang cakap, jika bersalin secara pembedahan, susah nak turunkan berat atau kembalikan bentuk badan seperti sebelum bersalin. Memangla susah kalau tak kena caranya kan:) InsyaAllah saya akan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai tips untuk kembali langsing selepas bersalin walaupun bersalin secara pembedahan.

Untuk entry kali ni, saya akan berkongsi dahulu dengan anda semua mengenai panduan penjaagan semasa berpantang bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan. Caranya lebih kurang jer dengan yang bersalin normal, jom kita baca sama-sama:

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda supaya tampak lebih sihat serta anggun, ala-ala anak dara gitu:)

Selepas Pembedahan - Di Hospital

1) Paksakan diri untuk bangun dari katil dalam masa 24 jam selepas pembedahan

Selepas jer pembedahan, memang rasa macam tak boleh bangun langsung. Nak bangun, sakit yang amat, hanya Allah sahaja yang tau betapa sakitnya nak bangun. Mula-mula nak bangun tu, memang terseksa sangat, tapi saya ikut nasihat nurse-nurse kat situ, paksakan diri bangun juga walaupun rasa tak boleh. Nak tegakkan badan memang sakit, terbongkok-bongkok jalan, tapi saya paksakan diri juga untuk tegakkan badan, walapun tak betul-betul tegak. Sambil tu tangan kena pegang perut untuk menykong luka, yang ni memang membantu. Lagi cepat anda bergerak, lagi baik untuk peredaran darah anda dan pemulihan umum. Bila dah bangun pertama kali tu, pergerakan-pergerakan yang seterusnya akan menjadi lebih mudah. Percayalah:)


2) Penyusuan bayi

Saya ingat lagi mak mertua saya pernah cakap kat saya, 'Hajar bersalin operate pun banyak susu nooo". Sama jer, bersalin normal ker, operation ker, setiap ibu pasti boleh menyusukan anaknya, tiada alasan bersalin caesarean tiada susu. Kalau anda rasa sakit atau tak selesa untuk duduk semasa menyusukan anak, boleh menyusu sambil berbaring. Cari posisi yang selesa untuk anda ok. Memang agak menguji kesabaran pada mula-mula tu, sebab rasa sakit lagi kan, tapi InsyaAllah ada caranya, minta bantuan dari nurse atau suami anda. Alhamdulillah, saya dulu cik abang sentiasa berada di sisi saya menjaga saya di hospital siang dan malam:)

Semasa Berpantang - Di Rumah

1) Pastikan luka sentiasa kering

Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim itu sendiri, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu. Untuk memastikan luka cepat sembuh, pastikan kawasan luka sentiasa kering. Boleh tak nak mandi? Boleh. Saya dulu, kat hospital pun dah mandi, sebab ada plaster. Bila nak keluar hospital,  doctor ada spray satu lapisan untuk kalis air, jadi takde masalah. Cumanya selepas mandi, kena pastikan kawasan tersebut dilapkan kering-kering, pedap-pedap dengan tuala bersih, jangan gosok. Tak perlu sapu apa-apa minyak atau herba kerana takut minyak tu akan membuatkan kawasan tu lembap, mudah terkena jangkitan dan luka mungkin lambat bercantum semula.

2) Amalan bertungku dan mengurut

Boleh ker? Boleh jer, tapi jangan la pula bertungku dan mengurut kat bahagian luka pembedahan tu yer. Kang lain pulak jadinya. Untuk bertungku, fokus bahagian bawah payu dara, bahagian pinggul, paha, punggung, tapak kaki dan tumit. Mengurut pula, urutla satu badan pun takpe, janji jangan bahagian perut. Saya memang elakkan kawasan-kawasan perut tu, takut jadi apa-apa kan, seram seram:)


3) Pemakaian bengkung

Ramai yang bersalin caeser tak berani pakai bengkung, tapi saya pakai jer. Confident boleh pakai, sebab saya dah tanya doktor, doktor cakap boleh jer pakai, cuma waktu mula-mula tu jangan ikat ketat-ketat sangat. Selepas 2 minggu bersalin, saya dah mula pakai bengkung, ikat longgar-longgar jer. Bila dah makin lama rasa luka pun dah makin ok, apa lagi, ketat habis la, nak ramping punya pasal:)

4) Pemakanan

Cara pemakanan, sama jer seperti bersalin cara normal. Kalau nak tau, saya masa dalam pantang dulu, hari-hari makan nasi dengan ikan goreng dan sayur. Itula makanan saya sepanjang 44 hari berpantang. Ikan yang digoreng sahaja sebab itu jer yang boleh masuk ke tekak ni. Sayur pulak, macam-macam jenis sayur saya makan, semuanya buat sup. Untuk cepat sembuhkan luka, saya amalkan pati ikan haruan dan gamat healing. Pati ikan haruan saya makan 6 botol jer dan gamat healing, 1 botol.

Itulah antara tips dan panduan yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya dahulu. Amalan-amalan ini adalah penting yang saya rasa setiap ibu-ibu yang bersalin patut amalkan. Antara amalan lain yang saya amalkan selama 44 hari berpantang adalah makan set berpantang, mandi lulur, mandi air rebusan daun, pakai baju tebal serta stoking dan satu lagi, tak keluar rumah kecuali terpaksa contohnya semasa bawa anak ke hospital untuk check demam kuning. Saya ulang sekali lagi, 44 hari yer saya buat semua ni:)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau anda tak pasti apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan semasa berpantang, tanya jer doktor anda ok. Saya dulu sebelum keluar hospital, saya tanya kat doktor tu, macam-macam jugak la saya tanya, sebab saya rasa doctor is the best person yang boleh advice saya apa yang boleh dan apa yang tak boleh. So, amalan-amalan saya kat atas tu dah dapat approval dari doktor yer. Takdenya tak boleh pakai bengkung kalau bersalin ceaserean ni, kalau tak pakai macam mana nak rampingkan balik yang kembang-kembang tu kan:)

Selamat berpantang yer ibu-ibu semua....


Ingin berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, hubungi saya sekarang ok. Banyak kebaikan Set Berpantang Shaklee ni, yang bersalin ceaserean pun boleh ambil, takde masalah. Malah bagus sangat, sebab set ni sangat membantu untuk sembuhkan luka-luka akibat pembedahan.

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai Set Berpantang Shaklee

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

Aisyah Ghazi said...

Thx admin for the sharing. bnyk i belajar. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.

>>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<