Monday, 17 September 2012

Tip Kecantikan: Petua untuk bibir merah semulajadi

Salam semua...

Dah lama rasanya aku tak share tip-tip kecantikan kat sini kan. Don't get me wrong ok, aku share ni bukannya sebab aku perasan cantik, tapi aku sangat-sangat suka baca any info or tips tentang kecantikan ni. kalau yang aku rasa tak leceh tu, memang aku akan amalkan.

ok, hari ni aku akan share a few tips macam mana nak bagi bibir korang merah naturally gitu:)

1. Ambil dua titik madu lebah asli kemudian sapukan pada seluruh bahagian bibir setiap malam sebelum tidur. Kalau boleh amalkan setiap malam yer. Kalau takde madu, boleh juga gunakan marjerin atau mentega.
Setiap hari ok. disebabkan setiap hari tu la yang aku malas nak buat tu. aku pernah try buat satu malam, tu pun dah rimas:)

2. Pernah dengar tak orang sapu colgate kat bibir. yer, picitkan sedikit colgate ke atas jari dan sapukan ke bibir.
Hmmm.. yang ni meamng betul boleh merahkan bibir. tapi tu la, bibir jadi macam kering pulak.

3. Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Then gosokkan hampas halia tersebut pada bibir.
Ni paling senang dan terbukti berkesan. aku pernah try time study dulu. aku takdenya nak tumbuk bagai, just aku tonyoh jer halia tu kat bibir aku. esoknya memang merah beb:)


2 comments:

lynnda ollala said...

bestnya tips ni,mesti cuba ni...hehe...jom lawat blog ummi juga... www.beautyummi.blogspot.com :-)

Nurul Zakeyah a.k.a Jacky Bass said...

Saya selalu amalkan sapu madu pd bibir.. mmg berkesan..