Wednesday 31 January 2018

Tiada Lagi Masalah Gastrik Yang Kronik


Saya seorang ibu kepada 4 orang anak yg berumur daripada 10 hingga 4 tahun. Saya juga seorang guru yang berumur 42 tahun. Dan ini adalah kisah testimoni saya yang konsisten amalkan ESP, Vitamin B Complex, Vitamin C dan juga Alfalfa.


Diserang Gastrik Yang Kronik

Saya mula-mula kena gastric semasa saya mengandung anak sulung (2007). Dan, gastric saya hanya menyerang jika saya ada makan udang. Sebelum kahwin saya takde masalah pun jika makan udang. Malahan, udang adalah makanan favorite saya, terutamanya udang sungai. Mungkin perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan badan saya tak boleh nak terima udang. So, pendek kan cerita, saya terpaksa berpantang makan udang.

Selepas melahirkan anak sulung, kira2 umur anak sudah lebih 6 bulan, saya cuba lagi makan udang. Sekali lagi saya diserang gastric yang teruk. Yang mana jika saya telan Trisilox pun tak jalan.

Mengerekot la saya kat tilam sepanjang hari. Last2 saya telan 2 biji panadol dan 2 biji Trisilok, barulah lega sikit sakit perut tu. Tetapi, dalam masa 2 hingga ke 3 hari tu, memang saya langsung tak boleh silap makan.

Contohnya, saya kena makan bubur..tak boleh makan nasi biasa. Itupun dlm kuantiti yg sedikit. Tak boleh juga makan makanan yg pedas dan juga berminyak. Kalo over makan atau tersalah makan, maka gastric akan kembali datang menyerang.

Oleh kerana sudah berasa serik dengan kesakitan gastric, maka saya lebih rela untuk berpantang daripada makan udang sampai bila2. 


Tiada Lagi Masalah Gastrik
 

Semasa hamil anak ke 4 (2012), saya mula mengamalkan vitamin Shaklee. Antara yg saya amalkan masa tu adalah ESP, Vitamin C dan Vitamin B. Selepas bersalin hingga tamat berpantang, saya amalkan Alfalfa selain daripada vitamin 2 yg saya amalkan sebelum ini.

Apabila anak saya berumur 2 tahun, sekali lagi saya cuba untuk makan balik makanan kegemaran saya sejak dari zaman anak dara lagi. Dan, saya terkejut bila selepas makan tu perut saya okey je. Takde tanda2 diserang gastrik.

Selang seminggu kemudian, saya cuba lagi makan udang, pun masih sama, tiada lagi diserang gastric. So, dari situlah saya sedar yang vitamin Shaklee yang saya amalkan itu telah menyebabkan gastric saya sembuh walaupun pada awalnya niat saya utk amalkan Shaklee adalah utk breastfeeding.

Jadi, sampai hari ini, setelah anak no. 4 saya berumur 4 tahun, saya masih amalkan Shaklee. Dan, kepelbagaian vitamin yg saya dah cuba pun makin bertambah. Hampir semua vitamin Shaklee sudah saya cuba.

Malahan, anak2 dan suami pun saya suruh dorang amalkan vitamin Shaklee setiap hari. Dan, sehingga ke hari ini saya amat yakin dengan kualiti vitamin Shaklee. Terima kasih Shaklee.



Betul Ke Set Gastrik Shaklee Ni Bagus ?

Shaklee ni bukanlah ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kesihatan badan untuk berfungsi secara optimum. Tiada kesan sampingan yang negatif, dijamin selamat dan semulajadi. Malahan semua produk Shaklee telah melalui pelbagai kajian yang teliti dari para saintis Shaklee untuk memastikan kualiti produk sentiasa yang terbaik.

Untuk testimoni mereka yang pernah mengamalkan produk Shaklee untuk masalah gastrik
>> Vitamin Untuk Gastrik

Bagaimana Nak Dapatkan Set Gastrik Shaklee ?

Jangan biarkan masalah gastrik anda melarat sehingga mengganggu aktiviti harian anda dan juga tahap kesihatan anda.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 30 January 2018

Kelas Berenang Kanak-kanak Di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang


Assalamualaikum semua

Apa khabar. Semoga semuanya sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Tadi waktu on the way ambil kakak Aina balik dari school, macam biasa, saya memang akan selalu tanya tentang benda menarik kat school, kawan-kawan.. Tadi kakak Aina ada cerita yang kawannya siang pergi KAFA, malam pulak pergi kelas mengaji dan tuisyen. Hmm.. nasib baik kakak Aina tak cakap teringin nak pergi tuisyen, sebab mamanya ni belum ada plan nak hantar kelas tuisyen. Rasa macam tak perlu lagi kut buat masa ni.

Mamanya ni lebih pentingkan kelas-kelas yang ajar kemahiran gitu. Dah lama teringin nak hantar kelas-kelas macam tu, tapi dulu rasa macam restricted sikit sebab penakut giler nak drive walaupun ada lesen. Sekarang ni dah ada confident and dah naik syok drive, so membuak-buak la perasaan nak hantar anak-anak ke kelas yang best-best.

Nak-nak pulak dah pindah kat tempat baru ni, rasa macam lapang sikit kat sini. Jalan pun tak sibuk and sempit macam kat pulau dulu.

Dalam kepala ni dok plan nak hantar kakak Aina kelas art sebab, satu mamanya ni memang fail bab art ni. Yang kedua, kakak Aina minat sangat art membuatkan mamanya yang tak creatif ni pening bila kakak Aina minta ajar buat itu la, buat ini la. Cuma masalahnya, tak jumpa lagi kelas yang macam ni kat sini.

Irfan pula memang dah ambil kelas Taekwondo, dah sampai blue belt, so kat tempat baru ni nanti sambung je. Hero ni macam-macam nak belajar, lepas Taekwondo ni nak belajar silat pula katanya. Pastu dok suruh mama cari kelas belajar main gitar. Alkisahnya, birthday irfan last year, ayah belikan hadiah gitar. Tapi ayahnya pun dah out skill main gitar, akibatnya irfan dok main petik sesedap rasa je la gitar tu. Nanti la yer irfan, mama tak jumpa lagi kelas belajar gitar area sini.

Panjang betul intro.. sebenarnya nak cerita tentang kelas berenang ni. Purposely saya tulis entry ni, supaya dapat membantu mak-mak yang tengah mencari kelas berenang area Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Sebab hari tu, memang saya dok Google juga tentang ni, tapi tak jumpa, nasib baik terjumpa kat Facebook.

Kelas berenang ni, sebenarnya dah lama juga teringin nak hantar kakak Aina dan Irfan. Dulu tak hantar-hantar adalah atas sebab-sebab tertentu yang agak sensitif sikit kalau nak dinyatakan kat sini :)

Tapi memandangkan sekarang ni dah pindah kat tempat baru, sebab-sebab tu dah takde kat sini. So, dengan excitednya mama ni mencari kelas berenang untuk kanak-kanak yang terdekat dengan rumah. Alhamdulillah, ada. Terus je register and last Sunday dah start first class.

Kelas berenang ni dekat Penang Golf Resort. 
Dekat je dengan rumah, dalam 15 minit macam tu sampai la

 Boleh tahan besar la juga kolam kat Penang Golf Resort ni

 Entrance fees nak masuk berenang pun boleh tahan. Hihi

 Nanti dah terer tu bolela ajar mama pulak :)

 Coach suruh mandi sikit dulu sebelum terjun

 Sekali je coach suruh buat, terus buat. 
Kalau time ayah ajar sebelum ni, syok main air je. 
Tapi bila nak practice swimming, bukan main macam-macam alasan lagi bila nak buat

 First class, belajar teknik bubble.
Teknik ni untuk bernafas dalam air dengan cara yang betul

 Alhamdulillah. Dah habis first class.
Free time. Apa lagi, terus main slide lerr..

Untuk yang nak dapatkan info lanjut tentang kelas berenang kanak-kanak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang ni, boleh contact terus admin Facebook page ni.


Coach ni semua certified. Diorang ada conduct swimming class kat Sungai Petani juga. Kalau kat Sungai Petani, hari-hari ada class kalau tak silap.

Tapi kat Penang Golf Resort Bertam ni, seminggu sekali hari Ahad je, pukul 9-10 pagi.

So..
Hopefully entry ni membantu sape yang tengah mencari ya.

Oo.. by the way, sesiapa yang tahu kelas-kelas menarik yang ada untuk kanak-kanak area Bertam Kepala Batas ni, bolelah share k.

Thanks for reading :)

Tanda-tanda Dan Rawatan Penyakit Kencing Tikus


Penyakit kencing tikus adalah salah satu penyakit yang amat digeruni kerana ia boleh membawa maut. Mungkin sebelum ini, jangkitan kencing tikus jarang berlaku, tetapi hakikatnya sekarang, peyakit ni bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Dan siapa kata tikus kecil tak bahaya. Kecil-kecil, kena air kencing dia pun kita dah boleh kritikal.

Apa itu kencing tikus?
Apakah faktor penyakit ni?
Tanda-tanda?
Dan bolehkah penyakit ini dirawat?

Apa Itu Penyakit Kencing Tikus

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.

Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.


Tanda-tanda Penyakit Kencing Tikus
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari)
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala
  • Batuk tidak berkahak 
  • Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut
  • Radang selaput mata. Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam

Rawatan

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Pesakit Kencing Tikus

Berikut saya kongsikan pengalaman Encik Mohd Amirul, bagaimana beliau telah dijangkiti penyakit kencing tikus yang menakutkan ini dan Alhamdulillah akhirnya telah kembali sihat.

Sembuh Sepenuhnya Dari Penyakit Kencing Tikus


"Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos.  

Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan. 

Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU. 

Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya. 

Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat. 

Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut. 

Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu. 

Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee."



Bagaimana Nak Dapatkan Supplement Shaklee ?

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 18 January 2018

Masih Lagi Pengedar Sah Shaklee Di Pulau Pinang :)

Assalamualaikum :)

Jap jap. Lap lap buang habuk dulu. Bersawang betul blog kesayangan ku ni. Sampai termimpi-mimpi update blog.

Ada yang rindu akak ke. Hihi

Terima kasih la buat yang masih sudi singgah kat blog akak ni. And salam ukhuwah buat yang baru je terserempak dengan blog akak. Berbulan-bulan lamanya akak tak update blog ni, sampaikan ada yang mungkin tak sure akak masih jual Shaklee lagi ke tak.

Of course la masih lagi. Masih lagi pengedar Shaklee yang aktif, dan satu keluarga pun masih lagi amalkan Shaklee. Walaupun dalam tak update blog ni, Alhamdulillah sales akak tetap berjalan. So korang, yang nak konsultasi eksklusif dari akak tentang Shaklee, jangan segan-segan contact yer. InsyaAllah akak bantu.

Sepanjang berbulan-bulan tak update blog ni, banyak betul cerita yang akak nak cerita sampai dah tak tau nak cerita yang mana. Hihi

Ok, akak announce yang paling major la kut.

Akak sekeluarga dah pindah rumah. Ni third house yang kitorang beli. Rumah yang sebelum ni, dah jual pun. Mula-mula lepas beli rumah baru ni, ingat nak bagi orang sewa je. Tapi lepas dah consider banyak factors, kitorang decide nak jual je terus. Malas nak pikir, kalau bagi sewa nanti takut macam-macam hal pulak dengan penyewa. Rumah first dulu pun jual. Nak jual tu Alhamdulillah senang je. Tak sempat nak iklan kat Mudah, dah ada buyer. Syukur Allah permudahkan.

Kitorang pindah pun tak jauh mana actually, masih lagi dalam Penang. Sebab cik abang still kerja kat company lama. Cumanya kalau sebelum ni kitorang stay kat pulau, sekarang dah keluar dari pulau. Reason keluar dari pulau, sebab nak berhijrah duduk rumah landed pulak. Kat pulau tu duduk rumah apartment. Maklumlah, rumah landed kat dalam pulau bapak mahal juta-juta, memang mampu tengok jer la.

Actually, akak dengan cik abang memang dah lama plan nak beli landed house kat mainland. Cuma ingat nak tunggu lepas kakak Aina and Irfan habis sekolah rendah. Reason, malas nak tukar-tukar sekolah sebab rasa sekolah dulu tu dah ok. Lagipun rumah lama tu memang best la, sekolah dekat, hospital dekat, nak shopping dekat, tempat kerja cik abang dekat, nak beli makanan apa pun cakap je semua ada.

Tapi, Allah dah atur elok dah kan. Since last year, memang kami dah start survey rumah. Dalam dok tengah survey tu, terbekanan pulak dengan rumah yang baru kitorang beli ni. Menepati ciri-ciri yang akak nak. Akak takdela demand rumah besar banglo ke apa. Sebab rumah macam tu, kalau nak harga yang affordable, jauh pulak dengan tempat kerja cik abang.

Fikir punya fikir, discuss dengan anak-anak, diorang pun suka dengan rumah ni and ok je tukar sekolah.

Dipendekkan cerita, kami dah lebih kurang 4 minggu macam tu pindah ke rumah baru ni. Syukur Alhamdulillah. Dan dengan ini, akak isytiharkan juga akak dah semakin rajin nak deko-deko dan tanam menanam. Rumah baru la katakan. Harap-harap berkekalan la rajin ni. Hihi

Dan dengan ini juga diisytiharkan akak dah kembali menggunakan lesen kereta akak setelah terperap 10 tahun lebih. Kalau sebelum ni, sekolah belakang rumah, jalan kaki je sampai. KAFA pun dekat je. Nak ke mana-mana pun harap kat cik abang je. Nak bawa kereta jadi tak confident pulak.

Sekolah baru ni dekat la jugak, tapi kalau jalan kaki memang tak dapat la. Confident tak confident, kena la akak bawa kereta. Banyak kali juga la keluar rumah tahun ni, sebab kakak Aina and Irfan sesi sekolah tak sama. Sorang pagi, sorang petang. Pastu dengan KAFA lagi. Memang job akak bertambah la lagi satu tahun ni, jadi driver pulak. Tapi kan, syok pulak jadi driver anak-anak ni.

Panjang meleret pulak cerita akak ni.

By the way, rumah baru kami sekarang kat Bertam, Pulau Pinang. Ada sesape yang dok area sini terbaca entry akak ni. Meh la kita berkenalan.

Ok.. stay tune naaa dengan sharing akak tentang tips-tips, tentang Shaklee.. dah penuh otak dah ni nak share macam-macam.
Dan mungkin sekarang, akak akan rajin juga share tentang deko rasanya. Nampak semangat di situ :)

Thanks for reading!

Peneman setia mama selfie