Tuesday 27 February 2018

Harga Murah Dan Jimat Produk Penjagaan Kulit Terbaik, YOUTH Dari Shaklee


Sana sini YOUTH.

Teruja betul masing-masing.

Ada yang teruja berkongsi review selepas menggunakan YOUTH.
Ada yang teruja dan tak sabar-sabar untuk mencuba YOUTH.

Bagi yang ingin mencuba set penjagaan kulit YOUTH dari Shaklee, saya sangat menggalakkan anda untuk merebut peluang harga jimat yang akan Shaklee tawarkan pada Mac 2018 ni. Bukan sahaja harga jimat dan murah, anda layak untuk mendapat beberapa barangan eksklusif YOUTH secara PERCUMA. Limited time offer tau ni. Shaklee buat khas untuk semua, supaya lebih ramai yang berpeluang untuk mencuba set penjagaan kulit premium ni.


Sebelum saya berkongsi dengan lebih lanjut tentang promosi istimewa ni, apa kata kita berkenalan dulu dengan produk-produk yang terdapat di dalam set penjagaan kulit YOUTH dari Shaklee.

6 Produk Yang Ada Dalam Set YOUTH

1) Luminous Gel Oil Cleanser


Luminous Gel Oil Cleanser ini tidak mengandungi sabun dan ianya pH-seimbang. Ia gabungan cleansing oil dan cleansing gel untuk membantu menanggalkan make up dan habuk dan cleansing gel pula membantu untuk kekalkan kelembapan. Ianya sangat lembut ke atas kulit. Dan kerana itu, ia sesuai untuk semua jenis kulit, yang kering mahupun berminyak.

2) Perfecting Skin Toner


Perfecting Skin Toner seolah-olah mencuci kali kedua untuk membantu membersihkan kulit mati, melembap, bekalkan nutrisi, selain menutup liang pori yang terbuka sewaktu mencuci. Terdapat alga hijau di dalamnya unutk membantu menghidrat, mengurangkan inflammation dan sensitiviti.

3) Radiance C + E


Radiance C + E merupakan 20% concentration Vitamin C & Vitamin E. Nutrien di dalam kapsul berwarna emas ini boleh bantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan garisan halus serta kedutan pada kulit. Juga membaiki tona kulit secara kesuluruhan.

Istimewanya lagi, kapsul berwarna emas itu juga berasaskan tumbuhan, 100% terbiodgrasi dan diformulasi tanpa sebarang bahan pengawet. Nampak macam remeh, kulit kapsul je kan, tapi Shaklee ambil berat perkara begini.

4) YOUTH Activating Serum


Serum merupakan HERO dalam set penjagaan kulit YOUTH. MUST HAVE. YOUTH Activating Serum adalah 10x lebih aktif untuk memberikan langkah regenerasi kritikal. Satu campuran vitamin, polifenol, dan YOUTH Complex menyokong pengeluaran kolagen dan diperbaharui di peringkat sel, menjadikan kulit bertindak lebih muda, berseri dan remaja.

5) Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50


Krim pelembap ini menghasilkan perlindungan SPF 50 dari sinaran UVA/UVB matahari dan juga melindungi kulit kita dari pencemaran alam sekitar. Ia membantu melembapkan dan membaiki tona kulit kita.

6) Advanced Renewal Night Cream - Light


Krim malam ini direka khas bagi menyokong proses pembaharuan kulit semasa tidur. Krim ini menghidrat dan melembutkan kulit kita hingga jauh ke dalam kulit. Gabungan ramuan botani proprietari Shaklee membantu pengeluaran kolagen dan elastin untuk menjadikan kulit lebih lembap sekata, muda, licin dan bercahaya.

2 Pilihan Set Promosi Harga Jimat Sempena Pelancaran YOUTH Dari Shaklee

SET 1 : Starter Set


Apa Produk Di Dalam Starter Set?

Set ini mengandungi 4 produk iaitu:
  • Luminous Gel Oil Cleanser
  • Perefecting Skin Toner
  • Age Defense Moisturizer - SPF 50
  • Advanced Renewal Night Cream - Light
Untuk Siapa Starter Set?

Set ini adalah set asas penjagaan harian untuk kulit normal yang tiada masalah kulit.
Sesuai untuk:
  • Golongan umur muda
  • Lelaki yang mencari rejim yang cepat dan ringkas
Apa Yang Akan Anda Dapat Apabila Membeli Starter Set?

Selain harga yang sangat jimat, seperti yang terdapat di dalam poster promosi di atas, dengan setiap pembelian Starter Set pada Mac 2018, anda akan mendapat:
  • PERCUMA kos penghantaran
  • PERCUMA Two-Way Magnifying Mirror (bernilai RM 29.81)
  • PERCUMA Regimen Card
SET 2 : Intensive Treatment And Repair Set


Apa Produk Di Dalam Intensive Treatment And Repair Set?

Set ini mengandungi 6 produk iaitu:
  • Luminous Gel Oil Cleanser
  • Perefecting Skin Toner
  • Age Defense Moisturizer - SPF 50
  • Advanced Renewal Night Cream - Light
  • YOUTH Activating Serum
  • Radiance C+E
Untuk Siapa Intensive Treatment And Repair Set?

Set ini adalah set penjagaan lengkap kulit, di samping meremajakan, merawat dan membaiki kulit.
Set ini mencegah tanda-tanda penuaan, merawat dan membaiki kulit dengan tanda-tanda penuaan (bintik-bintik hitam, jeragat, kedutan, garis halus, liang pori besar, kulit kusam). Set ini juga membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat termasuk masalah jerawat yang kronik.
 
Dengan penggunaan set ini set ini secara konsisten, hasilnya:
  • Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, garis halus, kedutan, liang pori besar, kulit kusam dapat diatasi
  • Kulit kelihatan lebih cerah, bercahaya, muda
Apa Yang Akan Ada Dapat Apabila Membeli Intensive Treatment And Repair Set?

Selain harga yang sangat jimat, seperti yang terdapat di dalam poster promosi di atas, dengan setiap pembelian Intensive Treatment And Repair Set pada Mac 2018, anda akan mendapat:
  • PERCUMA kos penghantaran
  • PERCUMA Radiance C+E (bernilai RM 437.25)
  • PERCUMA YOUTH Beauty Bag (bernilai RM 50.35)
  • PERCUMA Regimen Card
  • PERCUMA Shaklee membership (bernilai RM 68.90)
  • BONUS TUNAI sebanyak lebih kurang RM 43 masuk ke account bank anda :)
Antara SET 1 dan SET 2, sudah tentulah pilihan SET 2 lebih untung kan.
Siap boleh dapat percuma Radiance C+E. Produk paling power kesannya tu :)

Testimoni Pengguna YOUTH Dari Shaklee

Testimoni 1

Selepas 7 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, masalah jerawat dan jeragat di bahagain hidung serta pipi beliau semakin hilang sepenuhnya. Parut di bahagian dagu juga semakin pudar. Kulit beliau kelihatan lebih sihat, bersih dan berseri.

Testimoni 2

Selepas 7 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, parut-parut di wajah beliau semakin hilang sepenuhnya. Kulit semakin lembap, cerah dan sekata. Lingkaran di bawah mata juga hilang.

Testimoni 3

Selepas 15 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, masalah bintik-bintik hitam dan liang pori besar di sekitar hidung beliau telah hilang sepenuhnya.

Testimoni 4

Selepas 30 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, masalah jeragat di seluruh wajah beliau pudar! Kulit lebih sihat, bersih dan berseri.

Testimoni 5

Selepas 60 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, masalah jeragat di pipi beliau semakin pudar. Garis-garis halus di bahagian dahi dan sekitar mata juga makin berkurang. Kulit semakin cerah dan tona lebih sekata.

Dah la teruja dengan promosi sempena pelancaran ni, makin teruja lagi dengan testimoni-testimoni pengguna yang sangat amazing! Disebabkan ramai yang dah sempat beli set YOUTH hari tu di Shaklee Business Conference, makin banyak la testimoni-testimoni hebat.

Berkobar-kobar rasa nak cuba.

Betul Ke YOUTH Dari Shaklee Ni Berkesan ?

YOUTH adalah revolusi kepada skincare semulajadi yang mementingkan kesan. Asas kepada kulit cantik adalah pembaharuan sel. Bila umur meningkat semua dari kita alami proses pembaharuan sel yang lambat. Dengan teknologi canggih untuk hasilkan YOUTH ianya bukan sahaja menangani masalah kulit dan penuaan pada permukaan kulit tapi jauh ke peringkat sel kulit.

Untuk koleksi testimoni mereka yang menggunakan YOUTH dari Shaklee
>> Testimoni YOUTH Dari Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan YOUTH Dari Shaklee ?

Kalau anda dah banyak berhabis duit, masa, tenaga dan emosi dalam misi mencari set penjagaan kulit yang bagus, tapi belum nampak kesan yang terbaik untuk masalah kulit anda, saya sangat recommend anda untuk mencuba YOUTH. InsyaAllah sangat berbaloi.

Setiap produk dalam set penjagaan kulit YOUTH saling bersinergi dan bekerjasama untuk memberikan hasil terbaik kepada kulit. Jadi, seeloknya amalkan set lengkap yang mengandungi pencuci muka, toner, serum dan pelembap siang serta malam. Untuk kesan yang lebih baik, tambahkan Radiance C+E.

Dan jangan lupa untuk gunakan secara konsisten ya.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: