Monday 26 January 2015

Set Kurus Shaklee Berkesan Dan Selamat


Dah lama pulak rasanya saya tak share tentang Set Kurus Shaklee dekat sini kan.
Setiap hari, saya terima pelbagai pertanyaan dari customer tentang Shaklee, kebanyakannya yang baru nak berkenalan Shaklee. Antara set yang paling popular adalah Set Kurus Shaklee.

Ok, so entry kali ni, jom kita berkenalan dengan Set Kurus Shaklee yang popular ni, yang terdiri dari set mekanisma 3B iaitu buang, bakar, bina.
Apa yang dibuang, dibakar dan dibina tu?

Sebelum tu, suka saya nak ingatkan, untuk turunkan berat badan ni, bukan hasil satu malam. Dan sesiapa yang mahu menguruskan badan harus faham konsep kalori. Kalori yang diambil haruslah seimbang dengan kalori yang digunakan. Kalori yang tak digunakan itulah yang menjadikan badan kita bertambah gemuk!

1. BUANG

Buang di sini bermaksud detox. Detox adalah mengeluarkan toksin dan kotoran di dalam usus kita, membersihkan sekaligus memudahkan untuk penyerapan nutrient.
Untuk detox ini antara produk pilihan adalah:

a) Herblax
Herblax membantu detox usus, dan juga membantu kempiskan perut. Ianya mengandungi daun senna yang digunakan oleh Rasulullah sebagaimana dinyatakan dalam Tibb An-Nabawi:
Rasulullah s.a.w bersabda “Apa yang kamu gunakan untuk melancarkan pergerakan usus besar dan menggalakkan pengaliran daripada perut?” Aishah r.a. menjawab, “Euphorbia”. Baginda bersabda lagi, “Padanya terdapat penyakit dan ia sepanas api, sebaiknya gunakan senna”. 
b) Alfalfa Complex
Daun Alfalfa merupakan makanan tinggi nutrisi dan sumber fiber yang baik untuk detox seluruh tubuh. Alfalfa juga membantu kurangkan retensi air dalam badan.

2. BAKAR

Selain dari aktiviti metabolisma (purata kita bakar 1200 kalori sehari dengan hanya duduk diam-diam!) Shaklee juga menyediakan produk untuk membantu dalam pembakaran lemak-lemak badan.

a) Lecithin
Lecithin adalah sejenis pengemulsi lemak (memecahkan lemak) yang tidak dihasilkan oleh tubuh. Ia juga berguna untuk ibu menyusu bagi mengelakkan bengkak susu.

b) Omega Guard
Omega Guard terdiri dari asid lemak perlu Omega-3 yang bertindak dengan hormon termasuk hormon leptin yang berkaitan dengan rasa lapar. Omega-3 membantu penghasilan hormon leptin yang membantu mengawal nafsu makan. Kajian juga menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 membantu menjadikan tubuh kita ‘mesin pembakar lemak’.

3. BINA

Protein diperlukan untuk membina otot, yang mana ianya penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik, dan mengelakkan diet yoyo,  mudah turun mudah naik.
Protein juga membantu memberikan rasa kenyang dan mengelakkan kita makan secara berlebihan.

Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.

a) Cinch Shake Mix
Cinch Shake Mix merupakan produk hebat untuk inchloss dan weight loss kerana ia mengandungi protein leucine yang penting dalam pembinaan otot.

b) ESP (Soy Protein)
Pilihan alternatif untuk Cinch Shake Mix, adalah ESP yang membekalkan protein soya yang istimewa.


Jom turunkan berat badan dengan cara yang betul, agar kesihatan terjamin, bukan sekadar kurus!
Hubungi saya untuk set slimming dan set diet yang sesuai dengan anda ya.

KEEP MUSCLE YOU HAVE

BURN FAT YOU DON'T NEED

LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

7 Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin


Antara kerisauan yang sering mengganggu para wanita selepas bersalin adalah masalah perut buncit dan menggeleber. Terasa hilang keyakinan diri tatkala memerhatikan perut yang banyak meninggalkan parut rekahan dan bentuk yang semakin menggeleber.

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kembali perut kempis bak anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti wanita hamil tiga bulan. Misi mendapatkan kembali perut kempis boleh direalisasikan asalkan kita ada kemahuan dan berdisiplin.

Nak tahu apa caranya? Jom saya kongsikan 7 tips kempiskan selepas bersalin.
Nampak macam senang tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi demi sebuah misi.
  1. Menyusukan bayi sepenuhnya
Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
  1. Berbengkung dalam pantang
Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis. Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.
  1. Bertungku dan bertangas
Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.
  1. Jaga makan
Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati. Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.
  1. Jangan lupa bersenam
Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
  1. Hati-hati dengan postur badan
Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.
  1. Jom detoks
Kaedah detoksifikasi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.

Selamat mencuba gojes mums semua:)
Boleh punya lah!

Slim betul kan Sya Al-Yahya ni lepas bersalin..

Friday 23 January 2015

5 Sebab Kenapa Anak-anak Perlukan Vitamin


Tiap-tiap hari kakak balik school, ada beberapa soalan rutin yang biasanya saya tanya kat kakak. Kadang-kadang belum sempat tanya pun, kakak yang excited dulu cerita macam-macam.

Salah satu soalan yang saya akan akan tanya,
"Kakak hari ni makan dengan siapa kat school?"
Then kakak akan mention la nama sekian-sekian. Dah ramai kawan anak mama ni. Senang hati mama tengok kakak happy dekat school.

Soalan berikutnya, saya akan tanya "Kawan kakak bawa bekal ke beli dekat kantin?"
Actually, tujuan saya tanya ni nak korek idea bekal dari mak-mak lain. Next time boleh buat untuk kakak. Maklumlah, kadang-kadang kering jugak idea ni nak masak apa, asyik yang sama je. Ada sorang kawan kakak ni, tiap-tiap hari bila saya tanya kakak, kakak akan cakap dia beli dekat kantin 3 biji nugget dan 1 biji sosej.

Hmmm, actually makanan segera atau makanan yang telah diproses ni tak elok sangat makan hari-hari. Kesian kat anak-anak makan makanan yang tak berzat, tak bagus untuk kesihatan juga. Cuba bayangkan kita makan macam tu hari-hari. Saya ni pun bukannya rajin atau pakar sangat bab masak, struggle jugak nak cari resepi yang boleh ikut selera anak-anak ni. Irfan ok, semua makan, tapi kakak ni memilih sikit. Walaupun makanan segera ni sedap, mengenyangkan, senang nak masak, tapi saya memang sebolehnya tak nak biasakan anak-anak dengan makanan segera ni, once a while tu bole la. Memang takde stok pun kat rumah.

Anak-anak ni sebenarnya perlukan zat yang secukupnya dari pemakanan untuk memastikan mereka membesar dengan sihat, cergas, ceria dan bijak.


Pening juga kan kalau bab-bab makanan anak-anak ni. Macam saya sendiri, Irfan walaupun tak memilih makan, tapi sayur dan buah tak nak sentuh langsung. Boleh sampai nak termuntah walaupun tergigit secebis sayur. Huhu.
Kakak suka buah dan sayur. Cumanya ikut mood juga, sebab kakak ni memilih sikit bab-bab makan.

Saya amat yakin, makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah makanan yang terbaik untuk anak-anak kita. Anak-anak kita tak perlu pun makanan tambahan kalau setiap hari mereka diberi dengan makanan yang penuh khasiat dan seimbang. Persoalannya, adakah mereka makan makanan yang berkkhasiat dan seimbang setiap hari, dari sarapan, snack, makan tengah hari dan makan malam? That's why, bagi saya, vitamin untuk anak-anak ni bukan lagi satu kehendak, tetapi ianya dah menjadi satu keperluan.

5 Sebab Kenapa Anak-anak Perlukan Vitamin

1. Anak Memilih Makan

Anda sangat bertuah jika anak anda tidak memilih makanan dan suka makan sayur-sayuran hijau, buah-buahan, daging, telur dan ikan. Kanak-kanak yang memilih makanan adalah lebih gemar makan makanan tak sihat atau mereka lebih banyak menyusu daripada makan.

Masalah ibu bapa sekarang adalah anak anak yang tak suka makan sayur. Saya pun hadapi masalah ni dengan anak-anak saya. Kalau ada sayur dalam makanan seperti mee gorang atau nasi goreng, anak anak saya sanggup ambil masa untuk mengasingkan sayur dari makanan mereka sebelum mereka makan. Sayur- sayuran adalah sumber serat dan vitamin yang baik kepada anak anak. Tapi apakan daya, kadang kadang sampai dah hilang idea, bagaimana nak bagi anak anak saya makan sayur.

Tabiat pemakanan yang tidak sihat menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi. Mereka mudah sakit, mengalami sembelit, berat badan menjadi ringan, tumbesaran terbantut dan kurang fokus dalam pelajaran.


2. Ibu bapa Mempunyai Kekangan Masa Untuk Menyediakan Makanan Berkhasiat

Masa zaman kita kanak-kanak dahulu, jarang sangat kita dihidangkan dengan makanan seperti sosej, nugget, burger, segala jenis ball, sotong ball, udang ball, ayam ball, fish ball dan ball ball yang sewaktu dengannya. Malah, ada yang tak kenal pun makanan seperti tu. Apa yang kita makan dulu semuanya makanan yang segar, tak ada satu pun makanan segera yang diproses seperti sekarang. Ibu saya dulu, walaupun seorang ibu yang bekerjaya, tetapi ibu saya tak pernah biasakan kami adik-beradik dengan makanan segera.

Tetapi sekarang, tanyalah kepada mana-mana kanak- kanak pun, tahu tak nugget? Saya yakin 100% kenal apa itu nugget.

Kebanyakan makanan yang diproses seperti nugget , sossage dan sebagainya dihasilkan dari bahan bahan mentah yang berkualiti rendah dan ditambah bahan-bahan pengawet dan perasa tamabahan yang merbahaya untuk kesihatan.

Tetapi, sedar tak sedar, sebenarnya pengambilan makanan segera ni telah menjadi sebahagian gaya hidup dan tabiat pemakanan sekeluarga. Kita bukan tak tau makanan segera adalah makanan yang tak sihat untuk anak, tetapi kekangan masa memaksa kita untuk membeli makanan segera yang mengenyangkan namun tidak menyihatkan. Boleh... Cuma janganlah terlalu kerap dan pastikan anak-anak anda mendapat zat nutrisi yang secukupnya juga.

3. Anak Kerap Sakit Atau Dijangkiti Penyakit Dari Kanak-Kanak Lain Di Pusat Penjagaan

Sekarang, ramai kanak kanak balik dari sekolah, singgah dulu ke pusat asuhan kanak-kanak sementara menunggu ibu bapa balik dari kerja. Dulu anak-anak yang belum bersekolah, tinggal dirumah dengan ibu. Sekarang baru berusia 2 bulan, dah diserahkan ke pusat asuhan. Suasana di pusat asuhan menyebabkan anak-anak lebih senang terkena jangkitan penyakit berjangkit. Tapi kebanyakan dari ibu bapa tiada pilihan, terpaksa juga menghantar anak-anak ke pusat jagaan kerana bekerja. Dulu anak-anak saya, selang dua atau tiga minggu, pasti ada seorang yang demam, batuk dan selsema. Oleh itu sangat penting untuk memastikan anak-anak kita mempunyai daya tahan melawan jangkitan penyakit ( immune system ) yang kuat.


4. Pencemaran

Dunia semakin tua. Pencemaran ada di mana-mana. Bukan saja di luar rumah, malah dalam rumah pun tercemar dengan habuk dan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk mencuci lantai, pinggan mangkuk dan pakaian. Pencemaran ini menyebabkan kanak-kanak mengalami elergik, asma, sesak nafas dan mudah letih. Suplemen bukan sahaja membantu menguatkan sistem imun anak, malah membantu memulihkan luka pada kulit alergik dengan cepat sebelum berlaku jangkitan kulit yang lebih kritikal.

5. Stress

Pernah tak kita terfikir yang anak anak kita sebenarnya stress? Pagi kesekolah rendah. Awal -awal pagi dah dikerah bangun, bersiap untuk ke sekolah. Sekolah kebangsaan sampai jam 1 petang. Balik dari sekolah rendah dalam keadaan panas dan letih, singgah di pusat transit atau dirumah, mandi dan makan untuk bersiap ke sekolah agama atau KAFA. Dalam masa kurang sejam, anak anak kita berkejar pula ke sekolah agama sampailah jam 6 petang. Bergegas balik ke rumah. Bila sampai kerumah, mandi, makan malam dan bersedia untuk mengaji Alquran pula. Kalau tak mengaji, ada yang bersiap nak ke kelas tambahan atau tusyen. Biasanya tusyen akan habis jam 10 malam. Balik dari tusyen, kena bersiap buku-buku untuk keesokan harinya pulak.

Kadang kadang rasa kesian pulak tengok anak-anak zaman sekarang ni. Tetapi, apakan daya, ibu bapa dan anak-anak pun terpaksa mengikut arus zaman sekarang ni. Kalau tidak akan ketinggalan di belakang.

Kalau nak dibandingkan dengan zaman 80-an dulu, jauh berbeza. Walaupun ada juga kelas mengaji dan tusyen, rasanya tak sesibuk anak- anak zaman sekarang. Balik dari sekolah, terus kerumah. Kelas mengaji biasanya malam. Kalau ada kelas tambahan pun, sekali sekala. Sangat kurang stress kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang.

Stress akan menyebabkan  kanak kanak atau orang dewasa akan mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Sebab bila stress berlaku, sistem immune tubuh akan menjadi lemah.

Vitamin atau makanan tambahan, satu KEPERLUAN

Masih ramai juga yang berpendapat bahawa hanya warga tua yang perlu ambil suplemen. Dalam masa yang sama, mereka setiap hari mengeluh cepat penat, tak dapat tidur malam, tak cukup tidur, stress, bangun pagi dalam keadaan lesu, setiap bulan ambil emergency leave untuk jaga anak yang sakit dan sebagainya. Ini adalah petanda bahawa anda dan anak anda mengalami kekurangan nutrisi.
Sudah-sudah lah mencipta alasan. Kasihani anak anda, mereka adalah amanah Allah untuk anda jaga dengan baik. Adakah anda bekerja siang malam mencari rezeki semata-mata mahu membeli handbag dan pakaian berjenama? Bukan kah lebih berkat rezeki itu jika digunakan untuk kesihatan dan pendidikan anak-anak, betul betul?

Saya amat yakin kebanyakan kanak-kanak Malaysia menghadapi situasi yang sama, dan pengambilan vitamin atau makanan tambahan ni sangatlah perlu supaya mereka sentiasa sihat  dan membesar dengan baik. Kalau nak diharapkan vitamin dan mineral dari makanan yang mereka makan sehari, agak mustahil bagi saya, kerana faktor faktor yang saya sebutkan diatas. Ini realiti kehidupan yang kita tempuhi.

Macam saya sendiri, saya memilih supplement Shaklee yang selamat dan semulajadi untuk anak-anak saya.
Dan baru-baru ni, yang membuatkan saya lagi teruja, Shaklee telah memperkenalkan new inmproved formula multivitamin TERBAIK untuk kanak-kanak iaitu Vitalea For Children, selepas lebih setahun tiada dalam pasaran. Alhamdulillah anak-anak saya suka dengan rasanya, manis-manis anggur gitu, kakak siap minta lagi sendiri hari-hari, tak perlu nak ingatkan. Yang penting, takde pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Your kids pun sure will love it!

Jom berikan hanya yang TERBAIK untuk anak-anak kita.
Jika anda perlukan bantuan untuk mendapatkan khidmat nasihat suplemen mana yang sesuai untuk anak anda, hubungi saya ya.


Thursday 22 January 2015

Rutin Baru Seorang Ibu Yang Bekerja Dari Rumah


Minggu ni adalah minggu kedua kakak pergi school Standard 1. Maksudnya, minggu kedua jugalah mama dengan jadual baru mama. Last week agak kelam kabut juga, adjusting time sana-sini, tapi this week Alhamdulillah mama, kakak, irfan and ayah dah mula adapt dengan rutin baru ni

Since dah start school ni, makanya waktu tidur pun tak boleh terlajak sebab nak kena bangun awal pagi. Lagipun, anak-anak ni perlukan tidur yang cukup, barulah boleh fokus and tak mengantuk dalam kelas. Saya akan make sure, kakak and Irfan tidur sebelum pukul 10 malam. So far, takde masalah, sebab dari baby lagi saya dah train anak-anak tidur awal, bangun awal. Lagila sekarang ni, start 9.30 malam tu kakak dah start mengantuk dah. Letih juga anak mama pergi school.

Macam biasa, bangun pagi, mama la kan orang yang paling awal bangun. Cuma kalau sebelum ni tak pernah-pernah bangun pagi terus pegang periuk belanga semua, tapi kali ni entah semangat datang dari mana, itulah aktiviti saya waktu pagi sekarang. Memang saya dah nekad dah nak bagi kakak bawa bekal pergi school. So, masak untuk breakfast and bekal kakak sekali harung. So far, menu simple je, nasi goreng, koteow goreng, sandwich sardin, sandwich telur, makaroni goreng. Gigih betul ni.

As for me, saya biasanya minum ESP Shaklee awal-awal pagi, nak maintain energy supermom la katakan. Cepat, mudah dan berkhasiat, lepas tu, baru la start enjin buat tugasan. ESP Shaklee ni untuk bagi energy supaya tak letih, lemau, lesu, bagi rasa kenyang and lagi satu, bonus, kulit cerah, gebu dan awet muda.

My secret potion for energy, health and beauty

Nanti ingat nak try resepi yang best-best pulak untuk kakak and irfan, macam roti john ke, pizza ke. Kakak dah request muffin nak bawak pergi school ni. Semoga mama diberikan kerajinan dan ilham nak buat yang best-best untuk anak-anak mama. Korang if ada blog atau website ke, group yang best ke untuk bento or bekal anak ni, pleaaasee... share eh.

Ok, lepas dah hantar kakak pergi school, balik rumah settle hal-hal business pulak. Time nak update blog, Facebook, follow up customer, reply segala WhatsApp dan SMS. Dalam pukul 11 tu, ready nak masak lunch pulak. Sekarang cik abang pun dah balik lunch kat rumah sama-sama. Bestnya sekarang dapat makan lunch sama-sama kat rumah. I'm not a good cook, main capak-campak jer, tapi bila masak dengan penuh kasih sayang ni, berselera tau cik abang dengan anak-anak makan.

Dalam pukul 12-1 petang tu, saya keluar g ambik kakak balik school pulak.
Petang, sambil-sambil sibuk tentang business, settle kerja rumah apa yang patut, sibuk juga dengan anak-anak kat sebelah. Buat homework bersama, main pun bersama :)

Banyak betul buku budak-budak sekolah sekarang kan. Dengan buku teks, buku latihan, buku tulis. Beg pun dah besar dari tuan. Hari tu, ada ternampak satu post dekat Facebook, seorang ibu ni share yang dia letak sticker untuk tanda buku mengikut time table, ikut hari. Saya pun dah terjebak sama, senang sikit. Kita letak sticker tu, then anak-anak follow je tu untuk bawa buku hari-hari.

Bahan-bahan untuk sesi tampal-menampal sticker follow time table

Semenjak jadi surirumah yang bekerja dari rumah aka work at home mother ni, actually kan, busy sangat tau, rasa macam lagi busy dari time kerja dulu pun ada jugak. Everything kena handle sendiri. Penat juga actually. Tapi, segala-galanya, apa yang kita buat tu, anak-anak di samping kita. Masa pun sangat flexible. This is what i dreamt for since kakak lahir. Syukur kepada Allah kerana memberi jalan dan peluang kepada saya untuk menjadi seorang ibu yang bekerja di rumah di samping anak-anak, melihat anak-anak membesar depan mata.

Itulah serba-sedikit my daily routine during weekdays. During weekends pulak, kalau tak balik kampung, kitorang biasanya jalan-jalan area Penang je. Shopping salah satu aktiviti wajib la, shopping barang rumah, then bawa anak-anak makan-makan, main kat playground aka exercise.

Our weekend. 
Precious time with my big hero, little hero and little princess :)

Wednesday 21 January 2015

Cara Berkesan Hilangkan Parut Demam Campak Dan Parut Berlubang


Masalah parut ni, memang agak merungsingkan, terutamanya kalau parut tu di bahagian wajah kan. Bukan setakat kaum perempuan, kaum lelaki juga pasti stress dengan masalah kuli berparut ni. Parut jerawat, parut kemalangan, parut jahitan, parut demam campak adalah antara masalah parut yang biasa dihadapi. Masalah parut ni bukan sahaja boleh menyebabkan seseorang tu tertekan, malah boleh menyebabkan seseorang tu berasa malu dan hilang keyakinan untuk berada di khalayak ramai.

Walaubagaimanapun, masalah parut ni bukanlah sesuatu yang tidak boleh dirawat. Setiap masalah, pasti ada jalan peyelesaiannya. Yang penting, kita ikhiar ya.

Entry kali ni, saya nak kongsi feedback dari salah seorang customer saya yang telah mencuba supplement Shaklee sebagai ikhtiar untuk membantu menghilangkan parut demam campak beliau. Beliau pada mulanya mencuba ESP Shaklee, dan selepas 5 hari, parut-parut yang kecil dah makin pudar katanya.


Selepas hasil yang memuaskan dengan ESP Shaklee, my customer ni ambil juga bersama Vitamin C dan Vitamin E untuk kesan yang lebih bagus dan cepat. 

Baru-baru ni, saya mendapat feedback dari beliau, yang parut-parut berlubang pun dah makin hilang setelah mengambil kombinasi ESP, Vitamin C dan Vitamin E sekali. Alhamdulillah.


Dengan pengambilan yang betul dan konsisten, pasti akan ada hasil yang positif!

Manfaat dan Kebaikan ESP, Vitamin C dan Vitamin E Shaklee

Protein (ESP Shaklee)
  • Protein membantu memulihkan sel yang rosak. Ia menghasilkan sel baru dan sel-sel mati dan lama dapat disingkirkan dan digantikan dengan sel-sel baru yang lebih sihat. 
  • Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  • Protein mengekalkan kulit muda. Ia mempunyai asid amino yang membantu membina otot manusia, kuku, rambut, darah organ, kelenjar dan juga kulit.
  • Protein memastikan sel hidup sihat dan sempurna bagi membolehkan ia dapat menyerap semua nutrien dan vitamin dengan optimum.


Vitamin E
  • Vitamin E adalah antioksidan yang tinggi, yang membantu melindungi sel- sel badan dengan menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit
  • Membantu mengelak kerosakan pada memberan sel, dan kajian menunjukkan ia membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut.
  • Menjadikan kulit lebih segar dan muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Membaiki tekstur kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra ungu yang boleh menjadikan parut lebih teruk
Vitamin C
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara.
  • Membina kolagen kulit yang telah rosak.Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit. Bagi yang mempunyai budget besar, amat disarankan untuk mengambil Shaklee Collagen Powder untuk kesan yang lebih bagus dan cepat
  • Mencerahkan kulit. 
 

Cara hilangkan parut jerawat berlubang

Cara hilangkan parut demam campak

Cara hilangkan parut kemalangan

Jangan biarkan masalah parut menghantui anda ok. Cheer up!
If berminat untuk mencuba Shaklee, jangan segan-segan contact saya k.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 16 January 2015

Multivitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak


Salam Jumaat semua :)

Ok, hari ni saya nak berkongsi tentang salah satu vitamin yang ada promosi bulan ni iaitu Vitalea For Children. Eh, lupa pulak nak announce, bulan ni ada triple promosi tau dari Shaklee iaitu Alfalfa, Vivix dan Vitalea For Childen.

Terkejut sebenarnya bila Shaklee announce promosi Vitalea For Children ni. Tiba-tiba muncul kembali. Vitalea For Children ni sebenarnya dah lama takde dalam pasaran, dalam setahun lebih macam tu. Ingatkan Shaklee dah stop keluarkan, tapi rupa-rupanya Shaklee improved the formula. Maksudnya, Vitalea For Children yang baru ni sudah tentulah lebih hebat!


Sempena pelancaran new improved formula ni, Shaklee dengan baik hatinya buat promosi beli 3 percuma 1 pulak tu. Wah, memang JIMAT betul.


Apa lagi, dah alang-alang tengah promosi ni, teruslah saya grab. Memang dah lama saya tertunggu-tunggu Shaklee keluarkan multivitamin untuk kanak-kanak ni.


Beginilah rupa bentuk Vitalea For Children tu. Saiznya lebih kurang duit sepuluh sen, rasa masam manis anggur gitu. Boleh kunyah macam gula-gula. Your kids sure will love it. Tapi yang paling penting, takde perasa, pewarna dan pengawet tiruan.

Ok, jom saya kongsikan info tentang Vitalea For Children ni.

Apa itu Vitalea For Childen

Vitalea For Children ni adalah multivitamin dan multimineral terbaik untuk kanak-kanak kerana mengandungi 100% vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B. Pendek kata, ia lengkap dengan 18 vitamins dan minerals penting untuk tumbesaran anak. Tanpa perasa tiruan, tanpa pemanis atau sebarang bahan-bahan tiruan. Boleh dikunyah begitu sahaja. Vitalea For Children menggunakan pemanis semulajadi yang diekstrak dari buah anggur dan ibubapa tak perlu risau kerana ia mengandungi xylitol bagi melindungi gigi anak kita daripada kaviti.

Sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas. Kalau anda nak berikan untuk anak-anak anda yang berusia 2-3 tahun, pastikan anda tengok-tengok yer, takut tercekik pula sebab mungkin tak pandai kunyah lagi. Anda bole juga hancurkan sedikit bila nak bagi tu.

Manfaat Vitalea For Children

Antara manfaat suplemen ini ialah:
  1. Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi oleh pemakanan seharian
  2. Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  3. Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  4. Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  5. Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  6. Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  7. Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  8. Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  9. Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  10. Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  11. Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia
  12. Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  13. Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  14. Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  15. Membantu penyerapan zat dari makanan
Risau betul kan tengok anak-anak yang terlalu memilih makanan, susah betul nak makan sayur dan buah. Dah alang-alang tengah promo ni, jangan lepaskan peluang grab multivitamin hebat ni untuk anak-anak kita. Membantu mencukupkan apa yang tak cukup.

Jom-jom, berikan hanya yang terbaik untuk anak-anak kita membesar dengan sihat, cergas dan bijak!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Parut Jerawat Berlubang Semakin Hilang, Kulit Makin Putih


Salah satu entry blog saya yang paling popular ialah entry tentang cara menghilangkan parut jerawat berlubang. Mudah-mudahan entry saya tu sedikit sebanyak membantu mereka yang mempunyai masalah parut jerawat berlubang, dan masih tercari-cari cara atau produk yang boleh membantu.

Tak dinafikan, parut jerawat berlubang ni memang agak sukar untuk hilang berbanding parut jerawat yang hitam atau kemerahan. Walaubagaimanapun, pengambilan supplements Shaklee dengan betul dan konsisten, insyaAllah dapat membantu. Walupun mungkin tak 100% hilang, tetapi dapat juga membantu mengecilkan lubang-lubang parut supaya kulit kelihatan lebih smooth dan parut pun kurang kelihatan.

Baru-baru ini, saya menerima feedbacks dari beberapa orang customer saya yang telah mencuba supplements Shaklee untuk membantu masalah parut jerawat berlubang mereka. Alhamdulillah, semuanya berpuas hati. Makin kurang dan pudar dah parut, kata mereka. Kulit pun dah makin putih. Really happy for them :)


Ini feedback dari salah seorang customer saya. Nanti saya share feedback customer lain juga ye.

Cadangan Supplements Shaklee Untuk Parut Berlubang

Ok, jom saya kongsikan antara cadangan supplement Shaklee untuk membantu menghilangkan parut jerawat berlubang.

1) Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin yang memang terkenal untuk masalah parut, membaiki tekstur dan tona kulit. Vitamin E ni juga vitamin antioksidan yang tinggi, jadi selain membaiki atau merawat kulit, ianya juga bertindak melindungi kulit anda dari radikal bebas yang merosakkan kulit.

2) Vitamin C

Vitamin C dan kecantikan kulit, memang tak boleh dipisahkan. Sebab tu lah ramai yang sampai sanggup cucuk Vitamin C ni kan. Ianya membantu membina collagen, menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan halus.


3) ESP

ESP merupakan protein tambahan terbaik yang dihasilkan dari soya non-GMO. Protein penting untuk pembinaan sel kulit yang sihat dan menggantikan sel kulit mati seperti parut.


4) Shaklee Collagen Powder

Untuk yang mempunyai budget yang lebih, saya amat sarankan anda ambil Shaklee Collagen Powder ni. Kesan lebih cepat dan bagus, untuk build up balik kulit yang sihat. Nanti permukaan kulit cantik dan licin jer...


Klik sini untuk testimoni dan info tentang cara menghilangkan parut jerawat berlubang

So, tak nak stress-stress tau sebab masalah parut ni. Semua masalah insyaAllah ada penyelesaiannya, yang penting kita ikhtiar. Ceria-ceria k.
If berminat nak cuba Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya k. Exclusive consultation khas untuk semua customer saya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 13 January 2015

10 Punca Jerawat


Bagi yang pernah atau sedang mengalami masalah jerawat, pasti faham bagaimana susahnya nak hilangkan jerawat ni kan. Susah ke? Kalau senang, takkan la ramai yang terpaksa berhabis duit mencuba dan bertukar pelbagai produk kecantikan untuk menghilangkan masalah jerawat ni, termasukla saya sendiri suatu ketika dulu.

Ramai yang menumpukan rawatan luar semata-mata untuk menghilangkan masalah jerawat ni. Tak dinafikan, penjagaan kulit secara luaran adalah penting, tetapi, penjagaan atau rawatan dalaman juga adalah amat penting. Mungkin ramai yang masih belum sedar yang sebenarnya, selain faktor luaran, kebanyakan punca masalah jerawat ni adalah dari dalaman.

Sebab tu, ramai yang walaupun sudah bertukar banyak produk penjagaan kecantikan luaran, tetapi masalah jerawat tetap tidak hilang, malah ada juga yang menjadi semakin teruk.

Tahukah anda, mungkin produk kecantikan yang anda gunakan sekarang sudah sesuai dengan kulit anda, tetapi punca lain yang menyebabkan masalah jerawat anda tetap tidak selesai. Mungkin sudah sampai masanya anda berhenti bertukar-tukar produk kecantikan, dan mula mengambil berat penjagaan atau rawatan dalaman dengan pengmabilan supplement. Yes, this is what i did last time untuk mengawal masalah jerawat saya.
10 Punca Jerawat

Jom sama-sama kita baca 10 punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat bukan saja pada kulit muka kita, malah belakang badan dan juga sekitar leher.


1. Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan, iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 an - 40 an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2. Tekanan (Stress) 

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah. Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
  • Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
  • Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
  • Jadual seharian yang sangat ketat
  • Merokok, pengambilan dadah
Tekanan emosi
  • Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
  • Buli
  • Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
  • Kerja /study yang banyak
3. Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang dan juga pengambilan makanan seperti kacang, makanan berperisa, seafood (udang, ketam, sotong, kerang), budu, belacan, makanan berminyak/bergoreng, telur, daging, ayam goreng, makanan berlemak seperti santan, dairy products seperti susu lembu, coklat.

4. Toksin

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5. Faktor Genetik

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat anti jerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6. Allergik atau alahan

Alergik atau alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, cream muka baru atau pencuci muka baru yang ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dengan kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka.

8. Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar, kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9. Jangkitan pada kulit & Resdung


Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10. Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

Bila kita nak selesaikan sesuatu masalah, mestilah kita kena tahu dulu puncanya kan. So, lepas ni jangan fokus penjagaan atau rawatan luaran semata-mata k untuk menghilangkan masalah jerawat ni :)

Saturday 10 January 2015

5 Makanan Yang Menyebabkan Jerawat


Ramai yang kata makanan bukan punca kepada masalah jerawat, tapi ada juga yang bersetuju jerawat boleh timbul disebabkan oleh faktor pemakanan. Bagi saya, kedua-duanya betul kerana ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh badan anda memberi reaksi kepada makanan yang anda makan. Sesetengah orang menghidapi alahan kepada makanan jenis kekacang, ada pula kepada makanan berminyak tetapi bukan semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.

Namun kepada yang memang mempunyai masalah jerawat, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menambahkan kesan buruk kepada masalah jerawat anda. Jadi seeloknya anda menjaga pemakanan dan cuba elak dari mengambil makanan yang memberi reaksi kepada masalah jerawat anda.

Bagi mengetahui makanan apa yang memberikan reaksi kepada kulit, anda perlu ingat apa yang anda makan, dan peka kepada makanan tersebut agar anda tidak memakannya lagi. Jika anda tidak tahu tubuh badan anda sendiri, bagaimana anda hendak mengelakkan diri anda dari terus ditumbuhi jerawat pada kulit muka, belakang dan leher? Tetapi saya ingin tekankan di sini bahawa tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit anda tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.


Ada banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat. Macam saya sendiri, kalau makan coklat, kacang, minum susu, minum milo, makanya mulalah jerawat menempek kat muka.

Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat ialah:

1. Makanan berlemak dan bergoreng 
Meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari karbohidrat dan lemak. 

2. Makanan dari produk tenusu 
Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan

3. Makanan dari karbohidrat yang diproses 
Kandungan gula yang diproses tinggi.

4. Minuman berkafein dan berkarbonat 
Menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.


5. Makanan yang diproses atau ditinkan 
Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan 

Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang badan jika anda mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang telah saya senaraikan di atas. Namun, ia tidaklah cukup untuk mengubati masalah jerawat terutamanya masalah yang serius kerana banyak lagi punca masalah jerawat yang lain seperti hormon, toksin berlebihan, stress, penggunaan make-up, pencemaran dan sebagainya. Saya kana kongsikan lebih lanjut di entry seterusnya k.
Stay tune!

Friday 9 January 2015

Jerawat Dan Parut Hilang Dengan Set Kecantikan Shaklee


Salam Jumaat yang penuh barakah semua :)

Ok, hari ni saya nak berkongsi lagi berita gembira dari salah seorang customer kesayangan saya. Beliau menghubungi saya bulan lepas, menceritakan tentang masalah jerawat yang beliau hadapi. Masalah jerawat beliau ni, naik silih berganti. Yang lama belum hilang, tumbuh pula yang baru. Semakin lama jerawat semakin banyak, dan parut yang tinggal pun banyak.

Selepas lebih kurang sebulan mencuba Set Kecantikan Kulit Shaklee, inilah feedback dari beliau.
Jerawat dah tak naik lagi dan parut-parut hitam pun dah mula pudar. Syukur Alhamdulillah.

Inilah hasilnya jika amalkan dengan sabar, betul dan konsisten. InsyaAllah, tak lama lagi makin cantik berseri-seri adik akak ni.


My customer ni mengamalkan Vitamin C, B Complex, Vitamin E dan ESP.

Set Kecantikan Kulit Shaklee

Jom kita baca antara manfaat utama setiap supplement di dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee ni.

B Complex
  • Sebagai pelembap 
  • Mencegah pigmentasi 
  • Melambatkan tanda penuaan 
  • Mengubati jerawat 
Vitamin E
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit 
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu 
  • Menjaga kelembapan kulit 
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel 
  • Membantu pudarkan parut
  • Membaiki tona dan tekstur kulit
Vitamin C
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya
  • Memperbaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat. 
  • Mengurangkan proses pigmentasi akibat UV B 
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit 
ESP
  • Membantu menghilangkan parut jerawat 
  • Menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri-seri 
  • Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit 
  • Meningkatkan keanjalan dan ketebalan kulit 
  • Mencerahkan kulit
Set Kecantikan Kulit Shaklee yang juga favourite supplements saya

Supplements Shaklee ni bukan untuk kecantikan semata-mata, malah yang penting sekali untuk kesihatan.
Saya sendiri pun pengguna setia supplements Shaklee ni, termasuklah keluarga saya.

If berminat nak cuba, jangan segan-segan contact saya k :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 8 January 2015

Pertama Kali Shopping Di ZALORA And It's FREE !


Hujung bulan December 2014 hari tu, saya ada terima satu email dari Zalora untuk collaborate tulis satu entry tentang NIKE SHOES. Ramai juga rasanya blogger yang dapat offer macam ni dari Zalora, just tulis satu entry dan akan dapat voucher bernilai RM100 untuk shopping di Zalora.

Hah, sape tak nak kan. Senang je. Zalora akan bagi satu article tentang apa yang dia nak kita tulis tu, so kita just amend sikit-sikit make it more interesting dan sesuai dengan gaya penulisan kat blog kita. After published entry tu kat blog kita, so Zalora akan bagi kita voucher RM100 untuk shopping.

Voucher tu valid sampai setahun, tapi saya punyalah excited nak shopping, last weekend terus shopping. Actually memang dah plan nak beli cardigan online ni, cuma asyik tertangguh-tangguh je. Dah alang-alang ni dapat voucher ni, apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang la.

Alhamdulillah, jumpa yang berkenan. So, saya beli 1 cardigan and 1 blouse.

Cepat juga service Zalora ni. Saya placed order on Sunday, so saya assume on Monday diorang processed, and semalam dah sampai pun barangnya.

 Sampai dah parcel yang ditunggu-tunggu

1 cardigan and 1 blouse
Dua-dua red colour.

Dua-dua pun saya terus try. Selesa sangat. Happy-happy. Thanks to Zalora :)

4 Cara Mencerahkan Kulit Yang Kusam Dan Gelap


Kulit kusam dan gelap adalah antara masalah yang boleh dikatakan common di kalangan kaum wanita ni.

Kulit kusam berlaku apabila timbunan sel mati berada di permukaan kulit. Jika timbunan tersebut tidak dibuang dari permukaan kulit kita dan dibiarkan berkumpul sekian lama, ini akan menyebabkan warna kulit hilang seri dan nampak kusam.

Kulit kita ni sememangnya hari-hari akan ada sel mati. Semakin meningkat usia kita, semakin banyak sel kulit mati terkumpul di kulit kita. Faktor-faktor seperti sinaran matahari, pencemaran, radikal-radikal bebas, nutrisi pemakanan tak seimbang, rokok dan penggunaan produk seperti bedak, foundation dan lain-lain menjadi punca utama berlakunya sel mati/kulit kusam.

Kulit yang kusam ini akan membuatkan kita nampak lebih tua atau bahasa mudahnya, kulit tak cantik la kan.

Dan perlu juga diingat bahawa sel mati juga akan menyebabkan masalah-masalah kulit lain seperti jerawat, warna kulit tak sekata, jeragat, bintik-bintik hitam dan bintik-bintik putih.

4 Cara Mencerahkan Kulit Yang Kusam Dan Gelap

Ramai yang biasanya mengambil jalan singkat dengan menggunakan makeup untuk mengembalikan seri wajah yang kusam. Tapi, kan sementara je tu. Takkan nak 24 hours make-up. Kalau keluar jalan-jalan pun, bila time nak solat, kena cuci juga segala make-up. Hah, nak cuci satu hal, pastu takkan nak make-up bagai balik. So, apa kata cari penyelasaian yang berpanjangan dan kekal, betul tak. Kulit pun nampak lebih cantik dan semulajadi. Lagipun, penggunaan make-up ni kalau sesekali okla, tapi kalau dah selalu sangat, kulit yang memang bermasalah akan jadi semakin bermasalah. Kulit yang takde masalah pun ada kemungkinan akan menjadi bermasalah kalau tak dijaga dengan rapi akibat sel kulit mati yang terkumpul.

Jadi, bagaimana caranya untuk kita mencerahkan kulit yang kusam dan gelap ni, agar kulit kita kelihatan cerah, halus dan berseri?

1. Rutin penjagaan asas

Pastikan anda mengamalkan rutin penting dalam penjagaan kulit wajah, 3 BASIC STEPS iaitu mencuci, menyegar dan melembap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Ada satu M lagi sebenarnya, iaitu melindungi. Waktu siang, jangan lupa untuk melindungi kulit anda sekali ye dengan menggunakan sunblock atau menggunakan pelembap yang ada SPF. Rutin saya, 3 basic steps je, sebab pelembap saya ni combine dengan sunblock sekali. So, if pelembap anda takde SPF, pakai sunblock ok.

2. Penggunaan scrub

Semua pun tahu kan, scrub ni adalah untuk menggalkan sel kulit mati, dan biasanya kita cuma guna 2 atau 3 kali je seminngu. Tetapi, penggunaan scrub tak digalakkan untuk kulit wajah yang berjerawat sebab boleh menyebabkan jerawat luka. Jika anda konsisten dengan rutin penjagaan 3 BASIC STEPS tu, sebenarnya tak pakai scrub pun tak apa. Saya sendiri pun tak menggunakan scrub sebab kulit saya agak sensitif.

3. Pengambilan supplement

Selain rutin penjagaan asas untuk luaran 3 BASIC STEPS, pengambilan supplements juga adalah rutin yang AMAT penting untuk memastikan kulit kita cerah, halus dan berseri. Luaran sahaja tak mencukupi, penjagaan dalaman juga amat penting. Pengambilan supplement yang sesuai penting untuk membuang toksin di dalam badan dan melengkapkan proses pembersihan kulit. Saya sendiri mengamalkan pengambilan supplement Shaklee untuk penjagaan dalaman.

Antara supplements yang saya amalkan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit adalah Herblax, Alfafa, Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex, B Complex, Shaklee Collagen Powder dan ESP. Banyak? Nampak jer banyak, tetapi saya takdelah ambil semua setiap hari. Saya ambil ikut keperluan, ada yang saya ambil daily, ada juga yang saya ambil weekly jer dan ada juga yang saya ambil bila perlu jer.

Ginilah rupa sebahagian supplement Shaklee yang saya amalkan

4. Facial 

Ok, honestly, saya pernah sekali je buat facial kat saloon seumur hidup. Itupun time nak kahwin dulu. Tapi, malangnya, kulit saya ni sensitif, tak sesuai dengan alatan atau bahan yang digunakan kat situ agaknya, makin teruk ada la lepas buat facial tu. Jadinya, saya memnag tak pernah buat lagi la lepas tu. Actually, facial ni penting juga sebenarnya, seeloknya lakukan facial sebulan atau dua bulan sekali.

Tapi, facial ni tak semestinya buat kat saloon, kat rumah pun boleh. Saya pernah tengok kat TV dulu, Rozita Che Wan pun tak buat facial kat saloon, buat kat rumah je katanya. Guna bahan-bahan tradisional pun boleh. Saya biasanya, kalau masker ni, guna supplement Shaklee je, jimat kan. Makan boleh, buat masker pun boleh. Yang penting tak rosakkan kulit, sebab supplement Shaklee ni takde chemicals. Kadang bila time rajin tu, ada juga la saya tepek putih telur.
 
Ok, mudah saja kan 4 cara ni. Buat tau jangan tak buat, sebelum terlambat.

Belum terlambat lagi untuk anda bertindak! Sayangi dan belailah kulit wajah anda dari sekarang.
Bagi yang kulit jenis bermasalah, jangan tunggu sampai kulit dah teruk baru nak bertindak ye, makin susah dan banyak kos yang kena dikeluarkan nanti.
Yang penting, anda haruslah sabar, konsisten dan jangan putus asa!!
Semua masalah ada penyelesaiannya.
Bagi yang takde masalah kulit tu, don't take it for granted. Jangan menyesal pulak nanti kalau tiba-tiba timbulnya segala jeragat, blackhead, whitehead semua tu. Seram tau :)

Tuesday 6 January 2015

Berjaya Hamil Selepas 2 Tahun Kahwin : Set Kesuburan Shaklee


2 hari lepas saya mendapat berita gembira dari customer tersayang yang beliau telah berjaya hamil selepas 2 bulan konsisten mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Alhamdulillah, sujud syukur. Saya tumpang happy untuk beliau.

Customer saya ni menghubungi saya kira-kira 2 bulan lepas. Beliau sudah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat, ingin mencuba Set Kesuburan Shaklee pula katanya, sebagai salah satu ikhtiar.

Supplement yang beliau amalkan adalah GLA Complex dan Alfalfa, manakala suami pula mengamalkan Zink.


Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Meningkatkan Kesuburan

GLA Complex

Sebagai wanita, pasti anda perasan yang setiap bulan cecair serviks yang berbeza dari segi warna dan juga kepekatan akan dikeluarkan. Salah satu cara untuk mengenali waktu subur anda adalah dengan memerhatikan cecair serviks berkenaan. GLA Complex membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Ada wanita yang mengeluarkan cecair tersebut tetapi ianya tak cukup subur.. Ada wanita pula langsung tidak mengeluarkan cecair tersebut dan itu tanda anda tidak subur. Cecair serviks yang subur & berkualiti ini dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)” dan ianya sangat subur, nipis, berair, cerah & likat. Tekstur lendir serviks pada waktu subur inilah yang membantu sperma berenang terus ke uterus seterusnya ke telur (ovum) melalui tiub falopio. Cecair subur ini juga membantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari. Jadi, harapan untuk hamil makin cerah.

Ada juga pasangan suami isteri yang masih belum dapat menimang cahaya mata kerana mengalami masalah hormon yang tidak seimbang. Hormon yang tidak seimbang mengganggu proses kitaran haid. Ringkasnya, jika period pun tak tetap, agak sukar juga lah untuk kira hari subur. Di sinilah GLA Complex membantu dalam kesuburan dengan menyeimbangkan hormon yang tidak stabil dalam badan.

Alfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Zinc Complex
 
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.


Sesungguhnya, rezeki itu adalah dari Allah. Tetapi kita sebagai hambanya haruslah berusaha dengan apa cara sekalipun selagi ianya tak melanggar batas. Lambat atau cepat juga dari Allah. Yang penting usaha, sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Selain usaha, banyakkan berdoa kepada Allah ya.

Senarai supplements di atas adalah antara supplements di dalam Set Kesuburan Shaklee. Boleh hubungi saya ya, untuk exclusive consultation mengenai supplements mengikut keperluan anda dan juga cara-cara makan yang betul dan tepat untuk anda.

Klik sini untuk info lanjut tentang set lengkap Set Kesuburan Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 3 January 2015

Pengalaman Hari Pertama, Orientasi Tahun Satu


Alhamdulillah, selesai sudah orientation day my daughter yang bakal masuk tahun satu tahun 2015 ni. Pejam celik pejam celik, dah nak masuk sekolah dah anak mama. Kakak sangat la excited nak pergi school, hari-hari tanya bila nak pergi school. Macam-macam soalan yang ditanya sampai mama pun tak terjawab.

Awal juga start orentation day tu, pukul 8.00 pagi. Kakak senang je nak bangun pagi, tapi nak breakfast bagai lagi kan, dekat-dekat pukul 8 tu baru ready. Nasib baik sekolah belakang rumah je, tak sampai 10 minit pun boleh sampai. So, my husband keluar hantar kakak dulu, yang mamanya ni keluar lambat sikit sebab nak siap-siap Irfan pulak.

So, saya sampai kat school kakak dalam pukul 8.20 pagi macam tu. Pergi jalan kaki jer dengan Irfan. Sampai kat school, tengok ramai juga parents yang baru datang dengan anak masing-masing.

Waktu saya sampai tu, kakak dah masuk class dah pun. Tengah tunggu nak buat diagnostic test. Aiseh, tak sempat nak bergambar kenangan dulu. Cepat-cepat saya pergi ke class yang kakak tengah ready nak buat test tu. Relax jer anak mama, good girl. Zaman sekarang ni siap ada test lagi kan bila nak masuk tahun satu, test untuk tentukan class anak-anak. Tapi ok jer test tu, basic 3M je, membaca, menulis dan mengira. Rasanya semua anak-anak sekarang ni takde masalah dah. Lain macam zaman kita-kita dulu, masuk tahun satu baru nak belajar membaca kan.

Sementara anak-anak tengah buat test, parents pula berkumpul dekat hall untuk dengar taklimat. Dah habis taklimat tu, parents semua diminta tunggu jap sementara teachers nak divide class ikut result diagnostic test tu. Ramai juga students tahun satu sekolah tu, ada 200 lebih, class ada total 7 buah semuanya. As expected, kakak dapat masuk first class, Alhamdulillah. Kakak siap tanya lagi, kenapa soalan ni senang sangat mama. Ecehh, bukan main lagi.

Sebelum balik tu, class teacher kakak dah bagi siap-siap buku teks semua. So, sekarang ni tunggu masa nak masuk class jer la. Semua barang dah ready ni, tinggal lagi nak balut buku-buku sekolah kakak jer lagi.

Berdebar-debar pulak rasanya :)

Ok. Test paper dah dapat

 Kakak dah ready nak buat diagnostic test

Mama and ayah dengar taklimat dulu.

Comeynya anak mama.
Belajar rajin-rajin yer kakak :)

Mama, kakak and Irfan.
We are ready!

Rajin betul anak dara mama ni.
Balik-balik jer, terus baca segala buku teks yang baru dapat tu