Saturday, 23 March 2013

[Tip Kurus dan Langsing] Kawal Pengambilan Kalori Anda. Jom Semak Senarai Jumlah Kalori dalam Makanan Rutin di Malaysia


Dalam entry sebelum ni, saya dah berkongsi bagaimana nak kira BMR dan DCR kan. Ada yang dah kira tak. Ni langkah penting tau kalau nak turunkan berat badan.

Kalau nak kurangkan berat badan melalui pemakanan, kalori yang masuk iaitu apa yang kita makan haruslah kurang dari DCR. Tapi jangan pula sampai berlapar atau tak ambil kalori langsung ok.

"Dah start tulis apa yang anda makan hari ni"
"Dah kira jumlah kalori yang anda dah ambil setakat sekarang?"

Jom, kali ni saya kongsikan senarai kalori makanan rutin harian kita.
Semoga perkongsian kali ni memudahkan anda untuk mengira dan mengawal pengambilan kalori harian anda ok:)

Kategori:Kuih Muih 
  1. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  2. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  3. Popia basah (satu) = 95 kalori 
  4. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
  5. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  6. Karipap (sebiji) = 130 kalori
  7. Popia goreng (satu) = 130 kalori 
  8. Cekodok Udang (sebiji) - 145 kalori
  9. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  10. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  11. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori 
  12. Kebab Ayam (sebiji) - 185 kalori 
  13. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori  
  14. Apple Pie (sepotong) = 260 kalori 
  15. Apam balik (sepotong) = 300 kalori 
  16. Cheese Cake (sepotong) = 400 kalori
  17. Murtabak/mutton (sekeping) = 722 kalori
Kategori: Lauk Pauk
  1. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
  2. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori 
  3. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori 
  4. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  5. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  6. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
  7. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  8. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  9. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  10. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  11. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  12. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  13. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  14. Sotong goreng tepung (sepiring) = 630 kalori
Kategori: Makanan Rutin
  1. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  2. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
  3. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  4. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori 
  5. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori 
  6. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  7. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori 
  9. Lor Mee (satu mangkuk) = 383 kalori 
  10. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  11. Mee Wantan (satu mangkuk) = 409 kalori
  12. Roti Telur dan Dhal  (sekeping) = 414 kalori
  13. Laksa Penang (satu mangkuk) = 436 kalori 
  14. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  15. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori 
  16. Mee Rebus (satu  mangkuk) = 556 kalori 
  17. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  18. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  19. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  20. Laksa Kari (satu mangkuk) = 589 kalori
  21. Kuey Teow Goreng Kerang (sepinggan) = 743 kalori
Kategori: Makanan Segera
  1. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  3. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  4. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori 
  5. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  6. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
  7. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  8. Burger keju (satu) = 425 kalori
Kategori: Buah-buahan
  1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  2. Limau (sebiji) = 42 kalori
  3. Ciku (sebiji) = 44 kalori 
  4. Betik (sepotong) = 45 kalori
  5. Nenas (sepotong) = 59 kalori
  6. Epal (sebiji) = 63 kalori
  7. Durian (5 ulas) = 64 kalori
  8. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  9. Mangga (sebiji) = 103 kalori
  10. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Kategori: Minuman
  1. Susu tepung tanpa lemak (1 sudu makan) = 25 kalori
  2. Susu tepung penuh krim (1 sudu makan) = 33 kalori
  3. Air kacang soya (1 gelas) = 60 kalori 
  4. Susu pekat manis (1 sudu makan) = 71 kalori
  5. Teh tarik (1 gelas) = 83 calori 
  6. Yogurt rendah lemak (1 cawan) = 90 kalori
  7. Minuman kotak (250g) = 105 kalori  
  8. Minuman berkabonat (1 tin 285g) = 120 kalori
  9. Air tebu (1 gelas) = 184 kalori 
  10. Aiskrim (2 skop) = 390 kalori
Panjang betul listing ni. Memang tak boleh ingat semua, jadi anda boleh print list ni untuk jadikan panduan pemakanan anda ok. Nak kurangkan berat badan, pilih makanan yang rendah kalori yer:)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center


2 comments:

suzy zee said...

Tq for sharing dear....

suzy zee said...

Tq for sharing dear....