Tuesday 13 January 2015

10 Punca Jerawat


Bagi yang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat, pasti faham bagaimana susahnya nak hilangkan jerawat ni kan. Susah ke? Kalau senang, takkan la ramai yang terpaksa berhabis duit mencuba dan bertukar pelbagai produk kecantikan untuk menghilangkan masalah jerawat ni, termasukla saya sendiri suatu ketika dulu.

Ramai yang menumpukan rawatan luar semata-mata untuk menghilangkan masalah jerawat ni. Tak dinafikan, penjagaan kulit secara luaran adalah penting, tetapi, penjagaan atau rawatan dalaman juga adalah amat penting. Mungkin ramai yang masih belum sedar yang sebenarnya, selain faktor luaran, kebanyakan punca masalah jerawat ni adalah dari dalaman.

Sebab tu, ramai yang walaupun sudah bertukar banyak produk penjagaan kecantikan luaran, tetapi masalah jerawat tetap tidak hilang, malah ada juga yang menjadi semakin teruk.

Tahukah anda, mungkin produk kecantikan yang anda gunakan sekarang sudah sesuai dengan kulit anda, tetapi punca lain yang menyebabkan masalah jerawat anda tetap tidak selesai. Mungkin sudah sampai masanya anda berhenti bertukar-tukar produk kecantikan, dan mula mengambil berat penjagaan atau rawatan dalaman dengan pengmabilan supplement. Yes, this is what i did last time untuk mengawal masalah jerawat saya.
10 Punca Jerawat

Jom sama-sama kita baca 10 punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat bukan saja pada kulit muka kita, malah belakang badan dan juga sekitar leher.


1. Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan, iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 an - 40 an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2. Tekanan (Stress) 

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah. Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
  • Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
  • Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
  • Jadual seharian yang sangat ketat
  • Merokok, pengambilan dadah
Tekanan emosi
  • Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
  • Buli
  • Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
  • Kerja /study yang banyak
3. Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang dan juga pengambilan makanan seperti kacang, makanan berperisa, seafood (udang, ketam, sotong, kerang), budu, belacan, makanan berminyak/bergoreng, telur, daging, ayam goreng, makanan berlemak seperti santan, dairy products seperti susu lembu, coklat.

4. Toksin

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5. Faktor Genetik

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat anti jerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6. Allergik atau alahan

Alergik atau alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, cream muka baru atau pencuci muka baru yang ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dengan kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka.

8. Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar, kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9. Jangkitan pada kulit & Resdung


Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10. Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

Bila kita nak selesaikan sesuatu masalah, mestilah kita kena tahu dulu puncanya kan. So, lepas ni jangan fokus penjagaan atau rawatan luaran semata-mata k untuk menghilangkan masalah jerawat ni :)

1 comment:

Miss Milo said...

Lagi2 skarang Ni cuaca panas yg amat..tgh berperang dgn jerawat.T_T