Friday 31 January 2014

[ESP] Harga ESP Shaklee yang Murah dan Jimat


Antara produk Shaklee yang sentiasa mendapat sambutan hangat, best seller Shaklee adalah ESP (Energising Soy Protein). Kenapa? Apa yang best sangat tentang ESP ni ye. Sejujurnya, saya sendiri pun dah jatuh cinta dengan ESP Shaklee.

Manfaat ESP Shaklee

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP dari Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai ujian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin tinggi yang pernah dihasilkan. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol.


Jom kita baca antara manfaat utama ESP Shaklee:

1. Pemberi tenaga segera
Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

2. Kekal Muda 
Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

3. Kulit berseri dan anjal 
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

4. Memulihkan Pigmentasi 
Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

5. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi 
Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

6. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki 
Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

7. Memperbaiki Memori 
Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

8. "Milk Booster" Untuk Ibu Menyusu 
Susu ibu lebih cepat dihasilkan dan semakin banyak. Susu menjadi lemak berkrim, sangat digemari oleh bayi anda dan mudah kenyang serta kurang meragam.

9. Membantu Menghilangkan "Stretch Mark" Sewaktu Mengandung 
ESP Shaklee bertindak memperbaharui sel-sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang.

10. Mengurangkan Alahan Ibu Hamil (Morning Sickness)

11. Membantu Menurunkan Berat Badan 

12. Meningkatkan Kesuburan

......... dan banyak lagi!

Harga ESP Shaklee

Soalan paling kerap yang saya terima ni :)

Berat 1 tin ESP ni, 850g. Bisanya, tahan 2 hingga 3 bulan.

Harga runcit ESP, RM150. Kalau nak diikutkan, harganya sangat berbaloi berbanding dengan kesan yang anda dapat. Trust me.

Kalau nak dapatkan harga ESP yang lebih murah dan jimat, contact saya k.

Psstt, kalau anda daftar sebagai ahli Shaklee, anda boleh dapatkan harga less lebih kurang 20% dari harga runcit tau. Memang berbaloi. Keahlian pun seumur hidup.  
Klik sini untuk cara-cara daftar sebagi ahli Shaklee.


Cara nak minum pun mudah je...
Klik sini untuk cara minum ESP Shaklee dengan betul dan berkesan

Apa yang membuatkan saya betul-betul yakin dengan supplemen Shaklee ni bukan setakat testimoni je, tetapi sebab Shaklee ni bukan produk yang tiba-tiba muncul, dah lebih 50 tahun dah. Tambahan pula, berjuta-juta Shaklee dah laburkan untuk setiap produk bagi memastikan setiap produknya berkualiti dan berkesan. Jadi, takkan nak rasa was-was lagi kan :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 28 January 2014

[Kurus Langsing] Berat Tak Turun Dengan Set Kurus Shaklee


Gemuk? Nak kurus? Diet?

Kalau kita lihat pada iklan-iklan produk pengurusan badan ni, banyak yang mempamerkan tentang…
“Tak perlu bersenam, tak perlu berlapar”
“Hanya perlu makan/sapu/sembur produk ni saja”

Dan sebagainya.

Lambakan produk yang mengandungi fat-burning drugs memberikan salah faham tentang konsep penurunan berat badan yang sebenarnya. Ramai yang memilih jalan pintas untuk kurus. Namun kebanyakan jalan pintas ni, selain memberi kesan kurus yang cepat, ia juga menjadikan ia cepat pergi. Maksudnya, cepat kurus tapi cepat naik semula.

Kurus yang sihat bukan sekadar turun berat badan.

20140123-132407.jpg

Turun berat badan tak semestinya kurus yang sihat.

Badan kita mengandungi beberapa komposisi, dan yang terbesar menyumbang kepada berat badan adalah lemak, otot dan air. Semakin banyak lemak dalam badan, semakin banyak kandungan air, dan semakin perlahan metabolisma membakar kalori. Semakin tinggi berat otot (muscle mass), semakin berkesan tubuh kita membakar lemak.

Secara ringkasnya, otot membakar lemak. Jadi untuk membuang lemak-lemak yang ada ialah dengan membina otot.

Otot pula lebih berat dari lemak. Kerana ini ramai yang ‘tertipu’. Dah diet, bersenam tapi kenapa berat tak turun-turun? Dalam program penurunan berat badan yang natural, fokus utama ialah untuk menurunkan peratusan lemak, dan menambah berat otot. Oleh itu berat badan mungkin sama, tapi kita akan mendapati mengalami ‘inch loss’ atau ukuran badan yang semakin mengecil walaupun berat tak turun.

20140123-132334.jpg

Ini kerana otot badan kita sudah berkembang dengan baik dan sihat. Bila otot sihat, muscle mass bertambah, keupayaan tubuh membakar lemak menjadi lebih baik.

Ramai yang kecewa bila berat tak turun tapi baju seluar makin longgar. Jangan risau! Itu tandanya tubuh anda sekarang adalah mesin pembakar lemak yang baik! Hasilnya nanti, inchloss dan berat badan kurang!



KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Parenting] Aktiviti Bersama Anak-anak di Taman Jubli Emas, Kedah


Siapa sini orang Alor Setar? Kampung saya pun kat Alor Setar, memang selalu sangat balik, sebulan tu wajib 1 atau 2 kali. Kalau balik rumah mak saya, biasanya ada saja la aktiviti. Aktiviti memasak, buat kuih, aktiviti berjalan-jalan, tak ketinggalan juga aktiviti makan (maklumlah, masakan ibu kan masakan paling sedap di dunia).

Seronok kalau keluar jalan-jalan kat Alor Setar ni, shopping pun best. Jalan tak sesak, barang memang series murah. Dah ada anak-anak ni, memang biasanya tempat tumpuan kami adalah taman-taman rekreasi. Kali ni saya nak share satu taman rekreasi yang agak best kalau nak bawa anak jalan-jalan. Saya pun tak sure dah lama ker taman ni, tapi saya baru tahu tahun lepas. Pernah dengar Taman Jubli Emas? Sila google sekarang :)

Taman ni area Alor Setar Kedah. Yang bestnya, selain ada taman permainan untuk kanak-kanak, ada juga track untuk jogging, main skateboard atau roller blade, ada kuda untuk disewa, dan yang paling best yang paling anak-anak saya suka, bagi ikan makan. Ada tasik yang besar kat situ, memang banyak sangat ikan kat dalam tu, dan diorang memang buat kat tebing-tebing tu khas untuk sesiapa yang datang bagi ikan makan. Jangan risau, korang tak perlu bawa makanan ikan dari rumah. Ada banyak orang jual makanan untuk ikan kat situ, sebungkus RM1 jer.

Tips : Beli roti instead of makanan ikan yang bulat-bulat kecil tu, sebab bila bagi jer roti, semua ikan-ikan kat situ memang serbu naik. Kalau yang makanan bulat-bulat tu, ikan tu macam tak excited sangat.

So far, dah 2 kali saya bawa anak-anak jalan-jalan kat situ. Memang happening taman tu, sentiasa ramai orang dan banyak aktiviti. So parents, apa kata bawa anak-anak korang gi situ, mesti anak-anak suka.

Jom kita layan antara gambar yang sempat saya snap dengan menggunakan camera handphone jer :)

 Segenggam sekali bagi. Memang berebut-rebut la ikan tu naik nak makan

Seronok kakak and ipan

Tasik dari kejauhan

 Ni makanan ikan yang ikan-ikan tak berapa nak excited sangat tu.
Agaknya dah selalu sangat makan kut

Mama dengan Ipan yang sangat cheeky :)

PS : Khamis malam ni saya akan balik Alor Setar lagi. Saya akan berada di Alor Setar dari hari Jumaat 31.01.2014 hingga hingga hari Isnin 03.02.2014. So orang-orang Alor Setar yang ingin dapatkan supplemen Shaklee secara COD, boleh hubungi saya cepat-cepat yer. Yang nak jumpa saya untuk tahu tentang peluang business Shaklee pun boleh. Jangan segan-segan k :)

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

Monday 27 January 2014

[Promosi] Promosi Alfafa Harga Murah dan Jimat


Rasanya ramai yang dah tahu kan, bulan ni promosi Alfafa, beli 6 percuma 1.
So, kepada semua peminat-peminat Alfafa, jangan lepaskan peluang ni yer.

Beli 6, PERCUMA 1.

Atau, boleh juga dapatkan SET KOMBO yang HOT ni.
Bulan ni SET KOMBO ni memang terlajak laris, maklumlah bulan promosi Alfafa.


Antara SET KOMBO yang HOT:

Alfafa + Lecithin : Set Kurus
Alfafa + ESP : Set Milkbooster
Alfafa + GLA Complex : Set Kesuburan
Alfafa + Vitamin C : Set Resdung
Alfafa + Vitamin E : Set Keintiman

Dan macam-macam lagi...

Pilih mengikut keperluan anda..

Harga Runcit Alfafa
1 botol RM 53 (330 biji)

Promosi bulan ni, beli 6 PERCUMA 1.
Jimat kan :)

Tawaran SAH SEHINGGA 31 January 2014, 11.59 PM sahaja!!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 23 January 2014

[Tip Kecantikan] Makeup Remover Terbaik untuk Kulit Sensitif


Dah lama rasanya saya tak berkongsi tips kecantikan kan. Walaupun saya bukan jenis kaki makeup, tapi nak share jugakla tips ni kat sini. Mana tau ramai yang ada masalah macam saya ni, mungkin membantu. Maklumlah, kulit jenis sensitif ni kena hati-hati, salah guna produk, tak pasal-pasal habis muka merah-merah tak pun bertempek-tempek jerawat.

Penat menggodek cari gambar saya pakai makeup. Ni salah satu, macam tak makeup pun kan:) Yang ni saya cuma pakai compact powder, lipstick, blusher dan mascara. Memang itu jerla yang saya boleh dan tahu pakai. Kadang-kadang pakai sedikit eyeliner.

Kalau bukan kerana sebab-sebab di bawah ni, rasanya pantang keluar jer mesti saya makeup sakan.
Sebab kenapa saya jarang pakai make-up :
  • tak pandai makeup especially bahagian mata sebab mata saya sepet
  • kulit saya jenis sensitif, jadi bukan boleh sebarangan guna barang makeup especially foundation
  • leceh bagi saya sebab kalau keluar lama, nanti bila nak sembahyahyang, makan masa kalau nak cuci bagai
  • segan kalau kena perli dengan cik abang, tiba-tiba buang tabiat makeup beriya. Dia pun takde masa nak tunggu bersiap :)

Ok, tips kali ni adalah mengenai makeup remover. Bila dah makeup ni, wajib cuci bersih-bersih makeup tu yer, jangan sesekali tidur bersama makeup. Ada sesetengah pencuci muka sahaja tak mencukupi, tak cukup bersih muka kita. Makeup bahagian mata lebih-lebih lagi, takkan nak guna sabun cuci muka tu cuci bahagian mata kan.

Jadi, nak guna apa yer?

Untuk Muka

Kalau makeup sendiri ni atau hari-hari biasa, saya pakai compact powder je. Jadi pencuci muka sekarang pun dah cukup untuk saya,. Selepas cuci muka, jangan lupa pakai toner untuk buang sisa-sia yang tertinggal dan supaya kulit lebih bersih. Tapi, kalau guna foundation, memang perlu cuci extra sebelum cuci dengan pencuci muka biasa tu.

Dulu time makeup bertunang dan kahwin, saya gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser sebagai makeup remover saya. Cetaphil Cleanser ni sangat lembut, bayi pun boleh pakai. Boleh dapatkan di mana-mana farmasi berdekatan. Dulu, harganya kalau tak silap RM 17. Sekarang mungkin lebih sedikit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Untuk Mata

Untuk bahagian mata paling senang nak dapat dan murah. Guna apa sahaja jenis minyak yang ada di rumah kecuali minyak masak. Contoh minyak yang boleh digunakan seperti minyak bayi, minyak zaitun dan minyak kepala dara. Buat masa ni, saya menggunakan minyak kelapa dara sebab minyak ni ada sebotol besar di rumah saya. Tujuan mula-mula beli minyak kelapa dara ni nak sapu ke muka, tapi sekarang kan ada Vitamin E Shaklee untuk saya buat masker :)

Minyak Kelapa Dara

Sekian perkongsian tips kecantikan kali ni. Semoga membantu ye :)

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

[WAHM] Jemputan ke Shaklee Motivation & Recognition Rally


Cik Abang : "Sayang dapat invitation dari Shaklee la (sambil bagi surat Shaklee kat saya)
Saya : "Aikk, invitation apa." (dalam keadaan blur)

 Inilah surat misteri dari Shaklee tu.
Motif pen diletakkan di situ, sebab nak cover address 

Ok, surat dah dibuka. Cik abang yang buka la tu. Takpe, takde rahsia antara kita, my husband ni bukan setakat my life partner, tetapi juga my business partner. 

Ok, tengok title 'Invitation to Shaklee Motivation & Recognition Rally". Oo, ok.
Jemputan ke majlis pengiktirafan dan motivasi Shaklee, bagi mengiktiraf business leader Shaklee. Bila naik rank menjadi business leader di dalam business Shaklee ni, rupa-rupanya selain dari extra bonus dalam bentuk wang yang Shaklee bagi, rupanya ada majlis pengiktirafan sekali. Hebat kan. Alhamdulillah. Terasa diri ini dihargai dan semangat pun semakin berkobar-kobar.

Bertambah hebat lagi, saya boleh bawa anak-anak dan suami bersama ke majlis ni. Inilah uniknya business Shaklee, yang mungkin tiada pada business lain. Ke mana saja kami pergi, walau apa saja yang kami lakukan, keluarga sentiasa ada bersama kami. Suami, anak2, ibu bapa, kerana merekalah saya sentiasa berusaha dan terus mendaki tangga kejayaan di dalam Shaklee. Cuma sekarang keluarga saya semakin bertambah besar, kerana adanya keluarga Shaklee saya yang semakin hari semakin berkembang, bersama anak-anak Shaklee saya. Anak-anak yang harus digilap dan dibimbing untuk juga sama-sama berjaya di dalam Shaklee.

Terasa nak bawa satu keluarga naik ambil award tu nanti. Melampau tak :)


Majlis ini bakal berlangsung di Sunway Carnival Convention Centre, Penang pada 22 Februari 2014. Jom, siapa nak ikut saya ke majlis ni nanti.

Di dalam Shaklee tiada apa yang mustahil jika kita betul-betul mahu dan berusaha ke arah apa yang kita mahukan. Ramai je pun yang takde background in business, yang tak pernah terfikir untuk buat business, yang pemalu, yang asyik terfikir 'boleh ker aku ni', termasuk saya. Tetapi, semuanya sedang mendaki tangga kejayaan bersama-sama Shaklee. Yang penting semangat, rajin berusaha dan berada di kumpulan yang betul.

Apa yang boleh saya katakan, saya berasa amat bersyukur dipertemukan dengan Shaklee terutamanya menjadi salah seoarang ahli keluarga besar Jutawan. Segala ilmu yang saya dapat tidak ternilai rasanya. Dan kepuasan tu bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit, kepuasan juga apabila kita dapat berkongsi tentang produk Shaklee, membantu orang lain tingkatkan tahap kesihatan, kecantikan dan juga ekonomi masing-masing.

Tak pernah timbul rasa menyesal, cuma kadang-kadang adala rasa menyesal kenapala tak jumpa Shaklee awal lagi. Tapi, bak kata pepatah 'Better Late Than Never', kan.

Klik Sini untuk cara-cara mendaftar sebagai pengedar Shaklee dan kelebihan group kami

Klik Sini untuk baca kisah saya dari Jurutera yang berkelulusan Germany menjadi seorang WAHM (Work at Home Mother)


 

***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Monday 20 January 2014

[WAHM] Tips Pengurusan Masa Ibu. Antara Keluarga, Kerjaya dan Business


Ok, kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tips pengurusan masa yang berkesan untuk ibu-ibu yang bekerjaya dan pada masa yang sama juga mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan keluarga dan online business. Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang saya menjalan online business secara sambilan sambil bekerja. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana yang juga sedang menjalankan online business secara sambilan. Jika anda melakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil yang secara sambilan pun boleh menjadi sepenuh masa kan.

Jadual tugas sebagai seorang Senior Engineer di salah sebuah Multinational Company sememangnya agak padat, dan masa yang ada hanya untuk tugasan kerja. Biasanya, waktu rehat akan saya gunakan sebaik mungkin untuk tujuan business. Selebihnya, hanya di rumah. Tapi, bila di rumah, ada juga tugas lain menanti, tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak juga tidak boleh diabaikan.

Jadi, bagaimana untuk membahagikan masa dengan sebaik-baiknya? Tiada apa yang mustahil sekiranya anda tahu apa keperluan anda dan apa yang anda mahukan. Rancang kerja seharian dan berbincanglah dengan suami  untuk dapatkan kerjasama. Jom baca tips berikut:

1) Utamakan Diri

Walau sesibuk manapun anda di pejabat dan di rumah, jangan sesekali mengabaikan keperluan dan hak diri sendiri. Jika anda tidak mengutamakan diri dengan menjaga kesihatan mahupun kecantikan, anda mungkin tidak dapat menguruskan anak, suami, kerjaya dan business dengan sempurna. Bayangkan jika keadaan diri tak terurus, badan selalu sakit dan letih, badan semakin lama semakin berisi, kulit pun pucat tak berseri, emosi tak stabil. Pasti semua kerja tak menjadi dan hubungan suami isteri pun semakin hambar nanti.

Jadi, pastikan anda mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. 

Untuk mengekalkan tahap kesihatan dan juga untuk menjaga kecantikan, saya sendiri mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah, dengan supplemen Shaklee, badan terasa ringan, bertenaga, kulit semakin cantik, penghadam semakin lancar, dan banyak lagi perubahan yang dapat saya rasakan. Bukan saja untuk saya sendiri, malah keluarga saya juga mengamalkan Shaklee termasuk anak-anak saya.

2) Tetapkan dan Bahagi Jadual Kerja

Kadang-kadang kita terasa banyak sangat benda yang perlu dilakukan sampai rasa tak tahu nak buat yang mana satu. Penyelesaiannya, buat jadual harian dan senaraikan perkara yang perlu dibuat mengikut keutamaan.

Bagi suami isteri yang sama-sama sibuk bekerja, tak salah sekiranya tugas kerja rumah dibahagi bersama suami untuk meringkan beban. Sekiranya, anak-anak dah besar, kita juga boleh melatih anak-anak membantu kerja-kerja kita.

Alhamdulillah suami saya juga banyak membantu melakukan kerja-kerja rumah dan juga business saya. Bayangkan la, selepas balik bekerja, tugas membasuh baju, basuh pinggan-mangkuk, memasak, mengemas rumah apa yang patut, itu belum masuk bab-bab melayan anak-anak dan business lagi. Kalau takde tenaga, memang flat habis kan :)
Ada kerja yang suami tolong dan saya juga melatih kerja-kerja yang simple untuk anak-anak saya buat contohnya mengemas katil, mainan dan buku-buku mereka. Apabila tiba waktu mengemas rumah, sememangnya sudah menjadi rutin kami sekeluarga akan sama-sama bergotong-royong.

3) Fokus dan Gunakan Masa dengan Sebaiknya

Teringat kata-kata seorang kawan sekerja saya dulu:

"Masalah office semua I tinggal dekat guard house je, esok pagi datang kerja i kutip balik"

Masalah atau kerja di pejabat, tak perlu la angkut bawa balik rumah sekali. Gunakan masa dengan sebaiknya, dan habiskan di tempat kerja. Jika tak sempat, esoknya boleh sambung lagi. Itulah prinsip saya sebenarnya.

Balik dari kerja, di rumah adalah masa untuk keluarga. Aktiviti rutin tiap-tiap malam bersama anak-anak saya, kami akan bercerita mengenai aktiviti mereka di day care, diselang-selikan dengan aktiviti seperti melukis, mewarna, membaca buku, menjawab kuiz dan sebagainya.

Apabila anak-anak tidur, barulah saya akan betul-betul fokus kepada online business pula. Selepas saya tidurkan anak-anak, samada saya akan bangun balik atau saya akan bangun awal pagi seawal 4 pagi untuk kerja-kerja online business saya.

***********************************************************

Itulah serba sedikit antara tips penting bagaimana untuk membahagikan dan menguruskan masa sebagai seorang ibu, antara keluarga, kerjaya dan business.

Susah ker? Tak susah sebenarnya jika kita betul-betul komited dan fokus dengan apa yang kita lakukan.

Setiap dari kita mempunyai masa yang sama, 24 jam sehari. Bezanya, bagaimana kita menggunakan 24 jam yang Allah berikan tu kepada kita.

Masa merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh sebab itu, kita amat dituntut untuk uruskan masa dengan baik, dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan tidak sia-sia.  Sebenarnya kita mampu mengawal masa dan kehidupan kita dengan mengubah cara berfikir, cara bekerja dan melaksanakan tanggungjawab harian kita. Kita dapat menyusun tugas dan aktiviti kita dengan berhenti melakukan perkara-perkara yang remeh dan tak berbaloi dilakukan. Fokuskan masa kita perkara-perkara yang penting dan bermanfaat sahaja ok.

"Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan masa"

"Masa itu Emas"

 me with my 2 sweet and adorable kids
kakak yang ayu and ipan yang cheeky :)
 
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 18 January 2014

[Testimoni] Jerawat dan Parut Hilang dengan ESP, Alfafa dan Vitamin E Shaklee



Sebelum ini, saya pernah kongsikan pengalaman Puan Ema yang mengamalkan supplemen Shaklee untuk merawat masalah kulit wajah beliau yang berjerawat dan berparut.

Boleh klik sini untuk baca dan lihat perkongsian Puan Ema yang pernah saya kongsikan di entry sebelum ini.

Ingin lihat wajah Puan Ema sekarang?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Gambar No.1
- Awl tahun 2013,punca gara2 salah pakai produk.Dah mcm2 produk saya cuba utk hilangkan jerawat,tapi sayang,jerawat makin menjadi2.

Gambar No.2
Pertengahan tahun 2013,saya cuba produk shaklee.Selepas 2-3 bulan mcm tu la(Tak berapa nak ingat)dgn pengambilan ESP+Alfalfa+Vit E.Jerawat mula kering.

Gambar No.3
- Parut makin pudar.

Gambar No.4
- Anda nilaikan sendiri hehehe....

Note: Gambar takde nak edit2 ye.camera2 360 tu semua takde.Ini gambar real ye .
I LIKE SHAKLEE

Ini perkongsian dari Puan Ema sendiri. Saya pun takde edit-edit :)

Berkat kesabaran beliau, Alhamdulillah kulit wajah beliau semakin cerah berseri, tiada lagi masalah jerawat dan parut juga semakin hilang sepenuhnya. Beliau mengamalkan ESP, Alfafa dan Vitamin E Shaklee. Ketiga-tiga supplemen ini juga adalah antara supplemen Shaklee kegemaran saya, bukan sahaja untuk kecantikan kulit, malah untuk kesihatan badan.

Jika anda juga mempunyai masalah kulit wajah seperti jerawat, kusam, berparut, jeragat dan sebagainya, jangan sesekali biarkan masalah anda. Kulit wajah yang tidak dirawat dan dibiarkan, akan menjadi lebih serius dan semakin susah untuk dirawat. Buat apa rasa down, tertekan dan asyik cemburu dengan kulit wajah orang lain, padahal anda sendiri boleh dapatkan kulit wajah yang anda idam-idamkan. Cari jalan penyelesaian, tiada jalan singkat untuk selesaikan masalah. Yang penting, sabar dan amalkan dengan konsisten.

Jika anda ingin dapatkan konsultasi mengenai produk yang anda perlukan dan bimbingan mengenai produk Shaklee yang anda perlukan, jangan segan-segan untuk hubungi saya. Pastikan anda mendapatkan produk dan konsultasi dari pengedar yang betul-betul dapat membantu anda. Konsultasi secara ekslusif khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 17 January 2014

[Testimoni] Cara Berkesan Hilangkan Jerawat dengan Shaklee


Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang mula menyedari kepentingan supplemen semulajadi, bukan sahaja untuk kecantikan malah untuk kesihatan juga.

Seperti perkongsian salah seorang pengguna supplemen Shaklee di bawah, Wani Tuhit, wajah beliau yang dulunya berjerawat dan kusam, kini sedah semakin licin dan cerah berseri.

Pada mulanya, beliau hanya mengamalkan Vitamin E dan GLA Complex secara konsisten, dan masalah jerawat di dahi beliau semakin hilang sepenuhnya.


Selama hampir 4 bulan beliau mengamalkan Vitamin E dan GLA Complex, dan kemudian beliau mengambil ESP dan Vitamin C. Lihat sendiri wajah beliau yang semakin licin, cerah dan berseri.


Kuncinya di sini adalah, produk yang bagus, amalkan dengan SABAR dan KONSISTEN.
Hasilnya, pasti manis, insyaAllah.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 16 January 2014

[Shaklee] Shaklee Tidak Halal?


Ramai yang menghubungi saya untuk memastikan samada Shaklee halal atau tidak. Nampaknya sijil halal Shaklee tidak cukup meyakinkan kerana ia bukan dari JAKIM. Untuk pengetahuan semua, Sijil Halal Shaklee dikeluarkan oleh ISA (Islamic Service of America) yang diperakui oleh JAKIM.

JAKIM adalah badan yang antaranya membuat pengesahan dan mengeluarkan sijil Halal untuk produk-produk tempatan (Malaysia). JAKIM juga membuat pengesahan terhadap produk-produk luar negara yang telah mendapat pengesahan halal dari badan halal di negara masing-masing.

Oleh itu segala bahan dalam produk tersebut sudah dijamin halal dan gunakanlah tanpa was-was. Gelatin dari lembu atau kerbau yang mendapat pengesahan halal, sudah pasti halal. Jauhi perkara syubhah dan was-was dan jangan sampai mengharamkan benda yang halal, dosanya sama saja sepeti menghalalkan benda haram.

Semoga kita akan terus menjaga diri dari unsur haram yang mana menghalang doa dikabulkan, serta menghijab hati dari kebenaran.

Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 13 January 2014

[Kolestrol] Turunkan Kolestrol dengan Shaklee


Ketahui cara dan panduan untuk mengawal dan menurunkan paras kolestrol dalam darah anda dengan pengambilan supplement yang betul, bebas dadah dan semulajadi. Tips dan panduan di sini dikongsi khas untuk anda semua demi kesihatan dan kebaikan bersama supaya fokus kita ialah dapat turunkan paras kolestrol dalam darah demi kesihatan yang berkekalan.

Apa itu Kolestrol

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain.

Lipoprotein Densiti Tinggi (HDL) adalah kolestrol baik yang mampu mengelakkan endapan kolestrol. Selain itu, Lipoprotein Densiti Rendah (LDL) merupakan kolestrol tidak baik yang boleh berkumpul pada dinding arteri dan membentuk plak yang menyumbat arteri. Terlalu banyak kolesterol tidak baik (LDL) dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Justeru itu, amat penting bagi anda mengawal tahap kolestrol dan mengawalnya demi kesihatan jantung.

kolesterol tinggi1 Atasi Masalah Kolesterol: Panduan Turunkan Paras Kolesterol 
Masalah kolesterol tinggi dialami oleh ratusan juta manusia di seluruh dunia.


Saranan dari Pakar

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol anda. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.

Bagaimana Untuk Merendahkan Kolesterol

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

Supplement dan Vitamin Semulajadi Shaklee yang Boleh Membantu Menurunkan Paras Kolesterol

1) Lecithin
Lecithin memang terkenal sebagai pelarut kolesterol. Ia akan membersihkan plak2 di dalam salur darah anda.
2) Omega Guard
Peranan omega pula merendahkan paras LDL (kolesterol jahat) & keseluruhan kolestrol
Testimoni Turunkan Kolestrol dengan Shaklee




 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 10 January 2014

[Testimoni] Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee


Baru-baru ni, saya mendapat satu berita gembira dari salah seorang customer saya yang mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Beliau memberitahu bahawa yang beliau kini sedang hamil, Alhamdulillah. Setelah 4 bulan mengamalkan supplemen Shaklee, akhirnya beliau disahkan mengandung. Sesungguhnya supplemen juga adalah salah satu usaha, selebihnya dari Allah jua.

Dan kini beliau menyambung pengambilan supplemen Shaklee sebagai ibu hamil untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi yang sihat :)


Ini juga salah satu lagi pengguna Set Kesuburan Shaklee. Bezanya dengan customer saya tadi yang hamil anak sulung, customer ni pula telah lama berusaha untuk hamil kali kedua. Setelah beliau dan suami mengamalkan supplemen Shaklee selama 3 bulan, beliau disahkan hamil. Alhamdulillah.


Banyak lagi kisah-kisah ibu yang berjaya hamil setelah mengamalkan Set Kesuburan Shaklee.

Sesungguhnya, rezeki itu adalah dari Allah. Tetapi kita sebagai hambanya haruslah berusaha dengan apa cara sekalipun selagi ianya tak melanggar batas. Lambat atau cepat juga dari Allah. Yang penting usaha, sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Selain usaha, banyakkan berdoa kepada Allah ya.

Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat dari Allah :)

Klik sini untuk info lanjut mengenai Tips Cepat Hamil dan Set Kesuburan Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 9 January 2014

[Berpantang] Set Bersalin Terbaik untuk Ibu Berpantang , Jamu atau Vitamin?


Di Malaysia, pengambilan jamu semasa berpantang sudah menjadi kebiasaaan kerana itu adalah amalan sejak zaman berzaman. Jika kita pergi ke kedai yang menjual produk herba, terdapat pelbagai jenama sehingga kita tidak tahu yang mana satu untuk dipilih. Semua ibu akan melalui situasi yang sama. Selain bertanya dengan rakan-rakan untuk meminta pendapat tentang set berpantang mana yang harus dipilih, ramai juga mencari info sendiri melalui internet.

Persoalan menarik yang ingin saya utarakan pada hari ini adalah apakah perbezaan di antara jamu dan vitamin. Credit

(1) Bahan kandungan

Vitamin : Setiap bahan di dalam vitamin dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, ianya perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Jamu : Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak pasti.

(2) Khasiat dan penyerapan oleh badan 

Vitamin : Vitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau

Jamu : Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang komplikasi memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat.

(3) Kesan kepada bayi 

Vitamin : Vitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan bayi. Ibu masih boleh mengambil Vitamin walaupun anak mengalami penyakit kuning atau nama glemernya JAUNDICE

Jamu : Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau tidak. Malahan kebanyakan jamu boleh meningkatkan risiko JAUNDICE kepada bayi.

(4) Waktu pengambilan selepas bersalin

Vitamin : Pengambilan vitamin boleh diambil seawal hari pertama bersalin samada ibu itu bersalin secara normal atau caesarian (bedah)

Jamu : Ibu yang bersalin secara caesarian tidak digalakkan untuk ambil jamu malahan ibu bersalin normal pun diminta untuk mengambil jamu 2 minggu selepas bersalin.

Sekiranya kita mempunyai pilihan, buatlah pilihan yang bijak untuk kesihatan kita dan bayi dan juga untuk kesan jangka panjang.
Walauapapun pilihan anda, diharap anda berpuas hati dengan pilihan anda.

Testimoni Set Berpantang/Besrsalin Shaklee

Berikut saya kongsikan testimoni dari ibu-ibu yang mengamalkan vitamin Shaklee semasa berpantang




Klik sini untuk info Set Berpantang Shaklee

Klik sini untuk panduan pemakanan yang disarankan dan dilarang ketika berpantang selepas bersalin
 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 6 January 2014

[Berpantang] Tips Penjagaan dan Pemakanan Ketika Berpantang Selepas Bersalin


Siapa yang tak kenal celebrity blogger yang juga model dan pelajar, Hanis Zalikha. Jangan tak tahu ibu beliau juga seorang model (tahun 80-an) dan masih anggun hingga kini. Aunty Nani Rustam banyak mengamalkan petua kecantikan.

macam kakak dengan adik jer kan :)

Antaranya ialah PETUA SELEPAS BERSALIN ini:
  • Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. i cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.
  • Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring
 .
  • Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
  • Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
  • Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.
  • Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.
  • Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru.....
  • Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
  • Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.
  • Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah…badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.
Aha, jangan tak tahu Aunty Nani Rustam juga mengamalkan vitamin Shaklee tau!
Nak cantik macam Aunty Nani Rustam, yuk amalkan pengambilan makanan tambahan dari sumber semulajadi. Semestinya Shaklee!

Klik sini untuk info Set Berpantang Shaklee

Klik sini untuk panduan pemakanan yang disarankan dan dilarang ketika berpantang selepas bersalin
 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit