Saturday, 3 December 2016

Rasa Kebas Di Hujung Jari Dan Tangan? Anda Mungkin Menhidap Carpal Tunnel Syndrome


Pernahkah anda apabila bangun dari tidur atau terbangun awal pagi sekitar jam 2 atau 3 pagi, dan rasa tidak selesa di bahagian jari dan tangan?

Rasa seperti kebas dan sakit bagai ditusuk jarum biasanya pada bahagian tangan iaitu pada ibu jari, jari telunjuk, sebahagian daripada jari manis dan pergelangan tangan.

Berulang kali tangan dan jari diusap atau disapu minyak panas bagi menghilangkan rasa kebas dan sakit tu, namun sakitnya seakan-akan tiada tanda berkurangan.

Kalau jawapan anda ialah “ya”, anda mungkin mempunyai masalah Carpal Tunnel Syndrome.


Apa itu Carpal Tunnel Syndrome?

Carpal Tunnel Syndrome terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.

Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Tanda-tanda Carpal Tunnel Syndrome
  • Kebas pada bahagian pergelangan tangan dan jari terutama ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu serta sebahagian pada jari manis
  • Sakit & berdengut pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau tapak tangan dan jari
  • Rasa lemah pada bahagian tangan menyebabkan sukar memegang sesuatu objek

Faktor Yang Menyebabkan Punca Carpal Tunnel Syndrome

Kalau dulu, penyakit ini lebih kerap menyerang mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Namun sejak kebelakangan ini makin ramai golongan muda seawal usia 20-an mengalaminya kerana terlalu lama menaip mahupun melayari Internet di komputer. Begitu juga yang sentiasa menggunakan gajet seperti tablet dan telefon pintar.

Selain itu, berikut adalah antara faktor yang menjadi punca risiko Carpal Tunnel Syndrome:
  • Keturunan
  • Penyakit artritis – penyakit sendi terutama sendi pergelangan tangan
  • Masalah kesihatan – diabetes & gangguan tiroid
  • Kegemukan
  • Wanita yang hamil menggunakan pil perancang keluarga
  • Merokok
  • Jenis pekerjaan (menjahit, melukis, pemandu, pekerja kilang pemasangan, pekerjaan melibatkan menaip dan komputer)
Cara Merawat Carpal Tunnel Syndrome

Kaedah rawatan Carpal Tunnel Syndrome terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Kaedah tanpa pembedahan 

* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.

* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.

* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

2. Kaedah pembedahan

Kaedah pembedahan mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.

Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.
Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.

Vitamin Shaklee Yang Membantu Masalah Kebas Jari Dan Tangan, Carpal Tunnel Syndrome

Berikut adalah supplemen tambahan yang disyorkan untuk membantu masalah sering rasa kebas, sakit dan tidak selesa pada jari dan pergelangan tangan:


Vivix - sangat bagus untuk memperbaiki sel, menyihatkan sendi, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Ostematrix - mengandungi kalsium, dan lengkap dengan vitamin D, magnesium, fosforus, zinc, mangan dan mineral-mineral penting yang lain. Ostematrix berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. 

Omega Guard - membantu mengurangkan inflamasi, keradangan, serta memberi kuasa pelincir kepada sendi.

B Complex - kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B6 dan B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap dan dari sumber semulajadi.

Apa Kata Mereka Yang Amalkan Vitamin Shaklee

Testimoni 1


Testimoni 2


Untuk pesanan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya ya. Cik Jatt 013-4894037

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday, 2 December 2016

Cara Hilangkan Jerawat Bernanah Yang Menghantui Diri


Masalah jerawat sememangnya bukan suatu masalah penyakit yang kronik atau merbahaya.

Tetapi, jika masalah jerawat ni tidak dirawat, kesannya bukan sahaja menjejaskan fizikal atau ketrampilan seseorang, malah juga menganggu emosi seseorang itu.

Yelah, siapa yang tak sedih kan kalau muka penuh jerawat. Bukan jerawat biasa pulak tu. Tetapi jerawat kronik yang besar-besar dan bernanah lagi. Malu, rendah diri, kurang keyakinan diri, hilang semangat... sampai rasa tak nak keluar rumah pun ada.

Selain tu, masalah berkaitan dengan jerawat ni juga menandakan seseorang itu mungkin mengalami masalah kesihatan tertentu atau sesuatu yang tak kena dengan dalaman kita. 

Jadi, entry saya kali ni adalah khas untuk membantu anda hilangkan masalah jerawat yang besar dan bernanah ni.


Kenapa Jerawat Besar Dan Bernanah Susah Nak Hilang?

Saya pasti, semua yang mengalami masalah jerawat bernanah ni bukannya tak usaha langsung untuk selesaikan masalah tu.

Pelbagai produk dah dicuba, duit pun dah banyak berhabis, tapi masalah tetap juga tak selesai, malah mungkin ada yang jadi lebih teruk lagi.

Kenapa ?

Sebab, puncanya tak dirawat. Bila puncanya tidak dirawat, bagaimana masalah nak selesai, betul tak.

Mereka yang mengalami masalah kulit jerawat bernanah ni, pada asalnya juga mempunyai kulit yang licin, sihat dan cerah. Betul?

Tapi disebabkan beberapa faktor, kulit yang takde masalah tu tiba-tiba diserang masalah jerawat yang kronik.
Antara punca utama masalah jerawat bernanah ni adalah:
  • Penggunaan skincare yang salah terutamanya produk-produk yang mengandungi bahan terlarang
  • Masalah dalaman seperti hormon yang tak stabil, toksin berlebihan, penghadaman, pengambilan ubat tertentu, allergy
Jadi, pokok pangkalnya, pertama sekali hati-hati menggunakan sebarang produk kecantikan contohnya produk pemutih yang menjanjikan kulit putih, licin dan gebu dengan cepat tu. Produk-produk sebegini biasanya mengandungi bahan-bahan terlarang yang merbahaya atau yang belum terjamin keselamatannya.  Jadi, selidik betul-betul ya. Buat apa cantik sekejap jer, tapi selepas tu menanggung seksa nak rawat kulit yang rosak pula.


Kedua, tak dinafikan, pengambilan supplements atau vitamin amat penting untuk merawat kulit dari dalam. Tapi, pun kena hati-hati dan selidik betul-betul juga, benda yang masuk ke dalam badan kita ni tak boleh ambil ringan. Pastikan yang bettul-betul selamat sahaja supaya tak menyesal di kemudian hari. Ingat, apa sahaja kesan-kesan yang membahayakan kesihatan mungkin kita tak nampak sekarang, tapi kesannya akan timbul selepas 10-15 tahun kemudian.


Cara Hilangkan Jerawat Bernanah Yang Menghantui Diri

Rawat dari dalam. Baiki semual sel-sel kulit yang rosak dengan nutrisi tambahan dari vitamin atau supplement semulajadi

Paling penting, ambil produk yang betul.

Yang ada kajian klinikal, yang terbukti selamat dan berkesan bertahun-tahun. Yang mempunyai 3 ciri yang saya mention kat atas.
Dan ciri-ciri ni ada pada vitamin nombor 1 di pasaran iaitu vitamin Shaklee. Keberkesanan product Shaklee memang terbukti bukan sahaja oleh ribuan pengguna seluruh dunia tapi juga terbukti berkesan melalui pelbagai kajian serta ujian klinikal.

Vitamin Shaklee ni banyak sebenarnya.
Tapi, top 4 yang terbaik untuk hilangkan masalah jerawat bernanah ni adalah Vivix, Vitamin C, GLA Complex dan ESP.


Vivix - merawat kerosakan di peringkat selular. Vivix meliputi keseluruhan perlindungan kesihtan dan kecantikan. Juga bertindak sebagai detox. Produk terbaik dan paling power ekslusif hanya dari Shaklee

Vitamin C - bertindak sebagai anti acne dan tingkatkan sistem pertahanan badan. Juga untuk baikpulih sel-sel akibat penggunaan bahan kimia pada produk kosmetik. Vitamin C juga membantu untuk hilangkan parut dan mencerahkan kulit. Vitamin yang memang terkenal untuk kecantikan kulit

GLA Complex - GLA membantu kawal selia hormon. Adakalanya jerawat bernanah ni juga disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang. Mengandungi ekstrak Vitamin E bagi membantu dalam rawatan kulit rosak

ESP - ESP adalah protein tambahan terbaik dari non gmo soy. Fungsinya adalah untuk membaiki sel-sel rosak dan menggantikannya dengan sel-sel baru yang lebih sihat dan segar. Dan kesannya bukan setakat untuk kulit tapi juga untuk keseluruhan badan. Juga memberi tenaga kepada badan.

Apa Kata Mereka Yang Dah Cuba

Ramai yang dah berjaya hilangkan masalah jerawat bernanah dengan vitamin Shaklee.
Berikut saya kongsikan antara pengalaman mereka...

Testimoni 1

Tiada lagi rasa benci pada diri dan rasa rendah diri


Testimoni 2

Saya amat berpuashati dengan kesan pengambilan vitamin dari Shaklee


Testimoni 3

Setelah cuba pelbagai produk, akhirnya jerawat bernanah hilang dengan vitamin Shaklee


Testimoni 4

Jerawat bernanah akibat salah guna produk akhirnya hilang 


Untuk pesanan atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya ya. Cik Jatt 013-4894037

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, 1 December 2016

6 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Paling Popular


Sebut saja Pulau Pinang, semua dah terbayang-bayang nasi kandar, pasembor, mee sotong dan segala macam jenis makanan lagi. Memang kalau datang ke Pulau Pinang ni, pertama sekali orang cari adalah tempat makan yang best-best. Sebab tu orang cakap Pulau Pinang ni 'syurga makanan'.

Selain makanan yang best, Pulau Pinang ni juga terkenal dengan pelbagai tempat-tempat menarik untuk dilawati. Memang banyak. Saya sendiri yang dah 4 tahun menetap kat Pulau Pinang ni pun tak habis lagi terjah semuanya.


Entry kali ni, saya khususkan kepada 6 tempat menarik di Pulau Pinang untuk dikunjungi.

6 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Paling Popular

1. Bukit Bendera


Kalau datang ke Pulau Pinang, tak sah la kan kalau tak pergi Bukit Bendera. Wajib pergi.

Boleh pilih sama ada untuk mendaki (jenuh lah jugak kan) ataupun menaiki kereta kabel untuk ke puncaknya.

Sebaik sampai di atas, kita boleh lihat pemandangan indah seluruh bandar Pulau Pinang. Boleh jalan-jalan sambil ambil gambar. Ada foodcourt juga kat atas tu.

Kalau datang waktu pagi, sejukla juga tapi takdela sejuk macam Cameron Highland tu.

Lokasi :
Perbadanan Bukit Bendera,
Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam,
11500 Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu operasi :
6.30 pagi hingga 11.00 malam (Setiap hari)

Harga tiket :
Boleh rujuk sini untuk harga tiket semasa >> Harga tiket Bukit Bendera

Boleh klik sini info lanjut dan perkongsian pengalaman saya sekeluarga di Bukit Bendera


2. Padang Kota Lama


Tarikan utama di Padang Kota Lama ni adalah makanan popular pasembur serta mee sotong dan tak lupa juga Fort Cornwallis, iaitu sebuah kota yang dibina pada tahun 1786.

Dalam Fort Cornwallis tu ada tinggalan sejarah seperti meriam lama, stor senjata api... 

Kawasan gerai makanan tu pula dah lama popular dan sekarang ni dah dinaiktaraf. Dulu first time saya pergi, memang agak daif juga tempatnya, sekarang dah cantik! Ada 2, satu di tepi Fort Cornwallis berhadapan padang serbaguna iaitu Esplanade dan satu lagi di tepi laut iaitu Medan Renong.

Selain tu, apa yang bestnya kat sini, kita boleh bersantai sambil ambil angin dan lihat pemandangan laut. Tenang jer rasa. Kami yang duduk di Pulau Pinang ni, hujung minggu tu selalu juga la pergi sini. Ada juga playground kat sini, sambil kita santa-santai, makan-makan, anak-anak pun seronok main kat sini.

Maklumat tentang Fort Cornwallis

Lokasi :
Fort Cornwallis
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah
10200 George Town
Pulau Pinang

Waktu operasi :
9.00 pagi hingga 10 malam (Setiap hari)

Harga tiket :
Dewasa - RM10
Kanak-kanak - RM5

3. Batu Feringghi


Batu Feringghi cukup terkenal sebagai pusat pelancongan pantai di Pulau Pinang.

Kalau di Padang Kota Lama terkenal dengan tempat bersejarah dan makanannya, Batu Feringghi pula terkenal dengan pantai peranginan dan hotel-hotel menarik.

Sekarang ni, macam-macam aktiviti watersport ada di situ seperti jetski, waterski, berkayak dan sebagainya. Makanan pun banyak pilihan termasuk makanan laut, tempatan dan makanan barat.

Waktu malamnya pula, terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai jenis barangan dibuka sepanjang jalan, popular dengan nama Batu Feringghi Night Market. Memang meriah.

4. Penang Street Art 


Hasil seni kreatif yang boleh dilihat di dinding bangunan sekitar Georgetown.

Ernest Zachanevic nama diberi, artis hebat daripada Lithuania yang menghasilkan mural-mural kreatif ini. Artis ini menggabungkan mural dan benda-benda sebenar seperti motosikal, basikal dan juga buaian di dalam hasil seninya yang tersendiri.

Sangat kreatif, cantik dan menarik!

Jadi, sambil bersiar-siar tu, anda bolehlah liarkan mata sedikit. Lepas tu, apa lagi, bergambar la dengan mural-mural unik ni ok :)

5. Countryside Stables Penang


Countryside Stables ni terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ramai yang mungkin belum tahu tentang kewujudan tempat ni, termasukla orang Pulau Pinang sendiri. Jadi, saya yang dah dah tau dan pernah pergi ni, rasa berasalah pula tak share dekat sini.

Sebabnya, tempat ni sangat menarik.
Kawasannya nyaman, cantik, bersih dan dijaga rapi.

Apa yang boleh anda lakukan di sini, bermesra dengan kuda, tunggang kuda, bagi kuda makan. Percayalah, rugi kalau tak datang especially yang ada anak-anak tu :)

Lokasi :
Countryside Stables Penang
Lot 10050, 
Jalan Sungai Burung, 
Sungai Burung, 
11000 Balik Pulau, 
Pulau Pinang

Waktu operasi :
2.00 petang hingga 7.30 malam (Setiap hari)

Harga tiket :
Dewasa - RM5
Kanak-kanak - RM3

Boleh klik sini info lanjut dan perkongsian pengalaman saya sekeluarga di Countrysides Stables Penang

6. Penang 3D Trick Art Museum


Muzium ini penuh dengan hasil seni mural yang memberikan efek 3D dan juga figura bersaiz sebenar!

Memang unik dan menarik.

Di sini juga ada staff yang akan membantu anda mengambil gambar dengan cara dan posisi yang betul supaya nampak real. Dah nama pun 3D Trick kan :)

Lokasi :
10, Lebuh Penang, 
10200 George Town, 
Pulau Pinang

Waktu operasi :
9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin - Jumaat)
9.00 pagi hingga 8.00 malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Harga tiket :
Dewasa - RM15
Kanak-kanak - RM10

Ok, cukup dulu la 6 tempat kan.
Ini pun dah ambil 2 hari ni nak pergi semua tempat.
Belum masuk bab tempat-tempat makan yang best lagi ni.

Yang lain-lain pun banyak lagi, tapi saya share yang paling popular la ye. Sedang elok la kan, cuti sekolah baru bermula ni. Ibu bapa yang belum ada plan lagi nak bawa anak-anak ke mana, jemputla datang ke Pulau Pinang.

Dan, jangan lupa naik feri tau :)