Saturday, 27 July 2013

[Testimoni Mealshakes dan Omega Guard] Selera Makan Anak Bertambah dan Anak Jarang Sakit


Tiada apa yang lebih membahagiakan setiap ibu bapa, melainkan melihat anak-anak membesar dengan sihat, cerdas dan bijak. Siang malam kita bekerja untuk siapa lagi kalau bukan untuk anak-anak kan. Delima setiap ibu bekerja, apabila terpaksa menghantar anak-anak di bawah penjagaan pengasuh atau pusat pengasuhan, pelbagai perkara yang dirisaukan.

Memang banyak kriteria yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan untuk mengantar kepada pengasuh atau pusat pengasuhan tertentu. Saya sendiri mula mengantar anak ke pusat pengasuhan seawal anak 2 bulan. Apabila keputusan dibuat, walaupun masih ada perasaan risau, saya harus yakin anak-anak saya selamat di bawah penjagaan orang lain dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak saya.

Walau sebaik mana pun jagaan pengasuh atau pusat pengasuhan yang kita pilih, tetapi ada juga perkara yang di luar kawalan kita, sebab kita bukannya dapat memantau setiap masa. Anak-anak kita akan sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan. Bayangkanla jika ada ibu bapa yang masih menghantar anak-anak ke pusat pengasuhan walaupun anaknya sakit, past ada risiko kepada kanak-kanak lain kan.Itu belum masuk bab-bab pemakanan dan pencemaran lagi.

Testimoni Saya Sendiri
Anak-anak dah jarang sakit, ekzema hilang, sembelit tiada dan selera makan bertambah

Kalau dulu anak-anak saya selalu sakit. Hospital dan kilinik tu macam dah biasa sangat, boleh dikatakan setiap bulan pasti sakit yang tiga serangkai tu, demam, batuk dan selsema. Ubat berbotol-botol dalam peti ais. Kena admit hospital tak tau berapa kali dah, siap pernah raya dua kali dekat hospital. Syahdu sungguh. Tapi itu dulu. Kini anak-anak saya dah ada perisai yang baik punya :)

Alhamdulillah, semenjak saya amalkan memberi anak-anak saya Mealshakes dan Omega Guard, anak-anak saya kini dah jarang sangat-sangat sakit. Kalau sakit pun, tak perlu ambil ubat doktor dah. Saya cuma teruskan bagi anak-anak saya Mealshakes dan Omega Guard seperti biasa, cepat jer baik. Syukur sangat-sangat, sebab saya dah tak perlu bagi anak-anak ubat. Saya dari dulu lagi memang tak suka beri anak saya ubat kerana saya tahu jika terlalu kerap beri anak-anak ubat, akan memberi kesan yang tak baik untuk jangka masa panjang.

Anak sulung saya ni juga mempunyai masalah kulit ekzema yang amat serius di bahagian kaki. Pelbagai ubat saya cuba, yang makan yang sapu, semua tak berhasil. Tetapi, semenjak amalkan Mealshakes dan Omega Guard, Alhamdulillah. dah hilang masalah ekzema tu. Macam tak percaya pun ada. Sampaikan mak saya pun terkejut. Selera makan kakak pun bertambah dan tak sembelit macam dulu lagi. Syukur kepada Allah kerana mempertemukan dan membuka hati saya untuk mencuba Shaklee.


Baru-baru ni, sebelum berpuasa, saya dan cik abang bawa anak-anak pergi makan angin di Cameron Highland. Selepas seminggu, bawa pula anak-anak mandi di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling. Risau juga takut anak-anak selsema sebab bertukar cuaca, dari sejuk di Cameron Highland ke panas di kolam air panas. Anak-anak saya ada la sikit macam nak berhingus sikit, tapi macam acah-acah jer. Alhamdulillah, ada perisai Mealshakes dan Omega Guard. Sihat dan aktif jer semasa dan selepas bercuti :)

3 kanak-kanak riang di Cameron Highland :)

Keluarga kecil kami di Kolam Air Panas Ulu Legong

Itu pengalaman saya. Apa kata kita baca pula pengalaman seorang ibu yang turut memberikan anaknya Mealshakes dan Omega Guard.

Testimoni Mealshakes dan Omega Guard untuk Anak

"Testimoni anak bujangku 

Aisy stop menyusu badan dalam umur 1y and half... Lepas tu die kerap sangat demam, batuk & selsema... kadang-kadang sampai muntah2 teruk. Masa menyusu badan dulu ada jugak demam tapi xderla teruk sangat and jarang2. Ni sampai berkali2 pulak dlm sebulan... Ibu mane yang tak risau? Saya ada bagi Aisy meal shakes tp x konsisten. Omega guard pun same tapi bile die dah kena amik darah bagai sebab demam berpanjang x elok2 lepas p klinik, so saya mula bg die mealshakes campur dlm susu die. If batuk sy campur Omegaguard dlm susunya jugak ~ sbb susah nak handle die sorang kalau bg terus. Alhamdulillah nampak perubahan yang ketara dengan die. 

1) selera makan die bertambah! Sebelum ni die akan geleng kepala kalau kite tanya die nak makan ke tidak apatah lg disuap tapi sekarang kalau nampak KFC @ kedai makan je mesti sebut 'dash' maknanya nasik. Adakalanya makan berulang2. Syukur Alhamdulillah... 

2) Die tak lagi kerap demam macam selalu. Kalau demam pun alhamdulillah taklah seteruk dulu & tak sekerap dulu. Macam semalam die demam, lemah tak bermaya je.. makan pun jadi tak selera. Terus tambahkan mealshake dlm susu & bagi die... Pagi tadi tengok die bangun awal and kembali aktif macam biasa walaupun selsema x hilang lg ~ dulu pandai mintak vitamin c chewablenye sendiri skg xmo pulak die.. :)"



 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: