Friday 27 February 2015

9 Makanan Yang Perlu Elak Jika Nak Kurus Dan Sihat


Setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza. Sesetengah orang mungkin sedang berusaha untuk menambahkan berat badan manakala sesetengah yang lain terpaksa menjaga setiap makanan yang disuap ke mulut mereka kerana ingin menurunkan berat badan. Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian anda, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan yang segar.

Terdapat lebih kurang 9 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian anda untuk mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika anda menghadapai masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekaligus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu untuk mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.

1. Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini.
Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.

2. Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain.
Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.

3. Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

4. Roti, kek, dll
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

5. Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

6. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

7. Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.

8. Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.

9. Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.
Credit

Tuesday 24 February 2015

Jalan-jalan Makan Angin Di Kelantan


Salam semua :)

Baru nak update kisah jalan-jalan makan angin ke Kelantan cuti Chinese New Year baru ni. Fuhhh, penat sungguh travel ke Kelantan kali ni, more than 10 hours dalam kereta! Jam betul kat Kelantan, ramai orang Kelantan balik kampung agaknya.

Actually it was unplanned trip. My sister nak balik Kelantan rumah in laws dia, nak melawat kakak iparnya yang tengah sakit, tengah buat kemo sekarang. So, my mom pun cakap nak ikut melawat sama. Apa lagi, kakak and Irfan pun beriya la nak ikut mak tok pergi Kelantan. Since my husband ada hal tak boleh ikut, so saya je la ngikut bawa anak-anak sekali.

Maklumlah, sekarang kan dah jadi working at home mother, so tak payah susah-susah nak pk nak mintak cuti extra ke apa. Mobile business. Travel sampai ke Kelantan pun, order tetap masuk. Sambil travel, sambil business jalan. Alhamdulillah.

Sepanjang berjalan di Kelantan, dapat jugakla tengok kesan-kesan yang kena banjir hari tu. Sayu hati rasa, semoga Allah permodahkan segala urusan dan tabahkan hati seluruh rakyat Kelantan especially yang kena teruk banjir hari tu.

Kitorang pun tak berjalan ke mana sangat, melawat rumah mertua my sister kat Bachok, lepas tu, ada la jalan-jalan, beli-beli barang sikit kat Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, Pantai Bachok...
Penat juga dalam kereta lama-lama ni, asal keluar je, jam.. Masa pun tak berapa nak cukup.
Takpelah, yang penting, anak-anak happy, mama pun happy dah. Kakak and Irfan pantang berjalan jer, seronok sangat diorang :)

Excited nak berjalan jauh ni

Alhamdulillah. Dah sampai Kelantan. Singgah je mana-mana kedai makan, sebab masing-masing perut dah berkeroncong
Kakak macam biasa, order air favourite, air kosong. 
Like mama, like daughter :)

With my little hero yang sangat cheeky

With my mom..
Awet muda tak my mom, tahun ni dah 60 tahun tau. 
Pengamal tegar Shaklee jugak, macam anaknya 
So, sape yang nak mantain energetic, kulit cantik and awet muda tu, rajin-rajin la telan vitamin Shaklee noooo :)

Irfan mengidam nak mandi pantai sebenarnya
Tapi keadaan pantai ni tak berapa nak mengizinkan
So, main pasir je la ye nak

Last day sudah.
Bye bye Kelantan. Senyum lebar kakak dapat ikut maklong makan angin.
Mama, muka pucat macam tak cukup tido.. mulut itik.. errkkk. abaikan 

Gambo penuh gambar selfie sebab malas nak suruh orang lain tolong tangkap :)

Wednesday 18 February 2015

9 Cara Tingkatkan Metabolisma Badan Yang Rendah


Baru-baru ini, salah seorang customer saya ada bertanyakan, bagaimana nak tahu samada metabolisma dia rendah atau sebaliknya.
Ok, jom saya kongsikan serba sedikit info tentang metabolisma ni. Semoga membantu anda juga yang masih belum jelas tentang metabolisma ni. Penting ni, salah satu kunci dalam usaha untuk mengurangkan berat badan ni :)

Apa Itu Metabolisma Badan

Semua sedia maklum, benda yang kita makan akan ditukarkan kepada tenaga. Proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga ini dikenali sebagai Metabolisma.

Setiap individu mempunyai kadar metabolisma yang berbeza, bergantung kepada beberapa faktor iaitu Basal Metabolic, aktiviti fizikal seharian, dan kesan thermic makanan.

65% kalori yang kita ambil akan digunakan untuk Basal Metabolic (dipengaruhi faktor fizikal dan genetik) bertujuan untuk menyokong proses biologi dalam badan. Ini termasuklah pernafasan, perkumuhan, dan proses pengepaman darah oleh jantung. 25% kalori yang kita ambil pula akan digunakan untuk aktiviti fizikal seharian, seperti berjalan, bersukan, dan sebagainya. Manakala 10% daripada kalori yang kita makan pula akan digunakan untuk memproses makanan.

Metabolisma Tinggi Atau Rendah?

Setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang berbeza. Sebab tu kadang kita tengok, ada yang jenis makan banyak, tapi badan maintain kurus je. Ada pula yang makan diet memanjang, tapi berat badan tetap susah nak turun.

Mereka yang makan dengan banyak tetapi agak sukar untuk naik berat badan adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi. Manakala mereka yang makan sedikit tetapi sudah cepat naik berat badan, adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.

Apakah simptom jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah? 

1. Cepat naik berat badan
2. Perubahan otot dimana otot menjadi lemah, kaku dan sakit
3. Penat/ lesu
4. Tahap kesihatan rendah contohnya sering pucat, rambut rapuh dan muka sembap
5. Individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah disebabkan hipotiroidisme biasanya sering mengalami menstruasi yang banyak.

Stress kan, kalau makan sikit, tapi berat badan cepat naik.
Namun tidak bererti mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah tidak boleh untuk turun berat badan selama-lamanya, dan mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi tidak boleh untuk naik berat badan selama-lamanya. Semuanya masih lagi bergantung kepada tunjang yang sama, iaitu KALORI.

Buat mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, untuk turunkan berat badan, golongan ini perlu menggunakan/membakar lebih kalori berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.

9 Cara Mudah untuk Tingkatkan Metabolisme Badan

Berikut merupakan 9 cara mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

1) Bina otot-otot (build Muscle)
Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2) Bersenam aerobik atau berjogging
Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3) Minum banyak air 
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4) Campurkan ais dalam air 
Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5) Makan lebih kerap
Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6) Pedaskan masakan anda 
Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7) Makan lebih protein 
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8) Minum teh hijau (Green Tea) 
Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. Pastikan tanpa gula!

9) Elakkan crash diet
Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan membakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Bagaimana Shaklee Membantu Tingkatkan Metabolisme Anda

1. Cinch Shake



  • Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.


  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis / pencuci mulut
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO

2. Cinch Energy Tea Mix


Cinch energy tea mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih.
Bahan-bahannya seperti berikut:
  • Taurina
  • Maltodextrin – bahan daripada jagung
  • Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika … dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • Green Tea Extract
  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dai Jepun (the greener than green superfood)
Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:
  • Anti-mikrob
  • Imunostimulan
  • Anticarcinogenic (anti kanser)
  • anti-inflammatory
  • perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Anti oksidan – perlindungan dari kanser
  • Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kalori dan kolesterol
  • Detoxifiers
  • Meningkatkan tenaga &  metabolism (bakar lemak). Boost metabolism sehingga 4 kali ganda!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday 15 February 2015

JANGAN! 7 Perkara Yang Anda Kena Elakkan Jika Nak Cantik


Asyik share cara nak hilangkan jerawat la, cara nak cerahkan kulit la, cara nak hilangkan parut la..
So, entry kali ni, kita tukar sikit. Bila dah ada DO, mestilah ada juga DON'T nya kan.

Kali ni, saya nak berkongsi pula, antara perkara yang perlu kita elakkan untuk dapatkan kulit yang cantik. Jom la sesama kita yer, baca dan elakkan :)

1. Terlebih cuci muka

Semakin kerap mencuci muka, semakin bersih kulit kita. Fakta atau auta?
Ini adalah auta sebenarnya kerana mencuci wajah lebih dua kali sehari akan menyingkirkan minyak asli yang diperlukan oleh kulit. Jika kulit anda berminyak, juga disarankan tidak mencuci lebih 2 kali sehari, kerana semakin kerap anda mencuci wajah, semakin banyak minyak terhasil kerana kulit mendapat isyarat kondisi kulit anda kering dan perlukan lebih minyak.

2. Penggunaan scrub yang kasar

Anda sangka dengan menggunakan scrub wajah yang kasar maka makin dalam proses pembersihannya. Tidak! Scrub wajah seharusnya halus dan tidak menyebabkan kulit menjadi kemerahan. Scrub wajah yang kasar juga boleh menyebabkan pori tersumbat, tompok hitam dan juga kedut. Scrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu. Jangan lebih!
Bagi kulit yang berjerawat, jangan sesekali guna scrub ya, kerana scrub akan menyebabkan jerawat anda luka dan mungkin bertambah serius.

3. Berjaga malam

Semua orang tahu apabila kita kurang tidur, wajah akan tampak sembap, kusam dan penat. Jika boleh elakkan menonton TV atau membelek telefon bimbit hingga larut malam kerana ia akan menghapuskan melatonin iaitu hormon yang membuatkan kita mengantuk dan mengawal ritma sirkadian (circadian) yang akhirnya menyebabkan wajah kusam dan berkedut. Oh ya, anda dinasihatkan tukar sarung bantal anda seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akhirnya melekat ke wajah anda.

4. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.
Walaubagaimana pun, kalau dah terpaksa juga, atas tuntutan kerja atau bercuti contohnya, jangan lupa gunakan sunblock dan ambil supplement untuk melindungi kulit anda ok!

Klik sini untuk cara berkesan menghilangkan sunburn dengan cepat

5. Jangan gunakan kosmetik/makeup yang berlebihan

Terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak, elakkan. Penggunaan kosmetik atau makeup ini biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Akibatnya, segala masalah seperti jerawat, jeragat, pori-pori terbuka, kulit kusam dan sebagainya akan mula bermaharajalela. Dan, sebelum dan selepas anda ‘make-up’ pastikan anda membasuh muka anda dengan bersih ok.

6. Jangan sentuh muka anda

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

7. Jangan picit jerawat anda! 

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Jangan pula gatal tangan picit yer.

Ada banyak lagi JANGAN ni sebenarnya..
Next time insyaAllah kita sambung lagi yer. Elakkan yang 7 ni dulu :)

Happy weekend yer semua!

 Gambar sekadar hiasan
Me with my two little kiddos spending wonderful time during weekend :)

Friday 13 February 2015

Set Kulit Cantik Budget Shaklee Untuk Student


Salam Jumaat semua :)

Alhamdulillah, semakin hari, semakin ramai yang dah mula mencuba dan jatuh cinta dengan Shaklee. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta kan.

Pengguna-pengguna Shaklee ni, pelajar pun ramai tau. Customer saya sendiri pun ramai di kalangan pelajar kolej, universiti, malah pelajar sekolah pun ada. Maklumlah, produk Shaklee ni kan supplement semulajadi, selamat untuk semua dan harganya pun mampu milik serta berbaloi. Untung betul adik-adik akak ni, muda-muda dah kenal Shaklee. Kalau la akak muda-muda dulu dah kenal Shaklee, takdela bertahun-tahun suffer dengan masalah kulit muka. Tapi nasib baik juga la jumpa Shaklee awal walaupun dah jadi mak budak. Better late than never kan.

Kalau tanya pendapat akak, kalau akak tak jadi pengedar Shaklee pun, memang akak highly recommend Shaklee ni untuk menjaga kecantikan kulit termasuklah di kalangan remaja. Muda-muda tu, tak perlulah cuba produk yang bukan-bukan yang boleh merosakkan kulit, sayang kulit tu. If ada masalah kulit pun, rawat dengan produk yang semulajadi ok. Ni akak nasihat berdasarkan pengalaman akak sendri ni. Akibat terpengaruh guna produk yang bukan-bukan la dulu, kulit akak jadi rosak. Huhuhu...

Pengalaman Pelajar Yang Mengamalkan Shaklee

Ok, entry kali ni, saya nak berkongsi tentang pengalaman pelajar yang mengamalkan Shaklee untuk kecantikan kulit. Tapi yang ni special sikit, sebab ibu dan anak pun amalkan Shaklee ni.

Perkongsian pertama ni dari customer saya yang mula-mula ambil Vitamin C dan Vitamin E untuk diri sendiri. Hari tu, anaknya balik bercuti, entah kenapa muka anaknya tiba-tiba baik banyak jerawat. So, my customer ni pun bagi anaknya cuba Vitamin E dan Vitamin C. Terus hilang semua jerawat, kulit pun makin cerah dan bersih. Apa lagi, anaknya pun minta la bawa balik ke asrama :)


Perkongsian kedua ni, dari my customer yang ambil Shaklee Collagen Powder untuk masalah jeragat beliau. Beliau juga belikan Vitamin E dan Vitamin C untuk anak beliau. Alhamdulillah, jeragat beliau makin pudar dan kulit anak beliau pun dah makin cerah dan cantik.


Masalah Kulit Remaja

Antara masalah kulit yang sering dialami oleh remaja atau pelajar:
  • Jerawat
  • Kulit berminyak atau kering
  • Kulit kusam
  • Parut jerawat
  • Masalah sunburn
  • Masalah eye bag atau dark circle
Cadangan Supplements Shaklee Untuk Kecantikan Kulit Remaja

B Complex
  • Sebagai pelembap 
  • Mencegah pigmentasi 
  • Melambatkan tanda penuaan 
  • Mengubati jerawat 
Vitamin E
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit 
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu 
  • Menjaga kelembapan kulit 
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel 
  • Membantu pudarkan parut
  • Membaiki tona dan tekstur kulit
Vitamin C
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya
  • Memperbaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat. 
  • Mengurangkan proses pigmentasi akibat UV B 
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit


Ketiga-tiga ni actually vitamin asas untuk kecantikan kulit. Akak sendiri pun amalkan sekarang, and always be my favourite. Hanya 1 biji sehari, konsisten, and u will see the amazing result :)
Yang bestnya lagi, sebab tahan lama tau set ni.
Tahan 4 hingga 6 bulan.
Money spent well kan.

So, adik-adik akak semua, jaga kulit tau. If ada masalah, rawat dari awal supaya tak jadi semakin teruk. Kalau dah teruk nanti, makin susah nak rawat dan makin tinggi pulak kosnya.
Bagi yang takde masalah kulit, Alhamdulillah. Tapi jangan take for granted ok. Jaga kulit juga tau supaya masalah kulit tak menyerang :)

If berminat nak cuba supplement Shaklee, jangan segan-segan contact akak k!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 11 February 2015

6 Fakta Menarik, Vitalea Shaklee Multivitamin Terbaik Di Dunia


Soalan cepu mas : Tahukah anda apakah supplement pertama atau tertua di dunia?

Jawapan : Vitalea Shaklee

6 Fakta Menarik Tentang Vitalea Shaklee

1. Vitalea adalah multivitamin dan multimineral PERTAMA dicipta di dunia. Mula dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”. Inilah asalnya perkataan vitamin yang kita gunakan sekarang.
Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (100 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang kini dikenali sebagai Vitalea.
 
2. Memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

3. Tablet paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan PROTIN untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.
Vitalea dihasilkan melalui teknologi eksplosif yang kompleks disebut explore tab. Explo-Tab ialah teknologi yang membolehkan Vitalea kekal sementara waktu di dalam sistem pencernaan, dan kemudian dengan cepat ia akan “meledak” untuk membebaskan nutrisi di dalamnya. (pendek kata, penyerapan segera)

4. Disokong oleh 7 kajian klinikal.Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%

5. Pusat Sains di Amerika Syarikat telah memilih Vitalea sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

6. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.


6 Manfaat Utama Vitalea
1. PENAMBAH TENAGA SEGERA
Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

2. PELENGKAP NUTRISI
Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet tidak seimbang.

3. KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF
Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

4. METABOLISME
Sangat membantu dalam stimulasi metabolise dan melambatkan proses penuaan.

5. ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH
  • Menyediakan asas nutrisi
  • Memastikan sel hidup
  • Pertumbuhan sel baru
  • Membantu proses pembesaran
  • Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
  • Menjaga kesihatan tiriod
6. MELINDUNGI ORGAN
Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Ianya juga membantu :-
  • memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dengan lebih efektif
  • mencantikkan dan menegangkan kulit
  • menghasillan kuku yang licin
  • menguatkan akar rambut
  • ibu mengandung atau menyusukan anak perlu ambil Vitalea kerana ianya kaya dengan mineral dan vitamin serta iron penting
  • untuk tumbesaran anak. Jika iron kurang, mereka akan mudah pening atau mudah pitam
  • membantu mereka yang ada kekangan untuk mendapatkan sumber iron akibat harga yg mahal atau sumber laut yg terhad atau mereka yang alah
    kepada makanan laut
Testimoni Vitalea

Vitalea ni adalah salah satu favourite vitamin mak saya. Setiap hari, mak saya tak akan miss ambil Vitalea ni, 2 biji setiap pagi. Inilah antara rahsia mak saya maintain awet muda dan cergas bertenaga walaupun dah mencecah usia 60-an.

Ramai lagi yang tak tahu kehebatan Vitalea ni. Di bawah ni saya kongsikan pengakuan dan testimoni yang dikongsi di blog Mamacery, ni baru sikit je ni, ada banyak lagi perkongsian exclusive di secret group kami.



  • Wan Muliani Meh nak bagi satu testimoni pasal vitalea..MIL customer yani dia penghidap diabetis yang kronik..kalau puasa mesti badan lemah dan menggigil..then dia jumpa vitalea ni...alhamdulillah kuasa allah hanya telan vitalea MIL dia dah mampu berpuasa!

  • Tg Muzlina Sharing..Dlm family saya..arwah mak dulu yg mkn vitalea..kerja tingkat atas naik tangga smpai 4 tingkat relax je.saya yg waktu tu baru form 2 or 3 kot..da semput..lenguh wei..lift ada tp takut lif rosak.haha..then waktu sy start mkn set b,yg plg berkesan ngn sy is vitalea..walaupun besar gabak..paling keras lak tu..cane sy tau keras? Sbb saya gigit..hehe..sgt tak suka mkn vitalea..tp sebab kesannya yg buat badan saya tak letih..ketara sgt kesannya..mmg sy sanggup mkn hari2..n tu antara sbb saya repeat order ngn mommy saya.hehe..dulu sy tak suka n xpercaya ngn vitamin sbb pk nutrien biasa jek..even arwah mak mmg suh mkn tp sy degil..haha..now..mmg vitalea antara produk yg customer beli fullpack..yg plg best da xperlu risau hb turun or rendah sbb mmg terbukti naik n maintain jek sbb ada iron..dulu sy ada problem darah rendah n doc ckp anemia..takut dgr anemia cam leukimia..takleh bgn..sgt pening n bgn je muntah..pas konsisten ngn vitalea..alhamdulillah da ok..
  • Nurul Aula A'Akif Fadzil Salam malam.. Dalam petang before solat maghrib nie saya kongsikan kehebatan vitalea.Saya tidak pernah sedar keebatan sehinggalah saya mencubanya setahun yang lalu.Saya pemalas makan macam2 tapi vitalea saya tak pernah miss..Apa yang saya rase? Kenyang sepanjang hari bila saya makan? Selepas breakfast dan saya ambil esp kul 11 pagi. Then saya tak berapa nak kudap2..

    Then i found out it has pottasium inside. And lack of pottasium menyebbkan kita asyik nak makan benda merapu.

    Why i love vitalea sebab dia lengkap. Dan bila amik dengan esp everythin is complete dan sesape keletihan dan tak tahu nak strt ape? Strt with vitalea.. Sebab mmg lelaki terutamanya akan fall in love sebab mereka rase enerygy immediately!! Nie customer saya terus order berbotol2 haha untuk bini katenya..
    Then kandungan iodin.. Hah nie begitu penting untuk mensurutkan gout.. Huhu tahukah anda bahawa antara sebab berlakunya gout ialah kurangnya iodine? Hehe:) 
    So nie sekarang my mum punya loveable product sebotol dia tak bagi share okeh.. Hehe asalkan dia happy im happy..
    So ape penyakit sekalipun mulakan set optimum health dan Esp.. Dan shaklee mulakan wellness set mesti bersebab kerana ia asas repair ur body.. Kalo tak mampu vit- C dan b-comp mulakan vitalea+ ESP and effect dia?? Bak kate boboi boy TERBAIK!!
  • Yatie Mellon tp mmg diakui...vitalea mmg penting. sy bg kt anak sy hr2. baru2 ni dpt report card dia. nyaris jatuh terduduk pasal result dia rata2 A n cikgu kata dari pendiam sekarang dia responsive dlm kelas
  • Lyana Mansor Vitalea adalah vitamin paling awal di dunia. Mengandungi 12vitamin Dan 7 mineral yang penting tk fungi tubuh. Cth bila amik vitalea rasa bertenaga kerana dlm vitalea ade complete vitamin B. Termasuk biotin Dan folic asid yang Mahal. Vitalea penting utk membekalkan nutrisi kepada sel Dan memastikan sel sihat.. juga mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan hemoglobin.. sapa yang perlukan.. ? Semua org perlukan vitalea.. kerana ia supplements asas. Kanak 2 pun leh amik sbb tu ada Vitalea for children. Istimewanya vitalea ni ia sgttttt pantas diserap oleh tubuh kita.. kalau Baca dlm product guide ada tulis Vitalea ni mengandungi teknologi salutan micro.. Dan ia bukan sebarang multivitamin biasa kerana Vitalea menjalani 340 ujian kawal mutu.. Harga murah jek tak sampai rm100 untuk 120bj utk 2 bulan kalau amik sehari 2bj.
  • Fateema Kedai Sihat Semulajadi i crite general k..what a user sees when they get their 1st vitalea bottle? Kat pack dia kata ada iron,iron very good nak kite rasa kuat coz bantu oksigen lekat kt darah..Bile badan cukup oksign kite kurg ngantuk.. otak rasa alert.dah experimen with vivix vs vitalea,memg vitalea yg buat rasa btenaga sepnjg ari..selain tu ada biotin,good for metabolisme of lemak...ada juga alfalfa..alfalfa byk sgt kbaikan scra menyeluruh..ada 40zat & kebaikan tinggi serat.. Bgus untk detox n kshatan menyeluruh..

    Nurulazim Zulkarnain wonderful Vitalea. ....ptt la kastemer saya ni sorang doktor....dia akn repeat order vitalea je ngan sya.....bila suggest vit lain dia kata x pe.....dia kta Vitalea dh ckp......tq sis .....sbb discust psl VitLea. .....tqvm



Ok, jom la sama-sama kita telan vitalea 2 biji untuk tenaga, kesihatan dalaman dan luaran, kekal langsing ,cantik anggun dan cerdas!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 10 February 2015

Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Berkesan


Jerawat dan parut penuh di muka.... Stressnya la kan.
Tak kira lelaki mahupun perempuan, pasti akan stress jika kulit wajah dipenuhi parut dan jerawat ni.

Jerawat dan parut ni bukanlah sesuatu penyakit yang kronik, tetapi kalau tak dirawat, kesannya bukan sahaja untuk fizikal malahan juga melibatkan dalaman dan emosi.
Sedih, murung, malu nak bersosial, hilang keyakinan diri, stress adalah antara impak negatif masalah kulit wajah ke atas seseorang itu.

Kebiasaannya, apabila seseoarng itu mengalami masalah kulit wajah seperti jerawat dan parut ni, pasti akan sentiasa mencuba pelbagai produk untuk menghilangkan masalah yang dihadapi. Beribu-ribu duit dihabiskan, malah masalah yang dihadapi tidak selesai, malah lebih teruk lagi menjadi lebih serius.

Itulah yang dihadapi oleh salah seorang pengguna Shaklee ini. Selama 7 tahun beliau mencuba pelbagai produk untuk menyelesaikan masalah kulit wajah beliau, tetapi semuanya sia-sia. Malah kulit beliau menjadi semakin teruk.

Gambar kiri adalah gambar sebelum mengambil produk Shaklee, dan gambar kanan adalah gambar selepas mengambil produk Shaklee.

Dari wajah yang dipenuhi jerawat dan parut, kini sudah semakin gebu, licin dan cerah!


 Jom kita dengar sendiri kisah beliau dalam video ni. Must watch ni, real testimoni :)



Jika anda juga mempunyai masalah yang sama, dan ingin mencuba produk Shaklee, jangan segan-segan untuk hubungi saya ya. 

Jom tingkatkan keyakinan diri anda dengan produk Shaklee.
Semua masalah ada penyelesaiannya, insyaAllah :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit