Saturday, 30 March 2013

Tips untuk Kembali Kurus dan Langsing Seperti Anak Dara Selepas Bersalin


Salah satu perkara yang membimbangkan semua ibu-ibu yang baru melahirkan anak, termasuk saya sendiri, sudah tentulah berat badan dan perut yang menggeleber. Untuk yang berkerja tu, mesti pening kan, semua seluar tak muat, nak sarungkan muat, tapi sampai ke bahagian peha atau pinggul, dah sangkut tak boleh naik dah. Maklumla, dah mengembang:) Rasanya semua akan menghadapi masalah yang sama.

Soalan yang sering diajukan oleh rakan-rakan saya yang baru memulakan kerja, selepas tamat berpantang adalah:
"Dulu lepas bersalin, bila u boleh pakai balik seluar-seluar lama eh. I sampai kena beli seluar baru, sebab seluar lama tak muat"

Tips untuk Kembali Kurus dan Langsing Selepas Bersalin

Jom saya kongsikan serba sedikit tips dan panduan berdasarkan pengalaman saya sendiri, yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang ingin kembali kurus dan langsing seperti anak dara:


Paling penting, pakai bengkung. Saya dulu memang 24 jam pakai bengkung, buka waktu nak mandi atau pergi tandas jer. 
Wajib bengkung yang macam ni ok, ikat ketat dari atas sampai bawah.


2) Menyusukan bayi / breastfeeding

Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan.

3) Bersenam

Paling bagus setiap hari, 30 minit. Kalau tak sempat pun, buat waktu weekend.

Kalau kawan-kawan semua macam saya yang tak sempat nak bersenam sangat, apa kata sibukkan diri dengan membuat kerja rumah seperti vacuum rumah, mop lantai rumah, kemas rumah, lap-lap apa yang patut. Buat aktiviti yang banyak bergerak seperti keluar jalan-jalan atau shopping (bersenam tak sempat, shopping sempat pula, hehehe) dan bawa anak-anak main di taman permainan.

4) Makan makanan yang boleh bakar lemak

Nak kembali kurus dan langsing pun, jangan sampai tak makan ataupun diet extreme, lebih-lebih lagi untuk ibu yang menyusu. Apa yang boleh anda lakukan, amalkan diet seimbang dan ambil makanan yang boleh membakar lemak contohnya seperti salad, sayur-sayuran hijau, oat dan yogurt.

Set Kurus Shaklee juga amat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin kembali langsing selepas bersalin dan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, anda juga boleh amalkan set ini. Dengan set ini, bukan sahaja badan boleh kurus, malah membantu anda untuk kekal cergas, meningkatkan penghasilan susu ibu, bonus: kulit pun makin cantik:)

Testimoni Set Kurus Shaklee untuk Ibu Menyusu

Jom kita tengok apa kata seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya, telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 20kg selepas bersalin!

Beliau amalkan:

Alfafa - sebagai milk booster dan untuk detoks seluruh tubuh

Lecithin - untuk memecahkan lemak

ESP - memberi rasa kenyang yang lama kepada si ibu dan memekatkan susu ibu

Hahhh, siapa cakap selepas bersalin tak boleh kembali kurus dan langsing. Siapa cakap ibu menyusu tak boleh kurus. Jom sama-sama cantik untuk suami kita, suami pun bangga kalau tengok isterinya cantik dan kembali slim sperti zaman-zaman dulu:)

Yang penting amalkan penjagaan dan pemakanan yang betul, PASTI BOLEH. 

Jika anda berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee, boleh hubungi saya ok!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: