Monday 10 March 2014

Cara Mudah Hilangkan Selulit


Bermasalah dengan selulit?  Argghh..selulit adalah sesuatu perkara yang tidak digemari oleh kaum wanita. Ramai yang berusaha untuk hilangkan selulit. Keindahan kulit bagi para wanita adalah aset yang berharga. Oleh itu keresahan pasti melanda pada para wanita apabila melihat kulit mula berkedut menyerupai lapisan seperti kulit jeruk.

Apa itu Selulit

Selulit terbentuk daripada gumpalan-gumpalan minyak, sisa-sisa metabolisme dalam tubuh dan air yang terperangkap dalam kulit. Pada umumnya, selulit dialami oleh wanita tidak kira yang berbadan kurus ataupun yang memiliki badan yang besar dan gemuk. Selulit biasanya menyerang bahagian paha, pinggul, betis, perut dan juga lengan. Kewujudan selulit akan menyebabkan kulit kelihatan kendur, kurang kekenyalan dan kehalusan sekali gus mengganggu penampilan para wanita.

Selulit muncul di sekitar permukaan kulit sering mengganggu dan menyebabkan kulit mengalami kecacatan. Walaupun selulit menyerang kebanyakan wanita, kaum adam juga tidak terkecuali.

85% daripada kebanyakan wanita mempunyai selulit 

Selulit sememangnya tidak dapat diatasi dengan cepat, kemungkinan ia akan semakin menebal dan boleh meyebabkan perjalanan pembuluh darah terbantut.


Punca Selulit

Selulit tidak berlaku dalam sehari. Banyak faktor yang meyebabkan hal tersebut berlaku:

1) Peredaran darah kurang lancar. Hal ini mungkin disebabkan pakaian ketat. Hal ini sememangnya meransang timbulnya selulit.

2) Kedudukan pembuluh darah kapiler yang tidak seimbang sehingga berlaku perembesan cairan ke dalam jaringan.

3) Faktor hormon. Hormon progesteron, estrogen dan testesteron.
Hormon progesteron memudahkan terjadinya pengumpulan cairan pada lapisan jaringan. Biasanya pada minggu ketiga edaran menstruasi, progesteron berada pada tahap tinggi. Sedangkan kadar hormon estrogen yang rendah dapat mengakibatkan menurunya proses pembakaran lemak dan lemak cenderung untuk tinggal menimbun. Hormon testosteron hanya sedikit kadarnya pada wanita. Namun peranannya cukup penting untuk pembentukan otot. Berbanding kaum lelaki yang mempunyai kadar hormon testeron yang tinggi. Kurangnya otot di dalam badan inilah yang menyebabkan mudahnya tersebar jaringan lemak di dalam tubuh

4) Bentuk Badan
Wanita memiliki bahagian-bahagian tubuh dengan jaringan di bawah kulit yang sangat tebal dan longgar contohnya di bawah pinggul dan perut. Lemak mudah menyerap masuk ke jaringan-jaringan seperti ini, apalagi jika tubuh kurang bergerak.

Cara Hilangkan Selulit dengan Shaklee

Untuk menghilangkan selulit, apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengurangkan lemak! Kurangkan lemak boleh mengurangkan kesan selulit.

Berikut adalah cadangan supplement Shaklee untuk mengurangkan lemak, iaitu Set Kurus Shaklee:

1) Langkah Pertama - DETOX
Herblax : Detoks usus dan menyingkirkan sisa-sisa yang melekat/tertinggal
Alfafa : Detoks seluruh badan, kurangkan retensi air dan mengangkut keluar lemak dari badan

2) Langkah Kedua - PECAHKAN LEMAK
Lecithin :Pecahkan lemak
Omega Guard : Bakar lemak yang mendap, membantu mengawal selera makan dan juga melancarkan peredaran darah

3) Langkah Ketiga - MEMBINA OTOT
Cinch Shake / ESP : Sumber protein yang membina otot, mengenyangkan dan mengelakkan badan menjadi menggeleber

Testimoni Selulit Hilang dengan Shaklee







 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Hilangkan Selulit

    ReplyDelete
  2. Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
    cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete