Monday 17 April 2017

Tips Bagaimana Ibu Bekerja Berjaya Menyusukan Anak Dan Kekal Cergas


Assalamualaikum

Nama Kak Enan, Noor Hartini Binti md Saad, seorg ibu bekerja yang mempunyai 4 permata hati. Kak Enan ingin berkongsi pengalaman Kak Enan ketika sebelum mengenali Shaklee dan setelah mengambil vitamin Shaklee ini.


Seriusly dulu Kak Enan memang tidak suka ubat biji tapi bukan bermaksud Kak Enan susah makan ubat, bab makan ubat tu senang saja. Ambil ubat masuk mulut telan saja, kan senang je kan. Cuma kerisauan akan effect terhadap buah pinggang itu membuatkan Kak Enan sangat berhati-hati nak makan ubat mahupun vitamin.

Mula Mengalami Masalah Kesihatan Dan Cepat Letih

Apa yang menyebabkan Kak Enan mula mencari vitamin ialah disaat ada anak pertama. Sebagai ibu bekerjaya yg ingin menyusukan anak secara ekslusif memerlukan antibodi dan ketahanan imun yang kuat. Malah apabila Kak Enan mula mengandung anak kedua pada jarak yang dekat iaitu berbeza setahun sahaja kesihatan mula kurang memuaskan. Terutama badan cepat letih, emosi kurang stabil dan kulit wajah yang semakin kusam. Sepanjang kehamilan memang kerap MC dan cuti rehat kerana asyik tidak sihat dan cepat letih.

Selepas bersalin anak kedua, keadaan Kak Enan makin worst. Badan sangat cepat letih, balik dari kerja hanya mahu mandi dan tidur saja kalau mengikut hati. Kulit muka dan wajah memang sangat kusam dan emosi pun mudah sangat tersentuh mahupun tak stabil. Lalu Kak Enan disuggest oleh officemate mencari supplement Waktu tu kesedaran tentang makanan tambahan atau vitamin ini tiada dalam kamus hidup lagi.

Mula Mencuba Supplement Tapi Masalah Lain Yang Datang

Atas saranan kawan tu Kak Enan pun pergi ke farmasi dan cari multivitamin yangg dikatakan membantu memberi energy dan pulihkan tenaga. Jadi membelilah Kak Enan vitamin yang disuggestkan oleh ahli farmasi yang berharga sebiji RM 2.00 sebanyak 20 biji, ala yg boleh repack tu. 


Sayangnya selepas seminggu consume, yang paling kurang best kak enan alami adalah jadi sembelit teruk huhu energy tu Alhamdulillah, ok la, tapi akibat sembelit teruk terus Kak Enan stop ambil vitamin tu. Rugilahkan dah beli vitamin mahal tapi tak makan dah atas faktor tiada siapa yang nak hendak dibuat rujukan lagi tentang tu. Pastu terus Kak Enan tak amik apa-apa supplement. Sehinggalah sedang mengandung anak ke 3. Saat tu Fb sangat familiarlah digunakan.



Terlihat junior UTM yg seringkali berkongsi tentang vitamin Shaklee ni. Berjinak-jinak Kak Enan mengambil info darinya dan selepas bersalin hampir 6 bulan selepas itu Kak Enan mula mengambil vitamin Shaklee ni untuk Set Kesihatan Asas dan Set Menyusu untuk tingkatkan pengeluaran susu.

Kesihatan Bertambah Baik Dan Semakin Bertenaga Dengan Supplement Shaklee

Alhamdulillah.. terasa kelainannya apabila mula mengambil Set Asas bersama Set Menyusu ni iaitu Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Lecithin, Ostematrix dan Alfalfa. Badan semakin ringan dan kurang rasa letih kerana balik dari kerja Kak Enan mampu lagi memasak untuk makan malam dan buat persiapan anak-anak sambil buat hobi Kak Enan iaitu menjahit. Alhamdulillah.. mata sembab dan kulit kusam juga semakin hari semakin hilang. Kak Enan sangat happy.

Apa yang memeranjatkan Kak Enan berat Kak Enan selepas 6 bulan mengamalkan vitamin ini boleh kembali kepada berat Kak Enan sebelum kahwin. Dari angka hampir ke 6 puluh dapat angka 4 puluh balik memang membuatkan hati sangat-sangat happy OK. Itupun setelah ada anak 3 tu. Amazingkan? Syukur Alhamdulillah Kak Enan tak perlu risau masalah selulit, sembelit mahupun berat yang semakin naik setelah konsisten amalkan set ini. Malah Kak Enan dapat menyusukan anak Kak Enan yang ke-3 sehingga dia berusia 3 tahun. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan dan pertemukan Kak Enan untuk menyelesaikan masalah Kak Enan yang bekerjaya ini.

Sewaktu mengandung anak ke-4 memang fully Het hamil Kak Enan amalkan dan sememangnya sangat ketara berbeza saat hamil dahulu dan anak ke-4 ini. Sehingga kini Kak Enan masih menyusu anak ke-4 yang berusia setahun 6 bulan. Alhamdulillah.

Kepada ibu yang bekerjaya diluar sana yang mudah penat, letih dan mengalami emosi yang kurang stabil, Kak Enan sangat syorkan ambil vitamin Shaklee Set Asas ini untuk mempertingkatkan kesihatan diri kita sebagai ibu. Kalau tidak kita yang sayangkan diri kita siapa lagi kan.


Betul Ke Set Breastfeeding Shaklee Ni Betul-betul Bagus Dan Berkesan

Untuk info lanjut dan perkongsian pengalaman ibi-ibu yang mengamalkan Set Breastfeeding Shaklee ni, boleh klik
>> Set Breastfeeding Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Set Breastfeeding Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 13 April 2017

Luka Kulit Melecur Cepat Sembuh Tanpa Ubat


Pernah tak kulit anda melecur teruk. Terkena air panas ke, minyak panas ke, seterika ke, dan sebagainya.

Sakit dan pedih tu memang makan berhari-hari juga la sementara luka tu nak sembuh.

Kalau kita yang dah dewasa ni pun dah sakit, inikan pula kalau budak-budak yang kulitnya melecur teruk.

Sebolehnya memang nak bagi cepat sembuh dan elak luka menjadi semakin teruk.

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman Puan Fiza, menceritakan ikhtiar beliau untuk sembuhkan luka melecur anak beliau yang terkena kuah panas  dengan cepat.


LUKA AKIBAT MELECUR PADA TANGAN ANAK BERANSUR SEMBUH SELEPAS DISAPU KRIM HERBAL BLEND SHAKLEE

"Anak adalah anugerah Allah. Bila si anak terluka sikit, pedihnya hati ibu susah untuk diungkapkan. Lagi-lagi apabila ianya berlaku ketika kita tidak bersama mereka.

Saya bekerja dan anak tinggal bersama babysitter. Luluh hati bila dimaklumkan oleh babysitter tangan anak saya iaitu Izzah (setahun dua bulan) melecur terkena kuah panas. 

Saya ikhtiar, sapukan Herbal Blend Shaklee serta merta. Hari keempat sapu, saya dan suami agak resah sebab nampak luka makin basah. Tapi atas nasihat upline Shaklee saya iaitu Nur Salwa menyarankan untuk terus sapu Herbal Blend tersebut, kami teruskan. Anak pun selesa. Krim yang selamat dan tidak memedihkan. 

Alhamdulillah. Semakin hari semakin cantik kulit Izzah. Ternyata krim Herbal Blend Shaklee sesuai untuk mengubati kulit Izzah yang melecur terkena kuah panas. Tragedi yang pedih tapi lega apabila melihat kulit Izzah pulih seperti biasa. 

Herbal Blend Shaklee harga mampu milik dan beri kesan yang terbaik. 

Satu Rumah Satu Herbal Blend."

Apa Istimewanya Herbal Blend Ni ?

Herbal Blend adalah antara produk Shaklee yang sentiasa mendapat tempat di hati ramai orang. Sebab tu selalu je cepat out of stock.

Krim ni dihasilkan dari ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Bila disapu, rasanya sangan dingin dan tak berminyak.

Disebabkan bahan-bahannya yang semulajadi tanpa bahan kimia dan rasa sejuk menenangkan tu, Herbal Blend ni sesuai untuk kegunaan semua termasuk bayi.


Apa Kegunaan Herbal Blend ?

Herbal Blend ni adalah krim serbaguna. Antara kegunaannya:
  • Melembutkan kulit / tumit kasar
  • Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin
  • Merawat ekzema
  • Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Membantu menghilangkan parut
  • Losyen harian untuk kulit kering
  • Krim urut badan lenguh
  • Merawat kesan luka melecur
  • Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
Saya sendiri pun memang kena ada sentiasa krim Herbal Blend ni kat rumah. Anak-anak pun dah tau dah, kalau kena gigit nyamuk ke, terus minta mama ni sapu :)

Bagaimana Nak Dapatkan Krim Serbaguna Herbal Blend Ni

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 12 April 2017

Rahsia Kulit Cerah Gebu, Tiada Lagi Masalah Kulit Berbelang Dan Sunburn Teruk


Sinaran matahari sebenarnya bagus untuk kulit. Ianya mampu memberi vitamin D iaitu ketika sinar matahari pagi sebelum jam 9.00 pagi.

Tapi, sekiranya kulit kita terlalu terdedah kepada matahari sepanjang hari, ini akan membeli lebih banyak kesan negatif.

Selain kulit menjadi gelap, kusam dan berbelang, terdapat lagi beberapa kesan negatif lain akibat dari terdedah kepada matahari atau sunburn ni. Sebab tu kita seharusnya melindungi kulit dari menjadi sunburn, atau apabila dah sunburn, ikhtiarla untuk sembuhkan kembali kulit kita dengan cepat.


Kesan Buruk Apabila Kulit Sunburn Atau Terdedah Kepada Matahari
  • Tisu kulit akan rosak
  • Kulit menjadi sensitif, kemerah-merahan, ruam atau gatal
  • Merosakkan kolagen kulit dan mengakibatkan penuaan lebih cepat. Ramai yang kelihatan tua sebelum usia, ini dinamakan premature aging (kulit berkedut, garis halus, kusam) 
  • Timbulnya masalah seperti jeragat, jerawat, blackhead, whitehead
  • Meningkatkan risiko kanser kulit
Inilah yang akan terjadi jika kita terdedah dengan matahari tanpa perlindungan sewajarnya.

Cara Elakkan Dan Hilangkan Sunburn

Macam mana nak elakkan sunburn?

Kalau dah sunburn, macam mana nak hilangkan sunburn dengan cepat?

Saya pernah kongsikan di sini Cara Berkesan Hilangkan Sunburn Dengan Cepat

Kali ni, saya nak berkongsi pula kisah sahabat saya, Puan Irda yang menceritkana bagaimana kulit beliau yang mempunyai masalah sunburn yang teruk, dengan segala blackhead whitehead bagai, kini dah cerah dan gebu. Memang cantik tau kulit kawan saya ni sekarang. Jeles i :)

Jom baca kisah beliau.

Rahsia Kulit Cerah Gebu, Tiada Lagi Masalah Kulit Berbelang Dan Sunburn Teruk


KINI KULIT SAYA TIDAK SUNBURN LAGI. MALAH LIANG PORI SAYA JUGA MENGECIL

"Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.

Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek. Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.

Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.

Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia. Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.

Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!

Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!"

Apa Tu Nutriwhite Dan Betul Ke Sangat Berkesan ?

Mungkin ramai yang masih belum tahu, selain produk vitamin, Shaklee juga mengeluarkan rangkaian produk penjagaan muka untuk luaran.
  
Produk penjagaan kulit yang dikongsikan oleh Puan Irda di atas adalah Nutriwhite.

Dan seperti biasa, sesuai dengan trademark dan janji Shaklee, produk Nutriwhite juga adalah selamat, semulajadi dan berkesan.

Sememangnya Nutriwhite ni sentiasa menjadi pilihan ramai, sampaikan stock dekat Shaklee pun cepat je sold out.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nutriwhite dan perkongsian pengalaman mereka yang menggunakan Nutriwhite, boleh klik di sini >> Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Cerahkan Kulit Tanpa Kesan Sampingan Merbahaya

Bagaimana Nak Dapatkan Produk Shaklee Untuk Hilangkan Sunburn

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 11 April 2017

Cara Mudah Hilangkan Ulser Yang Pedih Dan Menyakitkan


Ulser di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.

Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan. 

Kalau sesekali tu boleh la, tapi kalau dah terlalu kerap. Tak sanggup nak tanggung seksa pedih tu kan.


Punca Terjadinya Ulser
  • Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya. 
  • Daya menahan sakit yang lemah. 
  • Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi. 
  • Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir. 
  • Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya. 
  • Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman. 
  • Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering. 
  • Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Bila Ada Ulser
  • Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah. 
  • Kurangkan air berasid.
  • Gunakan antiseptik untuk berkumur. 
  • Letak gel untuk ulser di tempat yang dijangkiti. 
  • Letak sedikit ais di tempat yang dijangkiti untuk melegakan sakit. 
  • Minum air masak dengan kuantiti yang banyak. 
  • Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil Vitamin B Kompleks  
  • Mengambil mineral zink,zat besi,Asid Folik,Vitamin B 12. Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut. 
  • Untuk meningkatkan sistem imun (daya tahan sakit), anda digalakkan untuk mengambil lebih Vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. 
Selain itu, anda juga boleh mencuba petua-petua seperti berkumur dengan air garam serta menyapu marjerin atau madu di ulser tersebut sebagai ikhtiar untuk ulser anda sembuh dengan cepat. Tapi yang berkumur dengan air garam tu, anda perlu menahan sakit sikit sebab agak pedih juga waktu berkumur tu.

Terlalu kerap kena ulser dan takut kena barah, wanita ini berkongsi bagaimana akhirnya beliau sembuh dari gangguan ulser

 
"Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee. 

Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa. 

Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala. 

Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.

Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak. 

Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.

Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit. 

Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi. 

Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah. 

Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya. 

Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu. 

Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga. 

Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.

Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati."

Bagaimana nak dapatkan vitamin Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit