Saturday 27 July 2013

[Tip Kurus Langsing] Tips Kurus Secara Sihat dengan Shaklee


"Kurus untuk Cantik atau Kurus untuk Sihat"

Yang mana satu anda pilih?

Haruslah dua-dua kan. Kalau dah kurus, confirmla cantik kan, kalau tak, takkan la semua orang berlumba-lumba nak kurus. Tapi kalau kurus pun, padahal selalu sakit, badan lembik dan lemah jer, tak guna juga kan.

Jadi, apa kata anda letakkan Kurus untuk Sihat tu sebagai priority anda.
Cantik tu kan dah sah-sah dalam package tu dah....:)

Bila mind set kita, Kurus untuk Sihat, automatically kita akan amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang sihat. Senang jer kawan-kawan, tukar mind set dan sayangi diri kita, badan kita. Kalau kita sendiri tak jaga badan kita ni, siapa lagi nak jaga kan.

Ok, kali ni saya akan berkongsi beberapa tips yang saya petik dari blog Mommylyna, yang saya rasakan amat menarik dan ringkas yang boleh anda amalkan untuk menjayakan misi Kurus untuk Sihat anda.

***********************************************************

Menurunkan berat badan bukanlah boleh dijangka berlaku dengan drastik dan cepat (kalau nak kurus dengan sihat). Tahukah anda mengikut statistik, bahawa kebanyakan mereka yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10%, akan mendapati berat badan mereka bertambah 2/3 daripadanya selepas setahun, dan kembali mendapat berat badan asal (obes) seleas 5 tahun. Kenapa hal ini boleh terjadi? Antaranya kerana tidak konsisten dengan penjagaan kesihatan dan berat badan.

Menukar gaya hidup adalah satu keperluan sekiranya anda nak kurus dengan cepat dan berpanjangan.

Tips Kurus dengan Sihat Bersama Shaklee
  • Jangan abaikan sarapan pagi. Sarapan pagi adalah permulaan penting untuk sepanjang hari.
  • Pilih makanan yang rendah lemak dan rendah kalori.
  • Kurangkan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, terutama makanan ringan.
  • Bakar, rebus, stim makanan adalah lebih baik dari menggoreng.
  • Hiris daging lebih nipis dan buang bahagian lemaknya.
  • Jadikan buah-buahan sebagai snek.
  • Gunakan rempah-ratus semasa memasak dan kurangkan penggunaan sos.
  • Usah jadikan makanan sebagai ‘reward’ sebaliknya jadikanlah aktiviti lain seperti menghadiahkan diri sendiri alatan senaman, pakaian, buku, percutian dan sebagainya selain makanan.
  • Jadikan tabiat setiap hari untuk bersenam selama 60 minit seminggu atau 10,000 langkah jalan kaki sehari.
Menurunkan berat badan, walau produk apa yang anda ambil, harus selari dengan kemahuan diri, dan kerjasama dari diri sendiri dalam menurunkan berat, bukan bergantung kepada supplement semata-mata:
  • Mengamalkan aktiviti fizikal.
  • Mengurangkan kalori dalam makanan sekurang-kurangnya 500 cal sehari (adakan diari makanan untuk mencatat kalori).
  • Dapatkan sokongan dari rakan-rakan untuk menurunkan berat badan.
Fokuslah kepada kesihatan, bukan kecantikan semata-mata. Kecantikan itu harus berasal dari tubuh yang sihat.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Testimoni Mealshakes dan Omega Guard] Selera Makan Anak Bertambah dan Anak Jarang Sakit


Tiada apa yang lebih membahagiakan setiap ibu bapa, melainkan melihat anak-anak membesar dengan sihat, cerdas dan bijak. Siang malam kita bekerja untuk siapa lagi kalau bukan untuk anak-anak kan. Delima setiap ibu bekerja, apabila terpaksa menghantar anak-anak di bawah penjagaan pengasuh atau pusat pengasuhan, pelbagai perkara yang dirisaukan.

Memang banyak kriteria yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan untuk mengantar kepada pengasuh atau pusat pengasuhan tertentu. Saya sendiri mula mengantar anak ke pusat pengasuhan seawal anak 2 bulan. Apabila keputusan dibuat, walaupun masih ada perasaan risau, saya harus yakin anak-anak saya selamat di bawah penjagaan orang lain dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Walau sebaik mana pun jagaan pengasuh atau pusat pengasuhan yang kita pilih, tetapi ada juga perkara yang di luar kawalan kita, sebab kita bukannya dapat memantau setiap masa. Anak-anak kita akan sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan. Bayangkanla jika ada ibu bapa yang masih menghantar anak-anak ke pusat pengasuhan walaupun anaknya sakit, past ada risiko kepada kanak-kanak lain kan.Itu belum masuk bab-bab pemakanan dan pencemaran lagi.

Testimoni Saya Sendiri
Anak-anak dah jarang sakit, ekzema hilang, sembelit tiada dan selera makan bertambah

Kalau dulu anak-anak saya selalu sakit. Hospital dan kilinik tu macam dah biasa sangat, boleh dikatakan setiap bulan pasti sakit yang tiga serangkai tu, demam, batuk dan selsema. Ubat berbotol-botol dalam peti ais. Kena admit hospital tak tau berapa kali dah, siap pernah raya dua kali dekat hospital. Syahdu sungguh. Tapi itu dulu. Kini anak-anak saya dah ada perisai yang baik punya :)

Alhamdulillah, semenjak saya amalkan memberi anak-anak saya Mealshakes dan Omega Guard, anak-anak saya kini dah jarang sangat-sangat sakit. Kalau sakit pun, tak perlu ambil ubat doktor dah. Saya cuma teruskan bagi anak-anak saya Mealshakes dan Omega Guard seperti biasa, cepat jer baik. Syukur sangat-sangat, sebab saya dah tak perlu bagi anak-anak ubat. Saya dari dulu lagi memang tak suka beri anak saya ubat kerana saya tahu jika terlalu kerap beri anak-anak ubat, akan memberi kesan yang tak baik untuk jangka masa panjang.

Anak sulung saya ni juga mempunyai masalah kulit ekzema yang amat serius di bahagian kaki. Pelbagai ubat saya cuba, yang makan yang sapu, semua tak berhasil. Tetapi, semenjak amalkan Mealshakes dan Omega Guard, Alhamdulillah. dah hilang masalah ekzema tu. Macam tak percaya pun ada. Sampaikan mak saya pun terkejut. Selera makan kakak pun bertambah dan tak sembelit macam dulu lagi. Syukur kepada Allah kerana mempertemukan dan membuka hati saya untuk mencuba Shaklee.


Baru-baru ni, sebelum berpuasa, saya dan cik abang bawa anak-anak pergi makan angin di Cameron Highland. Selepas seminggu, bawa pula anak-anak mandi di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling. Risau juga takut anak-anak selsema sebab bertukar cuaca, dari sejuk di Cameron Highland ke panas di kolam air panas. Anak-anak saya ada la sikit macam nak berhingus sikit, tapi macam acah-acah jer. Alhamdulillah, ada perisai Mealshakes dan Omega Guard. Sihat dan aktif jer semasa dan selepas bercuti :)

3 kanak-kanak riang di Cameron Highland :)

Keluarga kecil kami di Kolam Air Panas Ulu Legong

Itu pengalaman saya. Apa kata kita baca pula pengalaman seorang ibu yang turut memberikan anaknya Mealshakes dan Omega Guard.

Testimoni Mealshakes dan Omega Guard untuk Anak

"Testimoni anak bujangku 

Aisy stop menyusu badan dalam umur 1y and half... Lepas tu die kerap sangat demam, batuk & selsema... kadang-kadang sampai muntah2 teruk. Masa menyusu badan dulu ada jugak demam tapi xderla teruk sangat and jarang2. Ni sampai berkali2 pulak dlm sebulan... Ibu mane yang tak risau? Saya ada bagi Aisy meal shakes tp x konsisten. Omega guard pun same tapi bile die dah kena amik darah bagai sebab demam berpanjang x elok2 lepas p klinik, so saya mula bg die mealshakes campur dlm susu die. If batuk sy campur Omegaguard dlm susunya jugak ~ sbb susah nak handle die sorang kalau bg terus. Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara dengan die. 

1) selera makan die bertambah! Sebelum ni die akan geleng kepala kalau kite tanya die nak makan ke tidak apatah lg disuap tapi sekarang kalau nampak KFC @ kedai makan je mesti sebut 'dash' maknanya nasik. Adakalanya makan berulang2. Syukur Alhamdulillah... 

2) Die tak lagi kerap demam macam selalu. Kalau demam pun alhamdulillah taklah seteruk dulu & tak sekerap dulu. Macam semalam die demam, lemah tak bermaya je.. makan pun jadi tak selera. Terus tambahkan mealshake dlm susu & bagi die... Pagi tadi tengok die bangun awal and kembali aktif macam biasa walaupun selsema x hilang lg ~ dulu pandai mintak vitamin c chewablenye sendiri skg xmo pulak die.. :)"



 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 25 July 2013

Produk Kecantikan Haram Guna Artis Popular Diserbu


Hari ni, di Facebook, ada kawan saya share satu artikel dari Utusan Malaysia, mengenai satu supplemen untuk kecantikan diserbu oleh pihak berkuasa. Saya tak terkejut pun tengok berita-berita begini, sebab saya memang tak pernah cuba supplemen kecantikan yang lain selain supplemen Shaklee. Memang banyak sekarang, merata-rata orang dok promote, kadang-kadang rasa teruja betul tengok testimonial produk-produk begini, tapi saya memang tak berani nak cuba sebenarnya :)

Pada saya nak cantik pun, tak bolehla main redah jer, kesihatan lebih penting. Sebab tu saya hanya yakin dengan Shaklee yang dah terbukti selamat dan berkesan sejak 50 tahun lebih dahulu :)

Ok, jom sama-sama kita baca artikel dari Utusan Malaysia ni :

 Dua pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memeriksa mesin memproses suplemen kecantikan dalam serbuan di sebuah kilang di Semenyih, Selangor, semalam.


HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.

Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.

Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.

Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.

Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

Sunday 21 July 2013

[Tip Kurus Langsing] Program Diet vs Cinch Shaklee : Kurus dengan Selamat dan Berkesan


Menyentuh soal turunkan berat badan, ramai yang berpendapat kurus lebih baik dari gemuk. Dari satu sudut, ya ia memang betul. Obesiti mengundang banyak masalah kesihatan.

Tapi bila seseorang dah mengalami masalah obesiti dan berhasrat nak kurus dengan cepat, kadang-kadang kehendak itu menjadikan dia bertindak sendiri untuk hasil yang dramatik.

Akibatnya satu diet plan yang tak sihat.

Apakah diet plan yang tidak sihat?
  • Kurang lagi mengurangkan nutrisi
  • Sukar untuk diikuti
  • Kesan yang terlalu lambat
  • Bahan-bahan yang tidak selamat
  • Memperlahankan metabolisma
Cara diet yang BAHAYA !
  • Kebanyakan cara berdiet menyebabkan anda kehilangan lemak dan jisim otot.
  • Kehilangan jisim otot amatlah kritikal kerana ia memperlahankan metabolisma – badan akan membakar kalori dengan kadar rendah.
  • Sekiranya berhenti berdiet, badan tidak mampu membakar kalori seperti sebelumnya, jadi badan akan naik semula.
  • Ini dipanggil kesan yo-yo.
Apakah Cinch?

Cinch dikuasakan dengan Leucine:
  • Menjaga otot
  • Membakar lemak
  • Menurunkan berat badan dengan mengurankan lemak
Apakah Leucine?
  • Sejenis asid amino
  • Memberikan rasa kenyang
  • Memberi isyarat kepada tubuh untuk mengekalkan dan membina otot
  • Menyokong kadar metabolik dengan menjaga otot
Kenapa Cinch Shaklee?

Cinch dihasilkan oleh doktor-doktor, nutritionist dan saintis Shaklee. Program CInch adalah berdasarkan lebih dari 100 jurnal yang diterbitkan dan laporan klinikal untuk setiap bahan-bahannya.

Data Klinikal dari Pilot Study yang dijalankan selama 12 minggu
  • Kehilangan berat badan sebanyak 15.4 pound (dalam 7kg)
  • Saiz pinggang turun hingga 4.1 inci
  • Jisim otot kekal
Jika anda memilih untuk diet cara sihat, pilihlah yang mempunyai ciri-ciri di atas. Alang-alang kurus, biarlah kekal kurus dan kekal sihat.



 
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 20 July 2013

[Testimoni Set Kurus] Berjaya Kurus dengan Set Kurus Shaklee


Baru-baru ni, ada seorang kawan saya yang baru confirm nak cuba Set Kurus Shaklee, akhirnya. Actually, kawan saya ni dah pernah tanya mengenai Set Kurus Shaklee sebulan lepas, tapi time tu dia tengah survey lagi. Nak tau tak kenapa selepas sebulan baru dia confirm nak beli? Sebab kawan dia pun recommend Shaklee kat dia. Yang kawan dia ni siap tanya doktor lagi nak ambil apa yang selamat untuk kurus. Doktor tu cakap 'Ambil Shaklee'. Apalagi, terus confident kawan saya ni nak ambil Shaklee:)

Set Kurus Shaklee

Jom kita baca salah satu fakta menarik mengenai supplemen Shaklee..

50 Tahun Menerajui Sains Nutrisi

Menghilangkan berat badan boleh menjadi sukar sungguhpun ia nampak mudah. Shaklee mengakui keadaan ini dan kerana itulah Shaklee menjadikan 50 tahun pengalaman dalam bidang nutrisi untuk menjadikannya lebih mudah dan selamat.

"The Shaklee Weight Management Program addresses the issues I've raised through my research. It truly works and I believe it's going to change our approach to weight management forever"
Dr. Paula Baillie-Hamilton, MD, PhD
A leading expert in human metabolism

Testimoni Set Kurus Shaklee

Antara feedback dari pengguna yang telah mengamalkan Set Kurus Shaklee.
Jealous tak :)




Berminat ingin mencuba. Hubungi saya sekarang ya..

Sesiapa sahaja boleh kurus dan cantik dengan supplemen Shaklee :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Tip Kurus Langsing] Tips untuk Kurangkan Berat Badan Ketika Berpuasa


Salam Ramadhan kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop

Alhamdulillah, masuk hari ni dah 11 hari umat Islam berpuasa.
Di samping nak kejar pahala di bulan yang penuh keberkatan ni, mesti ramai yang tengah kejar nak kuruskan badan juga kan. Maklumla, nak pakai baju kurung peplum (saya ler tu :)

Ada yang cakap, senang nak kurus bulan puasa ni. Ada pulak yang berat badan maintain bulan puasa ni, lagi stress kalau berat badan naik. Mana taknya, godaan banyak sangat kat bazaar Ramadhan, kalau tak pergi bazaar, mungkin selamat la sikit.


Tips untuk Kurangkan Berat Badan Ketika Berpuasa

Berikut saya kongsikan beberapa tips ringkas yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan berat badan ketika berpuasa :
  • Sahur dengan komposisi nutrien dan protein yang lengkap
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
  • Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
  • Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
  • Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman. Senaman ringkas jer contohnya berjalan, memasak, jalan-jalan cari baju raya pun kira exercise juga:)
Nampak macam senang, tapi sebenarnya, agak susah juga. Bulan puasa ni bukan tak tau, godaan banyak sangat. Buat yang rasa susah sangat nak turun berat badan tu, boleh cuba supplemen Shaklee ya. Ramai yang dah berjaya mendapatkan berat badan idaman dengan bantuan supplemen Shaklee. Yang bestnya Shaklee ni, ianya bukan setakat membantu kuruskan badan, malah membuatkan kulit makin cantik, badan rasa ringan dan segar, penghadaman makin lawas, membuang toksin dan lemak-lemak jahat dari badan dan banyak lagi kebaikan lain.

3 in 1 : KURUS, CANTIK, SIHAT
Bagaimana Shaklee Membantu anda untuk Kurus

Berikut adalah cadangan basic supplement yang boleh anda ambil sepanjang bulan puasa ini untuk menjayakan misi mengurangkan berat badan anda.


1) Herblax

Adalah sebagai detox dan mencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan, flush habis semua keluar :)

2) Alfafa

Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan.

3) Lecithin

Memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecitin ini. Macam penyerap lemak gitu. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, nampak terserlah buncit, sangat sesuai ambil lecitin ini. 

4) Cinch Shake 

Cinch Shake merupakan minuman protein yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Menarik kan.
Anda boleh mengambil Cinch Shake sewaktu sahur dan juga sewaktu berbuka.
Alfafa dan Lecithin ambil selepas sahur dan selepas berbuka, jadinya tak sempat lelemak tu menempek dalam badan, terus keluar.
Herblax, ambil hujung minggu, untuk detoks keluar semua sisa-sisa dekat usus yang tak habis keluar tu.

Berminat ingin mencuba. Hubungi saya sekarang ya..

Fast Action, Fast Result !

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Friday 19 July 2013

[Tip Kurus Langsing] 10 Tips Diet untuk Kempiskan Perut Buncit


" Badan saya ni kurus jer, tapi perut buncit la "

Sounds familiar?

Ramai kan yang mempunyai masalah ni. Nampak macam slim, tapi part perut tu, buncit la pulak. Adehh, spoil kan.


Ok, entry kali ni saya akan berkongsi 10 tips diet yang boleh anda amalkan untuk menjayakan misi mendapatkan perut yang flat :

1. Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan
Menggantikan gula-gula dan "jajan" @ "cikedis" dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda akan melihat perbezaannya.

2. Banyak makan protein tanpa lemak
Kacang dan daging tanpa lemak juga agak baik untuk anda selagi anda tidak makan lemak!

3. Makan bijirin penuh
Iaitu dengan mencari label yang mengatakan "100% whole wheat" atau "100% whole grain" dan bukan hanya "tepung gandum." Bijirin memastikan anda rasa "penuh" dan masih kenyang lagi, ia juga boleh membantu dengan penurunan berat badan dan mendapat perut yang rata.

4. Makan produk tenusu rendah lemak
Beralih daripada tenusu yang tinggi lemak kepada pilihan yang rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamin B6.

5. Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari. 
Makan hanya cukup sehingga anda berasa kenyang.
>> Tunggu sehingga anda berasa hampir lapar lagi sebelum makan. Memberi tumpuan kepada hanya makan makanan yang sihat, dan mengelakkan makan gula-gula ia hanya akan membuat anda berasa letih dan akan menyebabkan anda mengidamkannya lagi. Ia adalah sesuatu yang tidak sihat.
>>Ambil sedikit masa di antara setiap masa menggigit makanan apabila makan. Ia akan membantu anda untuk menyedari apabila anda penuh. (Makan dengan perlahan, jangan gelojoh).

6. Makan makanan yang berindeks rendah glisemik
Makanan ini mengambil masa yang lama untuk mencerna, supaya anda berasa kenyang lebih lama. Badan anda perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan mendadak gula dalam darah anda sehingga waktu makan berikutnya.

7. Jangan makan apa-apa selama kira-kira dua jam sebelum anda tidur. 
Badan anda lambat memproses apabila anda tidur makanya badan tidak boleh mencerna makanan dengan betul ketika tidur.

8. Minum Air Masak
Anda perlu menggantikan semua minuman biasa anda dengan air masak, terutamanya soda dan minuman bergula. Air akan menjadikan anda lebih mudah untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa sebagai alternatif jika perlu
.>>Minum air limau dikatakan cara semulajadi bagi mempercepatkan metabolisme anda. Cuba memerah limau ke dalam segelas air sejuk menyegarkan, ia minuman yang sihat.
>>Air kencing anda harus berwarna kuning atau warna yang jelas; kuning gelap dengan bau boleh menjadi tanda bahawa anda adalah dehidrat (kering)
.>>Sila ingat bahawa jika anda minum terlalu banyak air, perut anda akan berkembang menyebabkan ia menjadi lebih besar dan ia akan membuat anda lebih lapar. Hanya minum air yang cukup untuk membuat anda berpuas hati.

9. Kurangkan pengambilan garam. 
Garam menyebabkan badan anda mengekalkan air yang menyebabkan anda kelihatan kembung-terutama di bahagian abdomen anda. Jika boleh, cuba menggantikan makanan yang tinggi garam dengan pilihan yang lebih sihat.

10. Tiada pengambilan alkohol. 
Satu botol arak sebenarnya mempunyai kira-kira 600 kalori di dalamnya! Dah tentu bagi yang beragama islam, ianya haram.

Ok. Senang tak dapat perut flat.
Senang jer kan, the key is, amalkan balance and healthy diet.

Jom jom kempiskan perut!

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

Sunday 14 July 2013

[GLA Complex] Penyelesaian kepada Masalah Haid Tidak Teratur


Masalah haid tidak teratur sering dialami oleh kebanyakan kaum wanita sama ada yang masih belum berumah tangga, yang sudah berkahwin ataupun yang baru melahirkan anak. Masalah serius sebegini seharusnya tidak dipandang remeh oleh kaum wanita. Jika masalah kitaran haid tidak teratur ini tidak diberi perhatian segera, ia akan mengundang masalah yang lebih serius. Hal ini menunjukkan simptom-simptom awal wanita mengalami masalah hormon tidak seimbang dan jika ia dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan sistem pembiakan wanita menjadi kurang subur dan akhirnya sukar menimang cahaya mata.

Selain masalah kurang kesuburan, masalah kitaran haid tidak teratur ini juga menyukarkan kita untuk mengagak waktu subur bagi tujuan merancang kehamilan.

Antara Punca Masalah Haid Tidak Teratur


  • BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  • KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid. 
  • TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang. 
  • MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  • TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid. 
  • PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya! 
  • TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya. 
  • MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita. 
  • MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku. 
  • PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  • UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita. 
  • KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!!
GLA Complex Merawat Masalah Haid Tidak Teratur

Untuk anda yang mengalami masalah ini, saya cadangkan anda mencuba GLA Complex. Gamma-linoleic Acid (GLA) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormone yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. 


Selain daripada membantu merawat masalah haid yang tidak teratur, GLA Complex juga mempunyai banyak kebaikan lain. Sebab itulah saya sendiri mengamalkan GLA Complex untuk kesihatan dan kecantikan saya, salah satu supplemen wajib saya setiap hari ni :)

Antaranya Kebaikan GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Membantu meningkatkan kesuburan – for those trying to conceive baby! 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) – abdominal pain, breast pain 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambu 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangai ekzema 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf 
Testimoni GLA Complex

Jom kita baca perkongsian dari customer yang telah mengamalkan GLA Complex ....


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 13 July 2013

[Testimoni Set Kesuburan] Berjaya Hamil Selepas 2 Bulan Mengambil Shaklee


Entry kali ni saya ingin berkongsi kegembiraan Puan Marimar yang telah hamil setelah mengamalkan beberapa supplemen asas Shaklee. Jom kita baca kisah beliau ......

Pengambilan supplemen juga merupakan salah satu usaha, selebihnya banyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki dan menimbang cahaya mata :)

Set Kesuburan Shaklee

Jom kita baca bagaimana supplemen Shaklee dapat membantu merawat masalah kesuburan ini.

Berikut saya terangkan secara ringkas fungsi setiap supplemen yang terdapat di dalam set kesuburan:

1) Vitalea

Vitalea ialah mulitivitamin dan multimineral Shaklee. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan kesihatan yang optimum. Bila badan dah sihat barulah ia dapat berfungsi dengan baik.

2) B Complex

Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception). B Complex Shaklee juga mengandungi asid folik yang sangat diperlukan oleh wanita yang merancang untuk hamil dan ibu hamil.

3) Vitamin C

Bagi lelaki, vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma dan menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.

4) ESP

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

5) GLA Complex

Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.

6) Zinc

Supplement yang sangat penting untuk kesuburan terutamanya buat lelaki. Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone. Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.
Zinc juga membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan progesterone berfungsi dengan baik dan membantuk menghasilkan telur yang matang dan berkualiti untuk proses persenyawaan.

7) Vitamin E

Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi. Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.

Tiada yang mustahil jika kita berusaha dan diiringi dengan doa. Apa yang penting jangan cepat putus asa, berusaha dan selebihnya kita berserah kepada-Nya......

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Testimoni] Anak dah 4, tapi Maintain Macam Anak Dara


Jom kita baca perkongsian dari Puan Shira mengenai pengalaman beliau setelah mengamalkan Alfafa dan Vitamin E Shaklee. Puan Shira ni anak dah 4 tau, tapi maintain gitu macam anak dara....

Rahsia beliau, pastinya penjagaan kecantikan luaran dan dalaman dengan supplemen Shaklee.
Bila dalaman cantik, pasti makin terserlah kecantikan luarannya kan:)

Itulah istimewanya Shaklee, bukan sekadar untuk kecantikan, malah ianya menjaga dan merawat dalaman kita secara semulajadi dan paling penting ianya selamat.

"TESTINOMI SAYA SENDIRI 
(SAYA NAK SHARE PENGALAMAN SAYA PADA SEMUA WANITA DILUAR SANA):-

saya telah menggambil ALFALFA COMPLEX & VITAMIN E hampir 7bulan..Gambar yang sebelah kiri tu gambar tahun lepas saya x makan apa2..walaupun orang tengok saya kurus tapi berat saya masa tu 52kg,saya ada masalah dalaman,saya ada masalah keputihan,haid tak teratur,sembelit,kulit kusam,susah nak buang angin,perut buncit(walaupn kurus tp sebenarnya perut saya buncit,hehehe...)bermacam2 ubat saya pernah makan tapi semuanya x sesuai tuk saya & tak serasi,tapi setelah saya diperkenalkan oleh BONDA SHA & VITAMINN SUPPLEMENT, dyowanglah yang banyak membantu saya dan memperkenalkan Produk Shaklee nie... Gambar yang disebelah kanan adalah gambar trbaru saya bulan 6.13,nielah hasil yang saya perolehi sekarang,Alhamdulillah..saya happy sangat..segala masalah yang saya tanggung selama nie,dapat diselesaikan dengan hanya makan ALFALFA COMPLEX & VITAMIN E..sekarang nie berat badan saya 45kg..saya happy sangat2 sebab dapat balik bentuk badan yang ideal..kalau saya pegi manr2,ada orang ingat saya nie anak dara lagi yang umur 25tahun,walhal umur saya dah 32tahun ada 4 orang cahaya mata...terkejut dyowng..hehehe...saya cakap saya kawen muda..saya brsyukur...dan yang paling penting sekali suami makin sayang dan hubungan kami makin utuh... .i love shaklee .


Jom cantik dan sihat bersama Shaklee!
* True Beauty Starts Inside *

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit