Friday 28 November 2014

Set Berpantang Shaklee Terbaik Dan Jimat


Baru-baru ini, saya terbaca sharing dari ibu-ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee sepanjang tempoh berpantang di group Facebook customer Shaklee. Seronok pulak baca pengalaman ibu-ibu ni, rasa macam nak berpantang lagi sekali jer rasa.

Pada saya, Set Berpantang Shaklee ni sangat JIMAT tau.
Saya ada juga pengalaman berpantang dengan jamu, harganya pun lebih kurang je dengan Shaklee, tapi rasa membazir pun ada juga. Ni saya cerita pengalaman saya tau, bukan niat nak memburukkan produk lain. Pengalaman saya mungkin tak sama dengan pengalaman orang lain kan.

Honestly, set berpantang jamu saya tu tak habis pun lagi. Ada sampai sekarang kat rak, rasanya dah expired tu, tapi tak buang lagi. Sebabnya, saya dulu terpaksa start lambat, sebab anak saya ada kuning. Lepas tu, saya tak tahan sangat dengan jamu, agak panas untuk saya. Jadinya, makan dalam pantang pun tak ikut dos, lepas pantang terbengkalai macam tu saja.

Kenapa saya cakap Set Berpantang Shaklee ni JIMAT?

Sebabnya, set ni boleh diambil sampai lepas berpantang, untuk bantu penyusuan ibu. Berbulan-bulan tahan tau.

Ok, jom kita baca antara pengalaman ibu-ibu yang berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.
Antaranya:
  • luka cepat sembuh
  • bertenaga
  • tidur lena, bangun pagi pun senang
  • kulit cantik dan berseri-seri
  • tiada masalah sembelit
  • stretchmark pudar
  • susu badan banyak
  • rahim cepat kecut
  • berat cepat turun
Banyak lagi sebenarnya testimoni, tapi kalau share semua, sampai ke sudah tak habis nanti :)

Boleh klik sini untuk info lanjut Set Berpantang Shaklee






 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 27 November 2014

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal


Honestly, saya tak pernah dengar dan hayati betul-betul lirik lagu Arjuna Beta dari Fynn Jamal ni. Kadang-kadang bila ada keluar kat radio, my husband mesti tukar cari lagu lain.

But i know, lagu ni Fynn Jamal buat khas untuk anak dia. Saya follow juga Instgramm dia. Selalu update tentang anak dia yang ada autism. So cute and so adorable.

Baru-baru ni, tertengok Fynn Jamal nyanyi live kat TV, rancangan Muzik-Muzik kalau tak silap. Baru berpeluang dengar betul-betul lagu ni. Penghayatan dia sangat mengagumkan, bukan dia je nangis, saya pun sekali mengalir air mata. Bila hayati betul-betul lagu tu, memang terbayang anak-anak je. Anak-anak pun dah la depan mata waktu tu. Nasib baik cik abang dan anak-anak tak nampak, cepat-cepat cover :)

Jom sama-sama kita hayati lirik ni. Mata dah start bergenang. Ok, bye.

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Cinta hati mama

Makan Malam Punca Gemuk ?


Siapa sini suka makan malam?

Makan malam punca gemuk?
Fakta atau auta.

Ada yang mungkin cakap, makan waktu bila pun ok apa, badan kita bukannya mesin yang tahu pukul berapa makanan masuk. Siang atau malam, sama saja.

Betul, mana badan kita tahu pukul berapa kita makan kan. Tetapi, badan kita memerlukan masa untuk memproses setiap makanan yang kita ambil. Proses penghadaman dan penukaran makanan kepada kalori (tenaga) dan lain-lain tak berlaku dengan serta-merta.

Sebab tu, tabiat makan menghampiri waktu tidur akan menyebabkan makanan terlambat untuk diubah menjadi tenaga oleh tubuh. Apatah lagi waktu tidur, tubuh kita dalam keadaan 'rehat' dan kurang memerlukan tenaga. Maka, makanan yang diambil akan disimpan.

Akibatnya, pengumpulan lemak akan bertambah. Dan apabila bangun pada esoknya, tentu saja stok simpanan itu akan bertambah apabila kita bersarapan. Jangan pulak tinggalkan sarapan ye, salah satu punca gemuk juga adalah tabiat yang suka tinggalkan sarapan.

Menurut kajian, disarankan sebaik-baiknya makan tiga jam sebelum tidur. Contohnya, jika sering tidur pukul 11.00 malam, maka pastikan makan selewat-lewatnya pada pukul 8.00 malam ok.

Sekiranya rasa lapar juga di antara tempoh tersebut, ambil makanan atau minuman berkhasiat yang rendah kalori.

Saya jarang juga makan malam sebenarnya kalau dekat rumah, sebab cik abang dah tak makan malam sekarang. Dulu rajin juga masak makan malam untuk cik abang, time tu badan cik abang naik la, sampai ramai orang tegur time tu. Perut pun buncit. Mula-mula tu nampak dia tak kisah, tapi dah lama-lama tu, mula risau. Hihi. Lepas tu, terus dia cakap tak nak dah makan berat-berat waktu malam.

So, sekarang ni, kitorang makan yang ringan-ringan jer. Tu pun sebelum pukul 8.00 malam. Kalau saya masak pun, sikit jer la sekarang, untuk anak-anak.

Lagi satu, supplements ni juga adalah sebagai tambahan untuk maintain sihat dan slim. Dengan bantuan supplements Shaklee ni juga la cik abang ku dah kembali kurus dan perut pun semakin kempis. Kalau balik kampung, dengan botol-botol sekali kitorang angkut balik. Balik kampung, bab-bab makan ni memang kantoi sikit. Maklumlah, mana boleh tolak air tangan mak masak. 'Cheat day' memanjang :)


Lecithin dan Omega Guard ni sangat membantu untuk membakar lemak-lemak di dalam badan dan juga mengawal masalah kolestrol.

Alfafa pula bertindak untuk detoks seluruh badan dan mengangkut keluar lemak dari dalam badan.

Herblax ni pula, ambil sekali-sekali je, bukan hari-hari pun. Bantu cuci usus kita, buang segala sisa-sia atau keladak yang melekat di usus, yang tak habis keluar tu. Juga membantu masalah sembelit. Lagi satu, yang bestnya, Herblax ni membantu kempiskan perut.

Ohh, lagi satu, ESP Shaklee. Saya ambil ESP ni sebab bagus untuk cantikkan kulit dan bagi tenaga, rutin tipa-tiap pagi, mesti minum ni.
Time malam, kalau rasa lapar, boleh juga minum ESP Shaklee ni. Kenyang pun kenyang. Lagipun ESP ni kan tanpa kolestrol dan rendah kalori. Menyihatkan, badan pun maintain slim:)

Tengok pun dah tergoda.
Series sedap sangat ESP Shaklee ni

Diharap tips saya kali ni membantu ya, untuk sesiapa yang nak kurus dan maintain slim tu.
Pesanan ikhlas dari saya, jangan terlalu ikutkan nafsu tau. Nak buat apa-apa pun, hatta makan sekalipun, fikir dulu sebelum buat.
 
Yang nak cuba Shaklee tu, jangan segan-segan contact saya k :)

Wednesday 26 November 2014

Parut Jerawat Berlubang Di Muka Hilang


Recently, saya menerima banyak pertanyaan tentang cara menghilangkan parut jerawat berlubang di muka. Ada yang ingin mencuba supplement Shaklee, tapi masih was-was akan tahap keberkesanannya.

Ada juga yang bertanyakan saya sesi rawatan di mana dan berapa harga :) Ok, rasanya ada yang terkeliru ni, sebab kita biasa dengar rawatan laser untuk merawat masalah parut berlubang ni kan. Itu adalah rawatan secara luaran, yang mana kosnya mencecah ribuan ringgit dan mungkin perlu melakukan beberapa sesi untuk mendapatkan kesannya. Untuk rawatan ini, perlu dapatkan nasihat dan khidmat dari klinik pakar ya.

Berkenaan tentang produk Shaklee yang pernah saya kongsikan di entry sebelum ni di sini, iaitu Vitamin C, Vitamin E, ESP dan Shaklee Collagen Powder, ini adalah supplements iaitu makanan tambahan semulajadi untuk merawat masalah kulit dari dalam. Supplements ini memang sangat membantu untuk memulihkan dan membaiki tekstur kulit yang rosak kembali ke keadaan asal.

Tak dinafikan, parut berlubang ni memang akan mengambil masa sedikit untuk pulih berbanding parut yg kehitaman. Tetapi, sekurang-kurangnya anda ikhtiar ya, takkan nak selamanya rasa malu, stress, down dengan masalah kulit sendiri. InsyaAllah supplements Shaklee boleh membantu mengecilkan lubang-lubang di muka anda supaya kelihatan lebih cantik dan flawless.

Seperti salah seorang customer saya ni, hujung bulan lepas beliau menghubungi saya untuk mencuba supplements Shaklee bagi menghilangkan parut berlubang yang banyak di pipinya. Baru-baru ni, selepas lebih kurang sebulan mencuba, dengan gembiranya beliau berkongsi yang parut-parut berlubang di wajah beliau semakin mengecil. Alhamdulillah. InsyaAllah, lepas ni kulit beliau akan semakin pulih :)


Cadangan Supplements Shaklee Untuk Parut Berlubang

Berikut adalah cadangan supplement Shaklee untuk membantu menghilangkan parut jerawat berlubang.

1) Vitamin E
Vitamin E sememangnya terkenal sebagai komponen yang membantu masalah parut. Juga membantu menyembuhkan luka dengan cepat, membaiki tekstur kulit dan melancarkan peredaran darah.

2) Vitamin C
Membina collagen, menajdikan kulit lebih anjal, cerah dan halus


3) ESP
ESP merupakan protein tambahan terbaik yang dihasilkan dari soya non-GMO. Protein penting untuk pembinaan sel kulit yang sihat, bagi menggantikan sel kulit mati seperti parut.


4) Shaklee Collagen Powder
Untuk yang mempunyai budget yang lebih, saya amat sarankan anda ambil Shaklee Collagen Powder. Kesan lebih cepat dan bagus, untuk build up balik kulit yang sihat. Nnati permukaan kulit cantik dan licin jer...


Klik sini untuk testimoni dan info tentang cara menghilangkan parut jerawat berlubang

Supplements Shaklee adalah antara pilihan terbaik untuk anda yang ingin mengurangkan masalah parut jerawat berlubang dengan berkesan dan mudah di samping mencantikkan kulit anda. Kosnya juga tidaklah mencecah ribuan ringgit seperti rawatan laser, malah sangat mampu dimiliki. 

Jangan segan-segan untuk hubungi saya untuk consultation k :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 25 November 2014

Cara Berkesan Kempiskan Perut Buncit Dan Boyot


Perut buncit adalah salah satu masalah yang sering dialami oleh tak kira kamu lelaki mahupun wanita. Perut yang buncit ni bukan sahaja nampak tak cantik dan menjejaskan penampilan seseorang, malah boleh meningkatkan potensi berlakunya sindrom metabolik seperti diabetes, darah tinggi, kolestrol serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan pembuluh darah tersumbat.

Punca Perut Buncit

Pola pemakanan yang tidak betul serta pengambilan makanan melebihi jumlah yang diperlukan adalah punca utama berlakunya pertambahan ukur lilit perut. Ditambah lagi dengan kurangnya melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, maka tersimpanlah lebihan kalori tadi sebagai lemak yang bertimbun-timbun dalam seluruh badan termasuklah bahagian perut.

Bagi ibu-ibu yang baru lepas melahirkan bayi juga merasakan sukar untuk kempiskan perut kembali selepas bersalin.


Cara Berkesan Kempiskan Perut Buncit

So, macam mana nak kempiskan perut yang buncit dengan berkesan?

Selain, mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup ke arah yang lebih sihat, pengambilan supplement tertentu juga amat membantu.

Baru-baru ni, saya mendapat feedback dari salah seorang customer saya yang telah mencuba Set Kurus Shaklee. Setelah mencuba dan berkesan untuk diri sendiri, selepas tu, terus beliau register sebagai ahli, kawan-kawan dan keluarga beliau pun cuba sekali. Feedback terbaru dari beliau, adiknya daripada gemuk dan boyot, dah kempis perut sekarang. Alhamdulillah.


Cadangan supplemens dari Shaklee untuk membantu kempiskan perut buncit:
  • Herblax --> detoks usus, bantu kempiskan perut
  • Alfafa --> detoks seluruh badan, kurangkan retensi air, angkut keluar lemak dari badan
  • Lecithin --> pecahkan lemak
  • Omega Guard --> bakar lemak-lemak mendap seluruh badan termasuk bahagian perut


Psstt, bulan ni promosi ada Omega Guard tau. So, ada special price untuk set ni bulan ni.
Untung grab bulan ni, JIMAT :)

If berminat, jangan segan-segan contact saya k.
Exclusive consultation untuk semua customer tersayang..

KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday 23 November 2014

Kurus Selepas Bersalin Dengan Set Kurus Shaklee


Antara masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu yang bersalin adalah untuk kuruskan badan selepas bersalin. Siapa cakap tak boleh dapat balik berat badan seperti sebelum bersalin, kalau kena caranya, pasti boleh.

Jom kita baca pengalaman menarik serang ibu yang mengamalkan Set Kurus Shaklee untuk ibu menyusu. Beliau mengamalkan Alfafa, Lecithin, Omega Guard dan ESP. 
Dalam tempoh 3 bulan beliau berjaya menurukan berat badan dalam 15kg..Perkara yang paling best, selain kurus, manfaat lain yang beliau dapat, SUSU BADAN BERTAMBAH, KULIT LEBIH BERSERI, KEWANITAAN TERJAGA, yg penting MURAH!!  

Jom kita baca perkongsian beliau...




Hari ni saya nak share serba sedikit pengalaman saya bersama Shaklee..

Dahulu saya merupakan seorang yang berbadan gempal dan berisi.. Paling berat badan saya pernah mencecah 75kg masa tu.. bermacam jenis ubat dan suplement kurus, namun semuanya gagal.. hinggalah satu hari, saya berjumpa dengan pusat rawatan pelangsingan L***** W*****M*********.. anda pasti tahu pusat apakah ini kan?
Memang diakui, badan saya turun 21kg dari berat asal saya 75kg dalam tempoh 4bulan. ketara perbezaannya, sangat2 berbeza.. Sebelumnya saiz xxl saya dah mula memakai saiz m..

Namun, utk pengetahuan anda, utk hilangkan 21kg itu, bukan sedikit yg terpaksa dilaburkan.. tetapi memakan berpuluh ribu dlm masa hanya 4bulan.. itupun saya dibantu oleh ibu saya.. bukan sedikit jumlahnya.. malahan dlm 4bulan tu, saya mmg xdibenarkan sentuh nasi, sy xdbenarkan makan sembarangan, terlalu ketat jadualnya..
Dan saya kurus hingga lah saya mengandung.. so bila dah sah mengandung, saya terpaksa stop rawatan LWM tu..

Dan start saya mengandung, badan sy mula naik mendadak bermula 54 kg sebelum itu, naik hingga 78kg.. selepas bersalin berat saya hanya turun 74 kg sahaja.. Saya berpantang namun berat tak juga turun walaupun saya menyusukan badan..
Jadi saya pakat, saya nak pergi buat rawatan LWM semula.. namun, mengecewakan kerana sy diberitahu, jika buat rawatan ini, minum suplement beliau,risiko utk susu badan boleh kering.. jadi saya tak dapat teruskan kerana niat saya nak menyusukan anak hingga 2tahun.

Apa yg saya lakukan, saya google, cari maklumat apa suplement yg boleh saya amalkan supaya badan kurus, tak mengganggu susu, selamat untuk ibu dan bayi serta MURAH.. dan saya berjumpa SHAKLEE..

Alhamdulillah masa tu saya hanya mengamalkan ESP dan Alfalfa shj, berat saya turun dalam 5kg.. Maka saya dengan penuh bersemangat, bulan ke dua saya tambahkan ESP, alfafa, lecithin dan omega..

Dalam tempoh 3bulan saya berjaya menurukan berat badan dalam 15kg..Perkara yang paling syok sebab saya mendapat banyak kebaikan hanya dlm 1 set ni.. KURUS, SUSU BADAN BERTAMBAH, KULIT LEBIH BERSERI, KEWANITAAN TERJAGA, yg penting MURAH!!

Alhamdulillah saya teruskan set itu hinggalah anak saya berumur setahun 6bulan..selepas anak saya setahun 6bulan, saya mencuba untuk tambahkan CHINCH DRINK untuk lagi cepat inch loss.. dan ternyata dalam tempoh 2 bulan saya berjaya mencapai berat yg saya ingini.. Dan inilah set yang saya amalkan sehingga skrg anak sy dah berusia 2tahun..

Alhamdulillah perasaan saya sangat gembira, teruja, keyakinan diri pun dah semakin baik, tak delah lagi sampai xnak keluar bilik sebab terlalu rendah diri dan malu... yg penting lebih senang untuk beribadat! Kalau dulu badan berisi, baru solat rakaat ke 3 dah mengah.. naik turun tangga apa lagi, mmg x naik dan xturun la bnyk kali satu hri tu.. sekarang x lagi.. Terima Kasih yaAllah, terima kasih Shaklee..

Bukan niat saya nak memburukkan syarikat lain, tapi apa yang sy nak kongsikan ialah memang diakui, keberkesanan di pusat2 rawatan sprti LWM ni sgt bagus dan berkesan, namun ianya memerlukan komitment yg sgt2 tinggi dari segi wang ringgit, masa, sekat keinginan makan yg ketat, yg plg penting ia tidak sesuai utk ibu bersalin yg mahu menyusukan anak..

Jadi, saya nak anda faham, kenapa saya setia memilih Shaklee, ini kerana ianya jauh lebih selamat, lebih banyak kelebihan, lebih mampu dimiliki dan jauh lebih murah..



Credit 

KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 22 November 2014

Kenapa Saya Perlu Kurus?


Ramai yang ingin kurus, supaya nampak cantik. Tak dinafikan, memang itulah antara tujuan utama kenapa kita nak kurus. Siapa yang tak nak nampak cantik kan. Itu salah satu, ada banyak lagi sebab sebenarnya, kenapa kita perlu kurus ni. Jap lagi saya share k.

Tapi ada juga mereka yang selesa dengan berat badan berlebihan.
"Okla ni, gemuk pun sihat"
"Berat badan terlebih pun still boleh buat itu ini. So kenapa perlu kurus?"
"Takpela, dah kahwin pun. Laki aku pun tak complaint apa pun"
Eh, eh. Takkan nak tunggu cik abang complaint kut. Tak baca surat kak mah yang jadi viral tu ke :)

Berat badan berlebihan berkait rapat dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Bila selesa dengan berat badan yang berlebihan, bermaksud tabiat makan akan terus tidak sihat dan boleh menyebabkan berat lebih bertambah dan tidak mustahil akan mendapat penyakit! Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ni berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, buah pinggang dan sebagainya. Nak ke sakit korang? Sekarang boleh la bersuka ria lagi, makan sesuka hati tak hingat dunia. Tapi kalau dah kena nanti, menyesal nanti. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati.

Sebab tu saya selalu cakap, tanamkan niat, nak kurus bukan untuk cantik semata-mata tetapi yang lebih penting lagi untuk sihat. Sekiranya anda betul-betul inginkan perubahan, ingin mengurangkan berat badan anda, selain mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup ke arah yang lebih sihat, set kan juga dalam otak mengapa anda perlu kurus. Saya yakin, perjalanan mengurangkan berat badan anda akan menjadi lebih mudah.


Kenapa Saya Perlu Kurus?

Tanya diri sendiri, kenapa saya perlu kurus. Cuba senaraikan manfaat yang akan anda dapat apabila anda kurus.

1. Kesihatan yang baik : Risiko untuk menghidapi penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, serangan jantung dan sebagainya dapat dikurangkan

2. Meningkatkan keyakinan diri : Keyakinan diri bertambah bila berada di sekeliling orang lain. Tiada lagi panggilan, pandangan dan sindiran sinis dari rakan-rakan dan orang ramai.

3. Jimat duit makan : Jika badan gemuk, makan pun pasti berselera besar. Shopping barangan dapur pun tentu banyak (termasuk beras dan makanan rapu). Nak jimat kena la kurus, shopping pun makanan-makanan sihat jer.

4. Senang mencari saiz baju : Jeles tak tengok orang lain pakai baju cantik-cantik. Orang kurus ni, pakai t-shirt pun dah nampak cantik. Lagi satu, nak cari baju pun senang. Lagilah sekarang ni banyak online shop, baju cantik-cantik. Kalau dah kurus, pilih jer baju yang nak, tak perlu risau ada size ke tak, muat ke tak.

5. Memudahkan pergerakan : Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ni, selalunya cepat berasa mengah atau letih. Naik tangga pun cepat mengah, tu belum masuk bab sakit lutut, lenguh kaki, sakit belakang lagi. Apabila badan kurus, insyaAllah badan pun rasa ringan dan lebih mudah bergerak.

6. Membuktikan bahawa diri mampu berubah : Ramai yang mungkin tak percaya dan mencabar kita untuk kurus. Apa lagi, buktikan kepada mereka bahawa kita semestinya boleh kurus dan cantik. Biar terbeliak biji mata nanti :)

So, dah bayangkan 'The New You' yang kurus dan langsing :)





Friday 21 November 2014

3 Kategori Gemuk : Gemuk Air, Gemuk Angin, Gemuk Lemak


Gemuk?

Sangat-sangat tak best bila ada orang cakap kita gemuk kan. Stress.

So, apa tu sebenarnya gemuk.

Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk.

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.

Okay, dah dah, jangan sedih-sedih jer, ambil tindakan sekaran, buktikan yang anda pun boleh kurus. Siapa cakap tak boleh.

Sebelum kita nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badan kita ni, kita kena tahu, jenis-jenis gemuk yang ada. Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana satu. Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya.

3 Kategori Gemuk : Gemuk Air, Gemuk Angin, Gemuk Lemak 

1. Gemuk Air

Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tudak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelember dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin.
Biasanya, tak susah sangatlah berat badan nak turun.

2. Gemuk Angin

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut…hehe…
Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.

3. Gemuk Daging/Lemak

Kategori gemuk lemak atau daging ni, biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging atau lemak ini. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.
Tak percaya? Boleh baca kisah kakak saya di sini, kakak saya yang dari kecil jenis gemuk dan berbadan besar dah semakin slim sekarang.

So, dah tahu anda jenis gemuk yang mana?

Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!

Kosep asasnya, tak perlu berlapar, tak perlu amalkan diet yang bukan-bukan atau tak perlu amalkan ubat-ubat kurus yang diragui tahap keselamatannya untuk kurus. Yang anda perlukan, kawal pemakanan dan pengambilan minuman manis, serta sedikit senaman. Pengambilan supplements juga amat membantu proses mengurangkan berat badan ni.

Set Kurus Shaklee membantu ketiga-ketiga kategori di atas. Secara amnya, ianya membantu anda mengurangkan berat badan dengan sihat dan semulajadi, dengan membuang toksin berlebihan di dalam badan, membakar lemak dan kolestrol, memberikan rasa kenyang lama untuk mengelakkan anda makan secara berlebihan, mengekalkan otot tanpa lemak, mengurangkan retensi air, meningkatkan kadar metabolisma.

Hasilnya, bukan sahaja berat badan anda semakin berkurang, malah sistem penghadaman anda semakin lancar, badan menjadi semakin ringan, mudah bergrak, tidak cepat mengah, bertenaga dan bonus kulit pun semakin cantik.


Set Kurus Shaklee terdiri daripada:

1) Detoks

Alfafa - detoks seluruh badan, kurangkan retensi air dan bertindak sebagai fiber yang mengangkut keluar lemak dari badan
Herblax - detoks usus, merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama di dalam usus, membantu masalah sembelit

2) Pecah dan Bakar Lemak

Lecithin - memecahkan lemak dan kolestrol
Omega Guard - memabntu membakar lemak dan mengawal selera makan

3) Mengekalkan otot tanpa lemak dan memberi rasa kenyang

Cinch Schake - memberi rasa kenyang, mengandungi Leucine untuk mengekalkan otot tanpa lemak semasa proses pengurangan berat badan, meningkatkan kadar metabolisma untuk membakar kalori, mengelakkan badan menggeleber setelah berat badan turun. Terdapat dalam perisa Chocolate, Caffe Latte dan Vanilla. 
ESP - sumber protein tambahan terbaik, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu memberi rasa kenyang yang lama

Bukan kurus je tau, bonus cantik pun dapat. Dan yang paling penting, sihat kan.
Ramai yang sudah berjaya kurus dan cantik dengan Set Kurus Shaklee. Anda bila lagi.
Berminat nak cuba, jangan segan-segan contact saya ya:)

KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri


Tubuh badan yang sihat akan menjana minda yang cergas lagi cerdas. Apabila tubuh kita sihat, kita akan bertenaga untuk melakukan kerja seharian dan juga melakukan amal ibadat yang diperuntukkan kepada kita. 

Di sini saya kongsikan 8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri yang dapat kita sama-sama praktikkan.

8 Cara Rasulullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri


1. Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3. Tidak makan berlebihan
Sabda Rasulullah yang bermaksud: 
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: 
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7. Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. 
“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. 
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”

SAMA-SAMA KITA MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH S.A.W =)

Thursday 20 November 2014

Set Kurus Shaklee Berkesan Dan Murah


Semalam baru dapat feedback dari my customer yang baru jer ambil Set Kurus Shaklee 2 minggu lepas. Happy dia bila bila baju-baju lama dah boleh pakai. Maksudnya, lemak-lemak dah banyak hilang, inchloss! Lepas ni, berat badan pun turun sekali, bertambah-tambah la slimnya.

So far, memang ini antara common feedback saya terima dari customers. Ada yang cakap baju-baju lama dah boleh pakai balik, ada yang cakap seluar dah longgar, ada yang cakap berat badan macam sebelum kahwin, ada yang cakap berat badan dah turun, ada yang cakap badan rasa ringan dan macam-macam lagi feedbacks. Customers happy, saya lagi la happy. Syukur Alhamdulillah.

Ini feedback yang saya terima dari customer saya semalam. Beliau baru 2 minggu mengamalkan Herblax, Alfafa, Lecithin dan Omega Guard.


Hari ni pula, my husband dah jual 1 Set Kurus Shaklee kat member dia. Setakat ni, dah 3 Set Kurus Shaklee my husband jual. Tiga-tiga lelaki tau. See, bukan kaum perempuan jer yang risaukan masalah berat badan ni. Sebab apa? Sebab masalah berat badan berlebihan ni boleh menyebabkan risiko banyak penyakit kronik tau seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, strok..

Ok, berbalik kepada cerita customers my husband yang pakat berminat tu. Mana taknya, dah member-member dia tengok dia makin kurus sekarang, semua pakat berminat. My husband pun pengguna setia supplements Shaklee ni, sangat konsisten tau. Saya tak payah nak pesan pun. Set Kurus Shaklee ni antara supplements yang my husband suka, selain untuk kuruskan badan, tujuan utama ambil untuk kawal kolestrol juga.

Kesannya, kolestrol terkawal, berat badan turun, seluar lama dah boleh pakai balik dan perut pun dah tak buncit macam hari tu. Maunya kawan-kawan dia tak berminat kan. Yang penting, kurus dan sihat.

Yang berminat nak cuba Set Kurus Shaklee untuk membantu proses nak kurangkan berat badan secara sihat dan semulajadi tu, jangan segan-segan contact saya k. I will guide cara dan pengambilan yang betul and share tip-tip special k :)

Kalau orang lain boleh slim, yakinlah anda pun boleh!

Klik sini untuk info lanjut Set Kurus Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 19 November 2014

Putihkan Kulit Dengan Cepat


Semalam ada my anak Shaklee ni share gambar testimoni sebelum dan selepas rawatan injection. Terpampang muka ku kat situ. Tanjat gegirl. Bila masa pulak la ku inject muka ni.

Tak sure la injection apa ni. Vitamin C ke coallgen ke apa ke.
  • Putihkan seluruh badan
  • Mancungkan hidung
  • Mungilkan bibir
  • Up pipi kiri dan kanan
  • Runcingkan dagu
Ada ke ciri-ciri tu kat muka saya yang selepas tu. Mungilkan mulut, up pipi kiri dan kanan. Hihi.
Ada ke. If ada, thanks to Shaklee :)

Ok, by the way, kes ni dah settle. Saya dah suruh admin Facebook page tu delete gambar saya tu. Dah sah-sah la tak betul kan. Ni macam dah kes menipu customers.

Dia cakap, dia tak tau gambar siapa. Dia google 'injection' keluar gambar saya tu. So, dia ambi la.
Hmm, tak nak komen panjang-panjang. Kes pun dah settle kan.

Pengajarannya kat sini, sebagai peniaga online, kita perlu jujur bab-bab testimoni ni. Takut nanti jatuh menipu customer pulak.

Kalau Google terjumpa gambar, baca dekat blog tu cerita pasal apa. Biasanya gambar-gambar testimoni dalam blog ni, mesti ada cerita kan produk apa dia ambil atau guna. Jangan main terus ambil. Minta izin tuan punya badan, dan credit kat blog dia.

Gituuuu... :)

Takpe, buat salah sekali, lepas ni takde la ulang lagi ye tak.
Belajar dari kesalahan.

By the way, akak idak ler cun sampai macam kena inject tu (cun ker).
Tapi Alhamdulillah la banyak improve dari dulu. Dari kulit penuh berjerawat, berparut, kusam sampai nampak hitam muka, minyak penuh muka, liang-liang pori terbuka dan besar, sekarang kulit dah semakin sihat, cerah, licin dan berseri. Kira ok la tu kan. Ada juga la naik jerawat dan parut sikit-sikit, tapi takde la seteruk dulu.

So, sape yang nak tau tips-tips kecantikan tu, bolehla selak-selak page belakang ye.
Yang berminat nak cuba supplements Shaklee untuk rawat masalah kulit dari dalam, contact la yer...
Kita telan jer, takde cucuk-cuk bagai. Ngeri kut cucuk-cucuk ni :)


Tuesday 18 November 2014

Tawaran Bekerja Semula Jadi Manager?


Eceh, tajuk tak hingat.

Kisahnya begini...

Last weekend, saya dan cik abang bawa anak-anak pergi ke Queensbay Mall, misi mencari hadiah untuk teachers kat kindy Maklumlah, next week kan dah start school holiday.

Tengah jalan-jalan dekat Queensbay Mall tu, tiba-tiba cik abang stop. Rupanya, terserempak dengan kawan lama dia. And it turns out, kawan lama dia tu HR Manager dekat company yang saya kerja dulu. Saya takdelah stop sembang sama, terus je jalan dengan anak-anak, singgah outlets kat tepi-tepi tu.

Dah habis borak dengan member dia tu, then tiba-tiba cik abang pun dengan excitednya tanya saya:

Cik Abang : Sayang kenal tak kawan abang tadi tu. HR Manager kilang sayang dulu...

Me : Kenal. Saja ja buat-buat tak kenal tadi. Hihi. Dia ingat sayang lagi ke?

Cik Abang : Mestilah dia ingat. Dia cakap nama sayang naik dalam big boss punya meeting

Me : (Dengan muka cuak giler) Aik, awat pulak?

Cik Abang : Ada audit hari tu, kantoi takde orang boleh jawab. General Manager tu mention nama sayang. Dia cakap 'We need Siti Hajar at this time'. Hebat gak sayang.

Me : Aikk, baru tau ke bini abang ni hebat. Hihi

Cik Abang : Abang cakap kat member abang tu, nak hire dia balik ka. Kalau offer jadi Manager, abang akan pujuk sayang kerja balik

Me : Ishh, tak mau la. Bukan pangkat yang ku kejar. 

Man man la cik abang ku ni pun. Bini dia dulu pun baru Senior Engineer takkan company nak offer terus jadi Manager kut. Hihi

Kalau takde rasa cinta kat pekerjaan yang kita buat tu pun susah jugak. I love what i'm doing now, working at home, doing online business. Lagi hebat kan :)

Sempat sefie seound dengan irfan.
Irfan ni kan, ada-ada aje tau aksi dia.
Cheeky boy ni :)

Atasi Masalah Kekeringan Faraj Dan Sakit Semasa Melakukan Hubungan Intim


Baru-baru ini, saya mendapat pertanyaan dari salah seoarng pembaca blog saya yang menghadapi masalah kering dan sakit semasa melakukan hubungan intim. Beliau bertanyakan samada ada tak supplement Shaklee yang boleh membantu.

Ok, sebelum saya menjawab pertanyaan ini, apa kata kita baca sedikit maklumat tentang masalah ini dan apa puncanya.

Bagi wanita, terdapat cecair pelincir yang dihasilkan oleh sepasang kalenjar Bartholin yang terdapat pada bahagian dalam dan berhampiran pintu masuk faraj. Cecair ini penting dan hanya dihasilkan sekiranya wanita mengalami rangsangan seksual. Sekiranya wanita terbabit tidak terangsang, cecair pelincir ini tidak dihasilkan dan pasangan merasa kering serta tidak selesa untuk melakukan seks penetratif.

Punca Masalah Kekeringan Faraj Dan Sakit Semasa Melakukan Hubungan Intim

1. Jangkitan Kuman

Faraj berbau mungkin petanda jangkitan kuman. Jangkitan kuman lazimnya mendatangkan lelehan, sama ada bewarna keputihan, kehijauan malah boleh juga jernih tetapi berbuih. Jangkitan kuman pada dinding faraj boleh membentuk radang pada tisu faraj dan menyebabkan kepedihan (akibat luka seperti melecet). Kepedihan atau kesakitan ini akan turut memberi kesan tambahan kepada mood dirinya dan tiada cecair pelincir yang dihasilkan oleh kelenjar Bartholinnya.

 

2. Kekurangan Hormon Seks

Perkara ini biasanya berlaku kepada perempuan yang berumur 35 tahun ke atas dan makin ketara pada umur lebih 45 tahun. Ini berkait rapat dengan proses semulajadi penuaan, stress, keletihan, kekurangan zat, penyusuan badan atau kesan pengambilan pil perancang tertentu.

3. Kekurangan Rangsangan Semasa Seks Atau "Foreplay"

Perlu ditekankan cecair vagina hanya akan keluar dengan banyak apabila adanya rangsangan yang mendatangkan rasa ghairah wanita, rangsangan ini termasuklah rangsangan secara verbal, sentuhan atau penglihatan.

Kaum wanita pula memerlukan tempoh yang agak lama iaitu sekitar 30-45 minit untuk betul-betul terangsang semasa 'foreplay' sebelum bersedia untuk aktiviti seks penetratif.

Berbincanglah dengan suami dan gunakanlah pancaindera atau deria-deria yang Tuhan berikan dan sama-sama cuba terokai kenikmatan hubungan suami isteri, mudah-mudahan akan berjaya.

Bagaimana Shaklee Membantu Masalah Kekeringan Faraj Dan Sakit Semasa Melakukan Hubungan Intim

Gabungan Vitamin E dan Alfafa, yang juga dikenali sebagai vitamin cinta ini amat membantu untuk menghangatkan kembali hubungan suami dan isteri, menjadikan anda seorang ibu dan isteri yang hebat!


1. Alfafa

Alfafa ni ala-ala jamu moden, bertindak lebih hebat dari kacip fatimah. Ianya memberi kuasa grip yang boleh membantu pasangan suami isteri menikmati hubungan cinta dengan lebih mengasyikkan. 

Alfafa membantu isteri yang mengalami masalah kering ketika bersama, merawat masalah keputihan dan vagina yang berbau yang pastinya boleh mengganggu keselesaan ketika bersama.

2. Vitamin E

Vitamin E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon yang melibatkan seks dan kesuburan iaitu androgen, estrogen dan progesterone. Vitamin E membantu pasangan yang mempunyai masalah dingin terhadap hubungan intim kerana vitamin E boleh meningkatkan 'sexual desire' dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik.Vitamin E juga meningkatkan LIBIDO dan meningkatkan pengaliran darah ke organ seks lelaki dan perempuan. Vitamin E juga membantu meningkatkan tahap stamina dan keinginan seksual anda. 

Selain itu, Vitamin E merupakan antioksidan yang hebat dan membantu mengelakkan masalah berkaitan kanser payudara, kanser serviks dan ovari.

Testimoni




Terbukti Alfafa dan Vitamin E sangat membantu masalah kering dan sakit ketika melakukan hubungan intim, untuk menghangatkan kembali hubungan suami dan isteri. Tak perlu was-was atau takut untuk mencuba supplements Shaklee kerana ianya bukan ubat atau pil-pil perangsang yang memberi kesan buruk pada badan anda. Supplements Shaklee adalah nutrisi semulajadi yang lengkap, vitamins dan minerals, yang juga bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

Jom hangatkan kembali hubungan suami isteri agar semakin hari bertambah sayang :)
Jangan segan-segan hubungi saya untuk konsultasi ok. 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 17 November 2014

Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Akibat Salah Guna Produk


Stress tak kalau muka tiba-tiba jadi teruk, contohnya naik jerawat apabila tersalah guna produk kecantikan kulit? Naik bintik-bintik merah kat muka, naik blackhead, whitehead, kulit terbakar dan pelbagai masalah lagi akibat tersalah guna produk.

Ada yang dari muka licin, guna satu produk ni yang kononnya boleh mencerahkan kulit dalam masa seminggu, terus muka naik jerawat bila guna.

Ada pula yang muka memang bermasalah, berjerawat, jeragat, parut dan sebagainya, cuba produk A tak ok, cuba pula produk B. Produk B tak ok, cuba pula produk C. Kulit yang bermasalah, bukannya semakin pulih, makin bermasalah teruk lagi ada la.

Stress kan. Duit banyak habis, tapi kulit tak cantik-cantik juga.
Nak keluar rumah pun malu, mana taknya semua orang asyik tanya je. Kalau tak tanya pun, mesti pandang semacam. Terus rasa down dan hilang keyakinan diri.

So, apa nak buat apabila dah tersalah guna produk ni?

Meh nak share tips sikit. Mudah-mudahan sedikit sebanyak membantu ye.

Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Akibat Salah Guna Produk

1. Hentikan Guna Produk Yang Tak Sesuai

We know our skin the best. Kita yang paling tau skin kita kan. Bila dah guna sesuatu produk tu, rasa tak sesuai, stop terus k. Jangan tunggu sampai dah teruk baru nak stop.

2. Gunakan Produk Kecantikan Yang Bebas Kimia

Bila dah berhenti tu, sila rehatkan kulit ya. Kalau boleh, jangan terus cuba sebarang produk yang mengandungi bahan kimia sekurang-kurangnya 2 minggu. Sebabnya, kulit rosak dan tengah sensitif. Makin bertambah sensitif nanti kulit kalau guna produk yang tak sesuai.

Waktu ni, seeloknya guna produk-produk lembut yang semulajadi dan tiada bahan kimia.
Contoh yang boleh saya cadangakan, Cetaphil dan juga Shaklee Enfuselle.

3. Ambil Supplements Untuk Memulihkan Kulit

Cara terbaik untuk memulihkan kulit yang rosak dan sensitif agar kembali sihat, adalah dengan mengamalkan supplements. Supplements ni membantu membina sel-sel kulit yang sihat, menggantikan sel-sel kulit mati yang dah rosak, membaiki tekstur kulit, mencerahkan kembali kulit, membantu masalah jerawat, membantu memudarkan parut dan sebagainya. Antara cadangan supplements yang boleh membantu adalah B Complex, Vitamin E, Vitamin C, ESP dan Collagen Powder.

Di bawah saya kongsikan feedback dari salah seorang customer saya yang telah mencuba supplements Shaklee untuk merawat masalah kulit beliau. Beliau telah mengalami jerawat yang agak serius akibat tersalah guna produk kecantikan. Alhamdulillah, setelah konsisten mengamalkan supplements Shaklee selama hampir sebulan, wajah beliau telah pulih. Jerawat kecut dan parut pun semakin pudar. Kawan-kawan beliau pun terkejut dengan perubahan beliau.


Ini satu lagi perkongsian dari pengguna Shaklee yang mengamalkan Shaklee untuk masalah jerawat beliau akibat tersalah guna produk kecantikan.


Jom sama-sama kita tonton video pendek ni, perkongsian tentang bagaimana kulit wajah beliau telah rosak teruk akibat tersalah guna produk, yang menyebabkan jerawat dan parut penuh di muka beliau.

7 tahun beliau mencuba pelbagai produk untuk selesaikan masalah kulit wajah beliau itu, tetapi akibatnya kulit wajah beliau menjadi semakin teruk. Saksikan bagaimana akhirnya kulit wajah beliau kini semakin cerah, gebu dan licin.



Nasihat saya untuk kakak-kakak dan adik-adik yang mengalami masalah yang sama, cuba rawat masalah dari awal ya. Bila dah makin lama atau makin serius nanti, makin susah nak pulih, dan makin banyak kos yang perlu dikeluarkan nanti.

Lagi satu, sekiranya ada masalah kulit, jangan terlalu asyik bertukar produk kecantikan ya. Kebanyakan masalah kulit wajah ni bermula dari dalaman, jika sihat dalaman, insyaAllah sihat juga luaran. Jika tak, cuba semak balik. Mungkin ada masalah sembelit atau penghadaman, masalah toksin berlebihan dalam badan, masalah hormon, stress, pemakanan dan sebagainya. Nanti saya akan kupas lebih lanjut tentang ni dalam entry seterusnya.


Jangan segan-segan untuk hubungi saya untuk consultation k :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit