Thursday 30 October 2014

Promo ESP Harga Murah Tamat ESOK!


Tik tok!

Tik tok!

Ada sape lagi yang belum grab promosi ESP Shaklee bulan ni?

Cepat yer, esok last day promosi harga murah ESP Shaklee ni.
Peluang keemasan yang memang tak patut dilepaskan!

Dengan pembelian 6 ESP, anda akan mendapat:
  • FREE 1 ESP
  • FREE Shaklee membership bernilai RM75 (untuk seumur hidup)
  • BONUS dari Shaklee sebanyak RM35
  • Boleh beli produk Shaklee dengan penjimatan sehingga 25%
Apa lagi, borong ler. If nak borong untuk stok sendiri pun ok jer.
Expired date tahun 2016, lambat lagi.

If nak share2 beli dengan adik-beradik, member-member office, saudara-mara, pun boleh.

Yang nak beli 1 atau 2 tong je pun boleh.

JIMAT sangat. Tak tau lagi ni bila nak dapat PROMOSI yang best macam ni.

Untungnya sape yang dah grab. Yang belum, jangan menyesal yer kalau terlepas.
Tinggal esok jer lagi ni.

Apa yang best sangat ESP Shaklee?
  • Best tak kalau korang rasa bertenaga jer, tak letih/lemau/lesu.
  • Best tak kalau kulit korang semakin cerah dan nampak glowing.
  • Best tak kalau korang tak rasa nak makan melampau-lampau, sedar-sedar badan pun makin slim.
  • Best tak kalau muka korang yang dulunya penuh parut, sekarang dah licin.
  • Best tak kalau cik abang puji makin cantik, 'aset' pun makin mantap.
  • Macam-macam best lagi sebenarnya...

Itulah yang korang akan dapat kalau KONSISTEN minum ESP Shaklee.
Saya pun dah hampir 2 tahun minum ESP Shaklee ni. Yang best best tu, semua dah dapat dah.
Maklumlah, mak beranak dua ni pun kena maintain gak, untuk suami dan anak-anak :)


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 29 October 2014

Tutorial Pakai Wide Shawl Dena Bahrin Style


Assalamualaikum & Selamat Pagi semua ... :)

Siapa sini suka pakai shawl?
Ok, entry kali ni saya nak share tutorial pakai wide shawl yang sangat simple, cantik, selesa dan paling penting menutup aurat dengan sempurna.

Tutorial ni pun secara tak tersengaja saya terjumpa. Siapa pernah dengar nama Dena Bahrin?
Honestly, saya tak kenal, tapi tak tau macam mana ter'follow' Instagram dia baru-baru ni waktu tengah cari online shop kat Instagram yang best.

Tengok gaya tudung dia cantik sangat. Nampak simple dan selesa.

Nilah Dena Bahrin yang cantik manis tu

Berminat tak nak tengok tutorial wide shawl yang dia pakai ni.
Saya ada gambar je, rasanya ada video juga kat Youtube. Tengok gambar ni pun dah boleh dah, sekali try terus jadi. Senang sangat.


1st try pakai ada dalam 2@3 minit macam tu. Lepas ni rasanya dalam seminit tu pun dah boleh siap.

Meh nak tunjuk gambar tuan rumah pakai shawl ala-ala Dena Bahrin pulak. Gambar recycle je ni. Nanti kalau ada gambar yang full, saya share k. Lepas ni nak pakai macam ni je la. Sangat selesa.

Try tau jangan tak try.


Saturday 25 October 2014

Kuruskan Badan Dengan Berkesan


Salam Maal Hijrah semua :)

Salam hujung minggu juga. So, korang buat apa ya hari ni. Kami sekeluarga kat Alor Setar sekarang, rumah parents.

Semalam waktu tumpang solat kat bilik kakak saya, ternampak satu gambar lama kakak saya waktu graduate dekat UKM dulu.


Ampun kak, share gambar kak kat sini. Bukan apa, nak bagi semangat sikit kat pembaca-pembaca blog ni. Siapa cakap kan kalau gemuk atau berat badan berlebihan dari kecil tak boleh kurus. Lagilah kalau yang baru gemuk time study, gemuk selepas bersalin. Boleh punya, kalau betul caranya dan lagi satu diri sendiri pun kena kuat semangat. Kakak saya yang berat badan berlebihan sejak kecil ni pun dah slim sekarang tau.

Dulu waktu saya merantau study kat Germany, kakak saya pula merantau ke Sabah. Jadi cikgu kat situ. Nasib baik kakak saya ni jenis yang berani dan tough, maklumlah sekolah kat pedalaman. Dengan elektrik takde, air pun kena angkut air perigi. Kulit kakak saya pulak jenis allergik sikit, habis la naik kudis-kudis kat kulit, hitam terus kulit.


Ini gambar kakak saya dengan student dia kat Sukau, Sabah. Kakak saya ni bukan jenis yang ayu-ayu dulu. Ala-ala tomboy sikit.

Tapi sekarang.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Ni gambar terbaru kakak saya dengan students dia kat SMK Setapak. Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun dekat Sabah, dapat juga balik Semenanjung.

Dah ayu dan slim kakak ku sekarang! Cantik kan. Really really happy for her. Appearance dah ayu sekarang, tapi still brutal jugak kakak ku ni :)

My sister with her cik abang

Bukan setakat slim, kulit pun makin cantik. Dari hitam, berparut dan berjerawat, sekarang dah cerah berseri gitu.

So, apa rahsia kakak saya ni?

Kakak saya ni pun pengguna setia dan pengedar Shaklee, macam adiknya juga.
Kalau nak tau rahsia kami, Shaklee ler jawabnya :)

So korang, if yang ada masalah berat badan berlebihan, masalah kulit wajah yang memalukan, tak payah nak stress-stress. Semua masalah dalam dunia ni ada penyelesaiannya. Yang penting, usaha dan juga doa yang tak putus, jangan sesekali give up. 

Jika berminat untuk mencuba atau mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya untuk konsultasi ya. Exclusive consultation untuk all my customers :)

Resepi Jeruk Mangga Muda Asam Boi Yang Sedap


Trending betul sekarang jeruk mangga muda asam boi tu kan. Sape dah try?

Tak taula berapa ringgit sebalang orang jual. Tapi buat sendiri pun boleh ni, senang jer tengok cara nak buat tu. Cuma kena cari bahan jer la and rajinkan diri sikit.

Tiap hari, ada jer orang share kat Facebook. Terliur juga tengok.

Meh kita tengok bahan apa yang diperlukan:
  • Mangga muda
  • Asam boi
  • Gula 
  • Garam
  • Cili padi
Semua tu senang jer nak dapat, kecuali mangga muda tu. Kalau kat kampung senang ni, kait je kat belakang rumah tok. Saya tengok ada juga orang guna buah ambra, epal hijau, tapi apa pun, mangga muda tetap paling kick.

 

Jom jom try. Saya pun baru tengah dalam misi mencari mangga muda ni:)

Friday 24 October 2014

Makan Pasembor Padang Kota, Nur Cemerlang Graduation Day


Alhamdulillah, tamat sudah graduation day kakak and irfan. Kakak memang betul-betul graduate la, sebab next year dah nak masuk Standard 1. Irfan, still sambung balik kat tadika yang sama next year.

Actually, they called it it Graduation Concert, sebab full of show je sepanjang malam tu. Yang ambil sijil tu, last part je, about half an hour macam tu.

Concert tu buat malam, tapi dari buka mata pagi-pagi tu lagi kakak dengan irfan asyik tanya bila nak pergi, punyalah excited.
Start pukul 8.00 malam, and parents kena hantar anak-anak pukul 5 petang. Maklumlah, nak make-up bagai kan. Seb baik buat dekat Dewan Sri Pinang, dekat area Padang Kota, so boleh la mama, ayah, mak tok dengan wan rehat-rehat tepi laut makan pasembor dulu.

Lepas solat Maghrib tu, cepat-cepat kitorang masuk dewan, target nak duduk depan.

Overall, it was really great show. Macam-macam aksi ada. Impress and excited tengok budak-budak acting, dancing and singing. Bravo to all teachers yang bertungkus lumut train the students and prepare the props. Tema lakonan this year, Frozen. Kakak berlakon jadi Anna. It was perfect, takde lupa-lupa dialog. Irfan dancing, lagu I'm In Love, jadi leader katanya, duduk depan sekali.

Well done kids!
Mama and ayah sooo proud with kakak and Irfan.
Mix feeling mama malam tu, terharu, happy, nervous. Don't grow up too fast boleh tak :)

Me with my mom.
Apasal muka ku macam menggeletis ni. Hahaha

Ni la passembor Padang Kota, yang famous tu

 Welcome to Nur Cemerlang Graduation Concert

 Ready dah nak masuk ni

The grand stage

Tengok kat belakang tu, kosong lagi. Seb baik sempat dapat duduk row depan. 
Lepas tu, full sampai ke belakang

 My handsome boy tengah ready kat backstage
Irfan yang pakai purple hat tu

Habis dah show :)

My little Anna in action. Tu Prince Hans tu :)

Elsa, Anna and Prince Hans

All the cast 

Mix feeling looking at this. 
My little princess dah besar sekarang....

Thursday 23 October 2014

Tips Kulit Cantik Ketika Hamil


Selain penjagaan kesihatan dan pemakanan, penjagaan kulit juga adalah amat perlu ketika tempoh kehamilan. Perubahan hormon ketika hamil ni kadang-kadang membuatkan kulit kita bermasalah seperti kering, gelap, jerawat, jeragat dan sebagainya.

Meh saya nak share antara tips yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil untuk menjaga kulit agar tetap kelihatan cantik dan berseri-seri. Ditambah dengan seri ibu mengandung lagi, memang bertambah cantik dan gojes la.

1) Penjagaan luaran

Basic penjagaan wajah jangan diabaikan ya. Mencuci, menyegar dan melembapkan. Pastikan anda menggunakan produk yang bukan sahaja sesuai untuk anda, malah selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang.

2) Rehat dan tidur secukupnya

Kalau sebelum mengandung selalu stay up sampai pukul 2@3 pagi, kalau boleh time mengandung ni cuba tidur awal ya dan banyakkan rehat especially yang ada masalah eye bag atau lingkaran hitam bawah mata tu. Takut time mengandung ni bertambah teruk jadinya nanti.

Bagi yang suka tidur siang tu, boleh je, cuma jangan la sampai sepanjang hari pulak. Terlebih tidur pun tak bagus juga.

3) Minum air masak 2-3 liter sehari

Pastikan minum air masak secukupnya, 2 hingga 3 liter sehari. Bukan saja bagus untuk kulit, malah untuk kesihatan juga. Siapa yang tak suka minum air masak tu, cubalah ya. Bukannya susah mana pun. Percayalah, bila minum air masak secukupnya, sure korang akan nampak perbezaannya compare dengan if minum 2 atau 3 gelas je sehari.

4) Pemakanan yang seimbang termasuk buah dan sayur

You are what you eat.
Kalau hari-hari asyik makan makanan berminyak, berlemak, sayur yang layu atau terlebih masak, buah pun kadang ambil kadang tak, mana nak dapat segala vitamin yang mineral kan. Kecantikan kan bermula dari dalam.
And lagi satu, jangan lupa, apa yang kita makan tu, bukan untuk diri kita je, malah untuk baby kita juga. So, ibu-ibu semua, amalkan pemakanan yang seimbang k. Lebihkan pengambilan buah dan sayur.

5) Pengambilan supplement

Ibu yang mengandung memerlukan supplement atau vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan. Cadangan supplements Shaklee untuk ibu hamil, Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP,  Ostematrix dan ESP.
Supplements di dalam Set Kehamilan Shaklee ni juga sangat membantu untuk kecantikan kulit. Supplements ni dah lengkap dan memadai untuk ibu hamil, yang penting amalkan dengan konsisten. Hasilnya, ibu SIHAT, BERTENAGA dan CANTIK.
 

Jom kita baca sharing pengalaman antara ibu yang mengamamalkan Set Kehamilan Shaklee


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 21 October 2014

5 Kesan ESP Shaklee Yang Best - Pengalaman Sendiri


ESP Shaklee adalah supplement kedua yang saya cuba dari Shaklee. And honestly, ESP ni adalah salah satu supplement Shaklee yang paling saya suka dan jatuh cinta.

ESP ni adalah protein tambahan terbaik yang dihasilkan dari soya non-GMO. Peranan protein ni penting sebenarnya. Bayangkan badan kita ni ibarat rumah, protein tu adalah batu-bata, simen untuk bina rumah tu. Kalau semua bahan-bahan tu tak elok, rosak, tak cukup, alamat tak elok lah rumah kita. Lagi teruk, roboh terus kan.

That's why kita kena pastikan kita dapat protein yang cukup dalam diet harian kita, dan juga dari sumber yang bagus. Kalau protein tak cukup, tu yang badan lemah, letih, lesu, kulit bermasalah dan juga, selalu sakit dan juga mempuyai risiko masalah kesihatan.

So, entry kali ni saya nak share 5 kesan best yang saya dapat selepas minum ESP Shaklee dengan konsisten. Kena konsisten la ye, jangan pulak minum sekali seminggu dah expect dapat kesan yang best.

1) Masalah parut
Kulit saya ni memang jenis yang sensitif dan bermasalah. Kalau naik jerawat tu, maka akan betempeklah parut-parut di muka. Tapi sejak ambil ESP Shaklee ni, tak risau dah. Kalau tiba-tiba naik jerawat pun, jerawat cepat kecut dan parut cepat hilang. Kalau jerawat yang kecik tu, kadang takde tinggal parut pun. Saya ambil sekali Vitamin E untuk cepat hilangkan parut. Perfect combination.

2) Kulit lembut
Best bila pegang kulit sendiri sekarang, especially time cuci muka tu. Lembut jer rasa. Kalau dulu, sambil basuh muka tu, bercampur-baur perasaan. Sedih pun ada bila pegang kulit sendiri dulu. Lagi sedih bila tengok muka kat cermin. Tapi sekarang ni, takdela syok sendiri hari-hari belek muka, tapi confident and happy la. Oo, lagi satu, bukan setakat kulit muka je, kesannya untuk satu badan tau.

3) Supplement lain lebih berkesan
Selain ESP, saya juga ambil beberapa lagi supplement Shaklee yang lain. Bila ambil ESP Shaklee ni, secara tak langsung, supplement lain pun akan jadi lebih berkesan sebab ESP ni bantu supplement lain menyerap lebih sempurna dalam badan.

4) Tambah tenaga
Kalau tak minum ESP ni, memang lain rasanya. Letih je rasa. So, tiap-tiap pagi, saya mesti minum ni dulu. Barulah sepanjang hari tu bertenaga je rasa. Ada sorang kawan saya ni, dia kerja shift, 12 jam kerja pula tu. Katanya, minum ESP ni memang best, tak rasa letih dan mengantuk langsung, especially bila kena kerja shift malam.

5) Rambut kurang gugur
Rambut saya ni jenis nipis, risau jugak dulu sebab masalah rambut gugur ni. Kang botak kang sudah. Hilang selera suami ai nanti:)
Sekarang ni sejak konsisten minum ESP Shaklee ni, Alhamdulillah, dah kurang dah masalah rambut gugur ni.


Ok, itu baru 5 kesan ESP Shaklee bedasarkan pengalaman saya.
Ada lagi sebenarnya ni, panjang lebar pulak nak tulis nanti.

So, apa kata korang try sendiri ESP Shaklee ni. Rasai sendiri betapa bestnya ESP Shaklee ni.
InsyaAllah tak akan menyesal dan akan sangat berpuas hati :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 20 October 2014

Bincang Projek Business Di Old Town, Queensbay Mall


Salam Isnin semua...

So, how's your weekend. Hopefully semuanya happy ya, spending quality time with family and friends.

My weekend, quite full juga. COD barang customers, pos barang customers, shopping barang-barang rumah, kemas rumah, main dengan anak-anak:) And yesterday, paling best, sebab dapat jumpa 'mak' Shaklee saya, Hadhatina Mkb yang kebetulan ada business tour sebelah utara ni.

Kitorang jumpa dekat Old Town White Coffee, Queensbay Mall. Selain sembang-sembang santai, meet up ni juga actually untuk discuss tentang project baru our team untuk lebih berkembang lagi dalam business Shaklee ni. The first briefing hari tu dah buat dekat KL, untuk yang jauh macam saya ni, tak dapat pergi, so just tengok rakaman video briefing tu. Tapi, ni dah alang-alang mak Shaklee saya datang sini, tu yang terus jumpa sekali tu.

Alhamdulillah, banyak sangat tips yang dikongsikan, and i'm so excited to start this for my team. It's not only for me, but for my team especially, anak cucu Shaklee saya yang benar-benar serius dan komited ingin berjaya dalam Shaklee. Saya nak bantu mereka grow, dan lihat mereka juga berjaya di dalam Shaklee, capai apa yang mereka impikan. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkanNya nanti. Korang pun doakan k.. :)

So, here's some picture semalam...

 Old Town White Coffe, Queensbay Mall

 Ayah jaga anak-anak sat noo..
Mama ada project juta-juta nak discuss ni:)

We are Working At Home Mother!
Ye, we are proud of it. 
Duduk rumah, sambil jaga anak-anak, kami jana wang dari rumah.
Let's be part of our team.
Who know's you are NEXT..
Just DREAM IT, BELIEVE IT and ACHIEVE IT!

Friday 17 October 2014

Kenapa ESP Shaklee Sangat Best Dan Digemari


Salam Jumaat semua :)

Ok, seperti yang diwar-diwarkan, bulan ni promosi ESP beli 6 PERCUMA 1 tau. Boleh la korang pakat-pakat share beli dengan kawan-kawan ke, sedara-mara ker. Ramai tengah memborong ni, ada yang ambil 2 tin, ada yang ambil 3 tin seorang, jangan lepaskan peluang ni tau. Bukan senang nak dapat harga promosi ni.

Memandangkan dah bulan promosi ni, meh saya nak cerita tentang ESP Shaklee, apa yang best sangat ESP Shaklee ni. Betul ker berkesan? Apa bezanya ESP Shaklee berbanding jenama lain? Memang tak jemu cerita pasal ESP ni, rasa nak share je kat semua orang tentang ESP ni :)

Kelebihan ESP Shaklee Berbanding Jenama Lain

Istimewanya ESP Shaklee. Kerana ia merupakan sumber protein soya terbaik. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.

Haa yang saya nak tekankan iaitu soya yg digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO). Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dgn Shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Mesti ada yang tanya, apa bagusnya kalau soya Shaklee ni Non-GMO. Haa.. ni yang ramai tak tahu. Meh sini nak cerita kenapa kena pilih produk Non-Gmo berbanding produk GMO. Produk2 GMO boleh menyebabkan alergy, toxic, potensi kanser. Lagi2 zaman sekarang ni, produk2 GMO memang dah makin banyak di pasaran sebab tu macam-macam penyakit sekarang. Contoh yang paling glamor adalah penyakit berkaitan kanser dan allergic. Tu memang common laa kann. Antara makanan yang tinggi potensi GMO adalah jagung dan soya. Oleh sebab tu, kalau you all nak beli protin dari sumber soya, pastikan you all baca dulu labelnya, pilih produk yg berlabel Non-GMO.



Satu lagi, perbezaan ESP jenama Shaklee berbanding soya jenama lain adalah soya shaklee dibasuh dengan menggunakan air. Tahukah anda kebanyakan jenama soya di pasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses. Alkohol ini menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes ini lah yang penting dalam pencegahan kanser. Jadi kalau ada yang kata makan soya punca kanser, memanglah betul sebab soya yang dah diproses dah tiada khasiat isoflavanes . Berbeza dengan ESP Shaklee. Soya Shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya.

Dan kalau korang nak tahu satu lagi fakta best, Shaklee merupakan syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1961. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.. Haa, Shaklee bukan main perah kacang soya tadah dalam bekas2, tempek label, pastu jual. Tapi yang ni yang terbaik tau :)

 Inilah dia ESP Shaklee waktu mula-mula diperkenalkan dulu

Manfaat ESP Shaklee

Saya pernah jumpa live dengan pengguna Shaklee yang dah amalkan ESP Shaklee berbelas-belas tahun. Kulitnya, MashaAllah, cantik sungguh. Bukan setakat flawless, nampak sihat dan glowing. Dahla awet muda.

Bila dah kenal ESP Shaklee ni, barulah saya tahu, sebenarnya banyak manfaat soya ni.
Antara manfaat yang akan kita dapat kalau konsisten minum ESP Shaklee ni, kulit jadi cantik halus gebu, berseri, hilang parut jerawat, kulit tak kusam, awet muda, badan langsing, sihat, muda, beri tenaga ekstra, kurang letih...

Kalau nak share testimoni pengguna ESP Shaklee ni, tak ter'share' rasanya. Banyak sangat. Produk paling laris kat Shaklee ni. Kalau takde promotion pun dah jadi best seller, lagilah kalau ada promotion ni. Series untung ler sape yang grab time promo ni :)

 Always start my day with a glass of ESP Shaklee.
Nak bagi tenaga supermom, nak bagi kulit cantik, maintain slim..
And of course untuk overall health sekali

Klik sini untuk Koleksi Testimoni ESP Shaklee

Credit 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 16 October 2014

Mengatasi Kencing Manis Semasa Hamil


Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Tanda-tanda Kencing Manis

Kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. Pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik. Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur
Kesan Kencing Manis Terhadap Bayi

Ini bergantung kepada penjagaan diri. Jika anda dapat mengawal diabetis dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan kandungan. Risiko yang mungkin terhadap kandungan adalah :
  • bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan  membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
  • gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) selepas lahir.
  • jaundis
  • obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari.
Golongan Yang Berisiko Menghidap Kencing Manis

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30
  • anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum hamil
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis)
Cara Merawat Kencing Manis Semasa Hamil
  • Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula dan selalu bersenam. Pilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.
  • Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
  • Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda
  • Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Cadangan Supplement

Untuk yang menghadapi masalah ini anda disarankan mengambil supplemen kehamilan seperti yg dicadangkan kerana supplemen ini juga membantu dalam masalah kencing manis. 

1) VITALEA 
Multivitamin dan mineral keperluan tubuh dan juga mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dgn membantu membentuk insulin

2) B-COMPLEX 
Menukarkan gula kepada tenaga 
3) VITAMIN C
Sebagai antioksidan semulajadi
4) OSTEMATRIX 
Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dpt mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
5) ESP 
Minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah.

Adalah penting bagi pesakit diabetes mengikut diet yang direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan.

Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit diabetes yang mengikuti diet yang lain.  

6) OMEGA GUARD
Apabila kandungan anda telah memasuki trimester kedua, boleh mulakan pengambilan OMEGA. Khasiat OMEGA 3 sgt baik untuk menurunkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta dapat mengawal masalah kencing manis.

Testimoni 


 "Shaklee mmg best la. Makan rase energy banyak. Takde letih2, sakit bdn pun tak macam 1st preggy dulu..
Dah masuk 36 minggu tapi masih boleh lari2 lagi. Mamang lain sangat. Lafi satu, Hb dengan urin sampai ssekarang cantik je. Nurse pun pelik.
1st baby dulu memangg teruk sikit. Just amik vitamin klinik je. Belum tau pasal Shaklee ni. Hb down teruk. Urin pun sama. Dengan kencing manis la..Anak 1st kena czer 36 minggu” - Puan Izani
Credit


***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 14 October 2014

Tadika English Islamic Di Pulau Pinang


Dah hujung-hujung tahun ni, mesti semua kindergarten tengah prepare untuk graduation day kan. Kakak and irfan pun hari-hari practice berlakon, menyanyi, menari.

Every year , student yang 6 years ada peluang berlakon. Tema this year, cerita Frozen. Kakak terpilih jadi Anna, yeyy! Excited mama. Tak sampai seminggu kakak dah boleh hafal semua dialog, siap dialog Elsa and Prince Hans pun kakak hafal. Kakak cakap teacher sampai asyik peluk kakak je, tak sangka agaknya kakak boleh hafal cepat sangat. Mama pun impressed actually, maklumlah semua in English kan.

Bagus betul budak-budak zaman sekarang kan. Mamanya dulu tadika pun ponteng. Hahah..

Ni gambar time rehearsal baru-baru ni. Dress kuning tu rasanya memang dress untuk pakai nanti, teacher pakaikan siap-siap. Teacher cakap, kakak kena practice lebihkan expression sikit:)

 Elsa, Anna and Prince Hans
Time ni Anna tengah introduce Prince Hans kat Elsa, nak minta restu kahwin

Irfan jadi leader:)
Menari lagu I'm In Love. Lagu sape pun tak tau, first time dengar

 Tiket dah dapat. Hah, bukan main. Ada tiket lagi. Parents free je, cuma kalau ada nak bawa family lain, kena bayar duit tiket. RM 10 je, ok la kan.

Kakak and irfan dah 2 years kat Tadika Nur Cemerlang ni. Next year irfan sambung kat sini lagi.

Dulu time tengah survey kindergarten untuk kakak and irfan, ada juga la terfikir nak hantar chinese kindergarten. Dekat Penang ni, agak susah nak cari kindergarten yang english based, tapi islamic. Semua yang best2, chinese kindergarten. Tapi, tak nak la yang focus duniawi saja kan, nak juga ada islamic education. That's why we go for Nur Cemerlang. Alhamdulillah, sangat puas hati. Those parents yang area Penang, if tengah survey kindergarten yang bagus for your kids, bole survey sekali Nur Cemerlang k. Highly recommded :)

10 Tip Diet Yang MESTI Tahu Untuk Kurus Dan Sihat


Berikut adalah  tip diet yang anda mesti tahu sekiranya anda ingin mendapatkan berat badan yang ideal dan kesihatan yang optimum untuk diri anda dan sekeluarga.

Tip Diet Yang MESTI Tahu Untuk Kurus Dan Sihat

1. Nikmati sarapan anda setiap hari. Ini akan mengelakkan anda mengambil makanan yang berlebihan kemudian. Sarapan juga memberikan anda tenaga dan meningkatkan daya konsentrasi dan pemikiran anda.

2. Otak anda mengambil masa 20 minit untuk mendapat mesej bahawa badan anda mendapat makanan & telah kenyang. Jadi, nikmatilah hidangan anda dengan perlahan untuk memberi otak anda ruang mendapat mesej bahawa “Anda sudah kenyang!”

3. Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti mi, pasta atau roti dan lebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Anda mampu membuang 100-200 kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan.

4. Buang kulit dan lemak yang jelas kelihatan pada daging atau ayam & itik. Elakkan dari menggoreng ketika memasak. Sebaliknya, kukus, bakar, gril atau rebus semasa memasak. Kurangkan lemak seperti mentega atau minyak dalam roti atau mi. Gunakan perasa rendah lemak atau bebas-lemak didalam masakan anda.

5. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurang 5 kali setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan serat, vitamin, anti-oksida serta mempunyai kalori yang rendah. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum makan dapat mengurangkan rasa lapar seterusnya mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.

6. Elakkan diet terlampau! Ia hanya akan memudaratkan kesihatan, malah berat anda akan mudah naik semula apabila diet tersebut dihentikan. Ingat! Diet tersebut bukan satu penyelesaian yang baik untuk mengurangkan berat badan.

7. Minum banyak air atau minuman lain yang bebas-kalori. Kita sering keliru antara dahaga dan lapar. Kekeliruan itu kadangkala akan menyebabkan kita mengambil makanan yang berlebihan sedangkan hanya satu gelas air sahaja yang diperlukan.

8. Kafein dapat membantu menghilangkan ngantuk, tetapi ia juga akan memberikan kesan yang kurang baik kepada badan jika diambil berlebihan. 
9. Tidur awal. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur dan kecenderungan untuk makan berlebihan saling berkaitan. Semakin anda merasa tertekan, semakin tinggi keinginan untuk anda makan.

10. Aktifkan diri anda. Tekanan dapat dikurangkan dengan melakukan lebih banyak
senaman dan aktiviti fizikal.

Jom kurus secara sihat ok :)

Sunday 12 October 2014

Cara Berkesan Hilangkan Parut


Masalah parut bukan satu masalah kesihatan yang kronik, malah ia juga tidak membahayakan. Tetapi masalah parut ini perlu di ambil perhatian dan rawatan yang khusus juga diperlukan. Ini kerana, selain dari kesan negatif kepada fizikal, parut juga akan memberi kesan negatif kepada mental bagi mereka yang mengalaminya. Selain perasaan rungsing dan sress, mereka juga akan sentiasa berasa malu, rendah diri dan hilang keyakinan diri untuk bergaul atau berdepan dengan orang ramai.

Kalau setakat parut jerawat yang sikit-sikit tu, mungkin boleh tutup lagi dengan bedak. Tapi bagaimana pula dengan parut jerawat yang serius, parut yang berlubang, parut demam campak dan parut kemalangan. Jangan biarkan masalah ini menghantui anda selama-lamanya, ikhtiar untuk rawat ya supaya ia tidak mencacatkan penampilan anda.

Entry kali ni, saya akan berkongsi tentang cara berkesan untuk menghilangkan parut. Sebelum tu, apa kata kita baca dulu jenis-jenis parut yang sering dialami.

Jenis-jenis Parut

1. Parut biasa
Biasanya kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, tetapi menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.

2. Parut atrofi
Biasanya mewujudkan tekanan di bawah permukaan kulit. Contoh parut-parut ini adalah seperti parut akne atau parut cacar air.

3. Parut hipertrofik 
Biasanya timbul di atas permukaan kulit. Ia dikenal pasti melalui jumlah kolagen yang berlebihan, namun kekal dalam lingkungan kawasan luka tersebut sahaja.

4. Parut keloid
Keloid tidak sama seperti parut hipertrofik. Walaupun ia juga parut yang timbul, keloid boleh merebak melebihi lingkungan kawasan luka. Ia juga mungkin terus membesar dan muncul semula walaupun selepas dibuang.

Cara Hilangkan Parut

Terdapat beberapa pilihan rawatan yang boleh membantu masalah parut.

1. Penggunaan krim atau gel

Terdapat pelbagai krim atau gel di pasaran yang boleh membantu menghilangkan parut. Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapat konsultasi dari doktor atau pegawai farmasi sebelum menggunakannya supaya tidak terdedah kepada bahan kimia yang merbahaya.

Penggunaan minyak seperti Rose Hip Oil, Bio Oil, Vitamin E oil juga membantu. Kesannya mungkin agak mengambil masa, tetapi penggunaan minyak semulajadi ini adalah lebih selamat tanpa kesan sampingan yang merbahaya terutamanya untuk jangka masa panjang.

2. Prosedur perubatan

Terdapat beberapa prosedur perubatan yang boleh membantu menyembuhkan parut. Walau bagaimanapun, ianya mungkin mempunyai beberapa kesan sampingan dan juga mahal. Teknik laser, pembedahan, suntikan steroid dan dermabrasion adalah beberapa teknik yang amat popular untuk memudarkan parut.

3. Pengambilan Supplement / Makanan Tambahan

Pengambilan supplement atau makanan tambahan juga merupakan satu cara berkesan untuk menghilangkan parut dengan semulajadi dan kosnya juga amat berpatutan.

Jom kita baca pengalaman pengguna yang mengamalkan supplement Shaklee untuk menghilangkan parut jerawat, parut kemalangan, parut stretch mark dan parut demam campak.



 "Dulu pernah teruk gini muka pas kena campak. Sekarang takde langsung. Tu gambar terus dari camera iPhone5s. Kalau terlawa terlicin salahkan iPhone. Hihi. Saya pakai cuci muka Nutriwhite cleanser, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Collagen, Vivix. Untuk luaran dan dalaman sekali harung, kasi cepat2 lega chicken pox and kasi hilang semua parut2"



Berikut adalah cadangan supplement untuk membantu merawat masalah parut:

Vitamin E
  • Vitamin E adalah antioksidan yang tinggi, yang membantu melindungi sel- sel badan dengan menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit
  • Membantu mengelak kerosakan pada memberan sel, dan kajian menunjukkan ia membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut.
  • Menjadikan kulit lebih segar dan muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Membaiki tekstur kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra ungu yang boleh menjadikan parut lebih teruk
Vitamin C
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara.
  • Membina kolagen kulit yang telah rosak.Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit. Bagi yang mempunyai budget besar, amat disarankan untuk mengambil Shaklee Collagen Powder untuk kesan yang lebih bagus dan cepat
  • Mencerahkan kulit.

Protein (ESP Shaklee)
  • Protein membantu memulihkan sel yang rosak. Ia menghasilkan sel baru dan sel-sel mati dan lama dapat disingkirkan dan digantikan dengan sel-sel baru yang lebih sihat. 
  • Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Protein mengekalkan kulit muda. Ia mempunyai asid amino yang membantu membina otot manusia, kuku, rambut, darah organ, kelenjar dan juga kulit.
  • Protein memastikan sel hidup sihat dan sempurna bagi membolehkan ia dapat menyerap semua nutrien dan vitamin dengan optimum.

Cara hilangkan parut jerawat berlubang

Cara hilangkan parut demam campak

Cara hilangkan parut kemalangan

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit