Tuesday 29 April 2014

Petua Susu Ibu Jadi Banyak


Ramai ibu yang mencari cara terbaik nak banyakkan dan tambah susu ibu, terutama bila susu badan dah kurang dari biasa, tatkala ibu dah mula bekerja.

Konsep utama dalam membanyakkan susu ibu adalah:

PENGELUARAN berkadar terus dengan KEPERLUAN

Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran berkadar langsung dengan keperluan? Atau supply vs demand?

Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.

Bayi minum banyak, maka susu badan yang dihasilkan adalah banyak.
Bagaimana pula dengan susu banyak dan berlambak macam ni?

susu badan banyak

Ya, ia masih mengekalkan konsep yang sama - pengeluaran vs permintaan.

Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak macam tu ibu kena BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu.

1. Melalui hisapan bayi ==> Kerapkan Menyusu terutama di awal kelahiran
2. Mengepam ==> samada gunakan pam susu atau pun menggunakan tangan (teknik Marmet)

Bagaimana dengan makanan tambah susu, milk booster, pil tambah susu semua tu? Adakah tak berkesan?

Ibu harus tahu, konsep penyusuan seperti di atas adalah mutlak. Walau bagaimana bagus pun milk booster yang ibu telan, ibu perlu mengepam dan menyusukan secara konsisten untuk mendapatkan susu yang banyak.

Milk booster yang terbaik adalah yang membekalkan nutrisi buat ibu secara keseluruhan, dengan kata lain bukan sekadar ‘mengaktifkan hormon penyusuan’ tapi menjadikan tubuh ibu ‘fit’ untuk menyusukan dan menjaga anak di samping menjalankan aktiviti harian dengan tenang dan gembira.

Ibu juga perlu berada dalam keadaan tenang dan gembira agar hormon oxytocin yang bertindak mengeluarkan susu dari payudara ibu dapat dirembes dengan baik.

Jadi ibu memerlukan bukan saja pemakanan dengan nutrisi seimbang malah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuhnya dan mood-nya. Tahukah anda mood juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan?

Makanlah makanan seimbang, halal, penuh nilai nutrisi dan lengkap untuk keperluan tubuh hingga ke peringkat ODA.


Jangan mengalah bila susu mula kurang, kita ikhtiar dan usaha dengan pelbagai cara, insya-Allah.

Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang penyusuan dan set penyusuan dan supplement yang sesuai untuk anda, bermula dari RM53.75!
Happy Breastfeeding!


 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 28 April 2014

Set Berpantang Terbaik dari Shaklee


Seronoknya bila dengar dan baca pengalaman customer saya yang berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Kalau kita Google pun, ramai ibu-ibu yang berkongsi kisah mereka berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Sampai ada satu tahap tu, saya rasa teringin sangat nak melalui balik waktu-waktu berpantang tu. Bestnya kalau dapat baby lagi. Hihi..

Badan rasa bertenaga, badan cepat slim, kulit makin cantik, parut stretch mark makin pudar, susu badan meriah, luka cepat sembuh. Itu adalah antara feedback ibu-ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee. Bulan lepas kan ada promosi ESP beli 6 percuma 1, ada 2 orang customer saya yang sebelum tu pernah ambil Set Berpantang Shaklee, memang sampai sekarang un still amalkan supplement Shaklee. Tau jer ada promosi ESP, terus grab promosi tu dan dapat keahlian percuma. Maklumlah, masing-masing dah memang jatuh cinta dengan Shaklee.

Yang sorang tu, sebelum ambil Set Berpantang Shaklee dah cuba set berpantang lain. Tapi, tak boleh makan, sebab bila makan jer, baby naik ruam merah-merah. Tak sesuai dengan baby. Bila saya suggest yang Set Berpantang Shaklee tu, Alhamdulillah. Mak dengan baby sesuai. Yang lagi sorang tu pun puas hati sangat. Selain badan bertenaga, susu banyak, kulit pun makin cantik. Ramai kawan-kawan pun puji badan cepat turun, then kulit tak pakai makeup pun dah cantik.

Kenal tak isteri Khairul Fahmi Che Mat pemain bola sepak tu, Leuniey, model yang cun melecun tu.
Dia pun ada amalkan Set Berpantang Shaklee tau. Dia ada share dekat Instagram dia.


lisa surihani raya

Wah wah. Patutla maintain macam anak dara jer, ambil Shaklee rupanya :)

Klik sini untuk info lanjut Set Berpantang Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday 27 April 2014

Tanda-tanda Tubuh Kekurangan Vitamin


Apasal badan ko ni kurus sangat. Macam tak cukup zat je.

Biasa dengar kan.

Tak semestinya kurus tu tak tak cukup zat yer. Dan tak semestinya yang berbadan besar tu terlebih zat. Ada beberapa tanda pada badan kita yang kita dapat lihat, jika kita kekuarangan sesuatu zat atau vitamin.

Jom kita baca:

1) Kuku mudah patah 

Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid

2) Mata terasa kering

Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.

3) Pecah-pecah di bahagian hujung mulut

Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

4) Bibir pecah-pecah

Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.

5) Kulit memerah dan berminyak

Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

6) Jerawat

Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

7) Rambut nipis

Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.

8) Kelemumur

Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

9) Mata merah

Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.

10) Luka lambat sembuh

Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.




Friday 25 April 2014

Berapa Lama Jerawat Hilang dengan Shaklee


Antara soalan paling glamour jugak ni.

Berapa lama jerawat boleh hilang kak kalau ambil Shaklee ni? 
Berapa lama parut boleh hilang kak kalau ambil Shaklee ni?

Hmm, ok, begini. Akak tak nakla terlalu 'overclaim', contohnya semua jerawat hilang dan kulit licin dalam masa seminggu. Magic sungguh tu. Kalau ikut logic pun, takkan la dari muka yang penuh jerawat dan parut, tiba-tiba dalam masa seminggu jer dah licin.

Honestly, akak dulu pun macam tu. Kalau boleh nak jer cepat hilang semua jerawat kat muka. Hasilnya, muka makin teruk kut sebab terpengaruh cuba macam-macam produk kecantikan. Luaran jer la berani cuba, dalaman tak berani makan. Sebab takut ada kesan sampingan untuk kesihatan kan, sekarang ni macam-macam penyakit ada. Bila inga-ingat balik, ruginya tak kenal Shaklee dari dulu.

Kalau tanya akak best tak Shaklee ni, mestila best. Kalau tak, takkan akak setia sampai sekarang kan.
Satu keluarga akak dah 'Shaklee'kan.

Ok, produk Shaklee ni adalah supplement semulajadi yang merawat dari dalam. It is natural supplements, so it heals naturally. At the end, cantik pun naturally bukan plastic. Dalaman setiap individu berbeza, jadi penyerapan supplement pun berbeza. Hasilnya, bergantung kepada individu. Ada yang seawal seminggu dua dah mula nampak kesan positif. Ada yang mungkin ambil masa sedikit. Kuncinya, SABAR dan ISTIQAMAH. Hasilnya, pasti manis.

Ni akak tengok, baru jer ambil dah expect result yang magic. Pastu mula la sekejap ambil, sekejap tak. Camno nak nampak kesan. Frust, tukar pula produk lain. Hmmm...


Nanti next entry akak share pulak antara sebab-sebab, kenapa ada sesetengah orang yang ambil supplement Shaklee, tetapi tak dapat kesan seperti yang diharapkan..

Stay tune ok. Akak nak g masak kat anak-anak jap. Maklumlah dah jadi Work at Home Mother ni. Sambil jaga anak sambil beronline :)

Wednesday 23 April 2014

Beli Baju Baby Online Murah


Wahhh, tetiba jer kan nak beli baju baby. Saje je nak promote kedai online adik ipar saya ni. Seronok tau, bila tengok adik-beradik saya pun dah mula berjinak-jinak dengan business. Maklumlah, zaman sekarang ni, kalau nak bergantung kepada satu pendapatan jer, memang cukup-cukup makan jer la. Lagipun, berniaga ni kan sunah Nabi Muhammad s.a.w, 9 daripada 10 rezeki adalah dari berniaga. Sekarang ni pula, kita ada pilihan untuk buat online business, yang sememangnya pada saya banyak kelebihannya. Tak perlu sewa kedai, tak perlu gaji pekerja, ada yang business tak perlu keluarkan modal pun, tak perlu buat loan bagai.. Jadi, daripada online tak buat apa-apa, apa kata kalau ambil peluang untuk buat sesuatu yang menjana pendapatan kan.

Ok, ni page adik ipar saya. Ada banyak baju baby yang cantik dan comel. Harga pun berpatutan.
Singgah la cuci-cuci mata :)

 


Selamat shopping baju baby. Kalau ada baby ni, mau dah borong sakan dah saya. Hihi

Hilangkan Perut Buncit dengan Lecithin dan Omega Guard


Sekarang ni, cik abang saya bukan main konsisten lagi ambil supplement Shaklee, ngalahkan isteri. Macam-macam nak try, maklumlah dah mula rasa kesan best la tu :)

Sebelum ni saya pernah berkongsi kisah masalah resdung cik abang saya yang semakin pulih dengan supplement Shaklee kan. Boleh baca kisah selanjutnya di sini ya. Ok, kali ni saya nak berkongsi feedback cik abang saya tentang Lecithin dan Omega Guard pula.

Baru-baru ni cik abang saya ada mengadu yang berat badannya semakin bertambah. Perut pun dah mula nampak buncit. Dah isterinya ni asyik masak jer kan, malam pun makan nasi, mana badan tak makin naik kan.

Bila badan dah naik, mestilah rasa tak best kan. Badan rasa berat jer. Cik abang cakap nak something yang boleh bakar lemak, dan di samping tu boleh turunkan kolestrol. So, saya pun bagi cik abang ambil Lecithin dan Omega GuardLecithin ni berfungsi untuk memecahkan lemak supaya tak mendap di dalam badan, manakala Omega Guard pula untuk membakar lemak yang mendap dan membantu mengawal selera makan. Kedua-dua ni juga berfungsi untuk merendahkan tahap kolestrol. Bila dah combine kedua-kedua ni, hasilnya mestilah best kan.


Sekarang ni dah lebih kurang 2 minggu dah cik abang ambil Lecithin dan Omega Guard. Jadual dan cara pengambilan, exclusive dari saya sendiri. Setakat ni cik abang sangat konsisten. Tips pemakanan sihat dari si isteri ni pun cik abang dah mula amalkan.

Belum sempat timbang lagi, tapi cik abang cakap seluar dah makin longgar. Perubahan positif tu. Perut pun takde la nampak buncit macam dulu. Hihi..

Nanti saya update lagi perkembangan ok.

Hah, see. Bukan perempuan jer yang prihatin bab-bab berat badan ni, lelaki pun tau :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 22 April 2014

6 Sebab Utama Saya Ambil Supplement


Ramai orang yang menganggap vitamin atau supplement ni seperti ubat. Bila dah sakit, baru nak ambil. Teringat saya beberapa tahun lepas, pernah saya bersembang dengan seorang rakan saya ni, yang jauh lebih muda dari saya. Katanya, dia tak perlukan vitamin sekarang sebab muda lagi. Nanti dah tua sikit, baru ambil. Tapi guess what, tiba-tiba baru ni dia contact saya sebab mukanya tiba-tiba naik jerawat yang banyak, dan berat badan pun semakin bertambah. Saya pun mencadangkan supplement yang sesuai mengikut keperluan beliau. Pada saya, tak semestinya nak tunggu datang segala penyakit dan masalah baru nak ambil supplement.

Kagum saya bila melihatkan ramai pelajar yang mengambil supplement Shaklee. In fact, customer saya pun ramai yang student. Untung betul, muda-muda dah kenal Shaklee. Bagus adik-adik akak semua :)

Mungkin orang ingat, ambil vitamin atau supplement untuk nak cantik atau nak kurus je. Yang ibu menyusu, ambil untuk tambah susu, yang ada kolestrol tinggi nak turunkan kolestrol, dan macam-macam lagi tujuan. Semua betul. Tapi, ada banyak sebab penting yang saya ibaratkan sebagai tujuan tersirat kenapa kita perlu ambil supplement, yang ramai orang tak sedar sebenarnya.

Jom, saya senaraikan antara sebab penting kenapa saya ambil supplement. 
Bukan untuk cantik semata-mata yer.

1) Faktor pemakanan yang kurang seimbang. Semua orang tahu kan, nak sihat, amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Yes agree. Tapi zaman sekarang ni, honestly, ada ker yang betul-betul yakin yang dia dah amalkan pemakanan sihat. Mampu ker nak makan 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari. Jangan kata 5, 1 setiap hari pun belum tentu kan. Betul tak? Tu belum masuk lagi bab-bab makan makanan segera tu

2) Makanan terlebih masak. Cuba imagine sayur-sayur yang terlebih masak tu, confirm la kan zat semua dah musnah. Yang dimasak atau dipanaskan semula, lagila takde khasiat langsung. Makan sekadar untuk kenyang jer la

3) Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan C yang kita dapat dari makanan semata-mata, tak cukup untuk memberi pencegahan kepada penyakit dan penuaan

4) Zaman sekarang bukan macam zaman nenek kita dulu. Makan sayur pun semua sayur tanam sendiri, ayam pun ayam kampung yang tak dicucuk sebarang hormon. Zaman sekarang ni, kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran telah disembur racun perosak, yang semestinya telah menjejaskan kulaitinya. Ayam tu, tak taula apa yang dah dicucuk atau diberi makan kan

5) Pencegahan dari awal. Supplement yang diambil ni dapat membantu kita menampung keperluan badan dan mencegah beberapa penyakit yang kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama untuk mencegah penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis dan sebagainya.

6) Dan akhir sekali, pengambilan supplement membantu merawat masalah kulit saya yang dulunya berjerawat dan berparut. Supplement juga membantu saya mengekalkan berat badan yang ideal dan juga mencegah tanda-tanda penuaan seperti jeragat dan garis-garis halus. Badan pun makin sihat dan bertenaga

Jadi, walaupun kita dah ambil makanan yang dirasakan sesuai dan sihat, boleh jadi kita masih lagi sentiasa jatuh sakit, sentiasa rasa letih, tak bertenaga, berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus, kulit pun banyak masalah. Pada saya, supplement sekarang bukan lagi satu pilihan tapi satu keperluan. Supplement adalah tambahan yang kita perlukan untuk badan kita bagi menampung keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan.

Saya memang dah Shaklee kan satu keluarga saya. Alhamdulillah, banyak perubahan positif yang dapat saya lihat dari segi kesihatan keluarga saya. Saya yakin Shaklee adalah pilihan terbaik untuk kami sekeluarga, insyaAllah.

Supplement Shaklee adalah salah satu ikhtiar kami sekeluarga untuk hidup lebih sihat, cergas dan ceria 

Always safe, always works. All natural :)

 Inilah antara sebab saya begitu yakin dengan Shaklee

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

Monday 21 April 2014

Laksa Paling Sedap di Pulau Pinang, Laksa Janggus


Orang cakap, Pulau Pinang ni syurga makanan. Saya ni nama je duduk kat Pulau Pinang, tapi kalau tanya saya kat mana tempat makan yang sedap, terkial-kial gak nak jawab. Google jer la jawabnya. Sebabnya, cik abang saya ni jenis yang jarang nak makan kat luar ni, lebih suka makan kat rumah walaupun isteri dia ni masak sempoi jer pun.

Baru-baru ni ternampak kawan saya post gambar dia kat Facebook, gambar dia g makan Laksa Janggus. Orang cakap Laksa Janggus ni laksa yang paling sedap kat Pulau Pinang ni. Kalau sesape yang datang sini, tak g makan laksa ni tak sah. Memandangkan saya ni memang hantu laksa, confirmla tengok gambar pun dah terliur. Maka bermulala sesi memujuk cik abang, ajak g makan Laksa Janggus. Disebabkan tak sampai hati nak menghampakan si isteri yang memang hantu laksa ni, cik abang pun ikutkan jer la.

So, Sabtu lepas, akhirnya merasa jugakla akhirnya Laksa Janggus ni. Actually tak jauh pun dari rumah saya, dalam 40 minit macam tu jer.

Gambar memang tak banyak, sebab fokus makan laksa. Haha..
Kita layan gambar dulu sikit. Lepas tu baru saya share review ok.

Mama & ipan. Tengok rambut ipan.
Hasil kerja si ayah..

 Dalam kereta kena ada aktiviti macam ni, barulah boleh duduk elok-elok.
Si ayah pun bolehla drive dengan aman

Tu dia!!
Ni la tempatnya. korang lalu jalan ni, nampak banyak kereta parking tu, ready la nak stop. kang terlajak pulak, Laksa Janggus ni kedai dia kat rumah je, tepi jalan

Ipan macam macam mama dia. 
Sama-sama hantu laksa :)

Laksa budak-budak.
Kosong... kosong... no sayur-sayur

Order sampai 4 mangkuk laksa besar special. Kononnya sorang satu, mama, ayah, kakak dengan ipan.
Sekali kakak tak nak la pulak. Guess what, terpaksala saya yang habiskan. Series kenyang giler, 2 mangkuk laksa besar tu. Seb baik mama ambik supplement Shaklee, still maintain tak buncit. Hihihi..

Komen Ipan : Laksa ni sedap, tapi pedas. Laksa maktok lagi sedap sebab tak pedas.

Komen Kakak : Kakak tak nak la laksa ni. Pedas

Komen Ayah : Apa yang best sangat laksa ni yang. Laksa mak lagi sedap

Komen saya : Ok. Untuk kategori laksa yang dibeli, laksa ni laksa yang paling sedap pernah saya makan. Tapi, betul la cakap cik abang, still tak boleh lawan laksa yang mak saya buat :)

So, kepada penggemar-penggemar laksa semua, kalau mai Pulau Pinang, korang wajib makan Laksa Janggus ni.. 


Thursday 17 April 2014

Peluang Suri Rumah Jana Pendapatan


Saya percaya, ramai ibu-ibu yang bekerja di luar sana pasti mempunyai keinginan untuk menjadi seorang suri rumah, walau setinggi mana pun dia belajar. Mana taknya, bila jadi suri rumah ni, kita dapat menjaga dan mendidik sediri anak-anak, dapat melihat anak-anak membesar depan mata, dapat memasak sendiri untuk anak-anak dan suami, dapat melakukan banyak aktiviti bersama anak-anak. Pendek kata kita tak perlu risau anak-anak di bawah jagaan orang lain dan juga lebih banyak masa berkualiti dengan anak-anak.

Saya teringat dulu sewaktu saya masih bekerja, saya berbual-bual dengan seorang rakan sekerja saya ni, seorang lelaki berbangsa Cina. Setahun sebelum tu, isterinya juga bekerja di tempat yang sama, sebagai seorang Senior Engineer, tetapi telah berhenti kerja waktu tu. Sangkaan saya, sudah tentu isteri beliau mendapat tawaran yang lebih baik di tempat lain. Rupa-rupanya, menurut suami beliau, dia sekarang seorang suri rumah. Wahh, terkejut juga saya. Saya tanya kawan lelaki saya ni, macam mana isteri dia boleh ambil keputusan macam tu, dan dia pun izinkan.

Dia jawab simple jer, "It's about your choice. What do u want"

Dan kalau nak tau, dalam ramai-ramai yang tak setuju saya berhenti kerja dulu, kawan lelaki saya ni lah antara salah seorang yang menyokong keputusan saya. Siap galakkan lagi.

Walaubagaimanapun, saya akur, bukan mudah untuk bergantung kepada pendapatan suami sahaja di zaman yang segala-galanya memerlukan wang ni ditambah lagi dengan harga barang yang semakin hari semakin naik. Untuk menampung kehidupan dan juga untuk masa depan anak-anak, sudah tentu isteri juga boleh memainkan peranan.

 

Tak salah pun berusaha menambah pendapatan. Sayang sangat kalau duduk di rumah, scroll newsfeed Facebook, google sana-sini, boleh dikatakan online sepanjang masa, tapi tak gunakan peluang tu untuk usahakan sesuatu. Saya kagum bila mendengar kisah suri rumah dari kumpulan Shaklee saya ni, beliau ni boleh dikatakan sudah mewah, suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kalau nak diiikutkan tu, beliau duduk rumah jaga anak sahaja pun takde masalah. Tetapi, beliau tetap menjalankan business Shaklee, bonus bulanan pun 5 angka. Kagum saya dengan beliau.

Tak susah pun sebenarnya business Shaklee ni. Bukannya perlu pergi meeting atau perjumpaan sampai lewat malam, tinggal keuarga kat rumah. Segala-galanya online sahaja. Sambil-sambil jaga anak jer kita buat business.

Jika bukan sekarang, bila lagi.
Suami pun insyaAllah akan bangga dan gembira jika melihat isterinya sambil menjaga anak-anak, sambil membuat kerja rumah pun boleh menjana pendapatan. Kan.

Masih belum terlambat untuk anda. Untuk sama-sama menjana pendapatan, untuk sama-sama mengubah kehidupan keluarga anda dan tingkatkan taraf ekonomi keluarga anda.

Jom jadi suri rumah yang hebat! Yang ada pendapatan business!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan 3-4-5 angka dengan Shaklee hanya dari rumah, jangan segan-segan untuk hubungi saya ye..

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

Wednesday 16 April 2014

Turun 10kg Sebulan dengan Set Kurus Shaklee !


Terkejut tak baca tajuk entry saya kali ni. Ni bukan tipu-tipu ni, tapi memang pengalaman sebenar Puan Nadia Muba yang mengamalkan Set Kurus Shaklee. Beliau mengamalkan ESP, Lecithin, Herblax dan Alfafa. Dengan pengambilan supplement secara konsisten, menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup, Alhamdulillah, beliau telah bejaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa hanya sebulan!

Menurut Puan Nadia, beliau sememangnya jenis rangka yang besar. Beliau agak tak selesa dengan berat badan beliau, semua baju ketat di bahagian lengan, tubuh jadi berat, malas bergerak dan mempunyai selera makan yang besar. Segala-galanya berubah apabila beliau terdetik untuk mencuba Set Kurus Shaklee. Jom baca kisah Puan Nadia...



Ramai yang dah berjaya mendapatkan berat badan yang diidam-idamkan dengan Set Kurus Shaklee. Kalau orang lain boleh, anda pun pasti boleh!

Yang penting, dengan Shaklee anda tak perlu risau akan kesan sampingan yang buruk untuk badan. Semuanya yang baik-baik ajer. Produk Shaklee sememangnya semulajadi dan dijamin selamat. Jom hidup lebih sihat dan ceria dengan Shaklee.
 
KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 15 April 2014

Cara Kempiskan Perut Buncit


Saya terjumpa satu fakta menarik mengenai sebab utama perut buncit. Menarik fakta ni. Jom kita baca sama-sama ok..


Sebab Utama Perut Buncit

"Kenaikan berat badan selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Ahli naturopathi serta homeopathi tidak menyangkal hakikat ramai di antara kita yang memikul beban sekurang-kurangnya tiga kilo di dalam usus besar tanpa disedari. Pakar pemakanan turut berpendapat individu-individu yang memiliki usus besar yang bermasalah tidak dapat menyerap khasiat dari makanan yang diambil seterusnya menyebabkan mereka cenderung untuk makan lebih dari sepatutnya."


Kesimpulannya, atau dengan bahasa mudahnya, jom detoks usus untuk kempiskan perut! Bukan jer untuk slim semata-mata, malah detoks juga penting untuk membuang sisa-sisa toksin berlebihan yang merbahaya untuk badan.

Cadangan supplement Shaklee untuk detoks usus adalah Herblax. Saya sendiri pun amalkan Herblax ni, dan seriously memang rasa kempis perut. Lagipun, saya ni ada masalah sembelit sikit, jadi Herblax ni sangat membantu untuk masalah penghadaman saya.

 Herblax

Herblax ni adalah salah satu cadangan supplement dari Shaklee untuk kurangkan berat badan dan kurus secara sihat dan semulajadi. Selain Herblax, berikut adalah antara supplement yang terdapat di dalam Set Kurus Shaklee:
  • Alfafa - detoks seluruh badan, mengurangkan retensi air dan mengangkut lemak keluar dari badan
  • Lecithin - pecahkan lemak
  • Omega Guard - bakar lemak-lemak yang mendap dan membantu mengawal selera makan
  • ESP/Cinch Shake - memberi rasa kenyang yang lama untuk mengelakkan dari makan secara berlebihan, menjadikan badan fit
  • Cinch Energy Tea Mix - memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma sehingga 4 kali ganda
Senarai di atas adalah set lengkap. Jangan risau, tak semestinya anda mengambil set lengkap. Anda boleh mengambil mengikut budget anda ya.

Hubungi saya untuk konsultasi mengenai produk yang sesuai dengan budget anda dan juga konsultasi exclusive selepas pembelian, mengenai cara dan pengambilan yang betul untuk anda. Penting ya konsultasi yang betul selepas pembelian. Pastikan anda membeli dari pengedar yang boleh memberi konsultasi terbaik untuk anda supaya tak sia-sia nanti wang yang anda laburkan untuk mendapatkan berat badan yang anda diidam-idamkan :)

Jom! Kurus secara sihat dan semulajadi dengan Shaklee!

Klik sini untuk Testimoni Set Kurus Shaklee

KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 14 April 2014

Rutin Baru Seorang Surirumah, Work at Home Mother


Dah lebih kurang 5 bulan saya menjadi seorang surirumah. Macam tak percaya pun ada ni. Belajar tinggi-tinggi tiba-tiba jadi surirumah. Menyesal? Seronok? Mestilah seronok kan.

Bila dah jadi surirumah aka work at home mother ni, jadual pun dah tentulah berbeza dari waktu bekerja dulu. Kalau dulu, banyak masa dihabiskan kat office jer la. Balik rumah, memang kelam-kabutla nak uruskan hal-hal rumah pulak. Masa dengan keluarga tersangatla terhad. Nak masak kat suami dan anak-anak pun kadang tak sempat. Mana nak main dengan anak-anak sambil tengok anak-anak buat homework lagi kan.

Bila dah jadi suri rumah ni, masa tersangatla flexible. Rileks jer rasa. Takdela terkejar-kejar macam dulu. Masa dengan anak-anak pun lebih. Yang penting, masih lagi boleh menjana pendapatan dari rumah. Duduk rumah pun bleh jana 4 angka sebulan, ok sangat la tu kan, siapa nak bagi. Lagipun, bukannya kena keluar rumah sampai lewat-lewat malam pun, semuanya di hujung jari jer, online jerr...

Tiap-tiap hari, rutin saya bermula seawal subuh. Biasala kan, mana-mana pun, mestilah ibu yang bangun paling awal. Dah lepas mandi, solat Subuh, minum dulu ESP secawan. Maklumlah, tenaga kena ada ni. Mana sempat nak breakfast bagai, minum ESP dulu la untuk alas perut. Mengenyangkan dan memberi tenaga. Banyak tugasan menanti si ibu ni.


Dahtu, mandikan anak-anak, buat susu dan siapkan breakfast dan bekal untuk anak-anak. Anak-anak saya, tiap-tiap pagi, wajib minum sebotol susu dicampur dengan sedikit Mealshakes (yes, anak-anak saya still minum guna botol). Biasanya, anak-anak saya akan makan roti dan kakak Qistina suka makan epal sekali untuk breakfast. Ini kira early breakfast untuk alas perut, sebab dekat kindergarten memang ada disediakan breakfast, tapi mungkin lambat sedikit. So, kena la alas perut dulu kat rumah. Ayahnya pun sekarang breakfast roti jer, nak diet katanya :)

Lepas dah anak-anak g kindy, ayahnya pun dah g office, maknya pun mula la aktiviti kat rumah. Aktiviti business dan juga aktiviti kerja-kerja rumah. Bila anak-anak dah habis kindy, bersambung pulak kelas Iqra kat tempat yang sama. Kira balik rumah pun dah petang. Sekrang ni, Alhamdulillah, tercapai juga impian nak masak sendiri untuk keluarga. Bukan apa, kadang-kadang tu rasa tak yakin nak beli makanan kat kedai, tak tau macam mana tahap kebersihan kat situ. Cara penyediaan tu. Sesekali tu boleh la nak makan luar.

Kalau time kerja dulu, balik tu kadang-kadang stress jugak bila anak-anak cakap lapar nak makan. Padahal kita tudung pun belum buka lagi time tu. Kesian pun ada dengan anak-anak. Masak la kelam kabut dengan letih-letih tu. Kadang tu, dah malam baru nak makan. Fuhhh, supermom sungguh. Tapi sekarang ni ok la sikit kan. Bila anak-anak balik tu, dah ready dah makanan. Tinggal nak makan jer. Anak-anak happy, mak dengan ayah lagila happy. Hihi

Dah siap-siap makan, bolehla rilek2 dengan anak-anak. Maklumlah, online business kan. Flexible. Boleh baca buku sama-sama, boleh buat homework sama-sama dengan anak-anak. Alhamdulillah :)

 


Saya pasti setiap ibu di luar sana pun menyimpan hasrat nak jadi seorang surirumah kan. Don't worry mommies, keep on dreaming, keep on believing, your time also will come soon..
But u have to take action la. Don't wait for the perfect moment. Use the moment now and make it perfect. We have to chase our own dream.

Kalau bukan kita sendiri yang mengubah hidup kita, siapa lagi.
Go and chase your dreams!

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

Resdung Kronik Hilang dengan Set Resdung Shaklee


Saya ni bukan setakat resdung, selsema pun jarang sangat. Dulu time study kat German, masuk time winter jer, ramai la yang dok berair hidung. Alhamdulillah, Allah bagi antibodi kebal kat saya, memang susah sangat la nak kena selsema-selsema ni.

Berbeza pula dengan cik abang saya, memang resdung yang boleh tahan kronik juga cik abang saya ni. Sekejap-sekejap, sakit kepala. Selsema tu jangan jangan cakap la, tiap-tiap pagi, hacum hacum. Saya yang dengar ni pun rasa rimas, lagila orang yang memang alami tu kan. Kesian tengok dia, muka pun ketat jer. Selalu sangat jumpa doktor ambil ubat, atas meja makan tu sentiasa jer penuh dengan ubat doktor. Kalau refer hospital, mungkin kena scan bagai. Silap-silap doktor suruh buat operation.

Pernah juga dulu mak mertua saya suggest ajak abang pergi berubat kat satu pusat rawatan ni. Cik abang cakap ok, tapi nampak dia pun macam tak confident jer nak pergi. Hihi.
 
Semenjak dah berjinak-jinak dengan Shaklee ni, apa lagi, satu keluarga la saya Shaklee kan. Cik abang ku pun dah terjebak dengan Shaklee. Kadang-kadang tu, lagi konsisten dari saya tau. Siap sendiri request nak try tu la, ni la :)

Sekarang ni, cik abang saya tengah konsisten dengan Vitamin C, Omega Guard, Lecithin dan CoQ Health Plus. Alfafa pun saya dah ready kat cik abang, tapi yang ni saya tak sure la pulak dia makan ke tak. Cik abang saya ambik semua ni bukan setakat untuk masalah resdung, tapi juga untuk tambah tenaga, untuk turunkan kolestrol, untuk kurangkan berat badan dan juga untuk overall health.


Alhamdulillah, sekarang ni tengok kesihatan cik abang pun dah semakin baik. Feedback dari cik abang sendiri pun, dia rasa makin sihat dan bertenaga ambik Shaklee ni. Takde dah sakit kepala, selsema, bersin pagi-pagi, no more gatal-gatal muka. Yeyy!! No more ubat-ubat. Takut bini dia ni tengok ambik ubat selalu sangat, bukan apa, makan ubat banyak-banyak kan tak elok untuk kesihatan jangka masa panjang. Nanti saya share feedback pasal kuruskan badan jugak, sebab cik abang saya pun tengah dalam usaha nak kurangkan berat badan sikit.

Ok, ni saya share lagi satu testimoni, dari Puan Hani Nadhirah mengenai Set Resdung Shaklee. Yang ni lagi kronik kut, sampai keluar darah lagi.


"Dulu asal bangun pagi jer konfem saya bersin tak berenti. Pernah saya bersin sampai darah keluar dari hidung. Boleh dikatakan saya mengalami resdung yang agak teruk laa. Siap hidung dengan muka gatal2 lagi. Jerawat takyah habaq laa. maleh nak ingat balik hahaha… 
Nak tau tak apa yang saya guna untuk atasi resdung saya? Saya guna set Resdung Shaklee Vitamin-C, B-Complex and Alfalfa Complex. Selepas 10 tahun baru rasa macam boleh bernafas dgn segar dan lancar. Alhamdulilah sangat kann. Kenapalah dari dulu tak kenal benda alah ni :)"

Bagaimana Set Resdung membantu: 

1) Alfalfa Complex
  • Sifat alkali bertindak sebagai peneutral pada tubuh berasid dan sifat antibakteria membantu menyekat perkembangan kuman di kawasan yang dijangkiti. 
  • Ianya kaya dengan sumber kloroful dan membantu menngurangkan keradangan terutama akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi dan gegata 
2) B-Complex 
  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badam 
  • Membantu dalam pembinaan protien dalam tubuh 
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati 
3) Vitamin- C Sustained Released 
  • Bertindak sebagai anti histamin tanpa perlu mengalami side effect dari pengambilan drug anti- histamin 
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan 
  • Meningkatkan oksigenasi pada tisu-itsu dalam tubuh badan 
  • Meningkatkan penyembuhan tisu 

Bagi anda yang juga mengalami masalah resdung, saya sangat sarankan anda mencuba set ni.
Jangan biarkan segala aktiviti harian dan mood anda tejejas kerana masalah resdung anda ya!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday 13 April 2014

Artis Yasmin Hani Pun Amalkan Shaklee


Biasanya, kebanyakan pengeluar produk akan mengambil artis sebagai duta atau jurucakap bagi produk mereka. Shaklee pula, buat masa ni belum lagi menggunakan artis sebagai duta. Tapi, sejak kebelakangan ni, semakin ramai artis yang berkongsi di Instagram dan Facebook, yang mereka juga mengamalkan supplement Shaklee untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.

Salah seorang artis yang telah mengamalkan Shaklee untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan beliau adalah Yasmin Hani.



Wahhh... artis pun dah mula ambil Shaklee. U olls bila lagi :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 12 April 2014

Jeragat Hilang dan Awet Muda dengan Shaklee Collagen


Ok, saya serious teruja dengan testimoni ni. Jap, kita tengok gambar dulu..


"Inilah mak saya sebelum beliau mengambil Shaklee Collagen Powder. Gambar ni saya ambil awal bulan ni. Boleh nampak kan, muka mak banyak jeragat dan tompok. Kesian sangat sebab mak saya menitikberatkan kecantikan kulitnya. bila dah jadi camni, mak jadi sedih dan stress. 
Pas dapat SMS adik saya tu tak sabar2 saya nak jumpa mak dan pagi ni, mak singgah di rumah saya sebelum bertolak pulang ke Perak. Maka, inilah hasilnya selepas hampir 2 kotak Collagen mak saya ambil. Beza sangat2. Boleh nampak, tona kulit pon dah nak sama cerah dengan cucunya Raudhah, 
 Tompok2 hitam dah takde lagi. Kedut2 yang mula menyapa wajah 56 tahun ni pon dan makin menghilang. Jeragat pon dah takde. Alhamdulillah, Senyummm saje mak saya. mak happy, saya lagiiila happy. Syukur ya Allah. Tak rugi saya belikan mak saya SCP ni. memang berbaloi, Kesannya sangat cepat. Paling penting, semua produk Shaklee mendapat kelulusan KKM, selamat, berkesan, tiada pengawet atau perasa tiruan dan semestinya HALAL."

Hebat betul penangan Shaklee Collagen Powder ni.
Tompok-tompok hitam atau jeragat ni memang susah nak hilang sebenarnya. Kadang-kadang tu guna skincare yang beribu-ribu pun belum tentu boleh hilang.

Bagi anda yang mengalami masalah jeragat, saya sangat syorkan anda mencuba Shaklee Collagen Powder. InsyaAllah dapat membantu menghilangkan masalah jeragat anda dengan cepat dan berkesan. Shaklee Collagen Powder ni sememangnya dah terbukti berkesan dalam masa 8 minggu. Malah, ramai yang ambil 1 atau kotak pun dah mula dapat kesan yang hebat!


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Susah ke Business Shaklee ni?


Antara soalan yang sering saya terima juga ni..

"Susah ke business Shaklee ni?"

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.
Pokok pangkalnya USAHA.

Dalam apa juga business, kita kena ada ilmu dan mentor. Dua2 tu, kita boleh dapat FREE jer dalam business Shaklee ni. Mula-mula, memang la banyak yang nak kena belajar. Macam kita masuk kerja baru jugak la kan. Takkan first day pun dah tau semua benda. Slowly kita akan belajar, tanya sana, tanya sini. Sama juga macam business Shaklee ni. Mula-mula kena belajar tentang produk, tentang business plan Shaklee, tentang cara marketing onine/offine, cara consult customer dan macam-macam lagi. Bila dah lama-lama, pengalaman pun semakin banyak, semua pun dah ada dalam otak.

Once dah berdaftar menjadi ahli/pengedar Shaklee, anda sudah layak menerima segala manfaat sebagai ahli Shaklee. Dan sekiranya anda bersama-sama kumpulan Jutawan kami, anda akan berada di bawah bimbingan barisan leader-leader yang hebat, ada yang sudah menjangkau sehingga 6 angka sebulan. Semuanya dah tersedia ada, segala rahsia dan segala tips untuk berjaya. Tinggal lagi nak buat jer.

Jadi, susah atau senang tu terletak pada diri sendiri.

For those yang baru start nak buat business, saya suggest buat online business dahulu instead of offline business. Sebab dengan online business, anda boleh bermula dengan zero modal. Tak perlu beli stok, tak perlu sewa kedai, tak perlu gaji pekerja, tak perlu buat pinjaman. Shaklee juga adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda. Saya dulu pun hanya bermula dengan registration RM75 sahaja. Sekarang ni, bonus bulanan saya pun dah berpuluh-puluh kali ganda dari duit yang saya laburkan RM75 tu. Syukur Alhamdulillah.

Kalau saya boleh, anda pun pasti boleh! Registration pun hanya RM75 seumur hidup. Atau anda juga berpeluang mendapat keahlian secara PERCUMA. Sila hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut yer..

In Shaklee business, 'u got nothing to lose!'. Takde kerugian pun kalau jadi ahli Shaklee ni, untung lagi ada. Duit dapat, ilmu dapat, kawan dapat, cantik dapat, sihat pun dapat. InsyaAllah :)



 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan 3-4-5 angka dengan Shaklee hanya dari rumah, jangan segan-segan untuk hubungi saya ye..

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 11 April 2014

Cara Hilangkan Jerawat dan Parut dengan Minyak


Hahh.. tu diaaa. Minyak apa la yang boleh hilangkan jerawat dan parut tu..
Takkan nak letak minyak masak kat muka? Minyak tanah? Minyak petrol?

Ok, kalau tanya encey Google, memang banyak la jawapan yang akan keluar. Tapi, entry saya kali ni, saya akan berkongsi berdasarkan pengalaman saya jer la. Kalau nak try minyak lain, boleh. Tapi saya tak jaminla keberkesanan dia macam mana. At your own risk. Hihi

Kalau nak diikutkan, saya ni lagi berani try benda-benda natural macam ni daripada try pakai krim atau masker yang banyak dijual tu. Kalau tengok orang jual, series teringin nak beli. Macam best kan. Yang produk-produk korea jepun tu macam best kan, dahla packaging pun mearik, cute jer. Ikut nafsu, nak beli jer tempek kat muka. Tapi bila pk2 balik, lepas tempek kat muka kang bertempek-tempek pula segala mak nenek jerawat bintik2 merah kat muka, menyesal tak sudah kang. Nasib baik sedar diri, kulit dah jenis sensitif senang naik jerawat, tak payah nak mengada-ngada cuba yang bukan-bukan.

Ok, meh saya kongsi minyak apa yang pernah saya guna untuk menghilangkan jerawat dan parut kat muka.

1) Garden of Eden Rosa T

Minyak ni series best korang. Minyak ni saya guna time study dulu. Tiap2 malam sapu kat muka sebelum tidur. Memang jerawat dan parut cepat hilang. Walaupun agak mahal harganya, tapi tak terasa sangat la, sebab study dulu dapat scholarship kan. Oopss. Guna duit scholar. Yer la, keperluan jugak ni. Minyak ni ada 2 size, 5mL dengan 10mL. Harganya time tu, 5mL, RM 20 lebih, kalau yang 10mL tu dekat RM50 kalau tak silap, beli kat Watson. Kalau tak silap. Itu 10 tahun lepas la. Tak sure la wujud lagi ke tak minyak ni. Kalau ada pun, harga mungkin dah naik sikit.

Kecik jer botolnya, cepat jer habis ku rasa time tu. High maintainance sungguh :)

Gambar dari Google
So, mungkin wujud lagi minyak ni. Packaging jer dah lain


2) Virgin Coconut Oil

Ok, yang ni saya beli dulu sebab pernah terbaca review tentang minyak ni, kalau sapu kat jerawat, jerawat cepat kecut. Saya tak pernah cuba, korang boleh cuba yer. Sekarang saya guna minyak ni untuk cuci make-up saja.

Virgin Coconut Oil

3) Vitamin E Shaklee

Highly recommended! Vitamin Shaklee pertama yang saya cuba, dan dah jatuh cinta sampai sekarang, Vitamin E. Yang bestnya, Vitamin E ni, 2 in 1. Nak makan boleh, nak sapu ke muka boleh. Bila disapu ke muka, jerawat cepat kecut, parut cepat pudar, kulit pun makin cantik. Kalau dimakan, bukan sahaja kulit makin cantik, dalaman pun semakin sihat. Harga pun mampu milik. 1 botol ada 120 biji, untuk 4 bulan. Berbaloi kan. 


 Vitamin E Shaklee

Selamat mencuba! 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit