Sunday 1 December 2013

Tentang Saya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Sweet Moms Vitamin Shop

Saya adalah Siti Hajar Khalid (Cik Jatt) pengedar sah Shaklee di Pulau Pinang, ID No. 907609. Ibu kepada 2 orang anak yang bijak dan comel, Aina Qistina yang berusia 5 tahun dan Armin Irfan yang berusia 4 tahun. Isteri kepada suami saya yang tercinta, Anwar Shamsi.

Sedikit perkongsian mengenai kisah perjalanan hidup saya.

Kehidupan Sebagai Pelajar di Germany Selama 5 Tahun

Saya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibu bapa saya adalah pekerja kerajaan yang sekarang sudah bersara. Sejak sekolah menengah lagi saya sudah belajar berdikari, start Form 4, saya dah masuk sekolah berasrama penuh. Selepas SPM, saya mengambil kursus A Level di Shah Alam sebelum menyambung pengajian ke Germany. Lebih kurang 5 tahun saya belajar jurusan Chemical Engineering di Germany, dan sememangnya banyak pengalaman pahit dan manis yang tak akan dapat saya lupakan. Belajar di negara asing sememangnya telah menjadikan saya seorang yang lebih berani, tabah dan berdikari.

Ketika mula-mula menjejakkan kaki di Germany

Di Germany jugakla, saya bertemu dengan cik abang saya. Saya pernah menceritakan di entry ni, kisah perkenalan saya dengan cik abang hinggalah kami berkahwin. Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang puteri dan seorang putera yang bijak dan comel.


Kisah Bagaimana Shaklee Merealisasikan Impian Saya untuk Menjadi WAHM

Sekembalinya saya dari Germany, saya bekerja di salah sebuah Multinational Company di Penang. Setelah lebih kurang 6 tahun bekerja di sana, akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang suri rumah. Agak drastik kan tindakan saya:) Ramai sebenarnya yang tidak bersetuju dengan tindakan saya, ramai yang membangkang. Boleh bilang dengan jari jer yang bagi sokongan. Yer la kan, belajar tinggi-tinggi sampai ke luar negara, tapi akhirnya duduk kat rumah. Tetapi, saya pun bukan suka-suka sahaja berhenti kerja goyang kaki duduk rumah. Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya mengambil keputusan ni.

Bagi anda yang belum pernah membaca entry saya sebelum ni, kisah bagaimana saya memulakan online business dan akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja, anda boleh baca di entry ini ye.

Sudah lama saya impikan untuk bekerja sendiri di rumah. Alhamdulillah, impian saya menjadi kenyataan lebih awal dari yang saya jangka. Segala-galanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T setelah saya bertemu Shaklee. Dari part time menjadi full time, dari 2 angka menjadi 4 angka, insyaAllah 5 angka juga tidak mustahil. December 2013 adalah penghujung bagi tahun 2013, tetapi December 2013 adalah permulaan baru untuk saya, bulan pertama saya menjadi Work At Home Mother (WAHM) meninggalkan kerjaya saya sebagai seorang Senior Engineer di sebuah Multinational Company.

Kerjaya baru saya sekarang, seorang WAHM lebih flexible dan saya berpeluang mempunyai lebih masa yang berkualiti untuk anak-anak dan suami saya. Hakikatnya, saya juga berasa amat berbesar hati dan seronok untuk berkongsi ilmu dengan orang di luar sana tentang penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan anak-anak. Mudah-mudahan segala perkongsian saya di sini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda. Kepuasan dan kegembiraan anda terutamanya pelanggan-pelanggan Sweet Moms Vitamin Shop, juga menggembirakan saya.

Saya berdoa agar rezeki saya dan anak-anak didik saya bersama Shaklee akan terus dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.
Sekiranya anda juga berminat untuk menjana pendapatan secara online dari rumah, anda juga sangat dialu-alukan untuk menyertai team saya. Saya juga bermula dari zero. Apa yang lebih penting adalah semangat dan usaha anda!

Klik sini untuk cara mendaftar sebagai ahli/pengedar Shaklee

Klik sini untuk baca kisah saya dan Shaklee


Nama : Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

Status : Ibu kepada 2 orang anak yang bijak dan comel

Pendidikan : Professional Degree in Chemical Engineering, Reutlingen University Germany

Pekerjaan : Work at Home Mother (WAHM)
 
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: