Friday 26 December 2014

Semangat Nak Bersukan Dengan NIKE SHOES Yang Selesa Dan Cantik!


Zaman sekarang ni, semakin ramai yang mementingkan kesihatan dan mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Ramai yang sudah mula pergi gym, berjogging, bermain badminton, futsal dan sebagainya. Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, bersukan juga adalah salah satu aktiviti sihat yang boleh dilakukan bersama-sama ketika waktu petang atau hujung minggu.

Bila nak bersukan, kenalah ada peralatan sukan yang sesuai kan. Salah satu peralatan sukan yang paling penting, tentulah kasut sukan, setuju tak.
Macam mana korang beli kasut sukan eh? Tengok jenama yang terkenal terus beli atau macam mana ye..

Selain jenama, ada beberapa kriteria yang harus diambil kira juga, sebelum nak membeli kasut sukan ni:
  • Faktor keselesaan. Keselesaan amatlah penting kerana ianya akan memudahkan kita membuat aktiviti lasak dan memilih sepasang kasut yang terbaik pastinya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti kecederaan. 
  • Selain daripada itu ketahanan sesuatu kasut itu juga haruslah diambil kira. Kasut yang tahan lasak pastinya dapat dipakai untuk tempoh yang lama. Barulah jimat dan berbaloi, bak kata orang putih, money spent well
Cakap tentang selesa dan tahan lasak ni, teringat kasut sukan saya yang telah banyak berjasa dari zaman saya belajar dekat Germany dulu. Sebelum fly dulu, beli siap-siap kat Malaysia, bawa merantau sampai kat Germany. Kasut sukan tu saya pakai bukan semata-mata untuk bersukan tau, siap bawa meredah salji, panjat bukit, turun bukit, pergi kelas pun pakai kasut sukan ni. Punyalah selesa dan tahan lasak. Saya pilih jenama Nike waktu tu, bukan semata-mata sebab jenama, tapi sebab design nya yang selesa dan tahan lasak tu.

Ni gambar saya waktu Team Building company saya 2 tahun lepas. Percaya tak yang saya pakai ni kasut sukan saya yang sama ketika saya belajar dulu. Bertahun-tahun tahan tu.


Sekarang ni banyak design yang cantik-cantik kasut sukan ni kan. Hari tu cik abang ada sebut nak beli kasut sukan baru. Tengok koleksi kasut sukan NIKE shoes dekat Zalora ni menarik jugak. Simple and trendy. I pun tergoda tengok. Ni kalau beli ni, makin semangat nak bersukan cik abang I ni.
Kualiti memang confirm la tip top. Daripada atlit biasa sampaila ke bintang-bintang sukan ternama dunia pun pilih Nike ni tau. Yang penting, harga pun sangat berpatutan.

If korang pun tengah mencari sepasang kasut sukan terkini, yang selesa dan tahan lasak, koleksi kasut sukan NIKE shoes ni adalah pilihan terbaik untuk korang. Kaum-kaum isteri tu, nak hadiahkan kat cik abang pun molek sangat ni.

Jom-jom kita terjah koleksi kasut sukan NIKE shoes dekat Zalora ni jom!

Thursday 25 December 2014

Turun Berat Badan 10kg Dengan Set Kurus Shaklee!


Lebih kurang seminggu je lagi kita bakal meninggalkan tahun 2014. Ada tak yang tahun ni azam nak kurangkan berat badan dan dah berjaya? Bagi yang berjaya tu, tahniah ye. Cabaran anda seterusnya, of course la untuk kekalkan pulak. Tapi, if anda dah ikut jalan dan amalkan cara yang betul untuk kurangkan berat badan ni, pasti tak sukar pun nak kekalkan berat badan anda sekarang.

Bagi yang belum berjaya tu, apa kata tanamkan azam tahun 2015 ni, by hook or by crook aku mesti kurus!

Jom saya kongsikan pengalaman salah seorang pengguna setia supplement Shaklee yang dah berjaya kurangkan berat badan 10kg dalam masa 4 bulan dengan Set Kurus Shaklee.



Jeles tak tengok perubahan Puan Aisya.
Kalau Puan Aisya boleh, anda pun mesti boleh :)

Secara amnya, Set Kurus Shaklee membantu anda mengurangkan berat badan dengan sihat dan semulajadi, dengan membuang toksin berlebihan di dalam badan, membakar lemak dan kolestrol, memberikan rasa kenyang lama untuk mengelakkan anda makan secara berlebihan, mengekalkan otot tanpa lemak, meningkatkan kadar metabolisma. Hasilnya, bukan sahaja berat badan anda semakin berkurang, malah sistem penghadaman anda semakin lancar, badan menjadi semakin ringan, mudah bergerak, tidak cepat mengah, bertenaga dan bonus kulit pun semakin cantik. 

Berikut adalah supplement yang diamalkan oleh Puan Aisya:

--> Alfafa - detoks seluruh badan, kurangkan retensi air dan bertindak sebagai fiber yang mengangkut keluar lemak dari badan

--> Herblax - detoks usus, merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama di dalam usus, membantu masalah sembelit

--> Lecithin - memecahkan lemak dan kolestrol

--> ESP - sumber protein tambahan terbaik, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu memberi rasa kenyang yang lama

Ramai yang sudah berjaya kurus dan cantik dengan Set Kurus Shaklee. Anda bila lagi.
Berminat nak cuba, jangan segan-segan contact saya ya:)

KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

11 Tips Pemakanan Untuk Kurangkan Berat Badan


Berat badan yang berlebihan bukan sahaja menyebabkan seeorang itu berasa rendah diri dan kurang keyakinan, malah ianya mengundang risiko pelbagai penyakit berbahaya seperti kencing manis, kolestrol, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Itu belum masuk lagi masalah-masalah yang biasa seperti cepat mengah, selalu sakit tumut, sakit lutut, sukar mencari saiz baju...

Zaman sekarang ni, semakin ramai yang mula sedar akan kepentingan berat badan yang ideal, bukan untuk cantik semata-mata, tetapi yang lebih penting sekali untuk kesihatan.

Nak kurus secara sihat dan semulajadi?
Ada 3 tips asas yang perlu anda tahu, iaitu jaga pemakanan, jaga pengambilan minuman dan juga aktiviti fizikal.

Aktiviti fizikal atau senaman ni, seperti juga pengambilan supplement/makanan tambahan. Ianya tidak wajib, tetapi ianya sangat membantu anda yang mempunyai masalah berat badan susah turun dan juga ianya membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan.

Entry kali ni saya nak kongsikan tentang tips pemakanan dan pengambilan minuman yang boleh membantu anda untuk kurangkan berat badan. Hah, yang ni penting ni kalau anda nak kurus secara sihat dan semulajadi.

11 Tips Pemakanan Untuk Kurangkan Berat Badan

1. Makan 5-7 hidangan kecil
Berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

2. Jangan skip hidangan
Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.

3. Kenali keperlukan kalori seharian anda
Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?
Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Klik sini untuk info lanjut tentang kalori

4. Elakkan kalori daripada minuman
Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.

5. Minum air mineral
Air mineral tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

6. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan
Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

7. Segenggam tangan karbohidrat
Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

8. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup
Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

9. Suplemen protein
Ianya merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

10. Dapatkan supplement multivitamin yang baik
Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

11. Kawal nafsu makan!
Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 

Tuesday 23 December 2014

Mandi-manda di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson


Cuti-cuti sekolah ni, mesti ramai yang bawa anak-anak jalan-jalan makan angin kan. Ada yang mungkin baru this week bawa anak-anak bercuti, takpe, ada lebih kurang 2 minggu lagi ni, sempat lagi.

Saya pun baru jer balik dari bawa anak-anak bercuti ni sebenarnya. Bawa anak-anak jer bercuti kali ni, sebab cik abang tengah sibuk sekarang, office nak pindah ke tempat baru. So, kami anak-beranak ni ikut kakak saya balik Kuala Lumpur, pergi 3 hari jer. Anak-anak saya ni memang rapat dengan mak long and pak long diorang, asal cuti sekolah jer, mesti nak pergi rumah mak long and pak long kat KL.

Bercuti ni, kalau tak pergi mandi-manda kat pantai atau water park, memang tak sah la kan. Bukan anak-anak jer yang suka, mak diorang ni pun mengidam nak berendam sama:)

Mula-mula tu plan nak pergi water park, tapi mak saya cakap pergi pantai lagi best, boleh picknik. Masak kat rumah and bawak makan kat situ. Kalau water park ni, biasanya tak boleh bawa makanan kan, melainkan kalau kita seludup masuk la.

So, kitorang decide pergi picknik kat Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Actually kitorang dah pernah pergi Port Dickson ni, tapi pantai apa tak ingat. Yang Pantai Teluk Kemang ni, kira first time la. Besar pantai tu, best giler. Bayangkan kitorang sampai situ pukul 11.00 pagi, pastu berendam sampai pukul 4 petang macam tu. Fuh, lepas gian betul. Irfan punya syok sampai tak mau balik.

If korang pergi Pantai Teluk Kemang ni, tak payah nak berpanas terik pun.
Boleh sewa khemah kat situ.
RM25 jer, boleh duduk selama mana yang kita nak

Apa lagi, terjun la kita.
Mama and irfan sama-sama excited
Dok terbayang-bayang lagi ombak ni. Bestnya

Irfan practice berenang.
Berjemurla kita anak-beranak

Ni aktiviti sampingan kakak, buat sand castle

Irfan and kakak beriya cari sea shells

Dah puas mandi, makan pulak ye anak-anak.
Mak tok tengah suapkan cucu-cucu.
Mama tengah suapkan diri sendiri :)

Orang cakap, kalau pergi Pantai Teluk Kemang ni, wajib minum coconut shake kat situ.
Tapi punya syok mandi, sampai terlupa nak beli.
Nasib baik on the way balik tu, nampak ada kedai jual.
So singgah la sekejap, pekena coconut shake seround

The next 2 days kat KL, kitorang just jalan-jalan and shopping kat KLCC and Jalan TAR jer.
Alang-alang dah singgah KLCC ni, apa lagi, sepetang kakak and Irfan main kat playground dia yang besar tu.
Kurus mama layan kakak and Irfan main

Teman mak tok shopping kat Jalan TAR pulak.
InsyaAllah next month my mom akan pergi buat umrah, 
so shopping la sikit jubah-jubah.
Ada satu kedai kat Jalan TAR tu, MUAZ kut kalau tak silap nama kedai tu,
murah betul jubah and tudung kat situ

Antara supplements yang wajib angkut sekali kalau pergi travel.
GLA Complex, Vitamin E, Vitamin C.
Dah pergi berendam sakan, kenala bawa protection kan. 
Protection luaran, pakai sunblock.
Dalaman, kena la makan supplements. Bukan setakat nak elak sunburn, tapi UV ni kan memang tak bagus untuk kulit, penyebab segala masalah kulit seperti jerawat, jeragat, garis-garis halus dan sebagainya.
Untuk anak-anak, ku angkut sekali Chewable Vitamin C, Omega Guard and Herbal Blend.

Berakhirlah sudah cuti-cuti Malaysia yang sekejap tapi sangat enjoy.
Yang penting, anak-anak happy.
Next time, bila ayah free, kita ajak ayah pergi jalan-jalan pulak eh.
By the way, nilah hasil protection luar dan dalam.
Ada la naik jerawat kecik sikit-sikit.
Nanti tempek Vitamin E, cepat jer hilang tu.
Gambar ni no make-up cuma bedak and lipstick sikit, no edit.
Giler close up laaaa... Kalau dulu time muka penuh jerawat and parut, tobat tak berani nak tayang gambar close up macam ni.
Sekarang sejak makan Shaklee ni, confident la sikit.
Inilah kepentingannya ambil supplements, tak payah nak make-up pun
Natural lagi sedap mata memandang, and kita pun tak perlu susah-susah nak cuci bagai bila nak sembahyang. Leceh jer kan :)

Saturday 20 December 2014

Harga Set Kecantikan Shaklee Murah Tinggal 11 HARI lagi !


Seperti yang saya war-warkan sebelum ni, Shaklee telah bermurah hati menawarkan triple promosi yang paling hebat dalam dalam sejarah Shaklee iaitu Vitamin C, Vitamin E dan Shaklee Collagen Powder. Tak pernah-pernah tau Shaklee buat 3 promosi serentak, so sape yang grab ni, memang bertuah sangat. Tak tau la bila lagi akan ada promosi harga murah macam ni.

Tinggal 11 HARI sahaja lagi.

Buat penggemar-penggemar Shaklee Collagen Powder, atau bagi anda yang dah lama teringin nak cuba Shaklee Collagen Powder ni, jangan lepaskan peluang untuk grab bulan ni yer. Bukan saja sebab bulan ni anda berpeluang beli dengan harga murah, tetapi juga selepas ini Shaklee Collagen Powder hanya akan mula berada dalam pasaran pada tahun 2016. Mulai January 2015, Shaklee Collagen Powder akan dihentikan jualan selama 1 tahun untuk register baru. Klik sini untuk info lanjut.

Set Kecantikan Shaklee Yang Popular

Bagi Set Kecantikan Shaklee, ada 4 pilihan kombinasi set vitamin asas yang popular untuk anda.
Set-set ni untuk membantu masalah jerawat, jeragat, parut, kulit kusam, sunburn, kulit kering, berminyak dan sebagainya.
Amalkan dengan betul dan konsisten, amalkan juga tips yang saya kongsikan, insyaAllah makin bersih, cerah dan gebu tau kulit nanti.

Kebanyakan customer saya yang mengambil set ini pada awal bulan hari tu pun, dah mula memberi feedback positive. Ada yang siap cakap nak repeat order nanti :)

Ok, kombinasi popular ini terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E, B Complex dan ESP adalah antara supplements asas untuk kecantikan kulit.

1) Vitamin C
  • sangat penting dalam pembentukan kolagen
  • mencerah dan menggebukan kulit
2) Vitamin E
  • terkenal sebagai vitamin awet muda - melambatkan proses penuaan
  • membantu keseimbangan hormon
  • membantu mengurangkan kesan kulit jeragat
  • membantu masalah kulit yang berminyak
  • membantu menghilangkan parut
3) B Complex
  • (B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam.
  • penting dalam kestabilan hormon
  • kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil
  • membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit
  • penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan
4) ESP
  • pengambilan ESP bersama-sama dengan Set Kecantikan Kulit Shaklee amat disarankan untuk memberikan kesan yang optimum. ESP adalah sumber protein yang terbaik, dan untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.
  • protein adalah makanan asas kepada sel-sel badan, jadi apabila sel-sel ini sihat, penyerapan zat dan nutrien akan menjadi lebih mudah
  • protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Kulit akan menjadi kusam dan tompokan hitam pada kulit akibat jerawat akan menjadi sangat sukar dihilangkan jika kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru untuk menggantikan sel kulit mati.
 
Pilihan set:

Set A (Set Budget) - Vitamin C dan Vitamin E

Set B (Set Basic) - Vitamin C, Vitamin E dan B Complex

Set C (Set Advance) - Vitamin C, Vitamin E dan ESP

Set D (Set Premium) - Vitamin C, Vitamin E, B Complex dan ESP

Koleksi Testimoni Set Kecantikan Kulit Shaklee







Ini antara testimoni pengguna Set Kecantikan Kulit Shaklee. Untuk tstimoni-testimoni lain, boleh klik sini k.

Daru kulit kusam, berjerawat, berparut, semuanya dah transform. Kulit semakin licin, cerah dan bersih.

Masalah kulit wajah ni, kalau dibiarkan, makin lama akan menjadi semakin teruk dan melarat, dan mungkin semakin sukar serta ambil masa nak pulihkan. Kos pun semakin besar. Daripada down dan stress dengan kulit sendiri, apa kata ikhtiar ye. Setiap masalah ada penyelesaiaanya. Kulit saya pun teruk juga dulu. Kalau saya dan yang lain-lain boleh, anda pun boleh!

Jangan segan-segan hubungi saya untuk konsultasi k, dan ambil peluang bulan ni untuk grab yer, dah alang-alang promosi ni :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 19 December 2014

8 Manfaat Vitamin C Yang Wajib Anda Tahu


Selalu kita dengar Vitamin C ni untuk cantik jer kan.
Tapi, banyak lagi sebenarnya manfaat Vitamin C ni.

Jom sama-sama kita baca antara 8 manfaat utama Vitamin C yang wajib anda tahu.

1. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultra ungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan selaran matahari disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

2. Penghasilan kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine iaitu dua elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menjadikan kulit gebu dan warna tona sekata. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

3. Melindungi perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindak balas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lembut.

4. Memperbaiki tekstur kulit

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering.

5. Imunisasi / daya tahan badan dan baik pulih luka

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan tubuh terpelihara daripada bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

6. Kurangkan simptom demam

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai antihistamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selesema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

7. Saluran darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

8. Meningkatkan pertumbuhan rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak mencukupi mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut.

Hah, bukan untuk cantik jer tau Vitamin C ni.
Di samping dapat kulit gebu, cerah dan licin, badan pun insyaAllah kekal sihat.

So, pastikan anda mengambil dos Vitamin C seharian yang mencukupi.
Macam saya sendiri, saya sedar saya tak mampu dapat Vitamin C yang mencukup dari makanan semata-mata, so saya top up dengan supplement. Vitamin C yang saya ambil, of course la Vitamin C terbaik dari Shaklee.
Harga jimat, kesan pun tip top!

Tips Hilangkan Jeragat dengan Berkesan


Antara masalah kulit wajah yang sering menghantui kaum wanita adalah masalah jeragat yang kehitaman. Kalau masalah jerawat, boleh tahan lagi, tapi kalau masalah jeragat ni, memang agak sukar nak hilang walaupun dah berhabis banyak duit cuba pelbagai produk.

Jeragat selalu terjadi kepada kulit wanita yang berumur. Tetapi, zaman sekarang ni, ramai juga wanita-wanita yang baru mencecah lewat 20an atau awal 30an dah mula mengalami masalah jeragat. Sebab tulah, penjagaan kulit dari awal ni amat penting, bukan sekadar luaran, penjagaan dalaman juga amat penting.

Kulit kita ni kalau tidak dijaga dan dilindungi dari dalam dengan pelbagai supplemen, ia mudah rosak dan pelbagai kesan buruk akan nampak. Salah satunya adalah jeragat.

Bagi yang menghadapi masalah jeragat ni, jangan risau, it is not end of the world :) Setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya pernah terbaca tentang rawatan laser untuk masalah jeragat ni. Tapi kosnya mungkin mencecah ribuan ringgit.

Jangan tak percaya sebenarnya ada cara boleh hilangkan jeragat tanpa rawatan laser.
Betul! Tidak mahal seperti rawatan laser dan yang paling penting SELAMAT dan SEMULAJADI.

Jeragat Hilang Dengan Shaklee Collagen Powder

Jom saya kongsikan pengalaman mereka yang telah mengamalkan Shaklee Collagen Powder untuk masalah jeragat dan ia memang bukan rahsia lagi. Collagen Shaklee adalah produk terbaik untuk membantu menghilangkan jeragat dengan berkesan.








WOW! Masih tidak percaya keberkesanan Shaklee collagen?

Ada antara testimoni ni, yang produk lain pun ambil tau, penyalahgunaan testimoni pulak.
So kalau anda ternampak testimoni-testimoni kat atas ni untuk produk lain tu, hati-hati yer. Yang ni sharing dari pengguna produk Shaklee tau :)

Ada 7 Kelebihan lain untuk Collagen Shaklee

1. Sebagai Anti Penuaan (muka sentiasa muda jelita)
Kecilkan liang pori-pori
Hilangkan kedutan dan garis-garis halus

2. Melembap
Lembapkan kulit, kurangkan rasa kering dan gatal-gatal pada muka

3. Mencerah
Kurangkan pigmentasi, jeragat dan kulit tidak sekata

4. Menegang
Membantu menegang dan menganjalkan payudara

5. Mengembalikan keanjalan
Jadikan kulit lebih tegang, anjal dan lembut

6. Meningkatkan pergerakan
Sokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

7. Menyubur
Jadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur, bercabang serta tebal dan bersinar.


By the way, sepanjang bulan December 2014 ni, ada promosi Shaklee Collagen Powder tau. Promosi harga paling murah dalam sejarah yang Shaklee pernah tawarkan.

Dengan setiap pembelian 3 kotak Shaklee Collagen Powder, anda akan mendapat
  • PERCUMA 1 kotak Shaklee Collagen Powder
  • PERCUMA keahlian Shaklee untuk seumur hidup
  • BONUS dari Shaklee
Jangan lepaskan peluang grab promosi bulan ni k. Sebab mulai 1 January 2015 ni, Shaklee Collagen Powder akan dihentikan jualan selama 1 tahun untuk register baru.

Hah, lepas setahun baru ada balik. 1 tahun tau, bukan 1 bulan. Rugi sangat kalau melepas!
Cepat yer...


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 15 December 2014

Belajar dan Berkongsi Tips Rahsia Online Business Shaklee


Apa saja yang kita nak lakukan perlu ada ilmu. Begitulah juga jika nak buat business, perlu ada ilmu. Jika nak berjaya dunia perlu ada ilmu, nak berjaya akhirat juga perlu ada ilmu dan kalau nak berjaya kedua-duanya juga perlu ada ilmu.

Orang cakap, kalau nak berjaya, belajar dari orang yang dah berjaya, dan ikut apa yang dia buat. Pernah dengar kan.

Dalam business Shaklee ni, segala ilmu sebenarnya dah tersedia, rahsia dan amalan-amalan magik yang diamalkan oleh mereka yang telah berjaya. Untung kan. Tinggal lagi, nak apply je. Nak belajar online boleh, offline pun boleh.

Baru-baru ni, saya dan salah seorang rakan sideline saya di dalam business Shaklee ni, telah menganjurkan satu kelas di Manjung, Perak. Hah, dengan sideline tau. Walaupun, kalau nak diikutkan tu, kiranya kami ni bersaing la kan di daam business Shaklee ni. Tapi, takde la istilah macam tu di dalam group kami. Ukhuwah yang terjalin tu dah seperti keluarga, dan masing-masing tak lokek berkongsi ilmu dan saling memberi semangat sesama sendiri untuk sama-sama berjaya di dalam business ni.

Kebanyakan perkongsian kumpulan kami sebenarnya lebih kepada online, belajar dari rumah je. Tetapi, kadang-kadang, kami adakan juga kelas-kelas perjumpaan seperti ni. Sesekali berjumpa tu, auranya lain macam, dan kemesraan pun akan lebih lagi kan.

Alhamdulillah. Kelas yang kami anjurkan pada hari Sabtu 13 December 2014 di Manjung Perak ni berjalan dengan lancar. Setiap kali pergi kelas ilmu macam ni, percayalah kita akan belajar banyak benda-benda baru yang kita tak tahu. Seronok sangat dapat bertemu dengan kenalan-kenalan baru, sama-sama berkongsi pengalaman dan menyedut aura positif. Dalam kelas ni juga, saya pertama kali bertemu dengan anak Shaklee saya Aida selepas setahun lebih berkenalan dan berhubung melalui alam maya. Alhamdulillah:)

Penganjur kelas untuk hari tu, me and my partner Nadia

Sharing dari Dr Nurul tentang masalah sakit sendi
Perkongsian yang sangat menarik dan informatif. 
Hah, kami ni bukan sekadar jual produk semata-mata tau. 
Nak bagi cadangan supplements Shaklee yang sesuai untuk customers pun perlu ada ilmu. 
Bukan main jual je

Saya tengah prepare untuk my sharing pulak.
My sharing hari tu tentang rahsia teknik selling yang berkesan.
Pernah dengar pre sell, up sell, cros sell?
Hah, penting ni. 
Tu baru sikit tu, nak tau lebih lanjut tentang ni and tips rahsia lain, kena la join group saya :)

 Next sharing tentang blog.
Blog ni salah satu medium online marketing yang sangat penting.
Tapi, tulis blog pun ada tekniknya.
Kalau nak jana wang dari blog ni, ada tekniknya. Bukan main hentam tulis je.

Ni pula anak Shaklee saya, Aida tengah beraksi.
Sharing yang amat mantap tentang produk yang tengah promo sekarang, Vitamin C.
By the way, sesiapa yang nak COD area Manjung, Ipoh Perak tu, boleh terus contact Aida ni

Majlis penyampaian sijil dan T-shirt exclusive.
Saya bersama mentor saya, aka mak Shaklee saya

Sesi bergambar sebelum pulang.
Kalau majlis ilmu dan gather-gather ni, kalau takde anak-anak, riuh rendah dengan anak-anak, tak Shaklee namanya tu.
Anak-anak pun belajar sama-sama dalam kelas.
Anak-anak adalah semangat dan kekuatan kami.

Business Shaklee ni sesuai untuk semua. Tak kiralah anda suri rumah ke, pelajar ke, guru ke, pekerja swasta ke, jurutera ke atau apa saja..
Yang penting adalah usaha dan semangat anda yang tak pernah putus.
Semangat untuk belajar, semangat untuk membantu orang lain, semangat untuk mengubah taraf kehidupan keluarga, semangat untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Sekiranya anda sudah lama menyimpan niat untuk menjana wang dari rumah, memulakan online business anda sendiri, Shaklee juga adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda. Yang penting, anda mulakan.
Antara salah satu ciri orang yang berjaya adalah cepat bertindak. Fast action, fast result!

Semoga pengakhiran tahun 2014 ni meninggalkan kenangan yang paling manis dan bermakna untuk kita semua dan tahun baru, tahun 2015 akan bermula dengan sesuatu yang lebh baik untuk kita semua.

Saturday 13 December 2014

Ubat Sakit Lutut Berkesan


Saya baru balik dari Manjung ni. Alhamdulillah, selesai sudah majlis ilmu hari ini, yang dianjurkan oleh saya dan 'adik-beradik' Shaklee saya. Seronok dapat berjumpa, berkenalan, sama-sama berkongsi ilmu dan pengetahuan. Inilah antara sebab kenapa saya begitu sayang dengan business Shaklee ni. Kami bukan sekadar menjual produk, tapi lebih dari itu. Saya sangat bersyukur dengan ukhuwah yang terjalin ni, saling sama berkongsi ilmu dan memberi sokongan sesama sendiri.

Nanti saya share tentang majlis ni next entry k:)

Testimoni Set Sendi Shaklee

Dalam salah satu sharing tadi, ada satu sharing berkenaan tentang produk untuk sakit sendi.

Teringat saya salah seorang customer saya yang pernah mencuba supplement Shaklee untuk membantu mengurangkan masalah sakit lutut beliau. Customer saya ni muda lagi orangnya, lagi muda dari saya tau. Tak semestinya orang yang dah berusia je ada masalah sakit lutut ni, sebab selain faktor usia, ada banyak lagi punca lain, contohnya mereka yang pernah mengalami kemalangan, berat badan berlebihan dan kalau terlebih exercise pun ada potensi masalah sakit lutut ni.

Katanya, macam-macam dah cuba sebelum ni. Ubat hospital, ubat klinik, tabib cina, segala macam produk pun cuba katanya, tapi tak hilang-hilang juga sakit lutut. 


Selepas seminggu cuba, Alhamdulillah, dah kurang sakit kata beliau.


"Alhamdulillah..bleh naek tangga mcm biasa..sakit tu ada skit tp dh x teruk sebelum ambik Shaklee..masih continue lg sampai btl2 sembuh.nk jalan pun dh x sakit mcm dulu lg...syukur sgt2...

Dulu nk cankung pun x bleh..sbb lipat lutut kan...tp skang dh bleh cankung mcm biasa.
Seminggu lbh dh ada kesan
Rugi jea duit sebelum ambik Shaklee..beli ubat tu beli ubat ni..last2 Shaklee jgk mujarab"



"Assalamualaikum...kak ct..nk habaq ni..lutut sariah 100% baik..bangun tidoq pagi td time nk solat subuh bila sujud Dan rokoq dh x rasa sakit lg..pastu try lari masa naik tangga..alhamdulillah...x sakit dh..syukur la..syukur Sgt.."

Masuk botol kedua, selepas sebulan lebih ambil Set Sendi Shaklee ni, sakit lutut beliau hilang 100%. Alhamdulillah. Dulu nak naik tangga pun sakit, sekarang ni siap boleh lari naik tangga lagi.

Set Sendi Shaklee

Supplement Shaklee ni bukan ubat ya, tapi supplement atau makanan tambahan yang dihasilkan dari bahan semulajadi untuk membantu tampung keperluan dan kekurangan badan kita.


  • Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
  • Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu : 
            - Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
            - Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
            - Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat
  • Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
  • Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina
 2. Omega Guard
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengandungi Omega 3 yang membantu : - melambatkan degradasi tulang rawan
            - mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
            - bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar 
  • Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan

Biasanya, kalau sakit sendi ni, doktor akan provide pain killer kan untuk tahan sakit. Bukan setakat sakit yang tak tahan tu, tapi masalah sakit sendi ni juga akan menggangu tugas harian kita.
Takkan nak bergantung selamnya dengan pain killer ni. Semua tahu kan pain killer ni ada kesan sampingan yang merbahaya terutamnya untuk jangka masa panjang.

Bukan apa, takut nanti nak rawat masalah sakit lutut, masalah lain pula yang timbul. 

Boleh cuba Set Sendi Shaklee ni ya sebagai salah satu ikhtiar untuk membantu mengurangkan masalah sakit sendi
Hubungi saya untuk sebarang pesanan atau konsultasi k.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit