Sunday 28 August 2011

Last minute buat biskut raya 2011

semua orang mesti dah kat kampung masing2 kan. aku pun dah kat rumah mak aku nih. best best:)

orang lain sibuk buat biskut raya awal-awal, aku pulak baru semalam buat. tu pun buat ngan mak aku. kat rumah aku takde oven, ingat nak beli hari tu, tapi tak sempat lagi nak g usha. tengokla lepas raya nih, ingat nak angkat gak satu, tangan aku dah gatal nih, nak start balik activity buat kek macam zaman anak dara dulu. eceh.

actually mak aku dah buat 5 jenis dah, tapi ni buat extra sikit, nak bawa balik rumah mak mertua esok

biskut raya wajib, biskut samperit, pernah menjadi favourite cik abang suatu ketika dulu

biskut raya wajib gak, tart nenas gulung. sedap!

ni pulak aktiviti wajib si kecik dua orang ni. sentiasa tolong walaupun tak diminta:)

Friday 26 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011/1432 Hijrah


Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan seribu kemaafan atas salah dan silap saya yang tersirat dan tersurat.
Semoga amal ibadah kita diterima Allah Taala & kita semua diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan Ramadhan tahun depan

Selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga dan orang tersayang.
Kepada yang balik kampung tu, berhati2lah memandu.
Biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju.
InsyaAllah


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Daripada : Cik Jatt & Keluarga

Pesanan cik jatt sebelum balik beraya di kampung

aku rasa malam ni, lepas habis kerja, mesti ramai yang akan bertolak balik kampung kan. kalau tak malam ni pun, esok pagi2. macam kitorang, lepas habis kerja nanti, amik anak kat nursery, pastu terus cabut balik Alor Setar. semua barang dah siap packed dah kat dalam keta. penuh satu kereta, macam nak balik setahun. padahal seminggu jer:)

confirm, mesti jammed giler nanti, especially kat Penang Bridge. alamat berbuka kat dalam kereta la aku ngan cik abang nanti.

jadi, sebelum nak balik kampung tu, tak kira la, jauh ke dekat ke, ada beberapa benda la kita kena amik perhatian. ingatan untuk semua dan diri sendiri jugak nih..

1) penting nih, pastikan semua barang penting siap masuk dalam beg. paling penting, baju raya hokeyyy

2) pastikan rumah kita berkunci yer kawan-kawan semua. jangan excited sangat nak balik kampung, sampai rumah pun terlupa nak kunci:)


3) kasi check sikit sama itu kereta, supaya semua dalam keadaan baik. nak2 yang akan berjalan jauh tu kan


4) yang naik moto tu, pakai helmet dengan betul ok. jangan tiru aksi  di dalam gambar di bawah:)


selamat pulang ke kampung yer semua. bestnya raya kat kampung. berhati-hati di jalan raya k! kalau rasa letih, berhenti dulu kat RR, rilek2:)

'Anda Mampu Mengubahnya'

Note : tenkiu to model hero kecik Irfan:)

Thursday 25 August 2011

2nd Day : Misi mencari baju raya untuk anak

misi hari kedua, hari Ahad

bersambung dari entry ini, misi diteruskan lagi pada hari kedua. awal2 pagi lagi aku dah kuar ngan mak aku g market. so, singgah kat pasar tani dekat area Shahab Perdana tu, pusing sampai habis satu pasar tani, still tak jumpa baju untuk Qistina. adala gak yang jual, tapi tak jumpa yang sesuai. end up, balik tangan kosong jer.

kat market kalau takde cat tak sah la kan. si kecik dua orang ni memang suka betul ngan cat:)

tgh hari sikit, aku kuar ngan cik abang pulak. Irfan tido, Qistina lak tak tau apsal tak nak ikut. tengah seronok try baju raya lama-lama yang dah senteng tu kut. so, dating jap la ngan cik abang sambil carik baju raya.

Qistina posing apa ni ehh:) ni baju raya tahun lepas tapi tak sempat pakai pun. nak kena sedekah kat sape2 nih, dah senteng dah pun

kitorang g bazaar, dekat area Pekan Rabu tu. sekali sampai sana, parking pulak tarak. aiseehhhh..terpaksala, patah balik pinjam motor ayah aku. senang sikit nak parking.

kasi tukar sama itu bateri dulu, baru bole merempit

so, sampai jer kat bazaar tu, bermula la misi kitorang. pusing punya pusing, terbekenan pulak aku kat satu baju kebaya nih. punyala berkenan sampai terbeli, walaupun tak confident sangat muat ke tak ngan Qistina. so balik jer, terus kasi Qistina try. sekali, besar pulak ngan Qistina, menggeleber sikit. frust nonggeng aku. tak kuasa mak nak alter.

malamnya, lepas buka puasa, kitorang g balik kedai tu, tukar. kali ni, Qistina ikut sekali. Alhamdulillah, finally jumpa yang sesuai dengan Qistina. colour tak match sangat, tapi bolela, belasah jer la. penat dah, 2 hari mencari. tapi bukan baju kebaya la, baju kurung moden. nanti raya baru tayang kat sini:)

Qistina sampai menari-nari seronok dapat baju raya. Irfan pun join sekaki

Wednesday 24 August 2011

1st Day : Misi mencari baju raya untuk anak

weekend lepas, dua hari aku n cik abang bekerja keras mencari baju raya kat Qistina. mak aiii, susah nooo nak carik baju kurung budak-budak nih. lagi-lagi la nak carik yang match ngan colour tema nih kan, lagila pening mak nak carik. tapi tak boleh la nak beli kaler yang tak match, aku dah nekad nih nak bagi sedondon this year. baju Irfan dah beli dulu, so by hook or by crook, tetap kena follow masterpiece:)

misi hari pertama, hari Sabtu

si ayah n si mama bermalas-malasan nak kuar awal2, so ingat nak kuar petang sikit. sekali anak2 pulak tidur lambat. rule nak shopping kena ingat, jangan bawak anak shopping time tengah mengantuk.

so misi pun postponed, kuar lepas berbuka. kitorang g Giant Souq Al-Bukhary tu, sebab dekat ngan rumah mak aku. banyak gak bazar kat situ. tapi, sekali hujan pulak. dapatla pusing seround, tengok2 macam tu jer. cik abang suruh beli jer yang mana2, tapi aku macam biasa selagi tak jumpa yang betul2 puas hati, jangan harap aku nak beli:)

dah la tengah hujan time tu kan, macam mana nak concentrate shopping.
disebabkan aku nih memang pantang sikit kalau anak2 kena hujan, pastu nak berpayung bagai sambil dukung Irfan, baik lupakan jerla. so, misi dibatalkan.

malam2, Qistina mesti bersama Dolly kesayangan:)

Qistina tetap ceria walaupun belum dapat baju raya lagi. hmmm.. awat Irfan buat muka macam tu:)

malam ni kita balik dulu ok. esok kita sambung lagi misi kita, ok kakak!
PEACE

Monday 22 August 2011

Aksi berhimpit di dalam kereta demi BoboiBoy

Alhamdulillah, hari ni dah 22 hari kita berpuasa kan. lebih kurang seminggu lagi dah nak masuk Syawal. sekejap jer masa berlalu.

bersambung dari entry ni, penangan BoboiBoy kat anak2 aku nih agak menyeksakan jugakla. entry ni dah lama terperap dalam draft, baru hari ni nak publish:)

everytime naik je keta, si kecik dua orang ni mesti terus mintak BoboiBoy kat si ayah. henfon ayahla yang menjadi mangsa. menjerit jerit cakap nak main game. padahal bukan main pun, tengok Youtube cari BoboiBoy.

tengok la tu. bukan main khusyuk tengok. muka bukan main serius lagi, sebab baru lepas berebut:)

ni la yang aku maksudkan ngan berhimpit. dua2 orang meghimpit atas mama yang memang sekeding tu. aku pun layankan jer la.

irfan konker, tak nak share ngan kakak

tak taula apasal diorang suka nooo tengok kat henfon si ayah. si ayah dah belikan tablet pc cap ayam pun still tak mau tengok kat situ. agaknya sebab cap ayam kut:)

Friday 19 August 2011

Warna tema dan fashion baju raya 2011

seingat akula, mostly baju raya aku colour pink. tak pun merah. sekali sekala jer la tukar kaler lain. boring kan. hehehe. dulu aku memang obsess ngan colour pink pun. semua nak pink. tu yang bila beli baju raya, mesti tangan ngan mata ni tuju pink jer.

fashion lak, kebanyakannya baju kurung, senang. adala kut sekali dua pakai baju kebaya. nak beli yang fashion2 sangat, nanti pakai time raya jer. pastu segan dah nak pakai. tak ke rugi namanya tu. no no no. tak baik membazir.

korang ingat tak entry nih, pasal gambo2 kenangan aku yang hilang tu. tiba2, aku teringat yang aku ada Fotopages. Alhamdulillah, adala jugak sikit2 gambo kat situ. so, bolela tengok balik gambo2 raya time anak dara dulu. eceh

2001 : Baju kurung colour biru
gambar ni kitorang guna hantar salam perantau kat paper. utusan tak silap aku. glamer gitu:) 

2002 : Baju kurung colour pink
suka baju ni. sampai sekarang pun aku still dok pakai lagi

2003 : Baju kebaya colour pink
suka baju ni. tapi tak boleh pakai dah. tak muat. huhuhu

2004 : Baju kebaya colour merah
pen merah pen biru, U marah I love U:)

2005 : Baju kurung brown colour
tudung pesen apala yang aku pakai ni. hehehe

start tahun 2006, dah raya kat mesia ngan family n cik abang tersayang:) tapi until last year, baju raya aku still pink or merah jer sebab nak match ngan baju cik abang yang colour merah tak tak tukar2 selama 5 tahun since 2006:) 

baju raya tahun 2011 ni, rasanya baju kurung jugak kut. colour, pink lagi ke. tunggu raya nanti taula:)
korang lak, tema apa tahun ni..

Note : Zaman dulu2 pakai tudung bawal jer, pastu mesti buat muncung tajam nak mamp supaya muka tak nampak bulat:)

Thursday 18 August 2011

Jalan-jalan pagi raya di Zoo Taiping, Perak

no no no. bukan pagi raya Aidilfitri or raya haji. buang tebiat ke hapa nak jalan2 kat zoo pagi-pagi raya:)

actually ni cerita pagi raya cina bulan dua hari tu. kitorang bawa anak2 g jalan2 kat Zoo Taiping. ni first time kitorang g situ. last g zoo tahun 2009, bawa Qistina g Zoo Negara. Irfan time tu dalam perut aku lagi. compare ngan Zoo Negara, aku lagi suka Zoo Taiping, sebab kawasan dia kecik sikit. takdela nak kena menapak jauh sangat.

binatang2 kat situ pun dekat antara satu sama lain, kira lepas tengok satu binatang, jalan sikit terus jumpa binatang lain pulak. so, excitement tu macam berterusan la. tapi kalau Zoo Negara, kena menapak sikit punya jauh baru jumpa binatang lain pulak. terus hilang excitement. ni pendapat aku je la, ke sebab aku tengah usung perut time tu, tu yang rasa macam tak larat giler nak jalan.

wokeh, jom layan gambar lak...

sebelum bertolak. Qistina merajuk, tak ingat dah kenapa. adala tu benda yang dia nak tak dapat tu

yippii! dah sampai. terus mood ceria. excited nak g cari elephant

tengok crocodile yang tengah tido dulu. kecik jer binatang2 kat sini. kat Zoo Negara binatang besar2

wahhhh!! bear! jom jalan sama2

ala kuci kuci. ntah binatang apa ni. tapi comeyy. Qistina hampir pegang tapi sempat ditahan oleh maktok

binatang apala yang Irfan tunjuk tu ehhh

mak budak dating ngan bapak budak:)

finally, jumpa elephant. anak2 excited tengok elephant. mama macam biasa, sibuk posing

banyak lagi gambar, tapi tak larat dah nak upload:)

Wednesday 17 August 2011

Tuesday 16 August 2011

Cara control anak time shopping

sepanjang bulan puasa ni, every weekend kitorang dah plan akan balik berbuka kat kampung. so, last weekend turn rumah in laws aku pulak.

sebelum balik tu, kitorang singgah Carrefour dulu beli stock untuk simpan kat rumah and beli barang2 sikit bawa balik rumah in laws. bila shopping nyopping ngan anak2 yang tengah membesar excited nak explore sana sini nih, memang sangat mencabar dan menguji tahap kesabaran, nak2 bulan puasa nih.

so, untuk mengelakkan dari kurang pahala puasa dan kurang tenaga di bulan puasa nih, si ayah dan si mama harusla bijak menangani anak2 di shopping complex. cara aku senang jer, dan Alhamdulillah setakat ni berkesan kat anak2 aku.

 
First - letakkan anak2 di dalam trolley. penat dooohh nak kejo anak dalam shopping complex
Second - bawak makanan. if tak bawak, cepat2 gi section makanan, macam aku, kitorang selalu g bakery

kalau boleh makanan biar versatile. barula boleh lama2 sikit shopping.
kali ni Qistina and Irfan try sushi yang ada telur tu

masaaaammmmm:) sampai berkerut-kerut muka Irfan
so, dengan cara di atas, dapatla ayah ngan mama shopping dengan aman dan tenteram.
sekian tips untuk hari nih.
korang lak, camne korang control anak korang kat shopping complex. bolela share kat sini

Monday 15 August 2011

BoboiBoy vs Upin Ipin

patutnya aku hari ni nak citer pasal last weekend, tapi tak upload gambo lagi, so citer pasal lain la dulu.

anak korang or korang sendiri la, suka tak tengok katun BoboiBoy. Irfan dengan Qistina sekarang hari2 nak tengok BoboiBoy. dalam keta tengok, kat rumah memanjang nak tengok, sebelum tidur tengok, bangun tidur tengok. pendek kata BoboiBoy sentiasa.

Irfan siap boleh hafal ikut nyanyi sekali. tapi part BoboiBoy je yang mama paham. yang lain2 tu, dia sendiri je la yang paham:)
sampaikan ada satu malam tu, tengah2 tido nangis2 panggil BoboiBoy.  rasanya dia mimpi kut. terpaksala mama on laptop kasi tengok BoBoiBoy. tengah2 malam nyanyi lagu BoboiBoy, pehtu tido balik:) esoknya, mama yang pening kepala tak cukup tido. huhuhu

best ke. aku tengok macam biasa jer, tapi bagi budak2 best la kut. budak2 kan, katun semuanya best.
yang aku ingat, tagline dia, TERBAIK!! pastu ada la dia lawan sambil terbang guna keris apa ntah nama dia.

tengok, tengok juga yer Irfan, jangan sampai terbang terjun sana sini macam BoBoiBoy sudah la. kusss semangat mama.


dulu Upin Upin. sama kuat gak penangannya. tapi dah ada BoboiBoy ni, Upin Upin pun dah dianaktirikan dah. aku lagi suka tengok Upin Ipin. ada banyak pengajaran terselit kat situ. kalau BoboiBoy, hmmmmm… boleh belajar terbang je la kut:)

Saturday 13 August 2011

Muka anak ikut ayah ke mama nih...

bila jumpa sedara mara ke, kengkawan ker, confirm korang akan dengar benda macam ni kan...

ehhhh... comeynya dia. ikut muka sape nih. muka ayah ke muka mama nih. bla bla....

orang tua-tua cakap, kalau anak perempuan ikut muka ayah, sejuk rumahtangga. if ikut muka mak dia, panas rumahtangga.
kalau anak lelaki pulak, if ikut muka ayah, panas rumahtangga. if ikut muka mak dia, sejuk rumahtangga.

aku tertanya-tanya gak macam mana la benda ni boleh timbul eh. apa motif kenyataan macam tu dikeluarkan pun aku tak tau. tapi bagi aku, sejuk ke panas ke suam ke rumahtangga tu, kita sendiri yang tentukan. masing2 kena tahu peranan dan tanggungjawab masing2, kena sentiasa bertolak ansur dalam semua perkara. yang penting terima pasangan kita seadanya, okeyyy!

anak2 aku, ramai orang cakap, Qistina sebijik ikut muka ayah dia. kira bila kawan2 ayah dia or sedara mara tengok tu, terus orang dah tau dah anak sape.
Irfan lak, orang cakap ikut muka aku:)

mood raya, so aku pun gigih menggodek gambo raya tahun2 lepas....

Ayah & Qistina
gambo raya tahun 2009. memang anak ayah nih:)

Mama & Irfan
ni raya haji tahun lepas, tapi aku pakai baju raya tahun bila ntah. aku tak beli baju raya time tu. mata aku nampak besar sikit dalam gambo ni sebab dengan gigihnya aku jegilkan mata:)

Note : Muka aku macam muka ayah aku. kesepetan terserlah:) siap ada orang ingat kitorang ni chinese lagi (time tu aku tak pakai tudung lagi). yang pasti dua2 anak aku tak sepet macam aku. hehehe

Friday 12 August 2011

First time main bunga api

bukan akula. tapi anak dara aku, si Qistina. bukan main excited dia dapat main bunga api last weekend kat rumah mak tok dia. tok wan yang belikan, again:) ayah aku ni memang rajin beli barang2 untuk cucu2 dia main. siang2 hari pun main, dah tak sabar dah nih.

seksi sikit, panas sangat hari tu:)

tersengih gembira Qistina dapat main bunga api. siang pun siang la

malamnya si Irfan pun join main sama. tapi takde gambar sebab mama diorang dah terlebih excited sampai terlupa nak amik gambo.

nanti aku nak beli mercun yang baling kat lantai tu, pastu dia bunyi pop tu. mercun apa ntah nama dia, mercun bawang kut. rasanya budak2 main tu ok kut.

bestnya main bunga api kan. teringat zaman kanak2 dulu. tapi dulu macam lagi meriah. aku set2 main bunga api jer.  zaman sekarang ni macam dah kurenng sikit kan. nak carik orang jual pun susah. bunga api aku rasa ok jer if main, as long as kita tengok2 aka join main sama:). tapi mercun cannot okey, bahaya.

Thursday 11 August 2011

Make up Review : Beli Make-up online - NYX Round Lipstick

nak dekat raya nih, kita citer bab mekap sikitla:)

korang pernah beli barang make-up online tak? aku baru try beli sekali, sebab brand ni dari US and ada jual online jer. baca review macam best, semua cakap murah tapi cantik, especially lipstick dia.

so aku pun usya la kat Lowyat, memang banyak orang jual brand ni kat situ. ada yang ready stock, ada yang pre-order. pilih jer. harga pun lebih kurang. so, memandangkan aku ni jenis yang tak boleh sabar sikit, aku carik yang ready stock la. if amik yang pre-order, rasanya dalam 2 to 3 weeks kut baru boleh dapat. tak sanggup mak nak tunggu.

aku beli tak banyak pun. 2 lipscticks and 1 lipg loss, only for RM 27!!! murah giler hokeyy. mana nak dapat beb. cerita punya panjang, tak cakap pun brand apa:) aku beli NYX. rasanya ramai yang tau kut pasal brand nih. berlambak dalam internet review pasal make-up nih, especially on lipsticks.

ni la yang aku beli...

2 NYX Round Lipstick - Tea Rose & Strawberry Milk -
1 NYX Round Lip Gloss - Sorbet -

komen aku, saaaaaangat suka the texture. the lipstick is very smooth and moisturizing. tak boleh la nak compare dengan brand yang mahal2 tuh, tapi aku rasa it's worth to buy.

The Tea Rose Lipstick punya colour sangat cantik, it's a very pretty cool rose colour. suka giler pakai nih. lips aku nampak full bila pakai ni. hahaha

colour lipstick tu nampak tak clear sangat. just aku nak tunjuk yang colour dia still cantik, even after lebih kurang 4 hours aku pakai. not bad la. tapi aku tak makan apa2 lagi, so tak kacau lagi lipstick tu:)
The Strawberry Milk Lipstick pulak, colour dia macam milky pink. aku rasa macam nak bagi kat orang jer yang nih. sebab berapa banyak kali aku try pun, the result still macam tu jugak, which is sangat huduh on me. pale giler, macam orang sakit. tak suka. menyesal amik this colour. oleh itu, aku takde gambar untuk nih. ngeri. huhuhu...

last but not least, the Sorbet Lip Gloss. bila aku pakai ni, nampak macam tak pakai apa2. just nampak glossy and glitter sikit. tapi, takde hal. sebab aku pakai ni pun on top of lipstick. the texture is very nice. tak melekit.

will definitely repurchase! Tea Rose for sure, and maybe nak try colour lain pulak

Wednesday 10 August 2011

Jom g pasar Ramadhan!

kalau bulan puasa ni, tak sahla kalau tak g pasar Ramadhan kan. nak makan apa, cakap ja, semua ada. pasar Ramadhan yang paling besar and paling dekat ngan rumah mak aku adalah yang dekat ngan stadium Darul Aman tu. sangat la besar, sampai tak larat nak pusing. pusing punya pusing, still tak tau nak beli apa. banyak sangat kut, sampai jadi rambang mata. 2nd round barula beli apa yang patut. macam biasa, murtabak ngan ayam percik, WAJIB:)

tu dia!! jom terjah. dari kejauhan, nampak macam tak ramai sangat orang. awal lagi kut

errrkkk.. tak jugak la. ramai gak umat manusia membeli belah

Qistina boring menunggu
ooooo... tunggu ni rupanya. tapi worth it, sebab murtabak ni sedap

okla, kakak makan pengat pisang dulula. lambat lagi tu (moto sapala kat tengah2 pasar Ramadhan nih)

terpaksala makan berdiri. kerusi tak dapat dikesan

terus ceria bila dapat makan:)

bertambah2 ceria. posing dulula sementara murtabak masak..

Note : bulan puasa nih, hari2 aku beli murtabak. setakat nih, tak jemu lagi. rasa macam tak lengkap pulak if takde murtabak

Sunday 7 August 2011

Hadiah menjelang Ramadhan!

Alhamdulillah. hari ni masuk hari ke-7 umat Islam berpuasa.
hari ni, aku kat kampung lagi. rasanya insyaAllah, bulan puasa nih, every weekend kitorang balik buka puasa kat kampung.

ni citer sehari sebelum masuk bulan puasa.
sehari sebelum puasa hari tu, Qistina dapat bicycle baru:) again, tok wan yang belikan. bicycle Qistina yang lama tu dah kecik dah untuk dia, so Irfan je la yang naik pas nih. Qistina kuar beli bicycle tu ngan wan dia jer. siap pilih sendiri pulak tu.

pandai anak mama pilih. PINK tuhh...mama pun suka

kakak test power lak

bicycle lama nih, Irfan pulak naik. hadiah tok wan gak nih. sampai sekarang tak bukak plastic tu. sayang punya pasal:)

tapi.......Irfan lagi suka naik bicycle nih at the moment. sebab ada orang tolak kat belakang

meh layan gambar aktiviti berbasikal si kakak and si adik....

bye bye mak tok!

ish... ish... Irfan nak kejar kakak nih

dekat dah...dekat dahhh..

alamak. accident pulak