Monday 14 May 2012

Makan cendol pulut di Pantai Seagate/Jerejak, Penang

lupa pulak nak update pasal rumah baru keluarga kecikku kat Penang Island tu kan. Alhamdulillah, kunci dah dapat dua minggu lepas. last weekend, adalah sesi membeli apa yang patut yang dipasang kat rumah tu. then, termasukla cat. tema colour rumah aku brown/cream kat living hall and master bedroom. bilik kakak pulak, of couse la PINK kan. bilik irfan pulak, biru.

weekend baru ni, aktiviti cik abang adalah mengecat rumah, dibantu oleh adik iparku. aktiviti aku pulak, g jalan2 shopping. cessss, laki penat2 g cat rumah, bini g shopping. tapi dimaapkan, sebab aku shopping curtain:) actually tak plan pun, sekali mak ngan kakak aku datang dari Alor Setar. then aku ajakla g tengok rumah baru tu, terus g measure saiz curtain. Alhamdulillah, setelah lebih kurang 2 jam macam nak patah kaki  pusing satu Kamdar kat Kompleks Bukit Jambul, at last dapat gak curtain yang berkenan di hati. senang betul beli kat situ, pilih jer mana2 kain, then boleh terus tempah kat situ. settle satu bab, lepas 2 minggu dah boleh g ambik. nanti bila dah siap, aku share gambar k:)

lepas jer habis beli curtain, masing2 dah kering tekak. then abang ipar aku ajak g makan cendol kat area Pantai Seagate, berhadapan dengan Pulau Jerejak tu. actually akupun tak tau tempat tu panggil apa, tapi orang selalu cakap Pantai Seagate la. best la lepak2 kat situ, makan cendol pulut sambil kena angin laut, relax jer.

 kesian kakak, letih teman mama cari curtain

 jom pekena cendol pulut!

 hidangan wajib kalau lepak tepi laut or pantai

beriya Irfan makan kopok lekor

kakakku yang cute:)

makan bawah jala:)

Irfan tetap dengan kopok lekornya

sesi merendam kaki sebelum balik

Sunday 13 May 2012

Mandi-manda di Bukit Merah Laketown!!! - Part 2

ok, seperti yang dijanjikan, here comes gambar bermandi-manda kitorang pulak. lamanya nak keluar part 2. memang banyak betul gambar actually sebab ada adik ipar aku bersama cameranya yang powernya itu. memang asyik bergambar jer la kitorang. anyway, layannnnnnn.....

mula2 datang, terjun tempat ni dulu

Irfan bertapa jap atas nih:)

 my hero:)

 besar sangat pelampung ni. seksa betul nak naik

berjalan-jalan di bawah percikan air

 wife adik iparku dan anaknya, Irfan and nenek

happy betul masing2:)

 susah betul nak posing ngan kakak. asyik nak terjun jer dia:)

posing sebelum balik

 
keluarga kecikku. bukan senang nak tangkap gambar satu family macam ni..

Tuesday 8 May 2012

Mandi-manda di Bukit Merah Laketown!!! - Part 1

dah lama sebenarnya aku teringin nak bawak anak2 g Waterpark, akhirnya tercapai jugak hajatku Sabtu lepas. kali ni, kitorang g dengan adik ipar aku n family kecik dia. at first plan nak bawak MIL and adik ipar aku yang paling kecik tu, tapi sekali adik ipar aku kena pergi sekolah pulak. jadinya, diorang tak dapat ikut. then, kitorang bawak tok jer la join sekali.

kitorang kuar rumah dalam pukul 8.30 pagi macam tu, pekena roti canai kat kedai mamak dulu. then 9.30 baru gerak dari Penang. lama giler breakfast:)

tak lama sangat perjalanan nak g Bukit Merah tu, dalam setengah jam jer. tapi disebabkan tahap pemanduan cik abang ku yang ala2 Formula One tu, aku rasa tak sampai setengah jam pun dah sampai dah. sampai jer cik abang terus g beli tiket. disebabkan aim kitorang memang nak terjun dalam Waterpark jer, takdela kitorang g beli tiket yang package macam2 tu. harga tiket untuk masuk Waterpark dewasa RM 25, kanak-kanak RM 20 and warga emas RM10.

nenek dan dua cicitnya yang dah tak sabar nak terjun swimming pool

hensem boy:)

ok, kakak confirm kena bayo.....

Irfan cun-cun 90 cm. selamat duit mama:)

belum masuk lagi dah main air

sesi memanaskan badan sebelum terjun swimming pool. layannnnn

posing sakit pinggang dari mama:)

ok, pakai ni dulu, baru boleh masuk

next entry, kita layan gambar bermandi-manda pulak k:)

Thursday 3 May 2012

Irfan potong rambut!!

actually aku nak citer pasal aku bawak anak2 gi mandi kat Bukit Merah Laketown Waterpark weekend lepas. tapi banyak sangat gambar aku nak upload, so perap dalam draft la sekejap. next week la kut aku publish. hari ni, just nak share gambar Irfan potong rambut.

actually ni first time bawak Irafn g kedai potong. selalu aku or mak aku jer yang potong, tapi rasa macam tak cantik jer. maklumla takde skill:) curi2 bawak sebab si ayah tak kasi. ayah nak tengok anak dia rambut panjang. tapi aku pulak rasa macam rimas tengok rambut Irfan panjang sangat. lagi satu, orang selalu ingat Irfan girl. aku rasa sebab rambut panjang kut. sekarang dah potong pendek, baru nampak boboi:)

Alhamdulillah, sepanjang proses gunting rambut tu, Irfan rilek jer. kadang2 jer dia cam rimas bila rambut tu jatuh kat muka dia. lagipun pak long dia asyik cakap nak belanja makan aiskrim. memang trick yang menjadi:)

Irfan dah get ready kena bungkus

punya rilek sampai nak tertido ker Irfan:)

pak long tolong buangkan rambut yang jatuh2 tu

hahhhh!! guna ni lagi senang. Irfan pun tahan jer:)

siap!!!

Irfan with new hair cut, dapat upah ice cream. yeyyyy!