Friday, 30 September 2011

Testimonial 2 Part 2 : F'iena Beauty - Rice Milk Whitening Set. Pengalaman cik jatt.

bersambung dari entry Part 1 ni

penat aku dok menggodek balik gambar-gambar lama nak cari gambar semasa zaman gelapku dulu, time tengah suffer dengan masalah jerawat tu. tapi gambar-gambar lama kebanyakannya ada dalam external harddisk cik abang and harddisk tu  macam ada problem. jumpa satu jer gambar dalam laptop ni yang aku rasa boleh nampak la jugak masalah kulit aku dulu.

sebelum menggunakan F'iena Beauty


teruk kan muka aku dulu. jerawat memang banyak, yang kecik yang besar semua ada. parut jerawat pun banyak kat pipi, kulit kusam je. gambar ni tahun 2010, tak pasti bulan berapa. time ni, macam-macam produk aku try, tapi semua tak berkesan. sampai dah fed up, memang rasa down giler.

satu hari tu, kakak aku ada cakapla dia try satu produk baru, member dia punya. aku tengok memang kulit kakak aku cun time tu. then, aku pun suruh kakak aku tolong beli satu set, just try, mana tau berkesan. mula2 tu takut gak nak try, tapi aku confident sikit nak try sebab aku tau produk ni tak strong sebab takde proses pengelupasan. tu yang berani nak try tu.

lepas seminggu pakai, Alhamdulillah, jerawat-jerawat kat muka aku mula hilang. takde lagi jerawat-jerawat besar naik. sampai sekarang, kalau ada pun yang kecik2 jer time nak datang bulan.

aku bersyukur sangat dengan perubahan kat kulit aku sekarang. macam tak percaya pun ada jugak. nak kata perfect tu takla kan, takla gebu mana. tapi yang pasti, aku tak risau lagi dengan masalah jerawat dan kulit berminyak. kulit pun makin cerah, naturally, bukan terlebih putih macam pakai Clorox ok. parut jerawat yang lama-lama tu pun dah makin pudar. 

dah lebih kurang setahun aku pakai produk ni, dan sampai sekarang aku sangat puas hati dengan produk ni. member2 and family aku pun ada try, Alhamdulillah setakat ni semua puas hati. seronok dapat berkongsi product yang bagus dengan orang lain, especially yang kulit bermasalah supaya mendapat kulit yang diidam-idamkan. kalau tak cuba tak tau kan:)

selepas menggunakan F'iena Beauty


ni latest gambar aku, muka tanpa sebarang make-up. just pakai F'iena Beauty Day Cream. gambar pun takde edit-edit ok


ni pulak gambar pakai compact powder sikit. pun takde edit-edit

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk F'iena Beauty, klik sini

F'iena Beauty

satu set hanya RM 70

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)

Your Beauty Is Our Priority!

31 comments:

  1. Wow.. impress sgt2 Cik Jat.. harus ke Hana cuba ni? xde set trial ke? :-p

    ReplyDelete
  2. menarik..kita ada parut2 jerawat..kita pun takut nak cuba produk sebarangan..ermm..akan difikirkan..hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah berkesan nie dik .. ok lah teruskan kalau ok utk kulit wajah kan .. sbb kulit wajah nie x sama .. sgt2 sensitif , lain org lain pulak ragamnye :)

    ReplyDelete
  4. Ketara perubahan wajah tu Cik Jatt. Boleh cuba nanti.. tunggu gaji masuk dulu..

    ReplyDelete
  5. Kakak nak tahu kos penghantaran kalau di JB bagaimana. Nanti kakak click yg CJ suruh - kakak belum click lagi masa kemen kat sini...

    ReplyDelete
  6. bagus nampaknya produk ni...

    tp akak baru first time dengar ni..hihi

    alhamdulillah dah takde lg masalah jerawat tu kan...

    ReplyDelete
  7. wahhh bagus la kena ngan kulit uols
    dah ilang semua kesan jerawat ek
    ai rasa muka ai dulu pow mcm uols gak
    but since tinggal kat nihon much better maybe selalu makan sushi,green tea dan benda2 yg cihat kot...

    ReplyDelete
  8. sgt ketara perubahannye..
    mmg sesuailah dgn kulit cik jatt..

    ReplyDelete
  9. haah la..mmg berkesan...
    kita ni jenis kulit yg sama la..dulu eli pun mcm awk jgk..teruk gile..mmg tingin nk letak gambar dulu²..tp tu la, external hardisk wat perangai

    ReplyDelete
  10. best kan bila tengok perubahan kalo produk berkesan..menarik ni :D

    ReplyDelete
  11. salam.. hi thr..
    thanks folo cinta's territory,
    sy folo sini balik..

    salam ziarah..
    ;}

    ReplyDelete
  12. hana. nak try ker. boleh jer. mana tau sesuai ngan hana. takde trial set la yang

    ReplyDelete
  13. missbby. saya pun banyak giler parut jerawat. kalau nak try product ni let me know k.

    ReplyDelete
  14. itula kak ieda. Alhamdulillah akhirnya jumpa yang sesuai

    ReplyDelete
  15. syani. if nak nanti, let me know k:)

    ReplyDelete
  16. product baru akak. jual kecil-kecilan jer. Alhamdulillah saya jumpa product ni, sesuai ngan saya:)

    ReplyDelete
  17. ayu. i dulu time kat german pun tak ok. agknya kalau i kat jepun, kulit i pun jadik cantik kut. hehe

    ReplyDelete
  18. haah lily. banyak sangat perubahan:)

    ReplyDelete
  19. ye ker eli. kulit eli sekarang pun dah ok sangat. pakai apa eh

    ReplyDelete
  20. sya takde maslah kulit,
    selalu main bedal je produk apa pun...

    asal ada offer mesti beli...heheh

    tngok jatt ni rasa nak try ni lak...

    syukur la jatt dah jumpa yg serasi")

    ReplyDelete
  21. wan nmpk ketara yer sis..hehe tapi jijah takut mencuba2 ni..salah produk muka jijah teruk..huhuhu

    ReplyDelete
  22. wow truja tgk kulit muka cik jatt skrg..sgt2 berbeza dgn dlu..alhamdulillah kann..yg penting berani mencuba. :)

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah sesuai dgn muka jat...

    ReplyDelete
  24. Sis.. nkn pkai produk shaklee?

    ReplyDelete
  25. salam sis jat, untuk ibu mnyusu sesuai x?klu blh nak try..

    ReplyDelete