Wednesday, 7 March 2012

Lagi kisah cakar harimau dari hero kecik

salam kengkawan semua. wokeh, mood nak berblog sudah mari:) walaupun bz, tetap curik masa sikit. ni citer last week actually, tapi baru hari ni ada masa citer kat sini. kisahnya begini....

last week, hari isnin kut tak silap aku, balik kerja, macam biasala kitorang g ambik anak2 kat nursery. time balik tu, Irfan as always, ceria and cheeky:) time tu, aku perasan, ada sorang budak jalan keluar sekali dengan Irfan, mak dia pun datang ambik gak time tu. sekali, aku terdengar mak dia cakap ‘laaaaaa, apa jadi kat muka anak mama ni’. aku pun tertengok la muka anak dia, ada kesan2 cakar, tapi aku buat dono jer la.

lepas ambik kakak, aku pun masuk la keta nak cabut balik. time tu aku tengok mak budak tu dok sembang2 lagi dengan cikgu2. sekali time aku nak tutup pintu kereta, datangla sebiji bola bergolek2 kat pintu kereta aku. mak budak tu pun datang la nak ambik bola tu.tiba-tiba, mak budak tu cakap……

Mak Budak : Kenapa buat kat orang macam tuuuuu (sambil tengok kat Irfan yang time tu dah kat dalam kereta ngan aku)

Aku : Ehhh, Irfan ke yang buat (silap aku, patutnya aku buat2 tak tau, then tanya kat dia balik, Irfan buat apa)

Mak Budak : Haah. dia la yang buat (sambil ambik bola, then terus pergi)

terkebil-kebil gakla aku time tu. aku nampak dia dok sembang2 lagi dengan cikgu2 tu. nampak macam kecoh, so aku pun malas nak join. kang lagi kecoh pulak, baik aku cabut.

time dalam kereta, aku pun tanya Irfan, siapa yang cakar, Irfan jawab, 'Irfan, Irfan'. jujur betul anakku. bila tanya kenapa, bercerita la dia dalam bahasa yang dia sorang ja faham. hehehe..

esoknya, aku tanya cikgu, pasal tragedi cakar2 tu. cikgu dia cakap, biasala budak2. mula2 actually, sama2 tengah main. lepas tu, masing2 berebut nak mainan, Irfan pun cakarla budak tu. cikgu tu cakap, Irfan bukannya jenis yang suka gaduh2. tapi dia akan pukul orang kalau orang tu ambik barang dia.

actually kan, aku agak terkejut la dengan tragedi ni. terkejut bukan seabab Irfan buat anak dia macam tu, tapi aku terkejut sebab tak sangka dia mai complaint kat aku macam tu. pada aku, tak perlu kut. budak2 kan, biasala tu. bukannya teruk sangat muka anak dia.sikit jer aku tengok. anak aku pernah kena lagi teruk kut.

10 comments:

sisdee said...

aiseh...ni le susah nie..kan boleh klu buat cara lebih terpuji..jgn main terkam tak sudah :( masalah parent zaman skarang nie :(

Huda said...

anak kita pun penah cakar baby, hehe. Tapi taklah teruk pun. Dan takde lah parents dia datang jumpa kita ke apa ke..Logiklah kalau dah hantar anak ke taska kan..As long as tak cedera parah pada saya ok jer.

Tina Othman said...

susah nak ckp kan, tapi rasanya masalah kecil je tu, biasalah budak2 main mesti ada bergaduh, jgn sampai cedera sudahlah, dah kita anta anak kat taska, kenalah faham, ramai budak2 lain jugak


nak elok jaga sendiri lah

LYAfrina said...

cik jatt.. kadang2 hal bdk2 org tua baik xyoh cmpur kan.. biasalah gaduh2 sesama bdk2 tu..kalo bermain ..adalah bkelahi.. kalo org tua campur tngan..mmg lain jd nya.. kecuali..kalo mde tu y serius.. tp tegur dgn cra berhemah kan.

Pen Biru said...

budak2 skrang ni mcm2.kwan sy anak dia kena raba dgn kwn lelaki..tu kat taska la..budak umor 4 thn.apadahal la

Salina@IbuAqil said...

Budak ni gaduh ke apa ke semuanya sekejap..
X sampai bape minit diorg bleh bt x tau main blk mcm biasa..
Tp yg over mst org tua..
Budak2!!
Budak2 ni kalau gaduh berperang pon x sehebat org tua..
Dendam bertahun x lupa..
Hi3!!!

Fatin Mraz said...

macam2 budak2 nih kan..risau nengoknya

Aleyn said...

Aduh,..anak2 memang kekadang terhandle....heheh

Alin Marlini said...

Kalau anak Kak Alin yg kena maybe dok diam je kot..paling koman marah anak sendiri..sapa suruh gadoh2..

Miszyuyu said...

Nice entry!

Hai , my dear followers.. Yuyuk ada buat GA utk meraikan followers tersayang.. jom join <3 http://yuyukstandalone.blogspot.com/2012/03/yuyuk-1st-giveaway-sticky-post.html