Wednesday 29 April 2015

9 Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Ingin Hamil


Kita selalunya cenderung untuk berfikir bahawa kita tahu apa yang kita buat, tapi adakalanya atau terutamanya apabila ia berkaitan dengan kehamilan, kita sebenarnya salah.
Artikel ini dipetik dari buku Your Pregnancy, Week by Week, yang ditulis oleh Dr Glade B. Curtis, M.D, tentang 9 kesilapan yang perlu dielakkan jika ingin hamil
 
9 Tips Kesuburan

1. Terlalu bimbang

Anda mungkin mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan yang memberi pendapat tentang kehamilan,
“Kehamilan berlaku secara semula jadi. Ianya akan hadir apabila anda berhenti bimbang tentangnya.”
Mendengarnya adalah amat menjengkelkan, terutama apabila perkara yang diinginkan kita adalah hamil. Namun hal ini selalunya benar. Tekanan boleh menjadi perosak utama dalam proses kehamilan. Jika anda memiliki tahap kortisol yang menaik beserta hormon tekanan, ia boleh secara negatif memberi kesan kepada ovulasi dan kesuburan.

2. Terlampau (atau kurang) melakukan hubungan intim

Jika anda hendak melakukannya, lakukan dengan betul (dengan jumlah yang betul!). Dr. Curtis mencadangkan untuk melakukan persetubuhan setiap hari atau selang sehari semasa anda berada dalam tempoh paling subur.

Jika anda, tidak tahu bilakah tempoh tersebut, teruskan dengan selang sehari selama tempoh anda merasakan anda berada dalam keadaan paling subur. Lebih daripada itu akan mengurangkan kiraan sperma pasangan anda. Kurang daripada itu akan menyebabkan anda terlepas waktu kritikal kesuburan.

3. Beralih kepada produk menarik

‘Douching’ atau pembersihan vagina mungkin menjadi kelaziman sebagai langkah seterusnya dalam rutin untuk hamil. Ia sama sekali bukanlah idea yang bagus. Membersihkan vagina boleh bertindak seperti spermisid, mengubah PH vagina anda.

“Ini mampu mengurangkan kesuburan,” kata Dr. Curtis. 

Begitu juga pelincir peribadi, kebanyakannya produk yang ada menunjukkan bukan saja akan mengurangkan kiraan sperma, juga akan menjejaskan pergerakannya.

4. Menyalahkan diri sendiri

Bila kita bercakap tentang ketidaksuburan, kita biasanya bermula dengan bertanya jika keadaan wanita tersebut menjadi isu dalam hal ini. Dr. Curtis berkata, kes-kes ketidaksuburan biasanya adalah 40% berkaitan dengan lelaki, 40% berkaitan wanita, dan 20% kombinasi kedua-duanya.

5. Bergantung kepada kiraan betul 

“Tidak memahami masa ovulasi adalah kesilapan popular,” kata Dr. Curtis.

Bagi kebanyakan wanita, ovulasi berlaku pada kitaran pertengahan, tetapi itu turut mengandaikan kitaran 28 sehingga 32 hari. 

“Kebanyakan wanita mengalami ovulasi 14 hari sebelum permulaan haid mereka,” kata beliau. 
“Jadi, sebagai contoh, jika anda mempunyai kitaran 24 hari, ovulasi adalah dalam lingkungan hari ke-sepuluh.”
 
Semua maklumat ini akan mengelirukan jika anda mengalami haid yang tidak menentu atau tidak ingat bila kali terakhir anda mengalami haid.

Kesilapan biasa yang lain? 
Tidak mengira dari permulaan hari pertama kitaran anda. 

“Hari pertama adalah hari pertama keluar darah haid, bukan sehari selepas atau sebelum hari itu,” kata Dr. Curtis. 

Ini kerana kesuburan boleh secara literal akan menurun dalam masa beberapa jam, ia amat penting untuk mengetahui masa kitaran yang tepat.

Dr. Curtis mencadangkan supaya menggunakan kit ramalan ovulasi. Mempunyai kalendar yang menjejaki kitaran haid anda juga akan sangat membantu. Begitu juga dengan menggunakan ramalan ovulasi secara dalam talian atau aplikasi telefon bimbit.

6. Cuba untuk kekal mengikut jadual

Secara puratanya, yang normal, pasangan sihat akan mengambil kira-kira setahun untuk hamil.
“Ramai wanita mengambil kira-kira 6 bulan atau lebih hanya untuk mempunyai kitaran haid yang biasa atau anda tidak akan pasti jika anda sedang berovulasi, (atau jika anda mempunyai soalan-soalan tentang kesuburan).

7. Cepat bangun

Terdapat banyak anekdot dan maklumat sains untuk menyokong fakta iaitu selepas persetubuhan, adalah amat membantu jika anda kekal baring di atas katil dengan pinggul menaik untuk kira-kira 20 hingga 30 minit.

Dalam erti kata lain, 
Dr. Curtis menasihatkan, “Selepas melakukan hubungan intim, jangan terus melompat atau berlari ke dalam bilik air atau mencuci vagina!” 

Hanya dengan melakukan itu saja akan mengubah dan boleh menyelesaikan sehingga 80% masalah kesuburan.

8. Abaikan kebimbangan anda

Mungkin anda selalu mempunyai haid yang tidak menentu dan bimbang anda akan mempunyai masalah untuk hamil. Atau mungkin anda mempunyai diabetes dan mahu memastikan ia terkawal sebelum mencuba untuk hamil.

Ini adalah situasi di mana anda tidak harus mengabaikan perasaan bimbang yang banyak, kata Dr. Curtis. Sebaliknya, dapatkan khidmat doktor atau konsultan kesuburan secepat mungkin untuk membuat perancangan. 

9. Bersukaria sebelum hamil

Dr. Curtis berkata, 
“Mengapa minum minuman yang memabukkan, merokok, alkohol, mengambil dadah jika anda tahu ia boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan?”

Beliau memberi amaran kepada pesakit-pesakitnya bahawa bahagian awal semasa hamil adalah paling kritikal dalam perkembangan fetus.
“Tiada jumlah alkohol yang selamat semasa hamil, dan kita tahu merokok itu merbahaya. Nasihat saya adalah, jika anda tidak menggunakan perlindungan,tetapi mengambil dadah, alkohol dan rokok, bertindaklah seperti anda sudah pun hamil.”
Semoga 9 tips yang dikongsi ini membantu ya :)

Monday 27 April 2015

Punca Masalah Sukar Hamil Dan Tips Tingkatkan Kesuburan


Bagi mendapatkan zuriat, ovum atau telur perlu disenyawakan dengan sperma dan ovum itu dilepaskan dari ovari dalam tempoh kesuburan yang berlaku sekali dalam sebulan iaitu antara 12 hingga 16 hari dari hari pertama datang haid jika kitaran haid wanita berkenaan normal antara 28 hingga 30 hari. 

Hampir kesemua pasangan yang mendirikan rumahtangga berhajat untuk menimang cahayamata. Namun, tidak kesemua dikurniakan rezeki tersebut dalam masa yang singkat.

Bagaimanakah Yang Dikatakan Pasangan Mempunyai Masalah Kesuburan

Pasangan suami isteri dikatakan mengalami masalah kesuburan apabila masih tidak memperoleh zuriat dalam tempoh 12 bulan melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan (selepas setahun berkahwin), manakala enam bulan bagi isteri berusia bawah 35 tahun.

Ketidaksuburan juga merujuk kepada wanita yang sering mengalami keguguran dan tidak dapat meneruskan kandungan hingga bayi dilahirkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Ubatan Reproduktif Amerika (ASRM) dan Kolej Perbidanan dan Ginekologi Amerika (ACOG) juga mengenal pasti ketidaksuburan sebagai satu penyakit akibat sistem pembiakan lelaki dan wanita yang tidak berfungsi dengan normal. Di­anggarkan ketidaksuburan ini berlaku kepada satu pasangan bagi setiap tujuh pasangan suami isteri. Oleh itu, masalah terbabit adalah perkara biasa yang sering dihadapi pasangan berusia antara 20 hingga 45 tahun.

Masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina kerana statistik menunjukkan faktor lelaki dan wanita menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama.
Dalam kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40-50% kes disebabkan suami, 40% lagi disebabkan isteri, manakala 10-20% lagi adalah kombinasi suami dan isteri.

Sebanyak 85% pasangan dengan tahap kesuburan normal akan memperoleh zuriat dalam tempoh setahun mencuba. Jika mereka tidak memperoleh zuriat dalam tempoh berkenaan (tahun pertama perkahwinan), peluang mendapat anak semakin rendah setiap bulan dan semakin tipis seiring dengan peningkatan usia isteri.

Punca Masalah Kesuburan Suami dan Isteri

1) Punca Masalah Kesuburan Isteri
  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon. 
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio). 
  • Penyakit berkaitan kelamin. 
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik. 
  • Merokok. 
  • Pengambilan kafein yang berlebihan. 
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus. 
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
    2) Punca Masalah Kesuburan Suami
    • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count) 
    • Sperma kurang cergas 
    • Sperma yang tidak sempurna 
    • Sekatan pada saluran semen 
    • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma. 
    Selain itu, antara faktor yang mengurangkan tahap kesuburan suami dan isteri, antaranya kesan dari tekanan perasaan, stress, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi, pendedahan terhadap punca radiasi serta pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain. 
    Bagi lelaki pula, ketidaksuburan dikaitkan dengan penghasilan sperma tidak berkualiti dari segi kuantiti, pergerakan dan bentuk. Bagaimanapun, ada segelintir lelaki dilahirkan dengan buah zakar yang tidak dapat menghasilkan sperma sama sekali atau sperma dihasilkan sangat sedikit.
    Namun, banyak faktor menjejaskan penghasilan sperma dan ketidaksuburan lelaki, termasuk kesan sampingan sesetengah ubatan, pengambilan dadah, gangguan hormon, ketumbuhan pada zakar dan komplikasi pembedahan di bahagian kemaluan.
    “Penghasilan sperma juga boleh terjejas akibat jangkitan pada zakar oleh kuman daripada penyakit jangkitan seks. Malah, lelaki yang akil baligh dan terkena penyakit beguk juga berisiko mandul kerana kuman penyakit itu menyerang kilang sperma sehingga tiada langsung sperma dihasilkan.
    “Selain itu, lelaki yang terdedah kepada bahan radioaktif atau kimia atau haba tinggi di tempat kerja, mengalami kecederaan di bahagian kemaluan akibat kemalangan atau bersukan juga berisiko me­ngalami ketidaksuburan.
    “Bagaimanapun, ada juga lelaki subur tetapi tiada ereksi ketika melakukan hubungan kelamin disebabkan masalah saraf yang mungkin tercedera atau masalah psikologi, menyebabkan sperma tidak dapat dipancut keluar,” katanya.
    Dr Kannapan berkata, amalan gaya hidup tidak sihat dan pe­ngambilan makanan tidak se­imbang serta berlebihan juga me­nyumbang kepada ketidaksuburan membabitkan lelaki dan wanita.
    “Berat badan juga memainkan peranan dalam tahap kesuburan seseorang apabila berat yang berlebihan mengundang pelbagai penyakit yang menjejaskan penghasilan ovum dan sperma.
    “Bagi lelaki obes, tahap kesuburannya merosot akibat hormon tidak seimbang, manakala wanita obes atau terlalu kurus pula berdepan masalah gangguan hormon sehingga jarang mengovulasi atau langsung tidak mengovulasi.
    “Biasanya, selepas berkahwin, kira-kira 95 peratus isteri akan bertambah berat badan sebanyak lima hingga 20 kilogram (kg), manakala 70 peratus lelaki akan bertambah berat sebanyak lima kg.
    “Selain itu, tekanan perasaan akibat bebanan kerja atau masalah lain serta merokok menyumbang kepada ketidaksuburan,” katanya.
    - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32283#sthash.wKZ37QLc.dpuf
      Supplement Sebagai Alternatif Untuk Tingkatkan Kesuburan

      Pasangan yang belum mendapat zuriat walaupun telah mencuba dalam tempoh setahun, seharusnya menemui pakar kesuburan untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui sekiranya mempunyai sebarang masalah kesuburan dan kaedah rawatan yang sesuai.

      Sebagai hamba Allah, kita perlu berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara dan seterusnya meletakkan pergantungan dan bertawakal kepada Allah.
        
      Pengambilan supplemen juga amat disarankan sebagai rawatan alternatif bagi meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. 
      Kajian dari Harvard Medical School ada menunjukkan bahawa pengambilan supplement dan mutli minerals membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.


      Bagaimana supplements Shaklee membantu tingkatkan kesuburan?
      pasangan baru berkahwin dan belum mendapat zuriat walaupun mencuba dalam tempoh enam bulan atau lebih, digalakkan menemui pakar kesuburan kerana pengesanan awal mampu merancang kaedah rawatan sebagaimana wajar diberikan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32283#sthash.wKZ37QLc.dpuf

      1) Vitalea 
      Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
      Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi pihak lelaki.

      2) B Complex 
      Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

      3) Vitamin C 
      Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

      4) ESP
      Protein yang berasaskan soya yg baik untuk sel dalam badan @ makanan kepada sel badan, termasukla sel telur. Sel yang baik juga akan menjadikan badan sihat..

      5) Vitamin E
      Bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

      6) Zinc
      Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

      7) Alfalfa 
      Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

      8) GLA 
      Membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

      Testimoni Set Kesuburan Shaklee

       
      ***********************************************************

      Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

      Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

      I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
      Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
      ID No. 907609
      ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
      ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

      * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      Saturday 25 April 2015

      5 Tips Mudah Untuk Kurus


      Kenapala susah sangat aku nak kurus ni?

      Susah ke?

      Saya tak nafikan memang agak sukar nak turunkan berat badan terutamanya bagi yang dah sampai tahap obes.
      Tapi, kalau orang lain boleh, even ada yang dah berat badan cecah 100 kg pun boleh turun sampai 50kg, takkan kita tak boleh.

      Semuanya bergantung kepada semangat, usaha dan kemahuan masing-masing.

      Tukarkan dari susah kepada BOLEH !

      Perkara yang paling banyak mempengaruhi berat badan seseorang adalah pemakanan.

      So, entry kali ni, saya just nak share beberapa tips ringkas tentang pemakanan.

      5 Tips Mudah Untuk Kurus, Dari Segi Pemakanan

      1. Kurangkan atau kalau boleh elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food (daging burger,nugget,fried fries dll), fast food (mcd, kfc dll)

      2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

      3. Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbo. Make sure nasi kurang segenggam. Lebihkan sayur-sayuran.
      Kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji)

      4. Perlu tahu pengertian/maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK!

      5. Lupakan terus air bergas/berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

      80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% senaman akan membantu mempercepatkan proses kurus. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga/dikawal sememangnya agak susah sedikit.

      Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang boleh lakukan. (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).

      Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu.
      Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu. Sabar.

      Untuk kekal bersemangat, banyakkan membaca kisah kejayaan orang yang telah berjaya.

      Good luck semua. Anda BOLEH!

      5 Sebab Lecithin Perlu Untuk Kurus, Sihat Dan Cantik


      Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua :)

      Cepat sungguh masa berlalu, dah masuk bulan Rejab dah sekarang. Apabila masuk saja ke bulan Rejab, ini bermakna hanya tinggal dua bulan lagi sebelum kita bertemu kembali di bulan yang mulia dan penuh barakah iaitu bulan Ramadhan. Semoga Allah SWT memanjangkan usia dan mengurniakan kesihatan yang berkekalan untuk kita semua, agar dapat menikmati Ramadhan yang mulia ini sekali lagi.

      Dengar-dengar ada yang dah mula lancarkan misi kurus sebelum raya ni. 
      Molek benar la tu, di samping untuk kesihatan, mesti la kita nak nampak cantik menjelang raya ni nanti kan. Nak beli baju online pun senang, takdela takut sendat ke apa kan. Tergoda kot tengok baju-baju online sekarang, harga pun kalau nak diikutkan tu, lagi murah kalau beli offline.
       
      Ok, back to the main topic, sebelum saya melalut jauh bab shopping online:)

      Salah satu cadangan supplements yang perlu anda ambil jika anda nak kuruskan badan secara sihat adalah Lecithin.

      5 Sebab Lecithin Perlu Untuk Kurus, Sihat Dan Cantik


      1. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah
      2. Lecithin menghalang obesiti serta mempercepatkan pembakaran lemak
      3. Lecithin mengaktifkan metabolisma sel
      4. Lecithin menghalang tekanan darah tinggi & galakkan peredaran darah
      5. Lecithin membantu meringankan sembelit

      Dengan bahasa mudahnya, Lecithin ni membantu memecahkan lemak di dalam badan kita. Bila lemak-lemak tu dah pecah, takdelah dia mendap kat dalam badan kita ni, senang kan nak keluar dari badan.

      Cuba lihat demo ni. 
      Bagaimana Lecithin telah membantu memecahkan lemak-lemak

      My husband cukup suka dengan Lecithin. Siap kat kawan-kawan dia pun dia dok promote Lecithin ni. Dulu kan, my husband terpaksa beli banyak seluar baru untuk pakai. Maklumlah, tak semena-mena berat badan naik and perut pun ada sikit buncit. Awal-awal tu ok lagi, dah lama-lama tu, siap dengan kolestrol pun naik, apa lagi, kalut la cari jalan nak turunkan.

      Salah satu supplement yang membantu turunkan berat badan suami saya, dan membantu control kolestrol adalah Lecithin. Seluar-seluar lama pun dah boleh pakai balik.

      Mesti tak tinggal ni, hari-hari bawa pergi office
      Kalau keluar lunch or dinner kat luar pun, my husband akan bawa ni

      Sape yang dah cuba and konsisten ambil Lecithin ni, pasti akan jatuh cinta:)

      Lecithin ni salah satu cadangan supplements di dalam Set Kurus Shaklee.



      KEEP MUSCLE YOU HAVE

      BURN FAT YOU DON'T NEED

      LOOSE INCHES YOU DON'T WANT

       
      ***********************************************************

      Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

      Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

      I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
      Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
      ID No. 907609
      ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
      ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

      * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      Thursday 23 April 2015

      10 Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak-anak


      Semestinya ada banyak kenangan zaman kanak-kanak yang tidak dapat kita lupakan. Lebih-lebih lagi apabila sudah dewasa, dan ibu bapa pun sudah menjangkau usia atau sudah pun meninggalkan kita, pasti banyak kenangan bersama mereka yang akan kita pegang sampai bila-bila. Kadang kala apabila teringat, pasti senyuman akan terukir dibibir kita. Bagaimana ibu membelai kita sewaktu tidur, bagaimana ayah sentiasa berada dibelakang kita menyokong tidak kira diwaktu jatuh dan bangunnya kita. Kesemuanya.

      Di zaman sekarang ni, dengan kecanggihan media sosialnya, dengan desakan hidup akibat kos sara hidup yang semakin tingginya, although we always try our best to be a good parent, tapi kadang-kadang, as a human being, kita terleka juga.

      Saya terjumpa satu artikel yang amat menarik, tentang perkara-perkara yang meninggalkan kesan dan mencipta kenangan indah kepada anak-anak kita, yang takkan mereka lupakan sehingga dewasa.

      Jom sama-sama kita baca ya untuk ingatan bersama :)

      10 Perkara Yang Meninggalkan Kesan Dalam Ingatan Anak-anak

      1. Membaca

      Sebelum anak-anak pandai membaca, luangkanlah masa bacakan buku kepada anak-anak 2 – 3 kali setiap hari. Apabila anak-anak sudah pandai mengeja perlahan-lahan, kita boleh duduk di sebelah mendengar, sambil memperbetulkan ejaan anak-anak. Disebabkan itu, minat anak-anak untuk membaca juga akan makin bercambah setiap hari.

      Jangan berkata “saya tiada masa!”. 
      Andai anda mempunyai masa untuk menonton televisyen atau scroll updates di facebook, masakan anda tidak mempunyai masa untuk membaca bersama anak-anak.

      Dengan membaca, anda boleh mengasah minda creativiti anak-anak. Cuba menyuruh anak-anak mereka jalan cerita baru, atau mengaitkan jalan cerita tersebut dengan keadaan realiti sekarang. Anda pasti akan terkesima dengan betapa kreatifnya minda anak-anak ini. Pasti menarik!

      Tidak semestinya kita membacakan mereka cerita berbentuk fantasi semata-mata. Cerita Melayu kita juga kaya dengan ilmu dan pengajaran. Kisah-kisah Nabi juga tidak ketinggalan. Mengandungi banyak unsur dan manfaat. Selain dari memberi pengajaran pada anak-anak, kita juga banyak boleh muhasabah diri sendiri dan mengambil pengajaran dari kisah-kisah tersebut.

      2. Mendengar

      Dalam keadaan zaman sekarang, tidak hairan sekiranya kedua ibu bapa sibuk bekerja. Jadi apabila pulang dari pejabat, kita mesti mahu berehat dan memberi masa untuk diri sendiri.

      Tetapi jangan sekali-kali kita lupa. Anak-anak memerlukan perhatian kita dan merindui kita tatkala kita sibuk di pejabat. Mereka mahu kita mendengar mereka bercerita kisah di sekolah, menunjukkan hasil karya mereka atau sekadar melayan soalan-soalan mereka.

      Jangan sekali-kali berkata “nanti lah. nak tengok tv ni”.

      Jadikanlah mereka berasa bahawa mereka adalah priority kita.
      Kunci utama untuk mendengar adalah BERHENTI SEKETIKA.
      Berhenti seketika membelek facebook di telefon bimbit. Berhenti seketika menonton bola. Berhenti seketika bermain game. Berhenti seketika apa sahaja yang kita sedang lakukan. Bukannya menyuruh anak-anak menunggu kita meluangkan masa untuk mereka.

      Tak rugi tertinggal satu babak drama. Tak rugi menangguhkan mengejar high score game. Tak rugi tertinggal satu post facebook.
      Paling merugikan adalah apabila anak-anak sudah mula merasakan, mereka tidak penting kepada kita.

      Memetik tulisan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Aku Terima Nikahnya. Anak-anak yang bermasalah, sebenarnya sering mahukan perhatian dari ibu bapa. Apabila mereka sering meragam, ibu bapa akan memberi perhatian yang cukup pada mereka. Jangan terkejut, memarah dan memukul pun dikira sebagai memberikan perhatian pada mereka. Mereka tidak kisah. Dibandingkan sekiranya mereka berkelakuan baik, ibu bapa akan membiarkan mereka bermain sendirian dan sibuk dengan hal masing-masing.

      Jadi, luangkan masa untuk mendengar. Tidak kira betapa remehnya pada anda, ia sebenarnya sangat penting pada anak-anak.

      3. Memeluk

      Hakikatnya, tidak kira dewasa atau kanak-kanak, kadang kala kita sangat memerlukan pelukan. 

      Secara peribadi, saya merasakan pelukan itu meredakan ketegangan dan memberi ketenangan. Terasa dikasihi dan diambil berat – tanpa memerlukan kata-kata. Cukup sekadar dengan pelukan.
      Begitu juga kepada anak-anak.
      • Pelukan menggambarkan kasih sayang kita padanya.
      • Pelukan menggambarkan kesediaan kita berada di sisinya waktu susah dan senang.
      • Pelukan menggambarkan perhatian kita pada mereka.
      • Pelukan menggambarkan perlindungan pada mereka.
      Tidak kira anak yang masih belum pandai berbicara, atau anak yang sudah meningkat remaja, ketahuilah waktu yang mereka sangat memerlukan pelukan.

      4. Adakan Tradisi Keluarga

      Saya teringat sewaktu kecil dahulu, hujung minggu adalah waktu masa dihabiskan di perpustakaan. Keluarga kami akan membawa kami ke perpustakaan yang berbeza setiap minggu. Seronok menyulusuri rak-rak buku mengambil mana-mana buku yang menarik. Pergi ke perpustakaan adalah bagaikan tradisi keluarga.

      Selain pergi perpustakaan, ayah saya gemar membawa kami ke kedai haiwan terutamanya kedai ikan. Tak tahu kenapa. Seronok melihat ikan-ikan pelbagai jenis dan warna. Kalau nasib kami baik, berjaya la pujuk ayah belikan seekor kura-kura atau beberapa ekor ikan! Sama seperti perpustakaan, kami akan pergi ke kedai haiwan yang berbeza.

      Boleh juga menjadikan movie night sebagai tradisi keluarga. Jadikan satu hari di hujung minggu yang anak-anak dibenarkan tidur lambat. Pasanglah apa-apa movie yang menjadi kegemaran keluarga. Buat popcorn, masak burger. Ciptakan suasana seolah-olah berada di panggung wayang. Bezanya, panggung wayang dirumah ada bantal dan tilam yang empuk. Pasti seronok!

      5. Makan Bersama

      Makan bersama, tidak kira sarapan atau makan malam. Secara peribadi saya rasakan, makan bersama sekurang-kurangnya sekali sehari boleh menguatkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

      Lebih-lebih lagi apabila anak-anak meningkat remaja, komunikasi antara mereka dan ibu bapa berkurang. Jadi apabila makan bersama, ibu bapa boleh meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Inilah masa yang sesuai untuk makan bersama, berbual, bertukar pendapat, bertanyakan pengalaman di sekolah, dan mengemas bersama.

      6. Anak Kesayangan

      Tidak dinafikan, setiap ibu bapa takkan terlepas untuk lebih menyayangi salah seorang anak berbanding anak-anak lain. Saya faham kita tidak bermaksud untuk membeza-bezakan kasih sayang, tetapi ada antara anak yang lebih pandai mengambil hati berbanding anak yang lain.

      Cuba kita mengubah tabiat dengan membuatkan setiap anak merasakan mereka adalah anak kesayangan ibu bapa mereka. Kita tak seharusnya memilih hanya salah seorang anak sahaja sebagai anak kesayangan. Kita seharusnya menjadikan semua anak adalah anak kesayangan. Jadikan mereka istimewa di mata kita, dengan karekter mereka yang tersendiri.

      7. Meraikan

      Setiap anak mempunyai karekter yang berlainan. Mereka berbeza antara adik beradik mereka. Pencapaian mereka juga pasti berbeza. Pasti ada yang lebih cemerlang dalam pelajaran berbanding adik beradik yang lain. Ada juga yang lebih petah berbicara berbanding yang lain. Pendek kata, setiap antara mereka mempunyai daya keupayaan dan bakat yang berbeza.

      Namun begitu, setiap anak-anak berkongsi kualiti yang sama – mereka memerlukan untuk merasakan mereka berjaya. Tidak kira sejauh mana perbezaan tahap kejayaan tersebut, tetapi ibu bapa harus meraikan mereka secara adil. Sekiranya ada anak pandai membaca seawal 4 tahun dan diberikan hadiah sebuah basikal impian, anak seterusnya juga harus diberikan hadiah impian mereka walaupun mereka pandai membaca agak lewat berbanding abangnya. Hentikan membanding-banding antara anak. Keadaan ini akan membuatkan anak tersebut kurang keyakinan diri dan terasa tidak dihargai.
      Marilah membuatkan anak-anak membesar dengan mengatakan 
      “ibu bapa saya percaya pada saya, mereka merupakan penyokong utama saya dalam apa jua yang saya lakukan. Mereka sentiasa memberitahu saya bahawa mereka bangga dengan saya.”

      8. Bermain

      Kanak-kanak memang dilahirkan mempunyai naluri suka bermain. Suasana persekitaran keluarga yang sering bermain bersama bukan sekadar satu pilihan, tetapi patut di wajibkan. Cuba cari suatu aktiviti yang membolehkan setiap ahli keluarga enjoy. Board games, memanjat gunung, memancing, bermain kriket, membaca, menonton wayang, bermain boling atau apa saja aktiviti yang membolehkan masa yang dihabiskan berkualiti dan menyeronokkan. 

      Anak-anak pasti membesar dengan mengatakan 
      “kami sekeluarga gemar menghabiskan masa bersama. Kami bermain bersama dan berseronok bersama”.

      9. Mengingati

      Kehidupan anak-anak terbentuk dengan beberapa moment yang tampak kecil, tetapi indah. 

      Kebanyakan moment tersebut terjadi daripada beberapa event atau peristiwa. Majlis penyampaian hadiah di sekolah, majlis hari jadi, perlawanan sukan, perdebatan pidato, persembahan dan banyak lagi. Moment tersebut sangat istimewa buat mereka – tetapi lebih bermakna apabila moment tersebut membuatkan mereka merasakan bahawa mereka insan yang sangat penting buat ibu bapa.

      Apabila ibu bapa menjadi orang yang terpenting dalam moment tersebut, anak-anak akan rasa lebih dihargai. Apabila kita mengingati moment tersebut, kita menghadiri setiap kali majlis penyampaian hadiahnya di sekolah, tidak pernah terlepas menonton acara lumba larinya di sekolah, apabila kita mengambil gambar mereka dengan penuh bangga, melambai dengan penuh keterujaan, anak-anak tidak akan lupa sampai bila-bila.

      10. Menyayangi

      Terakhir tetapi paling utama, KASIH SAYANG. Kasih sayang merupakan perkara yang paling utama dalam suatu perhubungan keluarga. Tidak kira semarah mana kita padanya, sebenci mana sikap seseorang pada kita, asalkan kita mengasihinya, kita pasti tidak akan meninggalkan atau mengabaikannya. Apabila kita menyayangi anak-anak, kita membina karekter mereka, kita akan sentiasa berdoa semoga Tuhan memberikan apa sahaja yang terbaik buat mereka. Kita membuatkan mereka merasakan mereka adalah unik, memberi inspirasi kepada mereka untuk menemui minat dan bakat sebenar mereka, membimbing mereka, mengajar mereka dan paling penting, belajar dari mereka.

      Kesimpulannya..

      Kenangan bukanlah percuma, namun kosnya sedikit pun tidak melibatkan wang ringgit, tetapi masa. Semuanya bergantung kepada kita untuk bagaimana membuatkan setiap moment tersebut berharga. Setiap anak-anak layak untuk mendapat zaman kanak-kanak yang indah. Janganlah mensia-siakannya.

      Semoga bermanfaat! Wassalam :) 


      Anak-anak syurga mama
      Mungkin aktiviti selfie bersama mama dalam kereta ni pun bakal anak-anak ingat sampai dewasa nanti :)

      Wednesday 8 April 2015

      8 Tips Dan Petua Awet Muda, Cantik Luar Dan Dalam


      Sudah menjadi fitrah manusia, sukakan benda yang cantik-cantik. Tak kiralah perempuan mahupun lelaki. Saya ni taklah obses bab-bab kecantikan ni, cuma apa yang saya nak, saya nak nampak cantik luar dalam untuk suami, selesa dengan keadaan diri sendiri dan sihat luar dalam supaya mampu menjalankan ibadah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, sebagai anak, sebagai isteri dan ibu kepada dua anak yang comel. InsyaAllah.

      Saya selalu kagum tengok orang-orang dulu, bukan sahaja nampak awet muda luaran, malah tenaga yang ada tu mengalahkan kita yang muda ni. Orang yang paling terdekat dengan saya, sudah tentulah ibu saya yang tercinta. Bak kata orang, tenaga dan wajah tak dimamah usia.

      Saya tak pernah pulak la tanya mak saya tips awet muda mak saya. Tapi, saya rasa nak share kat sini antara tips-tips kecantikan luar dalam yang menjadi tabiat atau kebiasaan mak saya, berdasarkan pemerhatian saya dan apa yang mak saya selalu pesan.
      Mudah-mudahan memberi manfaat untuk semua :)

      1. Penjagaan kulit wajah

      Penjagaan kulit wajah adalah perkara yang paling basic. Jika kita konsisten amalkan dua kali sehari tiga langkah asas iaitu mencuci, menyegarkan dan melembapkan kulit, ini pun insyaAllah dah memadai. Satu benda yang paling saya ingat, mak saya pesan, waktu cuci muka dan pakai pelembap, lakukan sapuan menghala ke atas. Jangan sapu arah ke bawah. Barulah kulit maintain tegang dan tak sembap.

      Serum, mask, rawatan spa dan sebagainya tu adalah pilihan.
      Kalau ada masa, budget dan kerajinan, dan rasa perlu, boleh je nak amalkan sekali.

      2. Rehatkan kulit

      Semua perlukan rehat, otak perlukan rehat, badan perlukan rehat, kulit pun perlukan rehat juga tau. Jangan sentiasa mengenakan make-up. Biar kulit bernafas. Dan paling penting, jangan sesekali tidur tanpa mencuci make-up dahulu.

      Seumur hidup saya, tak pernah rasanya saya tengok mak saya pakai make-up. Apa yang ada di meja solek mak saya hanyalah lipstick. Compact powder pun jarang tengok mak saya pakai, mak saya selalu pakai sunblock je. Agaknya sebab tu kut anaknya ni pun takde make-up2 bagai. Mungkin sebab tu jugaklah mak saya selalu nampak berseri-seri, takde masalah jeragat, eye bag dan sebagainya. Maklumlah, make-up tu semua kan banyak bahan kimia yang boleh merosakkan kulit.

      3. Sentiasa tenang

      'Jangan marah, nanti cepat tua'
      Selalu kan dengar orang cakap macam tu.
      Betul tau sebenarnya. Kemarahan ni bukan sahaja boleh merosakkan kulit kita, malah sel-sel dalam badan kita turut terjejas. 

      Walau sebesar mana masalah pun yang mak saya hadapi, apa yang saya perhatikan, mak saya tak pernah tunjukkan depan kami anak-anak kat rumah. Mak saya sentiasa nampak tenang dan sabar je. 

      Jom latih diri untuk lebih tenang dan sabar dalam apa jua keadaan, dan jangan lupa maafkan semua orang sebelum tidur :)

      4. Bangun sembahyang malam/Tahajud

      Betapa besarnya ganjaran yang Allah berikan apabila kita bangun mengerjakan sembahyang malam. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

      Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya:
      “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. 

      KURNIAAN DI DUNIA IALAH: 
      • Jauh daripada segala penyakit. 
      • Lahir kesan takwa pada wajahnya 
      • Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia. 
      • Percakapannya mengandungi hikmah. 
      • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati). 
      SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH:
      • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. 
      • Dipermudahkan hisab. 
      • Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat. 
      • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
      Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. KURNIAAN DI DUNIA IALAH: - Jauh daripada segala penyakit. - Lahir kesan takwa pada wajahnya - Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia. - Percakapannya mengandungi hikmah. - Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati). SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH: - Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. - Dipermudahkan hisab. - Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat. - Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

      Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
      Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. KURNIAAN DI DUNIA IALAH: - Jauh daripada segala penyakit. - Lahir kesan takwa pada wajahnya - Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia. - Percakapannya mengandungi hikmah. - Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati). SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH: - Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. - Dipermudahkan hisab. - Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat. - Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

      Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
      Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. KURNIAAN DI DUNIA IALAH: - Jauh daripada segala penyakit. - Lahir kesan takwa pada wajahnya - Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia. - Percakapannya mengandungi hikmah. - Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati). SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH: - Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. - Dipermudahkan hisab. - Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat. - Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

      Copy and WIN : http://ow.ly/KNIC
      Selain amalan wajib yang memang wajib dilakukan, jom sama-sama kita perbanyakkan amalan sunat. Solat Tahajud adalah antara yang mak saya selalu pesan. Saya pun masih dalam usaha untuk konsisten bangun sembahyang malam ni, at least seminggu sekali. Jom sama-sama ya kita usaha bangun malam, sama-sama mencari redha Allah dunia dan akhirat :)
      Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. KURNIAAN DI DUNIA IALAH: - Jauh daripada segala penyakit. - Lahir kesan takwa pada wajahnya - Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia. - Percakapannya mengandungi hikmah. - Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati). SEMENTARA EMPAT PERKARA DI AKHIRAT IALAH: - Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. - Dipermudahkan hisab. - Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat. - Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

      Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

      5. Tidur yang secukupnya

      Tidur tu biarlah berpada-pada. Secukupnya, bukan bermaksud berlebihan. Biasakan diri tidur awal, bangun awal.

      Mak saya dulu seorang wanita bekerjaya, jadinya, bila malam tu, kami semua anak-anak dah faham. Waktu malam adalah waktu rehat mak setelah seharian penat bekerja. Waktu tidur mak saya biasanya paling lewat pun pukul 10.00 malam macam tu, sebab mak saya bangun sangat awal. Sekitar 3-4 pagi.

      6. Senaman

      Mak saya takdelah keluar pergi jogging atau aerobik ke. Tapi pada saya, buat kerja rumah pun adalah satu senaman. Bayangkan dulu, mana ada mesin basuh automatik, dengan nak pergi pasar lagi, masak lagi dan macam-amacam kerja lagi. Baju sekolah kami, baju raya kami, semuanya mak yang jahitkan. Mak saya pula bukan surirumah tau.

      Bila kenang-kenang balik zaman dulu, rasa bergenang je air mata ni. Tak terbalas rasanya jasa mak membesarkan kami adik-beradik.

      7. Pemakanan

      Saya dibesarkan bukan dengan makanan seperti burger, sosej, nugget, fishball, fish cake, potato fries dan sebagainya. Air bikarbonat pun takde. Dalam peti sejuk kami, hanya ada air masak je, ikan dan daging segar.

      Bila pergi jamuan hari jadi kawan-kawan ke, barulah merasa makanan segera. Bila makan tu rasa sedaaaappp sangat. Rasa macam makanan orang kaya pun ada jugak. Hahah. Saya macam teringat-ingat kawan saya cakap ada stok nuget dalam peti ais. Bila-bila je bole goreng.
      Time tu rasa teringinnya lahai, hmmm, kat rumah aku takde. Agaknya mungkin sebab mak tak mampu beli agaknya makanan macam tu.

      Bila dah makin besar, rasa bersyukur sangat tak dibesarkan dengan makanan-makanan segera ni. Sampai sekarang pun kat rumah saya takde stok macam tu, Alhamdulillah anak-anak pun tak minat sangat makanan macam tu. Sesekali je la makan.

      Punyala panjang cerita. Mesej sampai tak :)
      Apa yang nak saya sampaikan di sini, pemakanan simbang sangat penting untuk cantik dan sihat luar dalam. Buah-buahan dan sayur-sayuran pun kena ambik juga ye.

      8. Pengambilan supplement

      Lagi satu yang mak saya selalu pesan, 'ambik supplement'.
      Penting sangat ni untuk luar dan dalam. Jika umur anda 20 tahun, mungkin tak nampak beza sangat antara orang yang ambil supplement dengan yang tak ambil supplement. Tapi, apabila usia anda memasuki 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun....
      Sangat berbeza antara orang yang ambil supplements dengan yang tak ambil supplements. 

      Tak nak la kan, umur 30 tahun muka dah berkedut seribu, berjeragat bagai. Badan pun dah sakit sana-sini..

      Dulu kecik-kecik, saya selalu la tengok mak saya makan pil-pil tu. Walaupun kecik, dah faham dah tau, mak ambik tu untuk kesihatan.
      Sampai sekarang pun mak saya ambik supplements. Sekarang ni of course la ambik Shaklee, anak beranak ambik Shaklee :)

      Me dengan mak tersayang
      Mak saya dah 60 tahun this year. And me, 34 tahun.
      34 tahun rasa macam dekat sangat 40 tahun. 
      Ya Allah, terasa begitu cepat masa berlalu.
      Syukur kepada kepada Allah di atas segala nikmat. Alhamdulillah

      Tuesday 7 April 2015

      10 Tips Kewangan Dan Cara Berjimat Menghadapi GST


      Suka atau tidak, GST dah tiba. Daripada kita dok risau dan komplen, apa kata kita ambil langkah-langkah yang perlu, seperti melakukan sesuatu yang menambahkan pendapatan dan juga mengawal perbelanjaan harian kita.

      Entry kali ni, saya nak berkongsi 10 tips kewangan keluarga dari penulis2 bestsellers dan selebriti Zaid Mohamad (Malaysia's #1 Parenting Coach) & Azizi Ali (#1 Millionaires Coach):

      1. Niatkan dan kongsikan "tarikh luput" kpd setiap pembelian anda (eg. handphone, jam: 5 tahun, kereta:10 thn, perkahwinan: forever hihi)


      2. Beli yg berkualiti walaupun mahal sedikit sbb kadangkala mahalnya 50% tapi boleh tahan lama 200%.

      3. Isytiharkan perang ke atas pembaziran (makan sebelum lapar, membeli atas keperluan bukannya menunjuk2, jauhkan buffet hotel)

      4. Lebih baik DIY (buat sendiri) dari membeli (birthday parti, hiasan rumah, belajarlah menjahit, beli barang servis kereta dari kedai spare parts bukannya workshop)

      5. Shopping raya di bulan Muharram...ie 6-9 bulan lebih awal - boleh dapat baju melayu & kurung at 80% diskaun!

      6. Selamatkan Bumi (& duit anda) dgn mengurangkan, mengguna-semula, mengitar-semula & menurunkan baju/mainan kpd adik2.

      7. Berhati2 dgn kos tersembunyi spt interest kad kredit & ansuran.

      8. Naiktaraf ILMU, bukannya kereta, TV atau handphone.

      9. Cari jalan uutk bergembira tanpa wang - pergi piknik, makan di rumah, bermain dgn anak2, bersiar di sekitar taman perumahan.

      10. Kereta tak perlu aksesori - tuannya dah cukup bergaya. Org lain tak hairan pun dgn sport rims baru anda. Yg excitednya ialah tokey kedai tayar.

      CABARAN 30 HARI UTK JIMATKAN RM1,500 (atau lebih) SEBULAN:

      1. Berhenti merokok! (Jimat RM300)
      2. Minum kopi percuma di rumah/pejabat, bukannya di S******ks. (Jimat RM200)
      3. Bersenam di taman, bukannya di gym berjenama (Jimat RM200)
      4. Masak sendiri lebih jimat dari makan atau beli di luar (Jimat RM300)
      5. Luangkan masa dgn keluarga, bukannya berhibur di luar (Jimat RM200).
      6. Review balik kelas tuisyen anak2...ada yg boleh anda ajar sendiri (Jimat RM300).

      Tapi... JANGAN SESEKALI BERHENTI BERSEDEKAH!!!...kerana ianya pembuka pintu rezeki yg lebih luas. Beri dahulu sebelum terima...berlapang dada, usahakan senyum, berbahagia dan sentiasa bersyukur dgn nikmatNya.

      Selamat mencuba. Jom sama-sama kita amalkan dan kongsi tips ni dengan kenalan anda jika anda rasa bermanfaat :)

       

      Tips Kurus: Tangani Obesiti Cara Islam


      Obesiti oh obesiti...
      Isu ini tidak pernah sepi dalam masyarakat hari ini. Ia berkait rapat dengan soal pemakanan dan kesihatan. Apatah lagi Malaysia terkenal dengan syurga makanan yang menawarkan pelbagai sajian 24 jam, tanpa perlu memasak di dapur.

      Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, obesiti bermaksud kegemukan yang disebabkan terdapat lemak yang berlebihan. Masalah obesiti ini berlaku kepada semua peringkat usia masyarakat. Ini adalah berkaitan dengan malnutrisi iaitu kekurangan makanan seimbang.

      Penularan masalah obesiti kian pesat dalam masyarakat hari ini berkaitan dengan cara pengambilan makanan harian. Hampir 50 peratus orang dewasa di negara ini mengalami obes, tetapi masih tidak mempedulikannya.

      Islam adalah sistem hidup yang mengiktiraf kesihatan dalam aspek fizikal, spiritual dan mental. Berlebihan dalam pengambilan makanan tidak digalakkan dalam Islam.

      Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

      "Tidak ada satu wadah (bekas) yang dipenuhi oleh anak Adam lebih buruk daripada perutnya.
      Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulangnya. Jika ia harus mengisi perutnya lebih daripada itu, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk pernafasannya." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

      Jangan bertuhankan perut

      ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

      Dan Dialah (ALLAH) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaitun dan delima yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya).

      Makanlah daripada buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya ALLAH tidak suak kepada orang yang melampau. (Surah al-An'am: 141)

      Dalil di atas menunjukkan kemurahan ALLAH SWT dan keluasan yang dikurniakan-Nya kepada hamba-Nya dalam soal makan minum.

      Diharuskan bagi mereka memakan semua jenis makanan asalkan ia halal dan baik, tidak lupa mensyukuri-Nya, tidak berlebih-lebihan dan tidak membazir menuruti tabiat syaitan.

      Halal ertinya diharuskan, yakni tidak terikat dengan larangan ataupun pengharaman.
      Manakala tayyib bererti suci. Makna asalnya adalah apa yang diperoleh kelazatan dan kebaikan daripadanya. Ia merangkumi kebaikan dunia dan akhirat.

      Kategori baik itu adalah makanan yang terbukti kebaikannya kepada kesihatan, berdasarkan bukti ilmiah. Dari segi nutrisi, baik buruk makanan diambil seseorang bergantung kepada banyak faktor, antaranya adalah keadaan kesihatan, cuaca, dan pekerjaan.

      "Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai makanan tertentu dimakan oleh Rasulullah, yang Baginda gemari ataupun yang menunjukkan kepada galakan Baginda agar kita memakannya.

      "Mungkin daripada hadis-hadis inilah timbul akhir-akhir ini istilah makanan sunnah yang menjadi slogan golongan peniaga dan pengeluar makanan tertentu untuk menarik perhatian pelanggan membeli dan menggunakan barangan keluaran mereka."

      Pemakanan sunnah merujuk kepada adab makan dianjurkan Rasulullah SAW adalah termasuk dalam Sunnah yang digalakkan kita mengikuti dan mencontohi kerana wujud padanya tujuan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan mencontohi Baginda SAW.


      Sunnah Rasulullah SAW

      Islam telah menggariskan panduan dan petunjuk yang komprehensif berkaitan kehidupan manusia dan juga isu saintifik berkaitan.

      Penjagaan kesihatan yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW adalah bersifat pencegahan dan perlindungan kesihatan tubuh badan.

      1. Makan secara sederhana

      Setiap individu perlu mengambil makanan mengikut keperluan masing-masing. Ia bergantung kepada tahap kesihatan seseorang, jantina, umur, gaya hidup dan pekerjaan.

      Makan berlebih-lebihan mengundang masalah obesiti dan masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan ketidakselesaan anggota badan.

      Panduan Diet Malaysia juga mencadangkan agar mengambil makanan dengan menepati prinsip keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian.

      2. Makan kepelbagaian makanan dan seimbang

      Menurut Ibnu Qayyim al Jauziyyah tidak pernah menjadi tabiat kelaziman Rasulullah SAW untuk memakan sejenis makanan sahaja tetapi Baginda SAW memakan pelbagai makanan.

      Baginda SAW juga memakan makanan yang dimakan di negerinya seperti daging, buah-buahan, kurma atau makanan lain. Apabila Rasulullah SAW tidak menyukai sesuatu jenis makanan, maka Baginda tidak menjamahnya.

      Tiada makanan yang menyediakan pelbagai zat lengkap. Justeru, setiap individu perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk menjaga kesihatan.

      3. Makan berjemaah atau beramai-ramai.

      Daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

      "Makanlah kamu secara berkumpulan dan janganlah kamu makan secara terpisah. Sesungguhnya makanan yang disediakan untuk seorang mencukupi untuk dua orang.
      Makanan yang disediakan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang. Makanan yang disediakan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." (Riwayat Muslim)


      Imam Ibn Hajar berkata dalam kitab Fath al-Bari:

      "Sesungguhnya keberkatan semakin bertambah apabila bertambahnya bilangan orang yang turut serta berkongsi makanan tersebut."

      4. Aktiviti fizikal dan kerehatan

      Rasulullah SAW biasa berjalan kaki dalam aktiviti seharian. Menurut Ibnu Kathir, cara berjalan Rasulullah SAW adalah melangkah dengan cepat seperti langkah mengikut jalanan menurun.

      Gaya berjalan sebegini adalah bentuk senaman aerobik dan merupakan aktiviti paling murah. Rasulullah SAW juga menganjurkan supaya mendidik anak dengan berenang, memanah dan berkuda.

      Kerehatan juga diperlukan untuk menjamin kesihatan tubuh. Badan juga perlu untuk berehat setelah melakukan pelbagai aktiviti.

      Oleh itu, gaya hidup sihat yang menekankan kesederhanaan dalam melakukan sesuatu aktiviti dan kerehatan akan membantu kita mencapai kecergasan fizikal dan menyumbang kepada kesihatan baik.

      Manusia bukan robot

      Kita perlu bersederhana dan seimbang dalam semua aspek kehidupan kita termasuk pemakanan. Kapasiti makanan adalah mengikut keperluan individu dan jenis pekerjaannya.

      Jika ambil lebih daripada keperluan, ia akan menjadi terlebih. Dari segi jangka pendek ia tak nampak, tetapi memberi kesan untuk jangka panjang.

      Manusia bukan robot, sebaliknya memerlukan kepelbagaian dalam makanan untuk sihat. Makanan merupakan pelaburan kesihatan.

      Faktor berkaitan dengan kesihatan terbahagi kepada dua iaitu aset tetap (sejarah keluarga, umur dan jantina) dan aset boleh diubah (cara hidup, pilihan makanan dan senaman).

      Antara objektif makanan sihat adalah kawal saiz makanan/hidangan; kurangkan pengambilan lemak/kolesterol; tingkatkan pengambilan serat dan air; serta kurangkan pengambilan gula dan garam.

      Makanan membekalkan tenaga bagi menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai hamba ALLAH. Dalam Islam, makanan itu membentuk hati. Jika banyak makan, hati mati.

      "Oleh itu, janganlah bertuhankan perut. Prinsip makan adalah untuk hidup dan beribadah, bukan sebaliknya."

      Credit

      Monday 6 April 2015

      Sarapan Untuk Diet Yang Mudah, Jimat dan Mengenyangkan


      Assalamualaikum & Hi semua... :)

      Entry kali ni, saya nak mulakan dengan satu soalan yang sangat penting untuk korang, tak kisahlah yang tengah diet kuruskan badan atau tidak.

      Cuba recall balik, tadi pagi ada ambil breakfast tak?

      Selalunya orang yang tidak mengambil sarapan menyangka mereka mudah menguruskan berat badan tetapi sebenarnya ada beberapa keburukan.

      Kesan Buruk Tidak Mengambil Sarapan Pagi

      1. Metabolisma badan drop/menurun

      Keburukan paling utama adalah metobolisme badan akan menurun kerana badan yang tidak mendapat tenaga pada waktu pagi akan cuba untuk menyimpan tenaga simpanan dengan mengurangkan metobolisme.
      Produktiviti akan berkurangan dan rasa cepat penat kerana pembakaran kalori kurang berbanding jika mengambil sarapan,” katanya.

      2. Nafsu makan besar

      Keburukan kedua, apabila waktu semakin tengah hari, nafsu semakin bergelora kerana tersangat lapar dan mungkin makan lebih banyak daripada sepatutnya. Ia juga mendorong kita membuat pilihan kurang baik mengikut selera dan nafsu semata-mata.

      Tips Sarapan Pagi

      Ok, bagi korang yang bersarapan tu pulak, pukul berapa korang makan tu?
      Dan lagi satu, makanan apa yang korang ambil untuk sarapan tu?
      Dua point yang sangat penting juga ni.

      1) Makan sarapan pagi secepat mungkin!
      • jangan tunggu tiba di pejabat baru nak makan sarapan
      • alas perut di rumah terlebih dahulu untuk elak nafsu makan yang bergelora apabila tiba di pejabat
      • tapi sibuk pagi-pagi? Cari makanan yang cepat, mudah dan ada sumber protein dan fiber (serat) yang bantu mengenyangkan
      • lepas tu nak makan di pejabat pun, tak lah lapar sangat


      2. Ambil makanan yang berkhasiat dan seimbang

      Sarapan tidak penting berdasarkan jenis makanan kerana apa yang penting adalah kandungan khasiatnya.
      Setiap pemakanan tidak kira sarapan, makan tengah hari atau makan malam, juga kudapan seboleh-bolehnya perlu seimbang. Dapatkan sumber karbohidrat yang berserat dan juga sumber protein yang baik.
      Contoh menu sarapan popular yang mudah, ringkas dan berkhasiat
      • roti bakar dan mentega kacang
      • telur separuh masak
      • emping jagung dan susu rendah lemak
      • sandwich tuna
      • biskut tinggi serat

      Cadangan Shaklee - Cinch Shake
      • Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.


      • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis / pencuci mulut
      • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 
      • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
      • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
      • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..
      • Soya bukan GMO

       Minuman yang bukan sahaja sedap, mudah, berkhasiat dan mengenyangkan, malah juga membantu proses kurangkan berat!
      Best kan.
      Ada 3 flavour best yang kita boleh pilih, Vanilla atau Caffe Latte atau Chocolate
      Shake shake je sebelum pergi office, tak sempat minum kat rumah, minum on the way pergi office boleh. Kenyang sampai tengahari tau.
      Lunch pun selera ok je, boleh bantu control selera makan supaya tak over :)

      Testimoni Cinch Shake

       
      Jom sahut cabaran untuk kurus dan langsing secara sihat bersama Cinch Shake Mix!
       
      Berminat untuk mencuba? Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

       
      ***********************************************************

      Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

      Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

      I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
      Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
      ID No. 907609
      ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
      ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

      * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

      Friday 3 April 2015

      Percutian Percuma Shaklee Di Sri Intan Resort, Port Dickson


      Team Building?
      Eh eh, suri rumah pun ada Team Building? Bukan sebarang suri rumah ni, suri rumah yang duduk rumah jaga anak-anak sambil buat duit la katakan.

      Kalau dulu, time bekerja makan gaji, Team Building pergi sorang diri, itupun area Penang je. Company nak control budget la kan. Tapi kali ni, Team Building bawa anak-anak dan suami sekali. Ke Port Dickson pulak tu. Everything sponsored! Bawa diri je, and of course bawa baju la:)

      Terima kasih kepada my Shaklee mentor aka my mami, Master Hadhatina dan Master Kamarul, yang telah menaja sepenuhnya Team Building ni. Seramai 16 buah keluarga kalau tak silap saya, yang menyertai Team Building ni, dan keluarga saya salah satu daripadanya. Tak sangka terpilih sebenarnya, syukur Alhamdulillah.

      Team Building ni diadakan di Sri Intan Resort, Port Dickson, tempat yang sangat best dan selesa. Betul-betul sebelah Pantai Telok Kemang, Port Dickson tu, anak-anak saya memang suka sangat. Siap nak ajak pergi every weekend.

      Sepanjang dua hari Team Building tu, banyak aktiviti yang telah diadakan untuk semua peserta, indoor and outdoor. Malamnya pula ada BBQ Dinner dan pertandingan karaoke. Jangan tak tau, saya siap duet lagi dengan cik abang masuk petandingan karaoke tu. Bila lagi kan nak lepas gian.

      Selain dapat meluangkan masa dengan family, banyak ilmu yang kami dapat sepanjang dua hari di situ. Dapat berkenalan dan mengeratkan ukhuwah dengan rakan-rakan business yang lain, dan dapat juga bertukar-tukar pandangan. Terasa betul auranya, aura yang bersemangat dan positif!

       Pemandangan dari bilik. Irfan dah superexcited bila namapak Pantai Telok Kemang tu

      After check in, masuk class tuntut ilmu jap
      Kakak and Irfan temankan mama jap ye. Ayah rest kat bilik time ni sebab letih drive jauh

      Business Shaklee dan anak-anak memang tak dapat dipisahkan
      Anak-anak adalah semangat kami!

      Aktiviti bebas waktu petang.
      Apa lagi, terjun swimming pool ler...

      Sekejap swimming pool, sekejap pantai.
      Maklumlah, sebelah-sebelah je. Best sangat tau!

      BBQ Dinner & Malam Akustik
      Pengacara majlis, Cik Ayu yang comel dan ayu dari team Supermom Office

      Ehem ehem..
      Mulanya karok sorang je, sekali dah tengah-tengah lagu, cik abang tiba-tiba join sekaki pulak.
      Layannnnn.
      Ok irfan, kasi can mama and ayah yer :)

      Dapat jugak hadiah
      Vokal Terbaik pulak tu. Eceh

      Day 2
      Pagi dimulakan dengan aktiviti telematch.
      Keluar peluh sikit sambil eratkan ukhuwah

      Anak-anak pun ada game jugak
      Cari irfan cari

      Yang ni last match
      Khas untuk kaum-kaum bapa aje
      Kaum-kaum ibu jadi tukang sorak je kat tepi

      Rindu pulak rasa bila tengok gambar ni:)

      We are SUPERMOM & SUPERDAD!


      Best kan group kami..
      Syukur sangat dipertemukan dengan group Shaklee ni.
      Ukhuwah, ilmu dan segalanya tak ternilai dengan wang ringgit. Thank you Allah :)