Wednesday 7 March 2012

Lagi kisah cakar harimau dari hero kecik

salam kengkawan semua. wokeh, mood nak berblog sudah mari:) walaupun bz, tetap curik masa sikit. ni citer last week actually, tapi baru hari ni ada masa citer kat sini. kisahnya begini....

last week, hari isnin kut tak silap aku, balik kerja, macam biasala kitorang g ambik anak2 kat nursery. time balik tu, Irfan as always, ceria and cheeky:) time tu, aku perasan, ada sorang budak jalan keluar sekali dengan Irfan, mak dia pun datang ambik gak time tu. sekali, aku terdengar mak dia cakap ‘laaaaaa, apa jadi kat muka anak mama ni’. aku pun tertengok la muka anak dia, ada kesan2 cakar, tapi aku buat dono jer la.

lepas ambik kakak, aku pun masuk la keta nak cabut balik. time tu aku tengok mak budak tu dok sembang2 lagi dengan cikgu2. sekali time aku nak tutup pintu kereta, datangla sebiji bola bergolek2 kat pintu kereta aku. mak budak tu pun datang la nak ambik bola tu.tiba-tiba, mak budak tu cakap……

Mak Budak : Kenapa buat kat orang macam tuuuuu (sambil tengok kat Irfan yang time tu dah kat dalam kereta ngan aku)

Aku : Ehhh, Irfan ke yang buat (silap aku, patutnya aku buat2 tak tau, then tanya kat dia balik, Irfan buat apa)

Mak Budak : Haah. dia la yang buat (sambil ambik bola, then terus pergi)

terkebil-kebil gakla aku time tu. aku nampak dia dok sembang2 lagi dengan cikgu2 tu. nampak macam kecoh, so aku pun malas nak join. kang lagi kecoh pulak, baik aku cabut.

time dalam kereta, aku pun tanya Irfan, siapa yang cakar, Irfan jawab, 'Irfan, Irfan'. jujur betul anakku. bila tanya kenapa, bercerita la dia dalam bahasa yang dia sorang ja faham. hehehe..

esoknya, aku tanya cikgu, pasal tragedi cakar2 tu. cikgu dia cakap, biasala budak2. mula2 actually, sama2 tengah main. lepas tu, masing2 berebut nak mainan, Irfan pun cakarla budak tu. cikgu tu cakap, Irfan bukannya jenis yang suka gaduh2. tapi dia akan pukul orang kalau orang tu ambik barang dia.

actually kan, aku agak terkejut la dengan tragedi ni. terkejut bukan seabab Irfan buat anak dia macam tu, tapi aku terkejut sebab tak sangka dia mai complaint kat aku macam tu. pada aku, tak perlu kut. budak2 kan, biasala tu. bukannya teruk sangat muka anak dia.sikit jer aku tengok. anak aku pernah kena lagi teruk kut.

Monday 5 March 2012

First time try makan steamboat kat Johnny's, Jusco Perda

after first time makan kat Johnny's, tak silap aku bulan lepas macam tu, teringat2 pulak aku nak makan lagi kat situ. memula plan nak keluar makan ngan cik abang, tapi sekali cik abang pulak macam tak sihat, sakit kepala. kebetulan mak ngan kakak aku datang rumah aku, rindu dengan si kecik dua orang tu, jadinya aku pun ajakla g Jusco Perda.

aku sebenarnya teringin nak makan steamboat. tapi disebabkan tahap kelaparan yang teramat tinggi time tu, terpaksala aku cancel saja niat tu. baik melantak nasi. jadinya, aku pun orderla Pineapple Fried Rice, mak aku pun ambik yang masa. Untuk si kecik dua orang tu, aku order Honey BBQ Chicken Rice. kakak aku lak amik set single steamboat tu. bole gakla aku merasa. hmmm, komen, tak taula. mulut aku rasa biasa jer, bolela tahan. tapi yang penting, confirm tak kenyang kalau makan tu saja. buktinya, balik jer dari Jusco, kakak aku terus singgah kedai beli nasi lemak untuk dia. hahaha

kakak posing with mak tok while waiting for food

hero kecik control macho:)

berasap-asap steamboat ni

makan time!!

mak tok yang sangat penyayang:)

aktiviti si kecik sambil orang tua shopping:)

mak budak yang kekenyangan. tembam giler:(


LOVEEEE this photo

Sunday 4 March 2012

Testimonial 4 : F'iena Beauty - Rice Milk Whitening Set. From my lovely online customers:)

Alhamdulillah. produk F'iena Beauty dah semakin dapat sambutan. here are some positive feedbacks from my lovely online customers. honestly, i feel very happy bila my customers satisfied dengan product ni:) thank you so much guys for trusting me and F'iena Beauty....



this is from my senior time study kat Germany dulu. 'verschwinden' dalam msg tu means hilang (bahasa german tu). thanks kak zue for sharing:)



so, apa tunggu lagi. jom try. insyaAllah produk F'iena Beauty dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka anda.
'YOUR BEAUTY IS OUR PRIORITY'

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi
hotline : 013-4894037 (cik jatt)