Thursday 23 February 2017

Soya ESP Boleh Sebabkan Cyst Dan Fibroid ?


Wah. Kontroversi betul tajuk kan :)

Maklumlah, ESP ni kan sentiasa menjadi mangsa tohmahan pihak-pihak tertentu. Tapi, yang ajaibnya, walaupun segala macam fitnah ditabur, ESP tetap menjadi pujaan hati ramai orang dan selalu sangat out of stock dekat Shaklee.

Apa maknanya tu?

Maknanya, orang kita ni dah makin bijak menilai. Semakin banyak info yang kita tahu, kita gali, maka akan bertemulah kita dengan kebenarannya, dan akan makin bertambahla keyakinan kita pada ESP Shaklee ni.

Bak kata saintis Shaklee,
"We are not only claim, but we PROOVE that Shaklee is safe, natural and effective."

Betul Ke Soya Boleh Sebabkan Cyst Dan Fibroid ?

Ok, berbalik kepada soalan kontroversi di atas, betul ke soya boleh sebabkan cyst dan fibroid?

Baru-baru ni, ketua saintis Shaklee, Dr Bruce Daggy ada datang ke Malaysia untuk road tour Landmark Study. By the way, untuk yang belum tahu tentang Landmark Study Shaklee ni, boleh klik sini ya.

Dr Bruce Daggy ni bukan calang-calang orang ni. Beliau ni ketua kepada kumpulan saintis Shaklee yang seramai 70 orang yang semuanya pun bukan calang-calang orang. Dan beliau sendiri mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kesihatan dan nutrisi. Pengalaman yang sangat luas, malah berpuluh-puluh kajian beliau dah pun dipatenkan.

Sewaktu road tour Landmark Study ni, ada yang ambil peluang untuk bertanyakan soalan kontroversi ni kepada Dr Bruce Daggy.

Jawapan beliau...

Sepanjang berpuluh-puluh tahun kajian beliau, takde bukti pun yang menunjukkan soya boleh sebabkan cyst, kanser, fibroid bagai.

Tapi, jawapan beliau ni, merujuk kepada soya ESP ya.

Sebab, ada beza tau soya ESP berbanding soya yang lain. Banyakkkk sangat bezanya.

Antaranya, soya yang digunakan untuk hasilkan ESP ni adalah SOYA NON-GMO yang tak diubah genetik (baka), daripada benih sampai pengeluarannya.

ESP ni dihasilkan sejak 1951. Produk 50 tahun lebih, bukan setahun dua. Kalau betul bahaya, dah tentu berapa ramai orang yang mati sebab kanser sebab ESP. Tapi sebaliknya yang dok amalkan ESP makin sihat dan bebas kanser. Sebab apa tau? Sebab selain dari NON-GMO, cara pemprosesan pun membezakan kualiti soya. ESP dicuci dengan air (bukan alkohol), diproses dengan suhu rendah. Jadi IS, GENISTEIN & DAIDZEIN kekal dalam soya ESP.


Perbezaan soya ESP berbanding produk lain, saya akan huraikan lebih lanjut di bawah ya.

Sebelum tu, saya nak berkongsi perkongsian mereka yang amalkan soya ESP walaupun ada cyst.

Cyst 7cm semasa hamil, kecut tanpa perlu bedah


Cyst 4cm semasa hamil kecut, tanpa perlu bedah


Siapa cakap ESP sebabkan cyst?
Ramai yang minum ESP, yang ada cyst pun mengecut.

Fakta mengapa ESP soya berbeza dengan soya yang lain

1. Dari soya NON-GMO

Shaklee hanya menggunakan protin soya yang tidak diubahsuai secara genetik (NON-GMO) dan ini disahkan melalui Identity preservation program (IPP). Program ini memberi jaminan bahawa soya yang digunakan adalah dipantau dan dikawal dari penanaman dan penuaian untuk pemprosesan. Soya kat kedai yang dalam kotak tu takde nak melalui IPP ni.

2. Diproses dengan air, bukan alkohol

Kebanyakan soya diproses menggunakan alkohol. Bermaksud bila guna alkohol, komponen penting iaitu isoflavones semula jadi seperti genistein dan daidzein akan hilang. ESP diproses guna air. Jadi komponen penting ni tak hilang. Isoflavones ni la yang bantu untuk seimbangkan hormon dalam badan

3. Diproses tanpa haba

Yang paling penting sekali, proses nak dapatkan protin dari soya ni mestilah tanpa haba. Tapi apa yang kita buat kat rumah air soya tu dimasak which is boleh mengganggu asid amino yang ada dalam soya. Bad news is, yang itu yang boleh jadi toksik - tak payah buat air soya sendiri kat rumah, minum ESP lebih selamat.

4. ESP ni dah 50 tahun lebih dalam pasaran

ESP ni dah berada di pasaran selama 56 tahun uolls. Kalau ESP boleh buat orang mati sebab kanser, dah berapa juta kematian seluruh dunia disebabkan ESP berlaku dan kenapa ESP masih teguh di pasaran kalau ianya memang terbukti secara clinical bahaya. Secara clinical ye, bukan secara sembang-sembang tepi pagar dapur


Jadi...
Terbukti dah pun ESP soya ni sangat selamat tanpa ada kesan yang buruk terutamanya untuk jangka masa panjang.
Dahla tu, yang jadi best sangat ni, sebab ESP ni bagi banyak sangat manfaat untuk badan kita.

Badan jadi sihat, bertenaga, kulit cantik..
Dalaman sihat, luaran pun cantik dan sihat.

Semoga perkongsian ni dapat menjawab persoalan ramai, dan menghentikan segala fitnah yang takde bukti tu pun :)

Berminat nak cuba, contact je saya k 013-4894037.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 17 February 2017

Tanda-tanda Kolestrol Tinggi. Cegah Dan Rawat Sebelum Terlambat


Masalah kolesterol tinggi sebenarnya amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan kita mendapat penyakit jantung, strok dan sebagainya tanpa disedari.

Walaupun anda memiliki badan yang kurus, jangan ambil mudah atau pandang ringan dengan kolesterol kerana orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolestrol tinggi jika tidak mengawal pemakanan.



Apa Itu Kolestrol Sebenarnya

Kolesterol ialah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah dan di setiap sel dalam badan. .

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil ‘lipoprotein’. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (LDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Jadi, tak semestinya semua kolestrol ni bahaya dan kena buang sebenarnya. Kolestrol baik HDL ni penting dan badan kita perlukan juga.

Apakah Tahap Normal Kolestrol


Tanda-tanda Kolestrol Tinggi
  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki
  • Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher 
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk
  • Sering berasa sakit kepala
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit
  • Sakit pada dada sebelah kiri kerana pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Keadaan ini sangat bahaya kerana ia menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi
Apa Akan Jadi Jika Kolestrol Tinggi

Kolesterol terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang boleh membawa kepada kematian. Jadi penting untuk menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
  • Strok 
  • Serangan jantung 
  • Penyempitan arteri 
  • Darah tidak mengalir dengan baik 
 
Cara Mengawal Paras Kolestrol

1. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran 

Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran sehari untuk membantu mengatasi kolesterol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Banyakkan juga pengambilan makanan yang kaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

2. Amalkan makan ikan yang kaya dengan omega 3 

Ikan yang kaya dengan Omega 3 seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain dapat membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Malah Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri.

3. Makan bijirin oat 

Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolesterol jahat.

4. Makan lebih kanji dan fiber 

Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral yang terbukti boleh mengurangkan kesan kolesterol.

5. Bersenam 

Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol jahat. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah dan mengurangkan tekanan.

6. Turunkan berat badan 

Perhatikan tubuh anda. Sekiranya bahagian perut dan tengah badan disaluti banyak lemak, itu merupakan petanda risiko untuk mendapat penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain adalah tinggi.

Bagaimana Shaklee Dapat Membantu Anda Yang Menghadapi Masalah Kolestrol Tinggi

Suami saya sendiri mempunyai masalah kolestrol yang agak tinggi dulu. Then, doktor ada berikan ubat kolestrol untuk suami saya. Malangnya, ubat tu ada kesan sampingan, menyebabkan suami saya mengalami sakit lutut yang agak kronik.

So, saya cadangkan suami saya untuk berhenti ubat tu dan amalkan supplements Shaklee. Alhamdulillah, lepas berhenti ubat kolestrol tu, hilang sakit lutut suami saya dan masalah kolestrol pun terkawal. Bila check up dengan doktor, doktor pun ada bagitau yang ubat kolestrol ni memang ada kesan sampingan. Doktor pun setuju suami saya teruskan pengambilan supplement Shaklee.

Sampai sekarang pun suami saya masih mengamalkan supplements Shaklee sambil menjaga pemakanan.

Sememangnya supplements ni bukan ubat atau magic, yang menjanjikan kita sihat sekelip mata.

Namun, selain dari tips yang saya kongsikan di atas, supplements ni adalah antara ikhtiar terbaik dan semulajadi yang berkesan.

Dengan pengambilan yang konsisten dan mengamalkan tips yang disebutkan, pasti akan membantu anda menurunkan tahap kolestrol anda.

Supplements Shaklee Untuk Bantu Turunkan Kolestrol


Vivix

Merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE. VIvix betindak dari dalam DNA di amna ia melindungi dan membaiki kerosakan DNA dengan lebih berkesan.

Omega Guard

EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL. Omega juga bagus untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.

Phytocol ST

Tugas utamanya berkait dengan proses menghalang kolestrol dalam badan. Dengan mengambil Phytocol ST ini, kt tak perlu bimbang mengenai kandungan kolestrol dlm makanan yg kita makan kerana ia mencegah penyerapan kolestrol dalam darah. Juga bertindak sebagai ejen detox.

Apa Kata Mereka Yang Mengamalkan Set Kolestrol Shaklee


Anda atau keluarga anda mempunyai masalah kolestrol tinggi?? Jangan tunggu sehingga menjadi kronik, terkena serangan jantung ya. Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin bagi kolestrol tiggi, Cik Jatt 013-4894037.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 16 February 2017

5 Cara Berkesan Hilangkan Kutu Beras


Kutu Beras. Beras yang disimpan dengan cara yang tidak betul atau terlalu lama bukan sahaja boleh meninggalkan bau hapak, bahkan boleh diserang kutu! Nak hilangkan kutu beras satu per satu memang bukan satu kerja yang mudah dan memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.

Kadang-kadang masih ada kutu beras yang tersembunyi di sebalik beras hingga ketika dimasak, kita masih lagi jumpa beberapa ekor kutu tu di antara nasi. Memang geram dibuatnya kan!

Rasa macam nak buang je beras yang berkutu tu dan beli beras yang baru. Tapi, sayang la pulak, membazir kot.


Antara cara untuk kita mencegah dan menghilangkan masalah kutu beras ini, antaranya:

5 Cara Berkesan Hilangkan Kutu Beras

1. Daun Asam Jawa 

Masukkan dua atau tiga helai daun asam Jawa yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam tempat penyimpanan beras. Sesekali bukalah tempat penyimpan beras agar udaranya tidak terperangkap dan beras tidak berbau hapak.

2. Cili Kering 

Gunakan cili kering. Masukan dua atau tiga biji cili kering ke dalam tempat penyimpanan beras. Bau menyengat daripada cili kering it akan mengusir kutu. Jangan lupa untuk menutup kotak penyimpanan beras itu dengan rapat dan simpan di tempat yang kering dan sejuk. ‘Confirm’ kutu beras tidak berani datang!

3. Bawang Putih 

Anda boleh menggunakan bawang putih untuk mengusirnya kerana kutu beras tidak menyukai aroma khas bawang putih yang menyengat. Caranya adalah dengan memasukkan bawang putih yang sudah dikupas pada beras yang anda simpan. Tetapi cara ini berisiko akan merosakkan beras kerana kandungan air daripada bawang putih boleh membuatkan beras menjadi lembab dan berkulat jika disimpan terlalu lama. Sebaiknya, anda taburkan bawang putih yang sudah dihiris ke dalam beras yang sudah diletakkan di dalam talam atau bekas. Cara ini akan membuatkan kutu beras tersebut ‘cabut lari’ meninggalkan beras tersebut.

4. Kulit Kayu Manis 

Selain bermanfaat menghalau semut, ternyata kulit kayu manis juga berupaya mengusir kutu beras. Caranya cukup mudah, masukkan kulit kayu manis ke dalam manis di tempat penyimpanan beras. Aroma khasnya itu akan membuatkan kutu-kutu berasa berasa tidak selesa.

5. Jemur Di Tempat Panas 

Masukkan beras di dalam bekas yang boleh meninggalkan kesan panas seperti ‘stainless’. Kemudian jemur di tempat yang panas, lebih kurang dalam 20 minit. Tutup atasnya dengan sehelai kain putih. Panas yang ditinggalkan oleh ‘stainless’ akan membuatkan kutu beras tersebut kepanasan dan akan mencari tempat yang sejuk sehingga ia akan menempel pada kain tersebut. Anda akan lihat kutu-kutu beras itu melekat pada kain, kemudian buanglah kutu-kutu itu.

Semoga bermanfaat.
Thanks for reading :)

 

Wednesday 15 February 2017

Berak Berdarah Tanda Kanser Usus. Cegah Dan Rawat Sebelum Terlambat


Baru-baru ni, suami saya berkongsi kisah kawan sekerja beliau yang baru dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat ketumbuhan yang mungkin kanser di usus beliau. Allah, kesiannya. Muda lagi kawan suami saya tu.

Dahulunya kawan suami saya ni ada masalah buasir, dan beliau dah jalani pembedahan. Baru-baru ni, beliau sering pula mengalami berak berdarah. Mulanya, beliau ingatkan masalah buasir beliau berulang, namun setelah pemeriksaan lanjut, doktor dapati ada ketumbuhan yang berkemungkinan kanser di usus beliau.

Berak berdarah ni sememangnya salah satu tanda kanser usus. Kanser usus ni, sekiranya masih di peringkat awal, peluang untuk sembuh sebenarnya masih cerah. Jadi, dalam entry ni, saya akan berkongsi lebih lanjut antara tanda-tanda lain dan cara merawat kanser usus untuk pengetahuan kita bersama ya.


Apa Itu Kanser Usus

Barah atau kanser usus merupakan kanser kedua tertinggi di kalangan kaum lelaki dan ketiga tertinggi di kalangan kaum wanita di Malaysia yang menyebabkan kematian.

Fakta yang mengejutkan dan menakutkan kan.

Secara amnya, kanser usus adalah kanser yang menyerang usus besar (kolon, recktum dan anus).

Kanser usus berlaku apabila wujudnya polip, iaitu ketumbuhan kecil pada permukaan usus, yang berpotensi berubah menjadi prakanser (pre-cancer). Saiz polip adalah kecil iaitu satu sentimeter atau kurang, namun lama-kelamaan dalam tempoh beberapa tahun polip berubah menjadi besar dan menjadi sel kanser.

Tanda-tanda Kanser Usus
  • Najis bercampur dengan darah
  • Najis berwarna kehitaman 
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper daripada biasa
  • Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas
  • Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli
  • Perut rasa memulas
  • Terasa asyik hendak buang air besar walaupun sebenarnya tidak perlu
  • Perut rasa tidak selesa seperti senak,sakit atau kembung
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun tanpa sebab
  • Kerap penat dan letih lesu
Rawatan Kanser Usus

Rawatan bagi kanser usus biasanya adalah pembedahan. Pmbedahan dilakukan dengan memotong bahagian usus yang berpenyakit dan menyambung semula usus yang telah dipotong atau di bawa keluar ke otot perut sebagai beg najis (stoma).

Selain peembedahan, rawatan susulan seperti kimoterapi dan radioterapi juga dilakukan dan ia bergantung kepada tahap kanser.

Untuk rawatan alternatif, saya cadangkan pengambilan Vivix Shaklee yang merupakan antioksidan terbaik bagi mencegah dan merawat kanser.

Apa Kata Pesakit Kanser Usus Yang Mengamalkan Vivix

Sebelum saya berkongsi lebih lanjut tentang Vivix, dan bagaimana Vivix membantu pesakit kanser usus, saya nak berkongsi dulu antara pengalaman pesakit kanser usus yang telah mengamalkan Vivix.

Testimoni 1

Sembuh dari kanser usus tahap 4 sampai doktor pun terkejut


Testimoni 2

Perut dah tak sakit dan boleh buang air besar dengan normal


Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Kanser

Terdapat kajian yang dijalankan pada tahun 2012 menunjukkan sel-sel kanser akan memusnahkan diri mereka sendiri apabila diberi resveratrol dose tinggi.

 Proses apoptosis, pemusnahan sendiri sel

Kajian ini diterbitkan oleh PubMed, US National Library of Medicine National Institute of Health. Hasil kajian ini sedikit sebanyak memberi harapan kepada pesakit kanser limfoma untuk terus melawan sakit ini dan kembali sembuh.

Lebih menggembirakan apabila resveratrol ini terdapat didalam suplemen Shaklee iaitu Vivix, dan jumlah resveratrol di dalamnya adalah sangat tinggi.


Vivix juga amat membantu untuk pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kemoterapi bukan sahaja membunuh sel-sel kanser. Namun ia juga mempengaruhi dan memberi kesan kepada sel-sel yang sihat. Dan inilah yang menyebabkan kesan-kesan sampingan yang amat menyeksakan pesakit.

Namun, kesan-kesan ini masih dapat diatasi. Salah satu caranya adalah dengan mengambil supplemen antioksidan seperti Vivix.

Kandungan antioksidan dan resveratrol di dalam Vivix mampu merangsang tubuh untuk menghasilkan sel-sel sihat dengan lebih cepat. Ia juga membantu untuk memulihkan sel-sel yang telah rosak akibat rawatan kanser yang telah diambil.

Hasil pengambilan Vivix yang konsisten, ia akan menyekat kesan-kesan jangka panjang kimoterapi dari berlaku. Ini bermakna pesakit kanser mempunyai peluang kedua untuk hidup sihat dan gembira.

Sekiranya ia diambil pada tahap awal kanser, kemungkinan besar pesakit tidak perlu menjalani rawatan radiasi ataupun kimoterapi. Vivix juga bertindak memusnahkan sel-sel kanser dan menyekat sebaran sel-sel kanser.

Kenapa Mesti Pilih Produk Shaklee

Semestinya kerana ianya bukan berdasarkan testimoni semata-mata, tetapi terbukti selamat dan berkesan melalui pelbagai kajian. Bahan-bahan yang terkandung dalam produk Shaklee ni juga adalah semulajadi tanpa tambahan sebarang bahan kimia.

Walaupun Vivix Shaklee ni amat terkenal dalam membantu pesakit-pesakit kronik, tetapi saya sangat sarankan untuk semua orang ambil Vivix ni sebagai langkah pencegahan.

Bukankah mencegah lebih bagus dari mengubati.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda, keluarga atau kenalan anda sedang diuji dengan penyakit yang kronik seperti kanser ni, ikhtiarla dengan Vivix ni. InsyaAllah.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, Cik Jatt 013-4894037.

Klik sini untuk testimoni Vivix dan kanser lain selain kanser usus

Klik sini untuk testimoni Vivix selain kanser


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Set Berpantang Terbaik Pilihan Ramai Ibu


Tempoh berpantang merupakan tempoh yang kritikal bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Setelah 9 bulan tubuh si ibu mengalami fasa-fasa perubahan termasuk ketika proses kelahiran bayi, si ibu harus memulihkan kembali kesihatan badan dalaman dan kecantikan luaran.  

Penjagaan dalaman dan luaran semasa berpantang ni dapat membantu menguatkan dan menyihatkan badan ibu bersalin. Di samping itu, ia juga dapat membantu mengembalikan bentuk badan dan juga dapat membantu pengeluaran susu badan. Ia juga penting untuk keintiman suami isteri, setelah habis berpantang. 

Antara perkara yang membuatkan ibu-ibu mengandung pening dan hari-hari tanya encik Google adalah set berpantang terbaik untuk diambil selepas bersalin nanti.

Lagilah kalau ibu yang mengandung anak sulung kan. Bagi ibu yang pernah bersalin pula, dan mungkin tak berpuas hati dengan set berpantang yang digunakan semasa berpantang anak yang sebelumnya, pasti nak cari set berpantang yang lebih baik.


Dilema Ibu Berpantang

Pelbagai dilema yang akan dihadapi oleh setiap ibu yang mengandung, tak kirala anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. 

Dilema yang boleh dikatakan hampir sama untuk semua ibu yang akan melalui tempoh berpantang. Antaranya:
  • Kesakitan akibat jahitan ceaser atau episiotomi (di bahagian vagina)
  • Masalah penyusuan seperti sukar menyusu anak atau susu badan kurang 
  • Perubahan bentuk badan, berat badan bertambah, perut menggeleber, badan mengembang
  • Stretch mark di perut, paha, payudara 
  • Kulit kusam, jeragat, tompok-tompok hitam akibat perubahan hormon 
  • Letih dan tiada tenaga
  • Mood yang tidak tentu akibat trauma selepas proses bersalin
  • Sembelit
  • Rambut gugur
Kesemua dilema di atas dapat diatasi sekiranya ibu berpantang bersikap positif dan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Dan yang paling penting, untuk membantu proses pemulihan ibu-ibu berpantang adalah penjagaan dalaman seperti pengambilan supplemen. Pengambilan supplement atau set berpantang ni adalah satu keperluan yang wajib, bukan lagi satu pilihan.

Set Berpantang Terbaik Pilihan Ramai Ibu Zaman Sekarang

Sekarang ni memang banyak set berpantang yang berada di pasaran yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi pilihan ibu-ibu berpantang.

Dan, saya pasti semua ibu pasti mahukan set berpantang yang dapat membantu mengatasi dilema-dilema seperti yang saya senaraikan di atas.

Perasan tak, kalau tanya encik Google kan, set berpantang yang paling banyak muncul adalah Set Berpantang Shaklee.

Itu tandanya, set berpantang Shaklee ni merupakan set yang plaing mendapat tempat di hati semua ibu berpantang. Begitu banyak manfaat yang diperolehi dan masing-masing seronok berkongsi pengalaman masing-masing berpantang dengan Shaklee.

Berikut saya kongsikan juga pengalaman Puan Nadimah Muhamad, yang baru melahirkan anak beliau yang sulung dan mengamalkan Set Berpantang Shaklee.


"Hai semua. Assalamualaikum!

Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.

Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3tahun lepas lagi.

Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.

Lagi2 sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak2 kali. And Nadim BEBAS GDM!

Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.

Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin2 ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.

Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minit pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu2. TAKUT TAKDE SUSU!

Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatla 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2 bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.

Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!

Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri,drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.

Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!

Owh lupa! Lepas 2 minggu berat dah kembali 55 kg dan habis pantang berat dah 54kg!

Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.

Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10 bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!

Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!

Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu2 yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!



Ingin berpantang dengan Set Berpantang Shaklee, hubungi saya sekarang ok. Banyak kebaikan Set Berpantang Shaklee ni, yang bersalin ceaserean pun boleh ambil, takde masalah. Malah bagus sangat, sebab set ni sangat membantu untuk sembuhkan luka-luka akibat pembedahan.

Klik sini untuk tips berpantang, info lanjut dan testimoni Set Berpantang/Bersalin Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 13 February 2017

Cara Atasi Anak Selalu Demam, Batuk Dan Selsema


Ok, sebelum ni saya ada berkongsi tentang apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, kalau anak-anak selalu sakit, demam, batuk dan selsema.

Entry kali ni, saya nak berkongsi pula pengalaman Puan Wan Zainab, bagaimana beliau berhadapan dengan masalah anak lelaki beliau yang mempunyai sistem pertahanan badan yang agak lemah. Seawal usia 2 bulan lagi anak beliau sudah dijangkiti virus, demam, batuk dan selsema.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian Puan Wan Zainab. Semoga dapat memberi manfaat dan panduan kepada ibu bapa yang mempunyai masalah yang sama.


Anak mula sakit seawal usia 2 bulan  

Saya Wan Zainab Bt Wan Muhammad. Ibu kepada 2 orang anak lelaki yang sedang membesar.

Saya ingin ceritakan kisah shaklee effect anak saya Muhammad Hud. Hud berusia 1 tahun 4 bulan sekarang dan sistem pertahanan badan beliau agak lemah. Seawal usia 2 bulan Hud sudah demam. Bukan sahaja demam tapi diikuti dengan batuk juga selsema. Hud mudah terima jangkitan daripada orang lain.

Hud paling kerap demam berbanding anak pertama. Saya perasan bila demam, Hud akan selsema dan juga batuk. Batuk Hud pula berkahak dan menganggu tidur beliau. Kesian Hud bila batuk. 


Perubahan positif selepas memberi anak supplement

Umur Hud 7 bulan, saya mula berikan Hud Omega Guard, Nutriferon & Vitamin C. Alhamdulillah, nampak perubahan yang mana selsema dan batuk cepat pulih. Saya tidak risau bila keadaan ini berulang dan saya akan sediakan suplemen sahaja untuk Hud.

Kadangkala jika Hud batuk-batuk, saya juga bawanya jumpa doktor dan doktor akan check paru-paru beliau. Alhamdulillah paru-paru Hud sihat dan cuma batuk-batuk biasa sahaja. Saya risau juga. Maklumlah, masalah Pneumonia masa kini sangat berleluasa dalam kalangan bayi.

Baru-baru ini Hud selsema dan batuk. Seperti biasa saya cepat-cepat berikan Omega Guard, Vitamin C dan Nutriferon. Dalam masa 2 3 hari sudah nampak perubahannya.

Kesihatan Hud paling saya risau sebab badan beliau masih kecil dan dalam proses bina dan kuatkan antbodi untuk pertahanan penyakit. Jadi, tugas saya adalah berikan makanan yang terbaik untuk beliau.

Kini, ketiga-tiga suplemen ini adalah suplemen wajib untuk anak-anak saya. Hud sangat gemarkan ketiga-tiganya. Kalau makan vitamin C, memang tak cukup 1 biji. Sangat senang ajar dia makan suplemen. 


Nasihat Puan Wan Zainab untuk semua ibu

Saranan saya buat ibu-ibu di luar sana, berilah anak-anak anda makanan tambahan supaya badan mereka terlindung daripada sebarang penyakit bawaan Virus. Makanan sekarang ini tak sama macam zaman nenek moyang kita dahulu.

Anak-anak kita perlukan suplemen untuk top up semula nutrisi yang hilang daripada makanan yang kita makan. Tambahan pula, kanak-kanak adalah insan yang suka memilih untuk makan.

Anak-anak kita adalah harta kita. Hargailah dan sayangilah mereka.



 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Anak Selalu Demam, Batuk Dan Selsema. Apa Nak Buat?


Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak membesar dengan sihat, cergas dan bijak. Bila demam ke, batuk ke, selsema ke, mulalah kita susah hati kan. Kalau sekali-sekala ok la juga. Tapi kalau terlalu kerap, sampai kadang tu tiap-tiap bulan pun sakit, lagila susah hati.

Kenapa Anak-anak Mudah Kerap Sakit

Umumnya, sistem pertahanan badan kanak-kanak adalah masih belum matang dan dalam proses berkembang. Sebab tu kanak-kanak lebih mudah dijangkiti penyakit.

Antara perkara yang merisaukan dan membuatkan ibu apa susah hati apabila apabila anak-anak sakit adalah:
  • anak-anak menjadi lemah dan tidak aktif
  • anak-anak terpaksa bergantung kepada ubat dan antibiotik 
  • ramai anak-anak yang susah pula tu nak makan ubat sampaikan ada ibu bapa terpaksa gunakan kekerasan waktu nak bagi makan ubat. Kesian kan.
  • anak-anak yang bersekolah terpaksa cuti buat sementara dan kalau terlalu kerap dan lama, mungkin akan ketinggalan dalam pelajaran. Lagi membimbangkan, anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan
  • ibu bapa yang bekerja terpaksa mengambil cuti yang kerap untuk menjaga anak-anak
  • lebih membimbangkan, sakit yang berlarutan ada risiko untuk menjadi lebih kronik


Anak Selalu Demam, Batuk Dan Selsema. Apa Nak Buat?

Anak-anak yang selalu demam, batuk dan selsema... takkan kita nak biarkan je kan.

Apa yang kita sebagai ibu bapa boleh lakukan adalah usahalah untuk tingkatkan sistem immun badan anak-anak kita, kuatkan perisai atau pertahanan badan anak-anak kita dari jangkitan virus dan bakteria ni.

Apa yang kita boleh buat adalah:

1. Berikan susu ibu

Susu ibu adalah merupakan sumber perlindungan yang terbaik bagi bayi di bawah usia enam bulan. Ini kerana susu ibu mengandungi komponen sistem imun seperti sel darah putih dan Immunoglobulin A bagi perlindungan bayi anda.


2. Vaksinasi

Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan memberi vaksinasi kepada anak anda mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Melalui proses vaksinasi, sistem pertahanan tubuh anak anda akan dirangsang sebagai persediaan bagi menghadapi jangkitan yang sebenar, melalui penghasilan sel antibodi memori.


3. Persekitaran yang bersih dan selamat

Pastikan bekalan air yang bersih dan air minum perlulah dimasak terlebih dahulu. Anda perlulah membuat pilihan yang bijak semasa membeli makanan yang dijual diluar. Jadikan kebersihan sebagai salah satu faktor utama semasa membuat pilihan. Lebih baik, masak sendiri di rumah. Cuba elakkan keadaan ‘overcrowding’, di mana terlampau ramai orang tinggal serumah. Baik di rumah anda mahupun di tempat jagaan kanak-kanak semasa anda pergi bekerja. Risiko pendedahan penyakit meningkat dengan gejala ‘overcrowding’. Malah kualiti penjagaan bagi anak anda juga mungkin terjejas jika nisbah antara penjaga dan kanak-kanak di nursery tidak seimbang.


4. Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penuh nutrisi

Pastikan pengambilan sayur dan buah setiap hari, di samping makanan yang lain. Berdasarkan hasil kajian yang lepas, didapati jangkitan kuman lebih sering berlaku pada mereka yang mengalami kekurangan zat makanan.

5. Makanan tambahan atau supplements

Satu lagi perkara yang ramai terlepas pandang adalah tentang pentingnya makanan tambahan atau supplements. Zaman sekarang ni, supplements sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi satu pilihan. Kalau kita tengok sendiri pemakanan anak-anak kita, memang tak mampu nak penuhi segala keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan. Apatah lagi anak-anak yang memilih makan, buah-buahan dan sayur-sayuran pun tak makan. Dengan pencemaran persekitaran lagi, segala bahan kimia, asap rokok dan sebagainya. Jadi, untuk yang berkata anak-anak tak perlu supplements, buatla research, tanya pendapat kepada yang pakar dan think about it again.

Saya sendiri pun memberi supplements kepada anak-anak saya. Kalau kita tengok sekarang ni, semakin banyak supplements kanak-kanak yang berada di pasaran. Tapi, being me, saya memang jenis yang cerewet, apatah lagi bab anak-anak. Pilihan saya untuk anak-anak saya, sudah tentulah produk Shaklee. Yang dijamin semulajadi, selamat dan berkesan. Lagipun, saya yakin dengan produk Shaklee ni bukan sekadar testimoni semata-mata, tapi Shaklee ni ada Landmark Study, kajian yang membuktikan produk Shaklee betul-betul selamat dan berkesan terutamanya untuk jangka masa panjang.


Sebelum ni setiap bulan wajib ke klinik, tapi sekarang anak-anak dah makin sihat. Alhamdulillah.

Berikut saya kongsikan pengalaman sahabat kami, Puan Lina yang sebelum ini selalu risau kerana anak beliau, tiap-tiap bulan akan sakit dan terpaksa mengambil ubat di klinik. Tetapi, kini, Alhamdulillah anak beliau semakin sihat, ceria dan cergas tanpa perlu bergantung kepada ubat lagi.


"Anak-anak ni rezeki kan.. apa pun kita lakukan adalah untuk kebahagian anak-anak. Tak kira la berapa orang anak..

Ingat lagi masa anak sulung saya usia 1 tahun 6 bulan macam tu.. kulit dan kesihatan sangat rendah. Sampai boleh dikatakan setiap bulan mesti ada je ke klinik yang berdekatan. Paling risau bila demam saat suami kerja luar dan tidak bersama kami kat rumah.

Selepas dah berapa kali mencuba dan nak yang terbaik. Alhamdulillah...

Ni pula si adiknya.. kulit makin putih dan kecerahan semakin buat ibu geram... dengan dia saya bermula 100% PRODUK SHAKLEE sedari hamil sampai la usia dia sekarang 2 tahun 9 bulan.

Bersyukur sangat.. terlalu jarang ke klinik. Bila badan dedah suhu 37'c macam tu.

Antara yang saya amalkan adalah up dose Omega.. Vita C Chewable paling dia suka dan cream Herbal Blend tu untuk sejukkan badan dia. Sangat menjadi sebab cream tu ada menthol mint dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Nak kuatkan imun booster anak-anak? Saya pilih Nutriferon sekali sekala bila perlu.

Dan... mommies gojes nak tau.. ianya SANGAT JIMAT & BERBALOI dengan produk ni..

Mungkin ada anak-anak mommies yang cerewet dan sukar nak makan ubat klinik ... maka..

Inillah PENYELESAIANNYA!

Anak-anak pasti suka dan mommies yang berkerja tak perlu risau bila hantar anak ke taska. Pengasuh mahu pun anak-anak yang bersekolah.

Yang terbaik untuk dikongsi bersama. Dan pengalaman menjaga anak-anak tak sihat saat suami kerja luar dan berjauhan dari keluarga menbawa 1001 pengalaman untuk saya.

Saya rela tak belikan pakaian baru untuk mereka tiap bulan. Asalkan stok vitamin ni cukup untuk mereka anak-anak kesayangan saya.

Anda juga pasti terlalu sayangkan anak-anak dan nak yang terbaik untuk kesihatan anak-anak kan.

Buat pilihan yang terbaik. Mereka juga adalah pelaburan dan penyambung generasi kita di masa hadapan.

Alhamdulillah."


Jom berikan yang terbaik untuk anak-anak kita!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 7 February 2017

Sukar Hamil Anak Kedua? Penantian 10 Tahun Akhirnya Berakhir


Ramai pasangan mengalami kesukaran untuk mendapat anak kedua. Sedangkan sebelumnya, sangat mudah bagi para isteri untuk hamil kali pertama.

Secara amnya, apabila si isteri pernah hamil dan melahirkan anak dengan normal, selalunya tidak sukar untuk hamil semula. Kesukaran untuk hamil semula selalunya mungkin disebabkan beberapa faktor yang mengganggu kesuburan.

Pelbagai usaha dilakukan, tetapi masih tidak berjaya.

Apakah Punca Sukar Mendapat Anak Kedua ?

Setiap manusia akan diuji pelbagai ujian dan setiap kehamilan mempunyai pelbagai ujian yang berbeza. Banyakkan bersabar, teruskan berusaha dan jangan berputus harapan.

Masalah kesuburan mungkin berlaku hanya kepada salah seorang, suami atau isteri. Namun kebanyakan kes di mana kes kesuburan melibatkan kes yang lebih kompleks ialah yang melibatkan kedua-kedua pasangan suami dan isteri.


Masalah Kesuburan Suami

Masalah di pihak suami biasanya berkaitan dengan kualiti sperma yang rendah. Masalah ini berlaku sama ada bilangan sperma yang rendah dan bilangan sperma yang mempunyai bentuk yang normal juga agak rendah. Ini akan mengurangkan kebarangkalian untuk sperma itu dapat disenyawakan. Jika disenyawakan pun, ia menghasilkan janin yang tidak kuat dari segi genetik dan mudah keguguran.

Masalah kualiti sperma yang rendah ini bertambah buruk jika si suami merokok, tidak menjaga pemakanan terutama minuman berkarbonat, caffeine dan makan makanan yang banyak MSG. Berat badan yang bertambah juga menyebabkan kesuburan yang rendah.

Masalah Kesuburan Isteri

Purata wanita di Malaysia hamil pada usia 28 tahun. Apabila menunggu anak pertama membesar, dan umur semakin meningkat, kadar kesuburan semakin menurun dengan mendadak. Apabila menghampiri usia 35 tahun, isu kesuburan pada wanita menjadi hal yang utama, menjadi sebab mengapa ramai pasangan gagal mendapat anak kedua.

Ini kerana, faktor kualiti telur yang merosot dan masalah berkaitan kesihatan yang berkaitan dengan wanita boleh muncul pada bila-bila masa.

Kebanyakan wanita pula bekerja dan mempunyai gaya hidup yang tidak sihat. Faktor tekanan emosi, berat badan bertambah dan pemakanan menyebabkan kesuburan seorang wanita semakin berkurang, walaupun pernah hamil dan melahirkan anak pertama.

Berjaya Mendapat Anak Kedua Selepas 10 Tahun

Sebelum ni, saya pernah berkongsi tentang Tip Untuk Suami Isteri Yang Sukar Mendapat Anak Kedua.

Kali ni, saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana Encik Daud dan isteri beliau berjaya mendapat anak kedua selepas 10 tahun menunggu. Alhamdulillah, berkat sabar, usaha dan doa yang tak putus-putus, penantian mereka berakhir. Bayangkan 10 tahun tu, satu jangka masa yang amat panjang.


PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR

"Assalamualaikum.

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah."


Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Tingkatkan Kesuburan

Seperti yang Encik Daud kongsikan, usaha terakhir yang beliau dan isteri beliau amalkan sebelum disahkan hamil adalah, mengambil supplement Vivix Shaklee.

Apa tu Vivix? 

Vivix Shaklee ni boleh dikatakan semakin mendapat perhatian setelah ramai yang mengetahui keistimewaan dan manfaatnya. Vivix merupakan satu-satunya supplement yang terbukti melalui kajian sains dan mempunyai Landmark Study, mampu merawat sel-sel badan kita hingga tahap DNA.

Vivix  mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai antioksidan yang kuat berbanding antioksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi antioksidan maka semakin berkuranglah “Oxidative Damage”. Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.
 
Jadi, fungsi Resveratrol itu tadi adalah melindungi sel telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidative damage. Apabila telur yang ‘dilindungi’ ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN.




Cara Untuk Mendapatkan Vivix Shaklee

Vivix ni merupakan campuran botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Ianya adalah Shaklee patent pending dan hanya boleh didapati di Shaklee.

Jangan tunggu lama untuk ikhtiar mendapatkan cahaya mata kedua anda.

Ikhtiarlah untuk tingkatkan peluang mendapatkan cahaya mata dengan Vivix bagi membantu sel badan sihat dari dalam. Kita berusaha, selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Cara nak dapatkan mudah sahaja.
Boleh hubungi saya terus, Cik Jatt 013-4894037 untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi. Dan juga untuk special offer dengan pembelian Vivix ni.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 1 February 2017

Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Dengan Mudah Dan Berkesan


Melalui entry yang pernah saya kongsikan sebelum-sebelum ni tentang cara hilangkan parut berlubang, Alhamdulillah, semakin ramai yang menghubungi saya untuk konsultasi.

Ramai yang berasa risau dan malu dengan parut berlubang di wajah mereka.
Dah cuba segala macam produk, duit pun dah banyak habis, tapi parut berlubang tu tetap takde perubahan.


Kalau setakat parut yang jenis hitam dan merah tu, bole la juga nak tutup dengan bedak atau make up.

Itu pun, takkan la nak berbedak bagai 24 jam. Lagila kalau parut yang serius, tak cantik juga jadinya, sebab mau tebal seinci bedaknya kalau nak fully cover.

Inikan pula parut berlubang, memang dijamin tak boleh cover dengan sebarang bedak atau make up. Kalau duduk di bawah cahaya matahari tu, memang lagi terserlah lubang-lubang tu.

Parut Berlubang Hilang 50% Hanya Dalam Masa Seminggu

Awal tahun ni, saya menerima satu message dari seorang customer yang bertanyakan tentang cara bagaimana nak hilangkan parut berlubang. Parutnya agak serius, dah tak tau nak buat apa katanya.

Jadi, saya mencadangkan beberapa supplements Shaklee yang boleh membantu masalah parut berlubang beliau.

Selepas hanya dalam masa seminggu, beliau feedback, parut berlubang dah 50% hilang !


Alhamdulillah, hanya dalam masa seminggu dah hampir hilang sepenuhnya parut berlubang beliau. Saya pun tumpang gembira.

Selain parut berlubang makin hilang, kulit beliau pun jadi semakin anjal. Shaklee terbaik katanya :)

Parut Berlubang Ni Boleh Hilang Ke Sebenarnya ?

Ramai yang ingat, parut berlubang ni tak boleh hilang. Ya, saya dulu pun ingat macam tu. Kalau sebut parut berlubang ni, saya terbayang laser je dulu.

Tapi, sebenarnya kan, pengambilan vitamin atau supplements pun boleh juga rupanya.

Ok, saya bahagikan cara hilangkan parut berlubang ni kepada 3 bahagian ya:

1. Penggunaan krim atau produk kecantikan

Ramai yang cuba menghilangkan parut berlubang pada wajah dengan menggunakan pelbagai jenis krim yang banyak mengandungi bahan kimia.

Walaubagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui masalah parut berlubang ini sebenarnya tidak dapat diatasi dengan penggunaan produk kecantikan atau krim yang menjanjikan penyembuhan masalah itu.

Jadi, jangan buang duit dengan membeli krim yang mendakwa boleh menghilangkan parut berlubang. Fakta ni dari doktor pakar kulit tau, bukan saya memandai-mandai je.


2. Rawatan laser

Rawatan laser juga agak popular sebagai salah satu cara hilangkan parut berlubang.
Rawatan ni menggunakan alat yang berteknologi tinggi dan hanya boleh dilakukan oleh doktor pakar.

Ada yang pernah mencuba rawatan laser?

Saya tak pernah lagi la buat rawatan laser ni, tapi yang pastinya, ia perlukan kos dan tahap kesabaran yang amat tinggi.

Kosnya, dah sah la ribu-ribu atau mungkin berpuluh ribu. Sebab perlu melalui beberapa sesi juga. Kalau nak buat, kena complete la semua sesi, bukan setakat satu atau dua sesi je.


3. Pengambilan vitamin / supplement

Macam yang saya huraikan di atas, penggunaan krim atau produk kecantikan tidak berkesan untuk hilangkan parut berlubang. Ini adalah kerana ia hanya bertindak di lapisan luar kulit dan tidak mampu merawat tekstur kulit yang rosak.

Manakala, rawatan laser pula menjadi pilihan sesetengah orang kerana ia mampu membaiki dan membina kolagen kulit yang baru. Tapi tu la kan, kosnya agak mahal juga la, dan mungkin terpaksa melalui proses yang agak menyeramkan juga bagi sesetengah orang.

Jadi, apa yang saya nak kongsikan di sini adalah cara yang semakin mendapat perhatian ramai iaitu dengan pengambilan vitamin atau supplements. Cara ni adalah yang paling mudah, tiada risiko, selamat dan berkesan.

Teruskan pembacaan ya, saya akan terangkan dengan lebih lanjut di bawah..


Bagaimana Vitamin Membantu Hilangkan Parut Berlubang

Masalah parut berlubang ni melibatkan tekstur kulit yang dah berubah dan rosak, sebab tu dah sampai berlubang lapisan kulit.

Seperti mana rawatan laser, pengambilan vitamin atau supplements ni juga membantu membaiki tekstur kulit yang rosak dan membina sel kulit baru yang sihat.

Cuma, proses ni adalah semulajadi dari dalam sebab vitamin atau supplements ni kita makan.
Tambahan lagi, supplements Shaklee ni juga memberi manfaat untuk kesihatan kita.

Buat yang masih belum mengenali Shaklee, semua supplements Shaklee adalah semulajadi, dijamin halal dan selamat. Setiap produk telah melalui pelbagai kajian sebelum dikeluarkan dan pihak Shaklee sendiri telah melaburkan berjuta-juta dolar untuk memastikan produk yang dikeluarkan mempunyai kualiti yang terbaik.


5 Cadangan Supplements Shaklee Untuk Hilangkan Parut Berlubang

Vitamin E
  • Vitamin E sememangnya terkenal sebagai vitamin yang membantu masalah parut. Juga membantu menyembuhkan luka dengan cepat, membaiki tekstur kulit dan melancarkan peredaran darah.
Vitamin C
  • Membina collagen, menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan halus
ESP
  • ESP merupakan protein tambahan terbaik yang dihasilkan dari soya non-GMO. Protein penting untuk pembinaan sel kulit baru yang sihat, serta menggantikan sel kulit mati seperti parut.
Shaklee Collagen Powder
  • Collagen Shaklee adalah collagen premium yang dihasilkan dari sisik ikan merah laut dalam, mempunyai berat molekular yang ringan, sangat mudah diserap dalam badan. Kesan lebih cepat dan bagus, untuk build up balik kulit yang sihat. Nnati permukaan kulit cantik dan licin jer...
Vivix
  • Vivix ni merupakan produk Shaklee yang paling hebat, sampai digelar tonik ajaib. Bukan sebab ada tok batin jampi-jampi botol tu, tapi kerana ia membantu memulihkan sel badan termasuk sel kulit kita daripada tahap DNA lagi. Sebab tu kesannya pun menakjubkan dan customer saya yang ambil set dengan Vivix ni, kesannya lebih cepat dan yang paling tebaik.
Dengan pengambilan supplements ni pun, ramai yang dah berjaya kurangkan masalah parut jerawat berlubang ni, dah makin cantik kulit masing-masing. Alhamdulillah.

Klik sini untuk testimoni lain parut jerawat berlubang

Setakat ini, dah ramai yang saya bantu untuk masalah parut berlubang ni.
Terima kasih atas kepercayaan anda.

Hubungi saya segera k untuk hilangkan masalah parut berlubang yang merungsingkan anda tu.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk anda.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit