Wednesday 28 October 2015

Berjaya Kurus Selepas Bersalin


Satu lagi perkongsian dari kenalan saya, Puan Ainul. Kisah bagaimana beliau berjaya kurus selepas bersalin, malah lebih kurus dari sebelum hamil. Lagi satu kan, kulit Puan Ainul ni cantik sangat tau, cerah gebu. Jeles sangat tengok kulit beliau. Cantik natural :)

Ok.. jom baca perkongsian dari Puan Ainul
Assalamualaikum

Saya Ainul Mustafa ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi pengalaman saya makan set hamil dan berpantang Shaklee

Semasa melahirkan anak pertama, saya belum berjumpa Shaklee. Sepanjang hamil berat naik 13kg dan selepas habis berpantang 44 hari berat hanya turun 9kg.
Anak pertama saya sudah 1 tahun pun berat saya susah sangat nak turun. Pelbagai cara , product saya guna tetapi hasilnya kurang berjaya malah akibatnya berat makin naik dan susu ibu makin berkurang

Semasa hamil anak ke dua, saya makan Set Hamil Shaklee secara konsistent. Alhamdulillah sepanjang hamil tiada masalah dan berat naik 5kg sahaja sepanjang hamil. Tetapi berat anak kedua lebih dari anak pertama

Dalam tempoh berpantang juga, saya hanya mengambil Set Berpantang Shaklee. Susu banyak, luka cepat sembuh dan anak saya yang kena jaundice pun cepat pulih.
Paling best sekali, seminggu berpantang berat saya sudah hilang 8kg, Naik 5kg turun 8kg. Habis sahaja berpantang berat saya makin turun malah lebih kurus dari sebelum hamil

Sekarang anak sudah 1 tahun pun berat masih boleh lagi maintain, susu pun masih meriah.

Set hamil dan berpantang yang menjadi pojaan ramai wanita sekarang.

Info lanjut Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee 

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 27 October 2015

Jerawat Dan Parut Hilang, Kulit Makin Cantik Berseri Dengan Shaklee


Assalamualaikum semua

Hari ni saya nak share kisah seorang kenalan saya, yang dah transform jadi cantik berseri ni, Puan Sarah. Saya pernah jumpa Puan Sarah tahun lepas, memang sangat comel dan cantik berseri-seri orangnya. Bila beliau share gambar lama beliau baru-baru ni, rasa macam, eh lainnya, saya pulak yang teruja. Lain benar dulu dan sekarang. Padahal gambar dulu tu baru anak sorang, ni sekarang anak dah 2, tapi makin bertambah cantik pulak :)

Cer tengok gambar 'Before' and 'After' Puan Sarah ni. Makin cantik kan.
Bukan makin cantik jer tau, banyak lagi perubahan yang beliau alami sekarang.

Nak tau apa rahsia Puan Sarah semakin cantik berseri... jom baca perkongsian beliau.


saya Sarah..berumur 31 tahun...sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata....sebelum nie takde niat..memang takde sedetik niat pun ambil suplemen shaklee untuk cantik...pertama kali amalkan suplemen shaklee sebab nak bertenaga dan nak cari milk booster..time tu tengah menyusu mia, anak pertama saya...memang tengah aktif mengumpul stok...saat pertama jatuh hati dengan shaklee bila saya amalkan suplemen shaklee semasa bulan puasa...Alhamdulillah dari 5oz sekali pam boleh increase 11oz sekali pam...ibu mana yg tak excitedkan...saya berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif 3 tahun dengan Set Menyusu Shaklee ( Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, Alfalfa, ESP)....Alhamdulillah..

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun rupanya saya mengamalkan shaklee dengan konsisten...Alhamdulillah memang tak pernah ke klinik atau waded..kalau nak bandingkan life saya sebelum mkn shaklee..memang boleh dikatakan tiap2 bulan mesti selsema, batuk atau demam....kecil2 dulu memang selalu waded je..ada sedikit masalah semasa ibu saya melahirkn saya menyebabakan antobodi saya tak kuat..Alhamdulillah nikmat nie paling tak ternilai...nikmat rasa sihat sentiasa...

Selepas 6 bulan... saya pregnant anak kedua...masa sy pregnant ramai pulak tegur saya "sarah muka dah bersih" .."sarah nampak berseri-seri"...ingatkan time pregnant je..manalah tau kan dapat seri dari anak dalam perut...tapi dalam pantang pun ada lagi yang tegur bercahaya muka...sampai dah habis pantang pun asal jumpe je kawan2 sume menegur..nampak sangat kan muka saya yang dulu mesti sangat-sangat lah teruk..fb kan sejak2 akhir nie asyik lah up memory2 picture yg lama..2 tahun lepas pun ada....bila tgk balik...memang beza sangat muka skang dengan dulu... muka sekarang dah bersih.. jerawat dah tak tumbuh....bekas jerawat pun dah samar-samar je...dan kulit muka makin cerah...actually kan sebelum saya amalkan shaklee selalu je ramai yang tegur saya nampak macam tak sihat..selalu tegur saya sakit...mungkin sebab kulit muka saya nampak kusam...

Saya pike2 balik apa saya makan ye..haha...baru teringat sebelum pregnant aritu ada tambah GLA Complex, Zinc Complex dan Collagen Powder...patutlah terpregnant..terambil GLA Complex rupanya...hihi..lepas tambah Collagen Powder aritu mmg bekas jerawat cepat je pudar...tapi jerawat still tumbuh je kat muka..then add on GLA Complex barulah jerawat stop tumbuh...masa pregnant saya cuma ambil Set Pregnant (Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, ESP, Omega Guard) dan Zinc Complex je..berpantang pun saya continue je semua suplemen-suplemen nie...

Alhamdulillah dari niat cuma nak bertenaga dan sihat je..dapat pulak bonus kulit makin cantik berseri...Alhamdulillah dapat nikmat hidup yang lebih baik dengan shaklee..insyaAllah terus konsisten mengamalkan shaklee sampai bila-bila...

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday 25 October 2015

Special Entry For My Little Cheeky Boy, Armin Irfan :)


Last year, kakak graduate kindergarten pun feeling macam ni.
This year, Irfan pulak. Mama over sikit, feeling lebih... habis tadika je pun :)

You've learned so much,
in your kindergarten year,
now you're finished,
and we will cheer. 

It must have been fun,
to make friends and sing,
What was your,
very favourite thing? 

Was it when you learned,
how to grow plants?
Or when you played outside
with those ants? 

We'll place all your kindergarten memories,
into your drawer,
  Standard one will be so much fun,
you'll learn and explore. 

Congratulations on a great,
kindergarten year,
You're a precious child,
and I love you my dear. 


Hero Kecik Beraksi Jadi Hang Tuah On Graduation Day


Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua.
Weekend ni ke mana kita. Duduk rumah la ye jerebu-jerebu ni :)

Weekend ni memang kitorang plan nak duduk rumah jer, sebab next week kakak dah exam.
Selain nak kena jaga kesihatan, nak kena la juga buat exercise and study sikit. Zaman sekarang kan, Standard 1 pun dah kena study bagai, mama dulu Standard 1 baru tau membaca. Hihi
Fuhhh, sangat menguji tahap kesabaran mama nak monitor kakak buat exercise. Irfan sentiasa la nak kacau kakak, maklumlah, mana boleh tahan main sorang-sorang. Mama jadi orang hijau sekejap sementara kakak nak exam ni.

Macam mana la agaknya next year bila irfan pun dah start Standard 1. Berdebar-debar pulak mama... Hmmm, sedih pun ada actually ni. Cepat sangat anak-anak mama membesar, dua-dua dah sekolah rendah next year.

Last 2 weeks, irfan ada Graduation Day. Sebak mama tengok anak mama atas stage. Macam ni la mak mak, sensitip lebih. Anak baru habis tadika pun dah syahdu semacam siap bergenang air mata :)

Anyway, ni sebahagian gambar Graduation Day irfan hari tu...

Jangan tak tau, Graduation Day pun ada tiket tau

Dah sampai
Eh eh, kakak tetiba ada kat depan tu dah :)

Teachers bagi door gift dulu kat parents sebelum masuk

Nice!

Stage cantik, semua cantik
Bravo to all teachers!

Kami dah tak sabar nak tengok Hang Tuah ni
Irfan jadi lead actor on that day :)

I was so proud
Kakak pun dapat naik stage, dapat hadiah 
for ex-students yang skor dalam school exams :)

Thank you teachers :)

Saat-saat yang dinanti dah tiba
Hang Tuah in action!
Bangganya mama tengok. Baru 6 tahun dah boleh berlakon atas stage, in English pulak tu.
Last year kakak jadi Anna as in Frozen, this year Irfan jadi Hang Tuah
Kagum mama tengok anak-anak mama ni
Mama dulu tadika pun selalu ponteng. 
Boleh bilang dengan jari jer berapa hari pergi tadika. Hihi

Mama... mix feeling
Tissue please..

Class of 2015!

Thursday 8 October 2015

Waktu Operasi Poslaju Sabtu Dan Ahad


Angkut banyak-banyak barang untuk dipos, sekali poslaju tutup. Tapi takpe, belajar dari pengalaman. Kicik punya hal.

Ini kisah weekend baru ni actually. Dari pengalaman nilah baru ku tahu waktu bila boleh pos dekat Poslaju yang dekat mall tu.

Saya biasanya pos barang customer ikut waktu poslaju biasa je, dari hari Isnin sampai hari Sabtu, kecuali Sabtu minggu pertama, sebab Sabtu minggu pertama dan hari Ahad poslaju tutup kan. And selalunya memang pos dekat branch poslaju yang biasa je. Jarang sangat la pos dekat branch yang dekat mall macam yang ada dekat Tesco tu, boleh bilang dengan jari je.

Tapi weekend baru ni, dah alang-alang memang pergi Shaklee pastu nak pergi beli barang dekat Aeon Big Seberang Perai tu, ingat boleh la pos sekali. Dekat situ ada juga branch poslaju. Memang dah siap check dah waktu operasi poslaju dekat situ.

 Yang kat atas ni waktu operasi ni untuk area Kedah dan Pulau Pinang. Untuk negeri-negeri lain, korang boleh refer sini ok. 

Biasanya branch Poslaju yang dekat mall ni buka je hari-hari, so sebab dah memang dah buka kan, ingatkan Sabtu minggu pertama pun boleh pos.

Beriya ni dah lepas memborong stok dekat Shaklee, pack semua order customers dekat bonet kereta. 

Sekali angkut ke poslaju, tengok-tengok tak boleh pos. Sabtu minggu pertama memang tak boleh pos, urusan-urasan lain boleh buat, cuma pos je tak boleh. Confident jer. Hihi..

Shopping barang rumah la jawabnya kat situ. Memang weekend lepas ni tak pergi mana-mana pun kecuali shooping barang rumah, maklumlah jerebu teruk sangat.

Jerebu punya tebal. Dari atas Penang Bridge ni, tak nampak apa dah kat pulau tu.....

Dah penat ke sana ke mari, mengangkut barang segala, masa untuk isi perut :)

Pengajarannya kat sini, pos office memang buka je hari-hari kat outlets yang macam dekat Tesco tu, cuma Sabtu minggu pertama, memang tak boleh pos. Nak buat urusan lain, ok je. Senang la untuk sesape yang hari-hari kerja office hour kan, weekend tu bole la nak settle apa-apa hal... :)

Tuesday 6 October 2015

8 Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil


Ibu-ibu yang hamil ni, ibarat makan untuk dua orang. Tapi maksudnya bukan lah pulun makan beriya untuk dua orang, ibu and bayi. Tapi ertinya, apa sahaja yang masuk ke perut ibu, bayi pun akan dapat juga. Jadi, untuk menjamin kesihatan ibu serta perkembangan bayi yang sihat, ibu-ibu perlu mengambil berat pemakanan sepanjang waktu kehamilan.

Terdapat beberapa jenis makanan yang ibu-ibu perlu elak untuk mengelakkan sebarang risiko kepada ibu dan bayi. Jom saya kongsikan sedikit panduan untuk ibu-ibu yang hamil. 


Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

1. Makanan mentah

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:


Toxoplasmosis
  • Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.
Cirit-birit
  • Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Jangkitan cacing
  • Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan oleh bayi.
Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
  • Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.
2. Vitamin A
Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.
 
3. Raksa

Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

 
4. Gula

Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.
 

5. Makanan yang diproses

Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.
 
6. Produk tenusu

Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh mengandungi bakteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.


7. Kacang tanah

Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.


8. Telur kuning

Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin mengandungi salmonella. Walaupun jarang memberi kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu dimasak lebih kurang tujuh minit.


Thanks for reading
Semoga bermanfaat :)