Friday 29 March 2013

B-Complex dan Ostematrix Alternatif kepada Panadol/Pain Killer : Penawar Sakit Kepala dan Migrain


Saya ni jarang sakit, setahun nak demam sekali pun susah. Tapi, boleh dikatakan saya ni kerap sakit kepala. Bila stress sakit kepala, datang period sakit kepala, tengah-tengah period sakit kepala, nak habis period pun sakit kepala. Pantang sakit kepala sikit, telan panadol (ooohhh, betapa jahilnya diriku dulu. MODE: menyesal). Bila dah lama-lama tu, dah banyak membaca, tahap kesedaran mula timbul, tentang kesan sampingan ubat/drug dan semenjak itulah saya mula menjauhkan diri dari panadol. Takdela sakit kepala jer telan panadol. Kalau dah tak tahan sangat macam nak pengsan, barula telan sebiji.


Kawan sekerja pernah saya suruh saya pergi check dekat doktor, sebab selalu sakit kepala kan. Tapi, malas la nak pergi check, nanti sah-sah doktor bagi ubat jer kan.

Itu dulu, sebelum saya mengamalkan supplemen Shaklee. Tapi sekarang ni, supplemen Shaklee adalah penawar saya. Sakit kepala yang teruk macam dulu-dulu pun dah tak menyerang lagi, syukur sangat dah tak perlu suffer dan ambil panadol. Ini bukan sekadar propa untuk melariskan produk yer, sekadar berkongsi pengalaman saya untuk sesiapa yang mempunyai masalah yang sama supaya kita tak perlu bergantung kepada panadol atau pain killer yang boleh memberi kesan sampingan kepada badan kita kelak.

Jenis dan Punca Sakit Kepala

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan 
  • Sakit kepala kerana sinus 
  • Sakit kepala kerana migrain 

1) Sakit kepala kerana tekanan 

Disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

2) Sakit kepala kerana sinus 

Disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

3) Sakit kepala kerana migrain 

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi 
  • Faktor keturunan 
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan 
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid 
  • Terlalu banyak mengambil kafein 
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat 
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.


Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain atau sakit kepala.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.


Cadangan Supplemen Shaklee untuk Masalah Sakit Kepala dan Migrain

Ostematrix


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
B-Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain dan sakit kepala, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain dan sakit kepala. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

CSCCA said...

Why not find a professional site for Madden 22 in advance that can provide you with reliable and cheap MUT 22 Coins, like this one is pretty good! Go!~

Attached link: https://www.gamems.com/madden-22-coins