Saturday, 23 March 2013

[Tip Kurus dan Langsing] Kurus Secara Berkesan dengan Mengawal Pengambilan Kalori Anda


"Adakah anda 'menternak lemak' setiap hari?"


"Berat badan yang berlebihan adalah disebabkan pemakanan yang banyak kalori, melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan anda. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan biasanya lebih mudah terdedah kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung."

Jadi, nak turunkan berat badan demi kecantikan dan kesihatan, tak susah dan tak juga mudah sebenarnya, tapi BOLEH dilakukan. Mula-mula sekali, apa kata, mulai hari ini, kira kalori yang anda ambil setiap hari.

Leceh?
Macam mana nak kira?
Perlu ke kira?

Uiisshh, banyak betul alasan:)

Ok, entry kali ni saya nak bercerita serba sikit tentang kalori. Bagi anda yang betul-betul serius untuk turunkan berat badan, anda kena faham dulu konsep kalori ni, barula boleh buat, betul tak.

Apa itu Kalori


Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.

Berapa Banyak Kalori yang Anda Perlukan


Ok, masa untuk belajar matematik:)

Setiap individu mempunyai keperluan kalori harian, Daily Calorie Requirement (DCR) yang berbeza, unik, bergantung pada faktor umur, jantina, berat, ketinggian dan keaktifan seseorang. Untuk mengetahui nilai DCR, kita terlebih dahulu perlu menentukan nilai Basal Metabolic Rate (BMR).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 BMR : Jumlah kalori minimum yang kita perlukan agar kemandirian tubuh kita berterusan seperti bernafas, degup jantung dan proses biokimia badan

BMR (PEREMPUAN) 
655 + (9.6 x berat dalam kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun) 

BMR (LELAKI) 
66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)

Selepas dah dapat BMR kita, barula kita kira pula DCR.

DCR : Jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari. Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi kepada unit keaktifan kita
  • BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja) 
  • BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu) 
  • BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu) 
  • BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu) 
  • BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton) 
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya ambil contoh diri saya sendiri:

BMR = 655 + (9.6 x 48) + (1.8 x 156) - (4.7 x 32)
          = 1557.2 kcal/hari

DCR = 1557.2 x 1.55
         = 2413 kcal/hari

Jadi, jika saya nak maintain berat badan sekarang, saya perlu mengambil kalori sebanyak 2413 kcal sehari. Jika saya ambil lebih dari 2413 kcal sehari, maka berat badan saya akan bertambah, sebab kalori yang berlebihan tu akan disimpan dalam badan menjadi lemak, oh no! So, penting untuk kita kawal pengambilan kalori kita ok.

Kalori Defisit

Untuk kurangkan berat badan, kita perlu mencipta kalori defisit. Apa kebendanya pula tu:) Ok begini;

Kalori Defisit : Merupakan defisit daripada dua nilai (nilai kalori keluar dan nilai kalori masuk)

DCR saya 2413 kcal kan. So jika saya ambil 2413 kcal sehari, kalori defisit saya adalah kosong. Jadi, berat saya pun maintain jer la kan.

Kalori masuk (2413) - Kalori keluar (2413) = Kalori defisit (0)

Tapi, jika saya kurangkan pengambilan kalori saya, dan saya hanya ambil sebanyak 2000 kcal sahaja sehari, saya dah cipta kalori defisit saya melalui diet sebanyak

Kalori masuk (2413) - Kalori keluar (2000) = Kalori defisit (413)

Lepas tu, saya buat senaman pulak hari tu, saya bakar dalam 400 kalori macam tu, total kalori defisit yang saya dapat, 413+400 = 813 kcal !!

! Untuk mengurangkan 1 kilogram, kita perlu menghilangkan sebanyak 7700 kalori.

Jadi, jika saya maintain dengan begini, saya memerlukan lebih kurang 10 hari untuk kurangkan sebanyak 1kg.

Ok, dah faham serba sedikit mengenai BMR, DCR dan Kalori Defisit?

Kalau dah faham, BERTINDAK sekarang!
Jadi, apa yang perlu anda buat sekarang adalah:

1) Kira BMR dan DCR anda

2) Ambil tahu apa yang anda makan. Catatkan apa yang anda makan setiap hari dan nilai kalori
[TIP] – Ambil kalori kurang dari DCR tapi jangan kurang daripada DCR/2.

Supplemen Shaklee bukanla produk pelangsingan badan yang menjanjikan magic, tetapi ia adalah supplemen yang membantu anda dan mempercepatkan usaha anda untuk menurunkan berat badan anda secara sihat dan semulajadi, di samping penjagaan pemakanan serta senaman ringan.

Biasanya, antara masalah yang dihadapi bila nak kurangkan berat badan adalah:

- tak boleh kawal nafsu makan. Cuba nak kawal, tapi bila tengok makanan jer, tetap TEWAS
- dah control makan, tapi bila ada kenduri, jamuan, keluar makan dengan member-member, terkantoi sebab makan banyak
- dah exercise, tapi bila dah exercise tu, lapar la pulak, pekena nasi lemak seround, adehh:)

InsyaAllah, dengan pengambilan makanan yang terkawal dan seimbang, senaman serta pengambilan Set Kurus Shaklee, misi anda untuk menguruskan badan PASTI berjaya.

Maklumat mengenai SET KURUS di sini

Semoga anda berjaya!


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.


 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

No comments: