Thursday 25 May 2017

Ketahui Bagaimana Gadis Ni Hilangkan Masalah Jerawat Yang Telah Dialaminya Selama 10 Tahun


Ada orang yang dilahirkan dari muda sampai la ke tua takde masalah jerawat.
Ada orang yang waktu sekolahnya muka penuh jerawat, tapi bila usia dah makin bertambah licin pula kulitnya.
Ada orang yang waktu sekolahnya muka licin je, tapi bila dah semakin meningkat usia, macam-macam masalah kulit timbul. Saya termasuk dalam golongan ni. Korang yang mana?

Jerawat ni bukanlah satu penyakit yang serius.

Tapi, kesan akibat masalah jerawat ni yang serius sebenarnya.

Masalah hilang keyakinan diri, stress, malu, tertekan, sering diejek dan macam-macam lagi masalah yang boleh timbul.

Macam-macam cara dah buat, macam-macam produk dah guna, duit dah banyak berhabis, tapi masalah jerawat tak juga selesai.

Bukan setakat sebulan dua, malah bertahun-tahun merana dengan masalah jerawat.

Jerawat Boleh Hilang Jika Tahu Caranya

Berdasarkan pengalaman saya yang juga bertahun-tahun mengalami masalah jerawat yang agak kronik dulu, jerawat ni memang susah nak hilang. Sebab, saya tak tau caranya.

Tapi, Alhamdulillah, sekarang kulit saya pun dah makin banyak improved. Sebab saya dah jumpa jalan penyelesaiannya :)

Seperti kisah yang akan saya kongsikan berikutnya ni pun, Cik Farah Wahida, yang menderita masalah jerawat selama 10 tahun sejak beliau masih bersekolah.

Tapi, sekarang ni, dah makin cantik berseri adik ni. Natural beauty gitu. Macam tak percaya pula yang adik ni pernah mengalami masalah jerawat yang kronik sebelum ni.

Jom baca pengalaman yang dikongsikan oleh beliau.


Assalammualaikum. Nama Saya Farah Wahida. Berumur 23 tahun. Saya berasal dari Maran, Terengganu. Tapi menetap di Kemaman, Terengganu.

Masalah saya sebelum dipertemukan dengan Shaklee adalah masalah muka berjerawat, berminyak dan berparut yang sangat teruk. Saya ada masalah ini sejak darjah 6. Saya banyak pakai produk untuk rawat kulit muka saya, tapi semua tak menjadi dan ia makin teruk. Sehingga saya rasa sangat tertekan dan tak mahu merawat lagi.

Saya dipertemukan dengan Shaklee oleh upline saya pada Disember 2016 ketika saya berumur 21 tahun. Dimana beliau beri cadangan kepada saya untuk menggunakan produk ini iaitu GLA Complex, ESP , Vitamin C dan Nutriwhite untuk menstabilkan hormon dan membaiki sel kulit muka saya. 

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dalam masa 4 bulan saya dapat perubahan yang ketara. 

Kulit tak berminyak, jerawat tak naik dah. Parut dah berkurang. Syukur sangat. Kesan yang sangat-sangat saya tak jangka. 

Shaklee Produk No.1 dalam hidup saya."


Betul Ke Set Kulit Shaklee Berkesan?

Ramai sangat yang dah berjaya menghilangkan masalah kulit seperti jerawat, jeragat, parut dengan Set Kulit Shaklee. Termasukla saya sendiri :)

Untuk info lanjut dan testimoni pengguna klik sini
>> Cerahkan Kulit Dan Hilangkan Jerawat Dengan Set Kulit Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Set Kulit Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 8 May 2017

Gigi Susu Perlu Dicabut Atau Dibiarkan Bila Gigi Kekal Mula Tumbuh?


Siapa yang takut dengan doktor gigi?

Bukan budak-budak je yang takut doktor gigi ni, tapi mak budak pun takut. Saya la tu :)

Anak-anak saya pun ada juga perasaan takut nak jumpa doktor gigi. Tapi masih dalam kawalan la.
Baru je minggu lepas kakak Aina jumpa doktor gigi sebab gigi berlubang teruk, jadi terpaksa la cabut.

Irfan pun pernah juga cabut gigi dulu. Sebab gigi kekal dah naik, padahal gigi susu tu tak tercabut lagi. Dia jadi bertindan. Tapi nasib baik gigi kekal tu tumbuh elok, tak senget.

Ramai juga ibu bapa yang dalam dilema. Perlu ke dibiarkan je gigi susu ni, atau perlu dicabut bila gigi kekal dah mula tumbuh. Tapi, pada saya, dalam kedua-dua kes anak saya tadi, memang takde jalan lain dah. Kena cabut je la gigi susu tu, tak boleh dibiarkan.

Gigi Susu Perlu Dicabut Atau Dibiarkan Bila Gigi Kekal Mula Tumbuh?

Gigi susu anak telah mula bergoyang dan gigi kekal sudah tumbuh agak panjang dalam posisi menyenget. Timbul kekeliruan pada fikiran ibu bapa sama ada ingin mencabut gigi susu tersebut untuk memberi laluan kepada gigi kekal tumbuh atau membiarkan sahaja gigi susu tersebut tercabut sendiri.

Situasi begini biasa terjadi pada kanak-kanak yang mula melalui fasa tumbuh gigi kekal seawal usia enam tahun. Bagaimana untuk membuat keputusan sama ada perlu mencabutnya atau tidak?

Sekiranya dibiarkan adalah gigi kekal tersebut akan tumbuh senget dan bertindan.


Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar enam bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia dua setengah hingga tiga tahun, semua gigi susunya telah tumbuh sepenuhnya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, diikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.   
   
Apabila umur kanak-kanak sekitar enam tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Hal ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika gigi yang bergoyang dicabut terlalu awal, maka gigi kekal yang bakal tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Biasanya gigi yang bergoyang akan tertanggal sendiri apabila tiba masanya.

Mitos yang mengatakan sekiranya gigi susu yang sudah bergoyang tidak dicabut segera, gigi kekal yang tumbuh akan menjadi tidak tersusun dan bertindan adalah tidak benar sama sekali.

Bila Gigi Susu Perlu Dicabut ?

Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan gigi si manja dicabut oleh para doktor gigi iaitu:

1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas dan gigi susu belum tanggal lagi.

2. Gigi susu boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.

3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.

4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.

5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan berani untuk mencabut gigi anak yang sudah bergoyang.

Semoga info ni bermanfaat dan memberi panduan untuk kita semua :)

Thanks for reading.

Friday 5 May 2017

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Betul Tanpa Perlu Berlapar


Dah lama pula rasanya tak berkongsi tips kurus atau kurangkan berat badan ni.

Kebetulan pagi tadi kakak saya tag saya kat Facebook, dia tengah berazam nak kurangkan berat badan balik katanya. Kakak saya ni, jenis yang cepat naik berat badan, memang pernah sampai tahap obes la dulu. Tapi Alhamdulillah, bila dah insaf tu, dah mula gigih berusaha diet, so slim juga kakak saya akhirnya. Semenjak dua menjak ni, nampak naik sikit pula la badannya, mana taknya asyik keluar makan je dengan cik abang. Apa pun, saya yakin boleh punya la kakak saya kuruskan badan balik.

Susah ke nak kurangkan berat badan ni?

Kalau tanya orang yang takde masalah berat badan, atau yang memang jenis berat badan susah naik, jawapannya, mestilah tak susah pun.

Tapi, cuba tanya orang yang cepat naik berat badan, atau orang yang sentiasa berusaha nak kurus, tapi tak kurus-kurus. Jawapannya mestilah, susah sangat!

Saya yakin, pasti ramai yang berazam tahun 2017 ni nak kurus.
Jadi, go for it. Kita masih lagi di awal tahun 2017 ni, semangat pun tengah membara-bara. Jangan pula lengah-lengah sampai hujung tahun baru nak mula.

Tips Turunkan Berat Badan Dengan Betul Tanpa Perlu Berlapar

Apa-apa pun jom check it out tips-tips menurunkan berat badan dengan betul dan lebih efisen.
Kita buat step by step la ye. Jangan sesekali amalkan pil kurus yang bukan-bukan, extreme diet atau diet ikat perut semata-mata nak kurus dengan cepat.

1. Kenalpasti Body Mass Index (BMI) 

Langkah paling utama, kenalpasti dulu BMI kita, formulanya adalah bahagikan berat (kg) dengan tinggi (cm2), jawapan yang kita dapat akan menentukan kategori kita sama ada underweight, normal, overweight ataupun obesiti. Boleh buka website ni untuk kirakan BMI dengan cepat –> nhlbi, semakin tinggi BMI kita, semakin tinggi juga risiko kita untuk mendapat penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan Diabetes.

2. Tetapkan gol dengan jelas; tulis ! 

Tulis target kita. Tulis berapa berat badan yang kita nak, atau tulis berapa banyak berat yang kita nak turun. Boleh juga wujudkan satu dairi untuk kita tulis apa yang kita makan dan berapa banyak kalori dalam satu hari. Tuliskan juga aktiviti fizikal yang kita buat untuk membakar kalori-kalori tadi. Diari-diari ni memang agak memakan masa tapi sangat penting supaya kita sentiasa jelas dengan matlamat kita dan tahu ‘progress’ kita

3. Bukan makan banyak setiap kali, tapi makan banyak kali

Wajib ambil breakfast, kajian menunjukkan mereka yang skip breakfast tend untuk makan lebih banyak dan sukar menurunkan berat badan. Jadi, ambil semua heavy meal seperti breakfast, lunch dan dinner. Tapi pastikan dalam kuantiti yang sedikit lah. Separuh pinggan penuh dengan sayur, suku pinggan protein dan suku lagi karbohidrat.

4. Minum air putih secukupnya

Setiap 25kg berat badan perlu minum 1L air. Sebagai contoh, mereka yang berat 75 kg perlu minum 3L air untuk mencukupkan keperluan harian. Ia juga bergantung kepada aktiviti fizikal individu, sekiranya kerja tengah panas, banyak berpeluh, banyak bersukan, ibu menyusu, lagi lah kena minum banyak. Jangan minum minuman manis, air gas, minuman dalam tin, termasuklah jus-jus buah yang djual dalam botol. Sebenarnya, ramai juga yang berjaya menurunkan berat hanya dengan kurangkan pengambilan gula.

5. Banyakkan aktiviti fizikal, kurangkan duduk saja

Haruslah berkorban sedikit untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Pilihlah untuk menggunakan tangga bukan lif, parking jauh bukan betul-betul depan pintu bangunan, berjalan laju bukan melenggang kangkung. Dan kurangkan juga aktiviti duduk saja seperti menonton televisyen, mengadap komputer, termasuklah memandu kenderaan selama berjam-jam. Kajian menunjukkan mereka yang banyak duduk, berisiko tinggi untuk obesiti, mendapat penyakit jantung dan diabetes. Lebih-lebih lagi, sambil duduk tu mulut mengunyah keropok.

Lelaki ini turun 10kg dalam masa 3 bulan tanpa perlu berlapar

Dengan cara yang betul, pasti usaha untuk kurangkan berat badan akan menjadi lebih mudah. Itulah yang dikongsi oleh suami kepada sahabat kami, Nadia, yang telah berjaya kurangkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 3 bulan tanpa perlu melalui diet yang ekstrem atau terpaksa berlapar.

Jom ikuti kisah beliau..


"Permulaan saya bersama product Shaklee selepas saya menceritakan masalah tahap kesihatan saya kepada isteri saya Nadia Ezdianie Norazaman. Masalah saya bermula apabila saya kurang selesa dengan fizikal tubuh badan saya (gemuk) dan disebabkan kegemukan itu muncul la simptom-simptom yang lain seperti mudah letih, tercungap-cungap dan yang paling ketara masalah sakit belakang. 

Masalah ini telah lama berlaku dan telah banyak cara, usaha dan ikthiar dilakukan tetapi hasilnya tidak seperti yang digambarkan. Pada mulanya seperti biasa saya menjaga pemakanan saya (mengamalkan diet yang sihat) dan bersenaman tanpa pengambilan vitamin dan supplement sampingan. Setelah hampir setengah tahun mengamalkan gaya hidup yang sihat masalah saya tetap sama dan kerap berulang. Dengan hasil berat badan yang tidak memberangsangkan ini serta simptom-simptom di atas tidak dapat dipulihkan, saya rasa tertekan. Nekad untuk mengubah tahap kesihatan dan bermula mencari jalan penyelesaian. 

Bermula dari situ isteri saya telah membuat kajian dan pembacaan untuk menolong mengurangkan masalah saya ini. Setelah yakin dengan hasil kajian dan pembacaan, kami bercadang untuk menggunakan vitamin dan supplement dari Shaklee untuk membantu tubuh badan untuk bekerja dengan lebih effisyen. (Lecithin, Omega Guard, Alfafa, Herb-Lax,ESP dan Cinch).

Dengan semangat yang berkobar-kobar saya mengikut segala arahan dan peraturan yang diberikan. Permulaan sessi untuk meningkatkan tahap kesihatan saya bermula dengan DETOX. DETOX selama seminggu dan seterusnya mengambil vitamin dan supplement dari Shaklee secara konsisten berserta senaman yang berterusan. Program diet saya bermula dari 17 Disember 2016 sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersama Shaklee berat saya berkurang sebanyak 10kg dari 86.4kg kepada 76.8kg. Selain berat badan turun saya mendapat bonus yang lain iaitu kurangnya ukur lilit badan dari pinggang saiz 40 inchi sekarang saiz pinggang menjadi 36 inchi. Simptom-simptom yang saya hadapi juga dapat diselesaikan. Sekarang kehidupan dan tahap kesihatan tubuh badan saya bertambah baik dengan Shaklee.

Setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pengambilan vitamin dan supplement dari Shaklee kesihatan saya bertambah baik. Percayalah tubuh badan kita memerlukan vitamin dan supplement untuk melancarkan lagi sistem-sistem dalam tubuh badan kita untuk berfungsi dengan lebih effisyen. Dengan mengamalkan supplement dan vitamin akan mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua. It is amazing effect on my body. Thanks Shaklee."

Bagaimana Pula Shaklee Membantu Kurangkan Berat Badan? 

Shaklee ni bukannya ubat kurus bukan-bukan yang menjanjikan kurus dengan cepat dalam seminggu. Tapi, Shaklee ni supplement semulajadi yang membantu proses kurangkan berat badan, membantu badan untuk detoks, pecahkan lemak di dalam badan, membantu kawal selera makan, tingkatkan metabolisma badan dan tampung keperluan zat di dalam badan.



Betul Ke Set Kurus Shaklee Berkesan?

Ramai sangat yang dah berjaya kurangkan berat badan tanpa perlu berlapar dengan bantuan Set Kurus Shaklee.

Untuk info lanjut dan testimoni pengguna klik sini
>> Berjaya Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Set Kurus Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit