Wednesday 27 July 2016

Jerawat Dan Parut Hilang, Barulah Confident!


Assalamualaikum

Hot pulak ESP dan Vitamin C minggu ni. Dua supplements ni memang sentiasa jadi pilihan ramai. Sebab harga pun mampu milik, even students pun ramai suka set ni.

So, short entry jer hari ni..
Saya nak berkongsi pengalaman Nurul Syazwani, bagaimana beliau pulih dari kulit yang bermasalah teruk dengan bantuan supplements Shaklee ni.


Dulu kulit saya agak bersih..takde obvious scars..memang boleh keluar bare faced tepek bedak baby je. tak tipu. bila nak meningkat umur remaja, perasaan nk cuba pelbagai produk pun datang. the last thing i remembered using ialah sabun susu beras..mula-mula pakai ok je..tapi lepas tu mula naik jerawat yang teruk..kononnya pegi facial spa untuk buat treatment..tapi masalahnya orang kat spa tu picit semua jerawat with no mercy..tak peduli pun walau àir mata deras mengalir.. muka lepas tu jadi sangat teruk..kemerahan dan berparut..and from that day onwards saya jadi kurang keyakinan diri sebab kulit muka dah teruk..

Kemudian saya bertemu dengan shaklee dan mula amalkan set kecantikan shaklee..vitàmin C dan ESP..sebab buudget tak banyak masa tu. saya ambil 2 supplement ni dulu...setelah berusaha dan konsisten, alhamdulillah kulit saya semakin pulih. kulit pun semakin cerah, tona kulit sekata dan saya juga rasa lebih sihat :)


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 

Monday 25 July 2016

Resepi Brownies Coklat Kedut Yang Sedap Dan Senang. Confirm Jadi!


Assalamualaikum
Salam Isnin semua

Masih lagi mood raya ke..
Saya, masih lagi :)

Weekend baru ni, kami balik kampung lagi, rumah parents saya kat Alor Setar. Maklumlah, Penang dengan Alor Setar bukan jauh mana pun. Kebetulan pula hari Sabtu tu, kelas taekwondo irfan cancel, so boleh la balik lama sikit.

Minggu sebelum tu, kakak saya balik. So, dia ada la buat Brownies Coklat Kedut ni, ada la lagi balance dalam peti ais kat rumah mak saya. Sempat la saya merasa sikit. Tapi sebab ada pun sikit je, kena share makan dengan my daughter, kakak Aina lagi, tak puas weh, sedap giler. Rasa dia tak manis sangat, lembut dan lembap Kat bahagian atas tu macam rangup-rangup sikit.

Tengok bahan-bahan semua ada, apa lagi.. zass, terus buat la.

Actually ni first time saya buat brownies kedut ni. Senang je rupanya. Bahan pun biasa-biasa je, tak susah nak cari.

Meh nak share resepi Brownies Coklat Kedut yang sedap dan senang ni. Confirm jadi la korang buat walaupun korang langsung tak pernah buat sebarang kek atau brownies.

Resepi Brownies Coklat Kedut Yang Sedap Dan Senang


Bahan-bahan

400 gm coklat masakan
150 gm butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor (saya guna 80 gm je sebab nak kurang manis)
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Cara-cara

1. Potong kecil coklat masakan.
2. Satukan coklat masakan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
4. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakan dan ratakan.
5. Kemudian ayakkan tepung dan serbuk koko kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
7. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
8. Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.

Siap!

Senang kan. Series wehh..
Sedap yang amat. Bila makan tu rasa macam tak boleh nak stop. Sedar-sedar dah tinggal separuh.

 Masih lagi mood beraya, ziarah saudara-mara :)

Friday 22 July 2016

Vivix Membantu Pesakit SLE Kembali Sembuh


Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua :)

Hari ni saya nak berkongsi tentang penyakit yang jarang kita dengar tetapi sebenarnya ramai yang menghidap penyakit ni, iaitu SLE.

SLE adalah Systematic Lupus Erythematosus. SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba berubah dan bercelaru dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Antibodi badan kita serang diri kita..mula-mula dengar macam tak percaya..tapi ini lah ketentuan..rahsia Allah..


Jenis-jenis SLE

1. Discoid Lupus Erythematous (DLE):
  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke oragan lain
2. Systematic Lupus Erythematous (SLE):
  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian
Tanda Dan Gejala SLE
 
SLE ini juga digelar penyakit seribu wajah. Kerana simptom-simptom yg dialami berubah mengikut individu. Antaranya:
  • ruam-ruam pada kulit muka dan badan
  • kulit yang sensitif kepada cahaya matahari
  • ulser pada mulut
  • keguguran rambut
  • sakit dan radang pada sendi
  • demam yang berlarutan
  • rasa letih-lesu
  • sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy)
  • vasculitis (radang pada saluran darah).
Boleh ke penyakit ini sembuh?

Di sini saya nak berkongsi beberapa kisah pesakit SLE, bagaimana mereka bertarung dengan penyakit ni dan akhirnya kini semakin sembuh.

Testimoni 1

"Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. 

Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).

Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa: 
Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat – anemia 
1998 – Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2 
1998 – 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. 
Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat – sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra – Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..) 
2003 – 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA – modern, homeo, alternatif, syifaa dll… tetapi usaha tidak berjaya… 
Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis – berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini. 

Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). 

Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini. 

Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini – jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i’d like to stay healthy but with natural ways). 

Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT." 

 Inilah Puan Iffah Anuar. 
Bersama beliau adalah Mr Daniel Loo, juga seorang pesakit SLE yang kini semakin sembuh dengan Shaklee

Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Alhamdulillah, yang penting kita ikhtiar dan selebihnya semuanya dengan kuasa Allah.

Vivix amat membantu untuk pesakit SLE kerana ia bertindak melindungi dan memperbaiki sel sampai tahap DNA. Ia turut membantu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sel. Vivix ni bertindak menjaga kesihatan menyeluruh. Ia membantu melindungi kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular, kesihatan otak, melindungi dan menyelenggara fungsi sistem imunisasi yang lebih baik, kesihatan sendi, melambatkan penuaan sel agar tidak mudah rosak, membekalkan antioksida yang tinggi bagi melawan radikal bebas serta meningkatkan tenaga pada tahap sel.
 
Jadi kepada merka yang ada penyakit SLE atau sanak saudara yang alami sakit yang sama, boleh lah ikhtiar dengan Vivix.
 
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 21 July 2016

HB Rendah Ketika Hamil Kembali Normal, Luka Bersalin Pun Cepat Sembuh


Assalamualaikum

Seronoknya baca pengalaman ibu-ibu hamil yang ambil Shaklee ni. Biasanya, bila dah ambil dari hamil, sure terus sambung berpantang dengan Shaklee sekali.

Jom kita ikuti pengalaman Puan Siti Aishah, seorang ibu muda yang pada mulanya mengalami masalah HB rendah ketika hamil, selalu sakit-sakit badan..
bagaimana beliau mula-mula kenal Shaklee, dan bagaimana akhirnya beliau jatuh cinta dengan Shaklee :)



Assalamualaikum w.b.t.

Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan.

Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’.... Bile ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???

Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2..depan mate dah ade pun..saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau.

Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengah nyer saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi ape rahsianya. Hihihii..

Sepanjang preggy saya mengalami sakit2 badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang2 tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit2 badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa!

Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boley tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luke/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupekan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2...

Mase usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran2 yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentue saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….

Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya...

Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok2 dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata...
Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu2 nak keluar.
Hihiii..

Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin.

Alhamdulillah…

sekian terima kasih Shaklee…


Klik sini untuk info Set Ibu Hamil Shaklee

Klik sini untuk info Set Berpantang Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

6 Cara Mudah Hilangkan Mengantuk Di Tempat Kerja Atau Semasa Belajar


Pernah tak korang tiba-tiba rasa mengantuk kat tempat kerja atau masa sedang belajar? Kadang-kadang rasa mengantuk tu tiba-tiba saja datang menyerang! Mesti pernah kan. Memang rasa terpaksa sangat tahan mata, mana nak kena fokus lagi. Sampaikan bila dah tak tahan sangat tu, siap boleh tertidur tersengguk-sengguk lagi.

Kalau yang tengah belajar kat rumah tu ok la lagi.
Tapi kalau dalam kelas, lecturer ada kat depan. Tak pasal-pasal kena baling dengan pen nanti.
Yang bekerja, lagila, takkan nak tunggu sampai bos sound pulak kan.

Mengantuk ni sebenarnya salah satu reaksi semulajadi yang dialami oleh setiap orang. Walaupun semulajadi, tapi kalau dah mengantuk pada waktu dan tempat yang tak sesuai, masalah tu.

Biasanya masalah mengantuk yang berlebihan ni disebabkan oleh:
  • pola tidur yang kurang tepat seperti berjaga lewat malam
  • terlalu penat 
  • dihimpit rasa bosan
  • terlebih makan

Sape yang ada masalah ni, jom..
saya kongsikan 6 cara hilangkan mengantuk yang boleh korang pratikkan.

6 Cara Hilangkan Mengantuk Di Tempat Kerja Atau Semasa Belajar

1. Cuci Muka

Ini adalah salah satu cara paling efektif. Rasanya ramai selalu buat kut yang ni. Kalau nak lagi efektif, try cuci muka dengan air sejuk. Terus segar, hilang rasa mengantuk.

2. Tarik Nafas Dalam-Dalam

Bila kita menguap, kadar oksigen dalam otak kita berkurangan. Menguap ni salah satu tanda yang kita sedang mengantuk. Nak atasinya, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung selama lima saat, kemudian hembuskan melalui mulut selama lima saat juga. Buat berulang-ulang kali agar banyak oksigen yang masuk ke otak sampaila hilang rasa mengantuk tu.

3. Rehat Seketika

Waktu sedang bekerja atau belajar, cubalah untuk berehat seketika. Sambil berehat seketika tu, lakukan sedikit senaman pemanasan seperti meregangkan tangan,kaki, pinggang ataupun menggoyang-goyangkan kepala. Kalau korang jenis kerja yang terpaksa berhadapan dengan komputer sepanjang hari, mata boleh menjadi penat. Cuba alihkan pandangan dari komputer untuk relaks mata sikit. Boleh cuba pejamkan mata sejenak atau melihat pemandangan di luar.

4. Pilih Kudapan Yang Sihat

Kudapan sihat  boleh meningkatkan tenaga yang lebih lama. Mengunyah kudapan seperti kacang mentega, yogurt dan buah-buahan segar boleh menjadi cara hilangkan mengantuk di samping meningkatkan fokus waktu bekerja /belajar. Tapi kena hati-hati jugak naa, pilih kudapan yang betul. Nanti takut kunyah punya kunyah, badan pulak makin mengembang.

5. Minum Banyak Air

Dehidrasi boleh menyebabkan kepenatan. So kena pastikan juga kita minum banyak air dan makan makanan yang mengandungi kadar air tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Bila cukup air, badan pun kembali segar sebab cecair dalam tubuh kembali normal. Boleh cuba minum air perahan lemon juga, refreshing.

6. Minum Kopi Atau Teh Hijau

Kopi terbukti dapat menghilangkan mengantuk kerana kandungan zat kafein-nya boleh menstimulasikan otak kembali segar. Tapi, seperti yang kita semua sedia maklum, kaffein ni boleh mendatangkan mudarat juga, so jangan minum terlalu banyak ya!

Selain kopi, teh hijau juga mengandungi kafein, namun ia lebih baik kerana memberikan tubuh banyak antioksidan. Teh hijau juga bagus untuk menjaga stamina tubuh anda.

Bila bercakap tentang teh ni, terpanggil pulak rasa nak berkongsi tentang teh dari Shaklee. Yup, betul. Shaklee pun ada teh juga. Benda baik kenala share kan :)

Sahabat saya dalam video ni pun dah terus lupakan kopi bila dah cuba 'ubat tahan ngantuk' yang paling berkesan ni.


Teh ni bukan sebarang teh ni. Cinch Energy Tea Mix ni gabungan teh hijau, teh putih dan teh merah yang sangat berkualiti serta berkhasiat. Yang penting, pilihan yang lebih sihat, tanpa perasa, pewarna dan pengawet tiruan. Rasanya pun sedap dengan aroma yang menyegarkan.

Cinch Energy Tea ni dalam bentuk sachet. So, nak bawa ke mana-mana pun senang. Letak dalam poket boleh, handbag boleh. Bila nak minum, senang je, koyak sachet and tuang dalam cawan untuk bancuh. Suam atau sejuk boleh. Nak lagi sedap, bancuh dengan madu dan lemon.

Tryla minum Cinch Energy Tea Mix ni. Series memang hilang mengantuk. Segar-bugar dan bertenaga terus.

Highly recommended!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

7 Kelebihan Shawl Murah Yang Perlu Korang Ambil Tahu


Berapa yer harga shawl yang biasa korang beli?
Macam saya sendiri, shawl saya selama ni range harga dari RM0 hingga RM30 je. RM0 tu sebab banyak juga shawl yang saya dapat free je. Free ni sebab bila mak saya pergi buat umrah, mak saya suka beli jubah kat sana pastu dapat free shawl. Mak saya pula malas pakai shawl nak berlilit bagai ni, jadi saya la yang ambik shawl free tu.

Range harga bawah RM30 ni kira murah la kan. Pada saya, tak perlu dah saya nak beli shawl yang mahal dari ni. Sebab dengan harga ni, saya dah puas hati dah dengan kualiti shawl yang saya beli selama ni, cantik pun cantik. Ni untuk saya la, untuk orang lain mungkin berbeza pendapatnya. Tapi tak tau la kan, tup2 minggu depan tergoda nak beli shawl Neelofa pulak. Hihi.

Banyak kelebihan beli shawl murah ni, paling utamanya, JIMAT duit la kan. Duit tu boleh spend untuk beli benda-benda lain pulak.
Saya terjumpa satu artikel menarik ni, tentang kelebihan shawl murah. Rasa terpanggil pulak nak share kat sini.


7 Kelebihan Shawl Murah

1. Boleh didapati di mana sahaja

Bukan offline je, online pun dah banyak sangat jual. Tak susah pun nak dapat. Saya sekarang baju and tudung sendiri ni, memang beli online je.
  
2. Menjimatkan wang

Hidup di zaman yang moden ini memerlukan banyak komitmen. Korang mungkin berfikir bagaimana caranya untuk ‘cut-cost’ dari perbelanjaan seharian kan. Daripada membeli pakaian atau shawl yang berjenama, apa kata korang bertukar kepada shawl murah. Selain dapat menjimatkan kos, korang juga dapat bergaya tanpa perlu berhutang sana-sini.

3. Tetap cantik

Tidak semestinya shawl murah tidak cantik untuk dipakai. Trick dia, korang perlu pandai pilih dan bergaya. Kalau beli shawl yang berjenama sekalipun, tapi tak tau macammana nak gayakannya, keadaan tetap menjadi sama juga. Yang penting, tutup aurat dengan sempurna.

3. Pelbagai pilihan dan corak

Shawl murah mempunyai pelbagai jenis pilihan dan corak. Pernah tak korang tiba-tiba ternampak jenis shawl berjenama yang korang beli ada dijual di pasar malam menggunakan fabrik yang sama dan corak yang sama? Confirm rasa menyesal. Sebab tu, kalau bijak pilih dan bijak bergaya tentu ramai yang tak dapat bezakan antara shawl murah dan berjenama.

4. Penggunaan fabrik yang sama

Sebenarnya kebanyakan pengusaha shawl membeli kain di kedai kain yang sama. Jadi, tak mustahil jika shawl berjenama turut di jual di pasar malam. Mungkin apa yang membezakannya ialah cara jahitan dan potongan. Jenis fabrik kebanyakannya adalah sama saja. Tak dapat dinafikan, sesetengah shawl berjenama menggunakan jenis fabrik yang berkualiti tinggi, namun shawl murah juga mempunyai kualiti dari sudut lain.

5. Fesyen yang sering bertukar-tukar

Pembaziran berlaku apabila barang yang korang beli hanya dipakai untuk beberapa kali sahaja. Sama juga seperti fesyen dan trend shawl yang sering bertukar ganti. Sekurang-kurangnya jika fesyen dan trend bertukar-tukar, takdelah rasa membazir kan kalau beli shawl murah berbanding shawl berjenama.

6. Kepuasan yang berbeza

Memakai shawl yang berjenama mungkin memberikan kepuasan kepada si pemakai, tapi kalau korang mendapat pujian yang melimpah ruah dari rakan-rakan tentang shawl yang korang gayakan walaupun harganya murah, sure rasa lebih puas hati. Money spent well gitu.

7. Jumlah kuantiti yang dapat dibeli

Apabila korang membeli shawl murah, korang mungkin dapat membelinya dengan kuantiti yang lebih berbanding kalau beli shawl berjenama yang agak mahal, korang mungkin mampu membeli hanya sehelai sahaja.

Kesimpulannya

Bijak memilih dan bergaya adalah kunci untuk tampil menawan dan anggun. Tak kisahla, murah ataupun mahal :)

Wednesday 20 July 2016

Cara Berkesan Merawat Bell Palsy, Lumpuh Separuh Muka


Baru-baru ini saya terbaca tentang rakan Shaklee kami yang berkongsi kisah bagaimana beliau telah diuji dengan penyakit Bell Palsy. Jadi, saya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang penyakit ni di sini. Mesti ramai yang belum pernah dengar tentang penyakit Bell Palsy ni kan. Kebetulan, ada customer saya juga bertanyakan tentang penyakit ni kepada saya, yang mana pada mulanya beliau sangkakan yang adik ipar beliau terkena serangan strok. Setelah ditanya lebih detail, barulah saya tahu yang adik ipar beliau sebenarnya mengalami penyakit Bell Palsy.


Apa Itu Bell Palsy : Tiada Kaitan Dengan Strok

Ya, simptomnya hampir sama dengan strok tetapi tiada kaitan dengan strok.

Pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’ Palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya. Biasanya sebelah muka akan kelihatan seolah-olah kaku atau 'herot'.

Bell’s Palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas. Ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Punca Bell Palsy

Punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga. Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui.

Selain itu beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’ Palsy adalah seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Siapa Yang Berisiko Mendapat Bell Palsy
  • Wanita hamil dan memasuki fasa trimester ketiga
  • Wanita yang baru melahirkan bayi
  • Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah diserang Bell Palsy
  • Pesakit diabetes
  • Pesakit HIV
Simptom-simptom Bell Palsy

Simptom awal kepada penyakit ini mungkin biasa di kalangan pengidap migrain. Rasa sakit kepala yang teramat sangat dan tekanan yang kuat pada belakang leher. Jadi, mungkin ada yang berpendapat sakit kepala biasa. Hanya dengan menelan panadol, sakit boleh hilang.
Namun, jika ianya Bell Palsy, anda dapat rasakan susulan simptom-simptom seperti di bawah:
  • lidah terasa kebas
  • muka kebas, dan senget
  • mulut tidak boleh ditutup dengan sempurna sehingga mengganggu percakapan, aktiviti makan dan minum, berkumur dan apa jua yang berkaitan mulut
  • mata tidak boleh ditutup atau dibuka dengan sempurna seperti kebiasaan
Simptom-simptom ini berterusan sehingga anda dapat melihat dengan jelas wajah anda herot atau senget apabila memandang cermin. Apabila anda memegang wajah yang terjejas, anda dapat rasakan tulang muka dengan jelas kerana otot dan saraf telah ditarik oleh bahagian muka yang sebelah lagi.


Cara Merawat Bell Palsy

Apabila anda berjumpa doktor dan doktor sahkan anda dijangkiti  Bell Palsy, kebiasaan doktor akan memberikan beberapa jenis ubatan seperti steroid, antivirus, ubat titis mata dan sebagainya. Doktor juga akan menyarankan pesakit membuat fisiologi untuk menguatkan otot terjejas dan memberi stimulasi kepada saraf yang terlibat.

Tapi AWAS ya. Elakkan daripada mengurut dengan mana-mana tukang urut kerana boleh mengganggu keadaan otat saraf yang rosak. Mungkin akan lebih memburukkan keadaan.
 
Vivix Shaklee Bantu Pesakit Bell Palsy Sembuh Dengan Cepat
 
Kenapa Vivix Shaklee?
 
Vivix merupakan minuman kesihatan yang terhasil daripada anggur muscadine, elderberi dan purple carrot. 4 kombinasi semulajadi ini telah menghasilkan satu suplemen yang sangat lengkap dan terbaik untuk membantu memulihkan sel2 sehingga ke peringkat DNA dalam badan manusia yang sering terdedah kepada serangan  radikal bebas.
 
Vivix membantu mempertingkatkan antibodi dan mempercepatkan proses penyembuhan Bell Palsy.
 
Jom kita ikuti pengalaman pesakit Bell Palsy yang berjaya pulih sepenuhnya 
 
Testimoni 1
 

Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Sekiranya anda atau ahli keluarga anda ada masalah ni, segeralah rawat sebelum terlambat. Usah tunggu sampai terkena komplikasi lain seperti rabun, buta dan sebagainya. Tiada yang boleh membayar harga sebuah kesihatan.
 
Untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan Bell Palsy ni, Vivix adalah pilihan terbaik untuk anda. Selagi boleh berusaha untuk pulih dengan cepat, usahalah. Bagi kebanyakan pesakit, selain dari kesakitan yang dialami, mereka juga mempunyai perasaan trauma dan rendah diri untuk bertemu orang lain.
InsyaAllah tempoh baikpulih saraf yang terjejas menjadi lebih cepat dan anda boleh jalani kehidupan anda seperti biasa.
 
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Adakah Pendarahan Semasa Hamil Merbahaya? Apa Nak Buat


Apa Itu Pendarahan Ringan Dan Adakah Ia Normal?

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.

Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.


Punca Utama Pendarahan Semasa Hamil

Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ia biasanya berlaku sekitar waktu anda biasanya datang haid dan berlangsung selama satu atau dua hari. Anda mungkin hanya menyedarinya ketika membuang air kecil.

Walaupun pakar-pakar tidak pasti apakah puncanya, namun ia mungkin disebabkan oleh:
  • Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penembusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali.
  • Pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Ini lebih jarang berlaku berbanding pendarahan penebusan.
Punca-punca Lain Yang Boleh Menyebabkan Pendarahan Semasa Hamil

Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
  • Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
  • Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
  • Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
  • Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
4 Punca Yang Lebih Serius Yang Mengakibatkan Pendarahan Semasa Hamil

1. Keguguran

Malangnya, pendarahan pada awal kehamilan mungkin juga merupakan tanda keguguran atau kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Dalam kedua-dua kes ini, anda juga biasanya akan mengalami sakit perut dan kekejangan.

Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.

2. Kehamilan ektopik

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

3. Kehamilan molar

Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar. Ia menjejaskan kira-kira satu dalam 700 kehamilan. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera.

4. Jatuh


Kemungkinan juga pukulan kepada perut, contohnya jika anda terjatuh, menyebabkan pendarahan.

Apa Yang Harus Anda Lakukan Jika Mengalami Pendarahan Semasa Hamil

Hubungi doktor atau hospital, walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Anda masih perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor anda mungkin memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan anda supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi.


Doktor anda mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.

Klik sini untuk info tentang keperluan vitamin semasa hamil

Merokok Jejas Kesuburan Lelaki Dan Susah Dapat Anak? Apa Penyelesaiannya


Amalan merokok boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma merosot. Mengikut kajian pakar infertiliti, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.

Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda.


4 Kesan Rokok Kepada Kualiti Dan Kuantiti Sperma Anda

1 Merokok mengurangkan bilangan atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian.

2. Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam keadaan serius.

3. Merokok juga mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan bergerak secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk berjumpa dengan ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.

4. Merokok juga menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang tidak berbentuk normal tidak dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.

Apa Jalan Penyelesaiannya?

Oleh kerana kesan merokok sangat bahaya pada kualiti sperma, maka pasangan yang ingin mendapatkan cahayamata seharusnya berhenti merokok. Selain itu, amalkan juga pemakanan berkhasiat, jauhi tekanan dan luangkan masa untuk bersenam.

Mungkin sukar untuk berhenti merokok secara mendadak tapi percayalah dengan sokongan isteri dan masing-masing ingin mendapatkan cahayamata yang dinanti, pasti ia bukan sesukar mana.

Di sini saya nak berkongsi testimoni mereka yang dah berjaya berhenti merokok dengan Vivix Shaklee. Ini salah satu ikhtiar untuk kesihatan dan juga untuk berhenti merokok demi cahayamata yang sihat.

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5




Dah banyak testimonials yang dikongsikan tentang kejayaan berhenti merokok dengan Vivix kan, tetapi bagaimana Vivix ni boleh hilangkan ketagihan merokok?
  1. Vivix men-detox-kan nikotin dari dalam darah, organ, otak, etc. Bila nikotin dah tiada, rasa ketagih nak nikotin pun hilang.
  2. Orang merokok merasakan satu ‘feeling’ bila dia isap rokok. Sbb tu bila dia berhenti isap rokok, otak dia rasa lain macam & memanggil2 utk dia hisap rokok balik bg mendapatkan semula ‘feeling’ tu. Vivix boleh memberikan ‘feeling’ tu, jadi bila dia minum Vivix, dia tak rasa terpanggil nak merokok.
  3. Vivix mengurangkan simptom withdrawal bila berhenti merokok. Simptom withdarawal ni teruk2 juga. sebab tu ramai orang yg berhenti merokok tiba2, dia kena macam2 penyakit. senang cakap, badan ‘terkejut’ dgn keadaan yang dia tak biasa (tiada sumber nikotin). Insya-Allah dgn Vivix boleh redakan kejutan tu.
Menarikkan bagaimana Vivix boleh buatkan seseorang tu berhenti merokok. Jadi kepada mana-mana pasangan yang suaminya merokok dan sukar dapat zuriat, jangan ambil ringan ya bab merokok ni.
Yang penting kita ikhtiar, selebihnya banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segalanya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 19 July 2016

Tanda-tanda Sakit Jantung, Cara Mencegah Dan Merawat Sakit Jantung Sebelum Terlambat


Sakit jantung adalah di antara pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis dan tekanan darah tinggi. Jantung merupakan organ yang istimewa dan sangat penting untuk kehidupan. Fungsinya, untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup gembira, aktif dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta.


Punca-punca Sakit Jantung
  • Kolestrol berlebihan
  • Tekanan darah tinggi
  • Tabiat merokok
  • Tekanan darah tingi disebabkan stress
  • Lemak dalam tubuh berlebihan
  • Kurang bersenam
  • Penyakit kencing manis
  • Sejarah keluarga yang ada masaalah sakit jantung
  • Berat badan berlebihan
  • Wanita berusia 35 tahun ke atas dan sudah monopous
Penyakit jantung kini bukan lagi penyakit orang tua. Golongan muda seawal 20an pun dah ramai yang kita dengar terkena serangan jantung, tanpa disangka-sangka.

Sesiapa sahaja berisiko untuk terkena serangan jantung. Jadi, janganlah mengambil mudah tentang jantung kita.

7 Tanda-Tanda Sakit Jantung

Pertama sekali, untuk mengesan sekiranya jantung bermasalah. Cuba lihat tanda-tanda di bawah. Sekiranya ada simptom berikut. Anda berisiko tinggi untuk diserang masalah jantung pada usia yang masih muda seawal 20 tahun!

  1. Anda selalu berpeluh berlebih-lebihan walaupun hanya melakukan sedikit aktiviti
  2. Mudah berasa sesak nafas dan seolah-olah ada sesuatu tersumbat dalam hidung atau dada
  3. Di sebelah kiri dada anda kerap berasa sakit sama ada impaknya sedikit atau banyak
  4. Mula diserang sakit kepala dan terasa sekeliling berpusing-pusing dan bergoyangan
  5. Diserang fenomena “blank out” iaitu hilang upaya daya penglihatan seketika bila berada dalam gelap
  6. Tangan Kiri rasa sakit seperti terseliuh
  7. Jika tangan kiri anda mulai rasa sakit selepas rasai tanda-tanda di atas ia adalah petanda yang anda perlu berjumpa doktor dalam kadar segera kerana anda mungkin akan diserang stroke dalam masa terdekat.
Cara Mencegah Sakit Jantung
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali 
  • Makan secara teratur dan seimbang 
  • Kekalkan berat badan unggul 
  • Tidak merokok 
  • Menangani tekanan perasaan 
  • Mengawal tekanan darah 
  • Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah 
  • Mengawasi paras kolesterol 
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala 
Bagaimana Vivix Membantu Mencegah Dan Merawat Sakit Jantung

Bagaimana cara yang selamat untuk memelihara jantung sihat dan merawat masalah sakit jantung? Di sini saya nak berkongsi bagaimana Vivix boleh membantu memelihara jantung kita dan sekaligus merawat masaalah sakit jantung.


Vivix mengandungi Resveratrol yang tinggi, yang boleh memberi perlindungan kepada sistem kardiovaskular kita. Membantu untuk
  • mengurangkan radang/inflamasi
  • mencegah oksidasi daripada LDL atau kolestrol jahat
  • mengelakkan daripada platlete darah melekat dan membentuk gumpalan / darah beku yang menyebabkan serangan jantung
Berikut saya kongsikan juga pengalaman pesakit jantung yang semakin sembuh setelah mengamalkan Vivix.

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5 


Kepada anda yang sayangkan jantung atau yang ingin merawat masalah jantung anda, sangat digalakkan untuk mencuba Vivix. Nak sihat itu mahal, tapi sakit lagi mahal. Sekali terkena serangan jantung, anda mungkin sudah terlambat.
Menyesal kemudian tiada gunanya.
Tidak salah berikhtiar sebelum terkena.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Cara Hilangkan Jerawat Paling Mudah Dan Berkesan Terbongkar


Assalamualaikum

Ingat tak saya pernah cerita, bila ambil Vivix, saya rasa kulit saya jadi paling lembut, licin dan bersih dalam sejarah. Macam overclaim kan. Hihi. Maklumlah, untuk orang yang kulit jenis bermasalah macam saya ni, bila kulit cun tu, memang rasa happy and bersyukur sangat la kan. Stress wehh bila jerawat bertempek kat muka.

Apa Punca Jerawat

Jerawat ni, ada macam-macam jenis sebenarnya. Saya sendiripun, segala macam jenis jerawat pernah menyerang muka ni, dari yang sekecil-sekecil macam ruam sampailah ke jerawat besar macam jerawat batu dan bernanah.

Dan punca-puncanya pun dari pelbagai faktor. Tapi apa yang boleh saya katakan, lebih 70% puncanya adalah dari faktor dalaman seperti pemakanan, toksin berlebihan, stress, hormon, penghadaman dan sebagainya. Sebab tu, saya sentiasa tekankan, kalau nak rawat jerawat ni, selain penjagaan luaran, wajib rawat dari dalam juga.

Baik jeragat, jerawat atau kusam, semua masalah kulit ini adalah sejenis radang. Radang pada sel ini juga dikenali sebagai inflamasi. Dalam artikal ini, saya akan terangkan apakah kelebihan Vivix untuk kulit bermasalah.
Radang atau inflamasi kulit ialah kesan tindakbalas semulajadi kulit pada serangan luar atau dalam.
- See more at: http://norfaziela.com/kelebihan-vivix-untuk-kulit-jeragat-jerawat-dan-kusam/#sthash.3uFJzVDL.dpuf
Kenapa Vivix Terbaik Untuk Masalah Jerawat

Masalah kulit seperti jerawat ni adalah radang sebenarnya, atau dikenali juga sebagai inflamasi iaitu kesan tindakbalas semulajadi kulit pada serangan luar atau dalam. Puncanya adalah disebabkan sel yang lemah, bermaksud sel yang tidak mempunyai cukup antioksida.

Menurut Dr. Bowe, seorang pakar kulit dari New York, tahap antioksida yang rendah selalu ditemui pada mereka yang mengalami masalah jerawat. Fungsi utama antioksida untuk kulit ialah meneutralkan kesan tindakbalas kulit pada serangan seperti sinar UV, hormon tak stabil, bakteria dan sebagainya.

Inilah sebabnya, VIVIX terbaik untuk masalah jerawat.


Vivix ni mengandungi antioksida yang paling tinggi dan berkualiti di dunia, 13 kali ganda lebih antioksida dari produk-produk lain di pasaran. Vivix bertindak menghalang dan merawat jerawat hingga ke peringkat paling asas iaitu DNA sel.

Ok, jom kita tengok testimoni mereka yang dulunya kulit berjerawat teruk, kini dah licin berseri dah kulit masing-masing selepas ambil Vivix.
Baik jeragat, jerawat atau kusam, semua masalah kulit ini adalah sejenis radang. Radang pada sel ini juga dikenali sebagai inflamasi. Dalam artikal ini, saya akan terangkan apakah kelebihan Vivix untuk kulit bermasalah.
Radang atau inflamasi kulit ialah kesan tindakbalas semulajadi kulit pada serangan luar atau dalam.
- See more at: http://norfaziela.com/kelebihan-vivix-untuk-kulit-jeragat-jerawat-dan-kusam/#sthash.3uFJzVDL.dpuf
Baik jeragat, jerawat atau kusam, semua masalah kulit ini adalah sejenis radang. Radang pada sel ini juga dikenali sebagai inflamasi. Dalam artikal ini, saya akan terangkan apakah kelebihan Vivix untuk kulit bermasalah.
Radang atau inflamasi kulit ialah kesan tindakbalas semulajadi kulit pada serangan luar atau dalam.
- See more at: http://norfaziela.com/kelebihan-vivix-untuk-kulit-jeragat-jerawat-dan-kusam/#sthash.3uFJzVDL.dpuf
Baik jeragat, jerawat atau kusam, semua masalah kulit ini adalah sejenis radang. Radang pada sel ini juga dikenali sebagai inflamasi. Dalam artikal ini, saya akan terangkan apakah kelebihan Vivix untuk kulit bermasalah.
Radang atau inflamasi kulit ialah kesan tindakbalas semulajadi kulit pada serangan luar atau dalam.
- See more at: http://norfaziela.com/kelebihan-vivix-untuk-kulit-jeragat-jerawat-dan-kusam/#sthash.3uFJzVDL.dpuf



Seriously, highly recommended!
Sebab saya sendiri pun memang ambil Vivix ni. Boleh baca pengalaman saya bagaimana saya mula-mula mencuba Vivix kat sini k.

Memandangkan bulan ni tengah ada promosi, jangan lepaskan peluang grab promosi harga JIMAT Vivix bulan ni tau.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit