Thursday, 22 September 2011

Day 2 Jalan-jalan Langkawi : Jalan-jalan di Oriental Village, Cable Car Langkawi, then makan-makan di Tanjung Rhu Beach, Langkawi

misi berjalan2 di Langkawi diteruskan pada hari kedua.
citer pasal hari pertama ada kat sini dan sini

awal2 pagi lagi semua dah bangun, pack barang apa yang patut. pukul 8.00 lebih macam tu, berangkutla kami dengan semua barang, check out siap2. then g kedai makan sebelah hotel tu untuk breakfast makan roti canai. bukan tak mau makan yang lain, tapi sebab tu jer yang ada kat kedai makan tu walaupun kedai punyala besar. belasa jer la, janji kenyang.

after breakfast, destinasi pertama yang bakal diterjah adalah, of courseeeee, Cable Car...

kakak aku tengah mengusya jalan nak g Cable Car and mana tempat2 menarik yang patut singgah

cik abang as a driver and abang ipar aku as a co-pilot tengah mencarik jalan ke Cable Car 

yeyyy! dah sampai! sangat panas terik time tu, membuatkan mata aku betambah sepet

macam biasa, posing depan main entrance dulu

besar gak Oriental Village tu. ada banyak giler kedai cenderamata kat dalam tu, kedai makan pun berlambak. ada tasik, boleh naik paddle bot lagi. tapi tu semua tak penting, yang penting, Cable Car. sampai2 jer kat counter tiket, tu diaaaa! punyala panjang orang que nak naik. mak aii. tak sanggup mak. pk punya pk, dengan berat hatinya, terpaksala cancel plan nak naik Cable Car. mana taknya, kalau kitorang beli tiket time tu, kena que sampai 2 jam, baru dapat naik. tu time nak naik, time nak turun berapa jam pulak kena que. aku pasrah:(

jadinya kitorang jalan2 jerla kat dalam tu sambil makan2 aiskrim. pastu g tengok deer, bagi deer makan.

korang tengok, punyala panjang orang que nak naik Cable Car. dari atas sampai ke bawah, tu belum tengok kat dalam lagi tu macam mana

Irfan dengan pak longnya. tak geli pun Irfan pegang deer tu. aku pulak yang geli lebih2

Qistina and Irfan tengah tengok orang bagi makan deer. Qistina ada gak try, nampak dia macam geli sikit:)

lepas dah berjalan2 kat Oriental Village tu, kitorang gerak ke Tanjung Rhu pulak sebab masing2 perut dah berkeroncong. makan kat situ best sikit, sebab kedai makan sebelah pantai. best sungguh sambil makan kena angin pantai nih.

panas terik betul kat situ, seb baik ada banyak pokok kelapa, teduh sikit. memang confirm takde orang mandi kan. tapi mat saleh separuh bogel banyakla berjemur kat situ.

kita order makan dulu!

aku pulak, macam biasa, posing dulu sementara tunggu makanan sampai

makanan dah habis, posing jugak. rehat2 dulu kat situ sambil kena angin pantai

apala agaknya yang Irfan tengah cakap tu. mintak izin nak g main kat pantai kut

cover kepala dulu, panas terik tengah2 pantai tu

tu dia!!! tengah panas terik pun bukan main jauh lagi si kecik dua orang tu berjalan.
yang si paklong tengok dari kejauhan kat bawah pokok

dah macam rappers mama tengok

yo yo! wassuuppp yo!

15 comments:

LYAfrina said...

bestnyer cik jatt,,,
mesti byk shopping kan kat langkawi..sana murah2... kalo y minat pinggan+mangkuk tu hbis la diangkutnyer.. he3

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

tanjung rhu tue cantek kan..hotel mahai2 pow ada area tue...sebab nyaman sekali minum ayaq nyok masa hangat2 tue...cable car tue kena p awal kot...welos selalu terjah weekday sebab tak mau berasak2 mcm ni la....over x? ngeee

SYANI said...

Dah pernah merasa beratur 2 jam semata2 nak naik cable car. Nak tak nak kena beratur gak sebab dah 3X pi langkawi, semua tak merasa naik cable car. Last2 tak kira la beratur 3 jam pun tak apa asal dapat naik gak.

Kakzakie said...

Kalau kakak pun tak sanggup Q hanya nak naik cable car (sebenarnya kakak gayat naik cable car hehehe...)

Anak dara dgn hero tu boleh tahan jugak ye... tahan panas. Anak-anak kalau jumpa panati biaslah kan....:)

Un Phat Lee said...

dem.gua tak pernah sampai langkawi lagi.

Mizz ErMa said...

bestnya jenjalan cari makan dengan family tersayang..=D

CIK JATT said...

haah lya. memang murah. tapi tula, bab nak mengangkut balik tu yang leceh tu.

CIK JATT said...

itula ayu, g time cuti memang ramaila jawabnya. nanti bila2 kitorang try weekday lak

CIK JATT said...

hahhh! nekad betul syani. yer la kan, dah 3 kali. next time saya pun mungkin main redah jer kut

CIK JATT said...

kakzakie ni macam husband saya la. gayat. jangan harapla dia nak naik cable car tu

CIK JATT said...

phat lee. lu kena pergi gak sekali bro

CIK JATT said...

mizzerma. sangat best. sampai rasa macam tak mau balik

echa takashimaya said...

IDAMAN SURI 2 tempat wajib utk mak echa pegi.hehe.rindu Langkawi!nak cekeletttt.hehe

echa takashimaya said...

IDAMAN SURI 2 tempat wajib utk mak echa pegi.hehe.rindu Langkawi!nak cekeletttt.hehe

Mama Gee said...

cik jat ni mcm remaja 17 thn jek pakai kasual camtu :)