Sunday, 17 March 2013

Resdung : Punca, Cara Mencegah dan Cara Rawatan yang Berkesan


Tahukah anda tentang sinusitis? Ataupun pendeknya dikenali sebagai sinus. Macam pernah dengarkan sinus ni tapi di mana ya:) Untuk kita, sinusitis lebih dikenali sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.


Apa itu resdung

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Tanda-tanda anda mengalami masalah resdung
  • Hidung selalu tersumbat 
  • Lendir dari hidung dan tekak 
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata 
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang 
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan 
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
  • Jerawatdi wajah dan belakang badan
Punca masalah resdung
  • Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi
  • Menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar
Komplikasi serius sekiranya resdung tidak dirawat/dikawal
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan
  • Jangkitan otak (meningitis) 
  • Sakit tekak yang kronik 
  • Jangkitan tulang muka 
  • Memburukkan keadaan lelah 
  • Berdengkur yang kronik 
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak 
  • Selesema yang melarat.   

Apa yang perlu anda buat untuk mencegah masalah resdung
  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  • Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
  • Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Cara merawat masalah resdung
Rawatan adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
  • Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut) 
  • Ubat selesema 
  • Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung 
  • Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan 

Tahukah anda, resdung boleh juga dirawat dengan pengambilan supplemen atau vitamin.
Vitamin dan mineral ini boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh dan mengurangkan simptom resdung.

Supplements adalah alternatif terbaik untuk anda yang tak mahu bergantung kepada ubat atau menjalani pembedahan

    Vivix adalah tonik antipenuaan, produk terbaik Shaklee. Produk terbaik, sudah tentulah kesannya pun terbaik. Vivix ni merawat sel badan sehingga ke tahap DNA

    Nutriferon sangat bagus untuk boost immune system badan.

    Vitamin C adalah antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

    B-Complex bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.

    Alfalfa membantu untuk detox, mengurangkan allergy dan mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
    * Vitamin ini juga sesuai untuk individu yang mempunyai salah satu daripada penyakit 5 serangkai – athma (Athma), resdung (Sinus), alergi (Allergy), gegata (Hives) dan sakit kulit (Eczema).

    Tak semestinya ambil semua ya supplements ni.
    Hubungi saya untuk pertanyaan dan consultation ya.

    Apa kata mereka yang amalkan Shaklee untuk masalah resdung

    Testimoni 1

    Resdung kronik hingga nyaris pekak pulih dalam seminggu!

     
    Testimoni 2

    Resdung kronik dan hampir kena minor strok kini pulih



    Testimoni 3

    Resdung kronik pulih, tak perlu garu hidung guna garfu lagi :)


    Testimoni 4

    Takde lagi masalah hidung tersumbat, bersin tahap gaban

    Testimoni 5

    Resdung kronik selama 10 tahun akhirnya sembuh



    Jangan ambil mudah ya masalah resdung ni. Kalau dibiarkan, memang ada risikonya untuk jadi komplikasi yang serius. Ikhtiarlah sebelum terlambat.

    Ramai yang dah berjaya mengawal masalah resdung mereka dengan bantuan supplements Shaklee.
    Hidup lebih ceria, tak perlu lagi menanggung masalah resdung yang menyakitkan dan merimaskan.
    Dengan izin Allah, tak perlu lagi bergantung kepada macam-macam ubat, tak perlu lagi risau memikirkan tentang pembedahan.

     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    2 comments:

    fatimah said...

    Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Ubat resdung

    Fadhilah Izaraee said...

    Wow,good info. Thank you for sharing.