Sunday, 10 May 2015

7 Buah-Buahan Untuk Ibu Hamil Bertenaga, Sihat Dan Cantik


Cergas dan sihat, kurang morning sickness ketika hamil, bertenaga dan miliki kulit yang cantik sepanjang tempoh kehamilan adalah sesuatu yang didambakan oleh ibu hamil.

Jika bertenaga, kulit licin tanpa sebarang noda secara automatik muka pun akan ceria. Tak hairan la kalau sesetengah ibu hamil nampak lebih cantik ketika hamil. Ada beberapa jenis buah yang boleh diambil oleh ibu hamil untuk memastikan badan sentiasa sihat bertenaga, kulit cantik, badan maintain dan juga untuk perkembangan bayi yang sihat.

1. Buah Naga

Salah satu buah yang bagus untuk ibu hamil adalah buah naga. Pasti semua kenal kan, buah yang luarnya berwarna merah dan isinya berwarna putih ini sangat manis rasanya ketika sudah matang. Buah ini sangat bagus untuk ibu hamil kerana ianya kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan antibodi ibu hamil bagi mencegah serangan pelbagai jenis penyakit. Buah ini juga biasanya ditanam tanpa menggunakan racun pestisida, yang pada kebiasaannya digunakan untuk tumbuhan lain dan terdapat sisa racun pada buahnya. Buah naga juga dapat membantu mengubati batuk pada ibu hamil. Kandungannya dapat membantu mencairkan dan mengeluarkan kahak batuk kering.

2. Buah Epal

Buah epal kaya dengan vitamin A, B kompleks dan vitamin C yang membantu meningkatkan sistem immunisasi ibu hamil terhadap serangan pelbagai penyakit. Pengambilan epal secara rutin juga dapat membantu menjaga berat badan ibu hamil agar tetap ideal. Jadi, jika anda ibu hamil yang ingin kekal cantik dan sihat, amalkan sekurang-kurangnya sibiji epal sehari ok.


3. Buah Anggur

Anggur kaya dengan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang merbahaya untuk badan. Dari dua jenis anggur iaitu anggur merah dan anggur hijau, anggur merah merupakan jenis anggur yang paling baik diamalkan ibu hamil. Anggur jenis ini mengandung resvaratol dan polifenol yang dapat meningkatkan fungsi metabolisme melalui penambahan zat besi dan sumber karbohidrat.


4. Jambu Air 

Buah jambu air memiliki kandungan air dalam jumlah yang cukup banyak sehingga bila diambil dengan jumlah yang cukup, buah ini dapat membantu mencegah dehidrasi. Bagi anda yang ada masalah kekurangan sel darah putih, mengambil buah jambu air mungkin dapat membantu anda kerana kandungan buah jambu air dapat berfungsi untuk meningkatkan kerja sel darah putih anda.


5. Buah Avokado

Buah yang berasal dari dataran Amerika Tengah ini mengandung vitamin B kompleks, Kalium, serta asid folik. Dengan kandungannya itu, avokado sangat membantu perkembangan otak pada janin dan menguatkan tulang pada bayi.


6. Buah Kurma

Kurma kaya dengna segala vitmain dan mineral seperti kalsium, besi, kalium, magnesium, vitamin A, vitmain C dan lain-lain. Ibu hamil boleh mendapat kebaikan dari segi tenaga dari khasiat buah kurma. Kurma ni bukan sahaja baik ketika hamil tetapi juga selepas melahirkan. Kurma memberi tenaga segera kerana ianya paling pantas dihadam dan diserap kerana gula yg terdapat dalam kurma tidak perlu dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim. Makan kurma ketika hamil juga membantu dalam sistem pembuangan kerana kandungna serat yg tinggi. InsyaaAllah wanita hamil yang mengamalkan makan kurma akan mudah bersalin.


7. Buah Kelapa

Buah kelapa, terutama airnya mengandungi elektrolit dalam jumlah yang cukup banyak. Kandungan ini dapat mencegah ibu hamil dari sembelit dan dehidrasi. Kelapa juga mengandungi kolesterol baik (DHL) yang dapat mencegah janin dari kelahiran prematur dan cacat. Selain itu, adanya asam laurat dalam jumlah yang proporsional pada buah kelapa dapat membuat ibu hamil menjadi lebih segar dan terhindar dari kelelahan selama bekerja.


Selain buah-buahan ibu hamil juga perlu variasikan dengan sayur-sayuran yang sangat baik untuk kesihatan ibu dan anak. Fiber yang terdapat dalam buah dan sayur membantu mengelakkan masalah sembelit di kalangan ibu hamil. Kunci utama pemilihan buah dan sayur semasa hamil adalah beta carotene yg mana penting utk fungsi sarah, penglihatan dan pembentukan sel serta tisu bayi.

Saya yang bukan ibu mengandung ni pun dah terliur tengok buah-buah ni semua waktu tulis entry ni.
Semua buah suka :))

Klik sini untuk vitamin ibu hamil

No comments: