Sunday, 3 July 2011

Short trip to Kuantan

last week cik abang ada interview kat Pahang, so alang-alang dah pegi tempat jauh2 tu, cik abang pun ajakla aku bawa ngan anak2 sekali. yeeyyy. boleh jalan2. aku pun tak pernah gi Pahang.

sebelum nak pergi tu, aku ditugaskan oleh cik abang untuk cari hotel area Kuantan. ikut hati aku nak jer cari resort tepi pantai, tapi nanti jauh lak cik abang nak keluar gi interview. so surf punya surf dalam internet, terjumpa web ni, boleh booking hotel online. sangat berbaloi-baloi book tru this web, sebab dia punya rate lagi murah compare to book direct tru hotel. tak caye, cer try cer try:) siap ada review lagi pasal hotel2 yang listed kat situ. sangat menyenangkan keja aku.

belek punya belek, kitorang pun amik Vistana Hotel. harga ok, review pun ok.

so pagi Khamis tu, lepas Subuh terus gerak. jauh gak Kuantan ni, 7 hours camtu from Penang. sampai2 jer, terus check in kat hotel.

dalam lift. Irfan excited nampak mirror dalam lift:)

dua orang budak yang tak letih sebab dah tido dalam car all the way from Penang

relax2 jap kat hotel, terus kitorang keluar pulak carik tempat nak lunch. disebabkan dah lapar sangat, kitorang singgah makan kat kedai makan dekat ngan hotel tu.

'bilala auntie ni nak hantar nasi ayam Irfan nih'

lepas makan, kitorang jalan2 kat Teluk Cempedak pulak. main air kat tepi pantai jer, sebab kat sini tak boleh mandi. bahaya. ramai gak orang jalan2 kat sini. habis jalan2, dinner lak kat kedai makan kat situ. banyak gak choice, even McD pun ada. memang best dinner kat situ, sambil makan sambil menikmati fresh air.

Irfan tgh usha pantai sampai jalan pun tak tgk depan dah

pandai jugak anak mama nih snap photo. erkkk..apasal aku nampak tembam semacam nih

2nd day, having breakfast at hotel. yummyy!!

lepas cik abang habis interview, kitorang terus balik. tak gi mana2 pun. anyway, walaupun kejap jer vacation kali nih, kitorang tetap enjoy.

macam biasa kalau gi mana2 hotel, mesti posing kat lobby dulu before balik

hmmm..tak perasan pulak bila Qistina snap photo nih

kakak and adik sangat happy:)

No comments: