Wednesday 19 September 2012

Makan beradab.. ehhh, makan bersuap:)

next appointment dengan dokter untuk check tangan kakak was on last week Friday. Alhamdulillah, after dokter check and X-ray, dokter cakap dah ok, tulang dah sambung balik (i'm not sure what was the dokter said, but sth like that la). Alhamdulillah, syukur sangat.

after 2 weeks kena g check lagi and if everything are ok, then dah boleh buka dah simen tu. ya Allah, mudah-mudahan time tu dah ok.

so, another 2 weeks kakak and Irfan stay dengan mak tok kat kampung. actually, ingat nak bawak balik sini Irfan, tapi mak aku cakap, nanti kesian kat dua2. tak boleh berpisah adik-beradik ni. kalau salah sorang takde, asyik tanya jer. tapi if mama or ayah takde, tak tanya pulak:) rindunyaaaa anak2 mama. huhuhu....

kakak makan bersuap:)

Monday 17 September 2012

Tip Kecantikan: Petua untuk bibir merah semulajadi

Salam semua...

Dah lama rasanya aku tak share tip-tip kecantikan kat sini kan. Don't get me wrong ok, aku share ni bukannya sebab aku perasan cantik, tapi aku sangat-sangat suka baca any info or tips tentang kecantikan ni. kalau yang aku rasa tak leceh tu, memang aku akan amalkan.

ok, hari ni aku akan share a few tips macam mana nak bagi bibir korang merah naturally gitu:)

1. Ambil dua titik madu lebah asli kemudian sapukan pada seluruh bahagian bibir setiap malam sebelum tidur. Kalau boleh amalkan setiap malam yer. Kalau takde madu, boleh juga gunakan marjerin atau mentega.
Setiap hari ok. disebabkan setiap hari tu la yang aku malas nak buat tu. aku pernah try buat satu malam, tu pun dah rimas:)

2. Pernah dengar tak orang sapu colgate kat bibir. yer, picitkan sedikit colgate ke atas jari dan sapukan ke bibir.
Hmmm.. yang ni meamng betul boleh merahkan bibir. tapi tu la, bibir jadi macam kering pulak.

3. Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Then gosokkan hampas halia tersebut pada bibir.
Ni paling senang dan terbukti berkesan. aku pernah try time study dulu. aku takdenya nak tumbuk bagai, just aku tonyoh jer halia tu kat bibir aku. esoknya memang merah beb:)


Thursday 13 September 2012

Tulang siku anakku retak:(

Details tentang kejadian.....

Lokasi  : Ruang tamu rumah
Masa : Around 11.00 am
Tarikh : 9th September 2012

begini kisahnya.....

sedang aku sibuk2 di dapur, tiba-tiba aku terdengar kakak menangis sambil cakap sakit. SAH, jatuhla tu, sebab time tu si kakak tengah main dengan adik, lari-lari. aku pun buat biasa jer la, sebab dah biasa kes-kes jatuh nangis ni, budak-budak la katakan.

then kakak datang dapur, sambil pegang tangan dia, nangis2 cakap sakit. aku pun try bagi kakak cool down, suruh kakak luruskan tangan. kakak cakap tak boleh, sakit. time ni aku dah start cuak dah, tapi as a mom, kita kena sentiasa tenang, dalam hati hanya Allah saja yang tau.

tengok keadaan kakak macam tu, cik abang pun ajak g check kat clinic. lepas dah bersiap ala kadar, then kitorang terus g Hope Children's Hospital. Alhamdulillah, tak ramai orang time tu. dokter situ suruh refer Hospital Pantai, sebab kena buat X-ray, dia suspect retak somewhere.

memikirkan yang lepas ni, kami terpaksa minta mak aku tolong jagakan kakak, then cik abang terus pecut bawa balik Alor Setar. sampai jer kat Kedah Medical Centre, terus bawa kakak ke emergency unit. after X-Ray, confirm fractured, kat elbow. kenala simen satu tangan. dokter cakap, after 3 weeks kena X-Ray balik, then kalau dah ok, boleh buka simen tu...

Ya Allah, kesian anakku. patutla sakit. tak sangka betul, jatuh macam tu pun boleh fractured. apapun, benda dah nak jadi, dugaan untuk kami sekeluarga.

get well soon my dear. i know u are strong!



Note : Tak sabar nak jumpa kakak and adik kat rumah mak tok esok. rindu anak-anak mama sangat-sangat.......


Thursday 6 September 2012

Seminggu Beraya : 4th - 6th Day Raya 2012 Jalan-jalan di Kelantan PART 2

sambungan dari entry ni, takde citer, just gambo-gambo jer. last day kat Kelantan.......
Alhamdulillah, overall, vacation yang best. mudah-mudahan ada peluang pergi lagi:)

knock knock. Assalamualaikum. 'mak long, pak long, jom breakfast!'

sempat lagi tu pose sebelum makan:)

PEACE!

PEACE!

serba merah

mama yang tak berapa nak kenyang tapi tak boleh makan sebab sakit perut

turn kakak pulak drive:)

TOP VIEW : Pasar Besar Siti Khadijah

rest kat sini jap selepas penat shopping

Alhamdulillah, lega tekak masing-masing dapat minum air ais

singgah makan kat Restoran Yati Ayam Percik. terbaik!!!

wajib kena beli:)

Thank you for viewing and reading :)

Sunday 2 September 2012

Seminngu Beraya : 4th - 6th Day Raya 2012 Jalan-jalan di Kelantan PART 1

Alhamdulillah, raya tahun ni sangat meriah aku rasa. mana taknya, sampai ke Kelantan aku g beraya. raya ke 4 sampai raya ke 6 aku berada di Kelantan, ambik kesempatan ikut kakak aku g beraya rumah bapa mertua dia.

rumah bapa mertua kakak aku tu kat Bachok, tapi kitorang stay kat hotel Dynasty Inn, Kota Bharu. sepanjang time kat Kelantan tu actually kitorang tak g mana-mana sangat. just g beraya kat rumah bapa mertua dia, then singgah ambik angin kat Pantai Bachok then tak sah la kan kalau tak shopping kat Pasar Siti Khatijah. ingat on the way balik tu nak singgah Rantau Panjang, tapi masa tak mengizinkan. masing-masing pun dah penat.

overall, BEST sangat cuma yang tak bestnya, sepanjang 3 hari aku kat sana, perut aku pulak buat hal. memulas2 sampai tak boleh nak merasa langsung makan nasi kerabu. tu la padahnya makan tak hingat time raya tu, perut pun buat hal. kempunan betul tengok kakak and abang iparku dok melantak sakan nasi kerabu. huhuhu..

anyway, macam biasa, jom layan gambar. perut buat hal pun, posing tetap posing:)

kakak pose dalam kereta on the way g Kelantan

singgah breakfast kat RnR Gurun

Alhamdulillah dah sampai Kelantan. kat sini la kami stay

 ok, masa untuk mengisi perut dengan makanan Kelantan

 kakak tengah buat air kopi kat mak tok ke tu:)

Ipan...erkkkk

pagi di Kelantan time breakfast

ohhhh nasi kerabu....

my sweet little girl:)

perut dah kenyang, jom kita g jalan-jalan:)

pantang nampak mainan si kecik dua orang ni

susahnya nak ambik gambar dengan anak-anak mama ni

ni dah lepas g beraya, singgah kat Pantai Bachok pulak

buah hati kesayangan mama

apa kes pakai dress Poplook g pantai. camno nak main air, takkan nak selak naik kut

seronok betul anak2 mama

best betul makan ABC sambil kena angin pantai

ada Funfair pulak kat sini

naik ni seround sebelum balik

oklah, lain kali sambung pulak part 2:)