Sunday 22 April 2012

STICKY : Handmade candy yang sangat2 cute:)

korang pernah dengar tak pasal gula2 STICKY ni? series cute sangat gula2 ni tau.

hari tu member aku g KL. dia bawak balik gula2 ni kasi kitorang. aku curious betul macam mana diorang buat sweet ni. member aku kata dia beli kat One Utama. gula2 ni handmade tau. kecik2 jer gula2 tu. yang menariknya kat tengah tu, ada macam2 corak. ada kiwi la. Thank You la, orange la, macan2 buah lagi la ada. meh aku tunjuk gambo

 ni la botol sweet tu. tak taula berapa ringgit.
lupa nak ambik gambar part tulis STICKY handmade tu

see... cute sangat. nak makan pun sayang

if korang g One Utama, try looking for this. bolela tengok macam mana diorang buat sweets ni...

Wednesday 18 April 2012

Jom pergi Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara!

cuti 11 April, hari pertabalan Agong yang lepas, kitorang balik Alor Setar. actually kakak aku ajak g KL sebab hari Khamis and Jumaat tu dia cuti, tapi aku tak leh nak ikut la. takkan tetiba nak ambik emergency leave kut, dahla ada urgent meeting Khamis tu. confirm bos aku tak approve punya.

pagi hari cuti tu, tetiba kakak aku ajak g Pusat Sains Negara. actually memang kitorang tak tau pun kewujudan tempat tu kat Alor Setar, tak pernah dengar pun. kakak aku tau pun dari member dia kut. aku pun ON jer, bawak anak2 g jalan2 kan.

sampai jer kat situ, tengok macam lengang jer. tak ramai orang pun. rasanya tak ramai kut yang tau kewujudan tempat tu kat situ. besar gak tempat tu. harga tiket untuk dewasa RM 2, untuk kana-kanak RM 1. murah kan. tapi Qistina and Irfan tak kena bayar pun, FOC:)

see, besar gak tempat ni. nampak baru

beli tiket dulu sebelum masuk

sesi posing sebelum masuk mana2 tempat adalah aktiviti wajib

funny la Irfan pakai spek putih tu. hehe

adehh, kat sini pun nak posing ka. hahaha

kakak tunjuk STAR kat atas:)

mainan bola sesat:)

aksi tengok 3D movie, tentang dinosour:)

aktiviti main music

Qistina and Irfan macam takut2 bila masuk tempat ICE AGE ni....

besar betul. Qistina cakap ada angin keluar dari mulut dia

 cari PUZZLE jugak:)

sorang tarik, sorang lagi tolak

Irfan khusyuk sampai muncung2 mulut tu

last pose sebelum balik

map nak g Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara


overall, menarik jugak tempat ni. tapi sebab anak2 aku kecik lagi, so takde la nak explain apa sangat kut. hentam main ikut dan jer la. tapi, kalau budak2 yang dah sekolah tu, aku rasa mesti menarik. sebab memang diorang boleh belajar banyak benda kat sini. so, kalau korang datang Kedah tu, singgahla sini. tempat ni buka tiap2 hari dari pukul 9 pagi sampai 5 petang.

Saturday 14 April 2012

Main bowling dan makan ice-cream di City Plaza, Alor Setar

ada tak yang rindu dengan 2 budak kecik ni:)

actually aku nak cerita pasal aku g Pusat Sains Negara Cawangan Kedah cuti 11 April lepas, tapi gambar tak upload lagi. jadinya, aku just citer pasal aku bawak anak2 aku g main bowling kat City Plaza jer la, rasanya dalam 2 minggu sudah kut.

actually bukannya aku yang main pun. saje je ikut kakak and abang ipar aku, diorang yang nak main bowling. aku pernah main sekali jer bowling, time study dulu. tu pun tak habis satu game pun. berat dowhhh bola dia, bila turn aku, aku tunggu yang bola no. 6 jer, yang paling ringan tu. semua cuci longkang, confirm:)

anyway, jom layan gambar 2 si kecik yang boring tengok mak long dan paklong diorang main bowling:)

kita g register ambik kasut dulu yer

Irfan duduk rilek. Irfan tgk apa tu ekk..hmmmmm

apa benda la tu eh Irfan:)

actually 2 si kecik ni dah start bosan dah time nih...

tekan kakak jangan tak tekan. kacau mak long n pak long main:)

Irfan lak berdiri jer kat situ. excited tgk colourful bola golek2

mak long yang macam pro:)

mama yang takde kerja lain, menggedik depan camera. hahaha

ice cream TIME!!!

nyummmmm!!!

Thursday 12 April 2012

Sinopsis Amukan Pocong Slot Seram TV3

ishhhhhh....seram la pulak aku dok layan Amukan Pocong ni. actually aku memang minat tengok citer seram ni, tapi tak berani nak tengok sorang2. tapi disebabkan citer ni macam menarik tertarik de bomb, aku gagahkan jugakla tengok aka jeling2 tv tu.  terpaksala tengok sorang2, sebab cik abang tak suka tengok citer hantu.

ni dah second week aku layan. kesimpulannya, aku memang blur la, tak ketahuan apa cerita dia. maklumla, tak tengok dari awal. jadinya, terpaksala aku carik sinopsis citer ni. meh kita baca sikit meh


Mengisahkan Long Husin (Azhan Rani), seorang kaki judi dan dua orang rakannya sanggup melakukan apa sahaja sehingga membelakangkan syariat Islam dengan memuja kubur dan menggunakan khidmat bomoh Siam untuk mendapatkan gambaran mengenai nombor ekor bagi menangi wang dengan cara mudah.

Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah ‘memakan diri’ menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehingga menjadi pocong dan digeruni semua penduduk kampung.
Maka bermulalah kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan.

Monday 9 April 2012

Jom LIKE my BEAUTY PAGE : Natural Beauty and Health Store. TQ:)

Salam and hi kawan2 semua. seriously dah macam chipsmore dah aku nih.

lama betul tak update blog kesayangan ku ni.

Alhamdulillah, akhirnya tercapai gak niat aku nak bukak page kedai kecikku di Facebook.
mudah-mudahan, makin berkembang la business kecikku ni.
sesiapa yang sudi tu, singgah la eh. kalau sudi jugak, klik la LIKE sekali:)

kat sini nanti, banyak tips2 kecantikan yang bakal dikongsi. jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui tips2 ini dan apa sahaja promosi yang bakal dilakukan.

sila klik gambar untuk ke laman page yer:)

Note : Baru sahaja restock product F'iena Beauty. apa tunggu lagi, jom cantik bersama F'iena Beauty. belum cuba belum tahu:)