Saturday 29 June 2013

[Online Business - WAHM] Shaklee Tawar Pendapatan Lumayan


Baru-baru ni saya terbaca satu artikel di Utusan yang bertajuk "Shaklee tawar peluang pendapatan lumayan". Ada yang terbaca tak, atau ada yang ternampak, tapi tak baca.

Kalau dulu, sebelum saya terlibat dalam business Shaklee, artikel ni mungkin saya tak perasan pun. Tapi, dah jadi pengedar Shaklee ni, apa saja berita berkaitan Shaklee, pasti menarik perhatian saya.

Jadi, anda di luar sana, Shaklee dah tawarkan, tak nak terima ker.
Saya dah terima tawaran tu :)


Terus terang saya katakan, saya rasa amat bertuah dipertemukan dengan Shaklee. Bukan sahaja saya dah jatuh cinta dengan produk Shaklee, malah pendapatan yang saya terima hasil dari membuat online business Shaklee juga amat lumayan. Macam tak percaya pun ada juga :) Alhamdulillah, saya kini berjaya menggenggam pendapatan 4 angka dengan business Shaklee, dan makin mendaki untuk mencapai 5 angka.

Jika saya boleh, dan ramai lagi pengedar Shaklee di luar sana yang juga kini menggenggam 4-5 angka sebulan, malah ada yang 6 angka, anda juga PASTI BOLEH. Kenapa kami boleh? Kerana kami bertindak untuk berubah dan keluar dari zon selesa kami untuk mencapai impian masing-masing. Macam saya sendiri, walaupun kini agak selesa dengan kerjaya sebagai seorang engineer di salah sebuah multinatioanl company yang besar, malah baru je dinaikkan pangkat menjadi Senior Engineer beberapa bulan lepas, tapi saya keluar dari zon selesa itu, sebab target saya adalah untuk menjadi work at home mother, WAHM (coming soonnnnn, dah dapat greenlight dari cik abang).

Biasanya, apabila memulakan perniagaan, kita perlu mengeluarkan sejumlah wang sebagai modal dan perkara yang paling menakutkan adalah kerugian. Tapi, dengan Shaklee, anda tak perlu takut dengan kerugian, sebab anda tak akan rugi pun:) Rugi ni apabila kita keluarkan modal yang banyak, tapi tak dapat untung. Business Shaklee, hanya perlu register RM75, dan untung yang bakal diperolehi adalah berpuluh kali ganda. Stok pun tak perlu simpan, kerana semuanya akan duruskan oleh Shaklee. Contohnya, bila ada order, kita cuma inform Shaklee, dan Shaklee yang akan uruskan dan pos. Mudah kan.

Jadi, kalau anda tak bermula hari ni, bila lagi. Peluang Shaklee dah tawarkan, ada di depan mata. Sekarang adalah masa untuk bertindak.

Anda Berminat?

Jom daftar keahlian Shaklee bersama team saya di bawah naungan Jutawan Muslimah yang hebat!
Hantarkan email ke cikjattshop@yahoo.com atau SMS/WhassApp ke 013-4894037 secepat mungkin.

Klik sini untuk cara-cara menjadi atau mendaftar ahli Shaklee

Jom semua. Kejar impian anda! Go For It and Just Do It !!!

***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

Sunday 23 June 2013

[Fashion] Gaya Tribal Shawl yang Simple dan Menarik


Salam semua:)

Asyik cerita pasal Shaklee jer kan, kali ni short entry yang out of topic sikit boleh. Short update pasal tuan rumah yang makan dan jual supplemen Shaklee ni. Dah lama sangat rasanya tak tempek muka syok sendiri kat sini kan:)

Tak sabar nak share dengan uols semua pasal fahion tribal yang sangat in sekarang ni. Fashion of the year yang saya sendiri sudah terjebak ni adalah peplum dan tribal. Sekarang ni corak tribal tu dah merata-rata, kasut ada, blouse ada, dress ada, seluar ada, even casing hadphone pun ada tau.

Kenapa saya suka corak tribal ni, sebab nampak unik dan ceria. Mungkin sebab gabungan corak dan warnanya. Kadang-kadang tu saya tengok ada juga yang pelik, so bila nak beli tu, bukan main sambar jer, kena pilih betul-betul. Takut bila pakai nanti nampak pelik pulak. Anak dah dua kut, jadi kena sedar diri sikit:)

Okla, just nak share gambar saya pakai tribal shawl, best pulak pakai shwal ni, sebab rasa macam muda remaja gitu:)


P/S : Ni entry selingan je tau, lepas ni kita sambung balik cerita pasal supplemen Shaklee yang best tu ok:)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 22 June 2013

[ESP] Kurus Selepas Bersalin dengan ESP Shaklee


Salam Sihat dan Cantik semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop:)

Semalam saya mendapat feedback dari salah seorang customer saya yang baru habis berpantang dan sudah mula masuk bekerja. Katanya, semua baju-baju yang lama dah boleh pakai. Ok sangat-sangatla tu kan. Maksudnya bentuk badan selepas bersalin dah kembali kepada bentuk badan seperti sebelum mengandung. Bukan ke memang itu impian semua ibu yang baru lepas melahirkan anak. Tak mustahil yer nak dapatkan balik berat badan dan bentuk badan asal kita:)

Rahsianya, pastikan anda mengamalkan segala tips yang pernah saya kongsi di entry, rahsia kekal langsing seperti anak dara selepas bersalin ini yer. Bagi yang memerlukan supplemen tambahan untuk membantu, sudi-sudikanlah hubungi saya ya untuk mengetahui Set Kurus Shaklee yang sesuai untuk anda, dan pastinya konsultasi yang percuma dan berterusan dari saya.

Set Kurus Shaklee untuk Ibu yang Menyusu

Untuk program pelangsingan Shaklee, supplemen yang disarankan adalah lengkap dengan tiga langkah menurunkan berat badan iaitu detoks, membakar lemak dan membina otot. Untuk maklumat selanjutnya mengenai pilihan produk yang terdapat di dalam set ini, boleh klik di sini ok.

Bagi ibu-ibu yang menyusu, berikut adalah supplemen yang disarankan untuk anda kembali kurus:

1) Alfafa - detoks dan fiber yang mengangkut keluar lemak

2) Lecithin dan/atau Omega Guard - membakar lemak

3) ESP - protein untuk meningkatkan metabolisma dan juga membuatkan perut kenyang untuk masa yang lama

BONUS !!!
Set ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan berat badan anda, malah dapat meningkatkan penghasialn susu ibu, membuatkan kulit semakin cantik dan sihat, membuatkan anda kekal cergas bertenaga, meningkatkan tahap kesihatan anda dan banyak manfaat lain lagi. Itulah uniknya supplemen Shaklee ni.

Jom kita lihat sendiri perubahan yang dialami oleh Puan Atikah selepas 4 bulan mengambil ESP.


 Bagaimana ESP Boleh Membantu untuk Kurus
  • Protein soya adalah satu2nya tumbuhan yg mempunya 9 jenis asid amino yg lengkap utk keperluan tubuh kita, Ia juga tiada kolestrol, rendah lemak dan kalori 
  • Protein mempunyai kandungi leucine yg dapat menjaga tisu otot ketika proses penurunan berat badan 
  • Protein soya memperlahan aliran makanan dalam usus yg menjadikan kita berasa kenyang dgn lebih lama dan kurang makan
  • Pemakanan protein soya di antara waktu makan dapat mengurangkan rasa lapar serta nafsu makan
  • Protein soya mempunyai INDEKS GLISEMIK yg rendah, Makanan yg mempunyai nilai GI yg  rendah akan membebaskan glukosa dgn perlahan2 dan akan meningkatkan glukosa  dan hormon insulin secara berperingkat berbeza dgn makanan yg tinggi karbo yg meningkatkan glukosa dalam badan dgn pantas menyebabkan lebihan glukosa ini ditukar menjadi lemak
  • Badan bekerja lebih kuat untuk mencernakan protein berbanding karbohidrat dan lemak dan secara tidak langsung meningkatkan metabolisma tubuh
ESP ni merupakan salah satu produk Shaklee yang paling saya suka untuk maintain energy level saya dan of course untuk kecantikan kulit la kan. Tiap-tiap pagi sebelum pergi ke tempat kerja, kalau orang lain minum kopi, saya pula, inilah minuman wajib saya.


Minum ESP jer pun boleh maintain slim tau. Tapi untuk anda yang perlukan lebih 'pemangkin' lagi, ambil Set Kurus Shaklee yang lengkap k:)

Takkan nak tengok jer saya dan yang lain-lain kekal cantik dan sihat dengan Shaklee. Anda bila lagi:)


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 19 June 2013

[Breastfeeding] Tips Persediaan Berpuasa untuk Ibu Menyusu


Salam Sihat dan Cantik semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop:)

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk Ramadhan kan. Ada yang dah buat baju raya ke? Ke ada yang tengah berusaha nak turunkan berat badan dulu, sebab nak pakai baju kurung peplum raya ni. Ohh, peplum:) saya pun dah pasang angan-angan nak pakai peplum raya ni.

Ok, yang nak kuruskan badan, nak cantikkan kulit sempena raya ni, GO FOR IT!! Kalau nak cuba supplemen Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan ni, untuk kurus ke, untuk kecantikan kulit ke, boleh contact saya k:)

Ok, berbalik kepada tajuk di atas, panduan menyusu untuk ibu-ibu berpuasa. Saya pernah mempunyai pengalaman mengandung dan menyusukan anak ketika bulan puasa. Mengandung ketika bulan puasa tiada masalah untuk saya, tetapi pengalaman menyusukan anak sangat mencabar buat saya. Mengepam dan menyusu ketika puasa akan membuatkan kita letih dan dahaga yang teramat sangat, terutamanya sewaktu awal-awal berpuasa. Tapi, Alhamdulillah, semakin lama, badan semakin ok. Nasib baikla juga saya ada buat stok EBM sebelum bulan puasa. Pokok pangkalnya, yang paling penting adalah persediaan kita.

Ok, khas untuk ibu-ibu yang tengah menyusu tu, entry kali ni khas untuk anda ya. Kuatkan semangat dan buat persediaan yang rapi ya, agar ibu-ibu semua kekal cergas bertenaga dan mengekalkan penghasilan susu seperti biasa walaupun berpuasa.

Panduan Berpuasa untuk Ibu Menyusu


Menyusu di bulan Ramadhan

1) Persediaan Fizikal

Ibu-bu yang menyusu harus berada dalam tahap kesihatan yang optimum. Makan secara teratur dan amalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Jangan sesekali skip makan 3 kali sehari iaitu bersahur, berbuka dan makan sebelum tidur. Kalau takut gemuk, kerapkan makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit, di antara waktu berbuka dan tidur. Contohnya, makan buah, oat dan biskut oat. Pastikan juga minum air masak secukupnya ya.

Pengambilan suplemen sangat membantu bagi memenuhi keperluan vitamin yang tubuh anda tidak mampu perolehi daripada pengambilan makanan harian.

Cadangan suplemen semasa berpuasa:
  • Protein - cadangan SHAKLEE ESP : untuk tenaga dan membantu mempercepatkan penghasilan susu badan 
  • Multivitamins - cadangan SHAKLEE Vita-Lea with Iron Formula : memastikan tubuh kita tetap mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan meskipun sedang berpuasa 
  • Vitamin C - cadangan SHAKLEE Sustain-Release Vita-C 500mg : membantu kita kekal sihat sepanjang berpuasa 
  • B Complex - cadangan SHAKLEE B Complex : vitamin ini menukarkan gula kepada tenaga sekaligus membuatkan kita kekal bertenaga, memberi mood yang stabil di samping membantu keseimbangan aktiviti sel tubuh  
  • Energy Drinks - cadangan SHAKLEE Performance Drink : membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah supaya ibu tidak mudah letih (ataupun pengsan) dan juga mengelakkan dehidrasi. 
  • Alfalfa - pilihan lain bagi ibu-ibu yang ada kekangan budget membeli ESP. 
Walaubagaimanapun, perlu saya tekankan di sini, bahawa ini adalah cadangan dan pengambilan suplemen adalah bergantung kepada keperluan tubuh anda. Untuk jadual pengambilan suplemen-suplemen ini, sila hubungi saya secara personal.

2) Persediaan Mental

Persediaan mental juga penting kerana ia membantu anda untuk lebih bersemangat dan ceria berpuasa sambil menyusukan anak (malah mungkin juga ada yang sedang hamil! tripple happiness during ramadhan kan?)
  • Menjaga solat yang wajib 
  • Mengamalkan solat-solat sunat 
  • Membaca dan mentafsir Al Quran 
  • Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa 
Yang penting, pastikan anda tetap teruskan sesi pam anda seperti biasa dan direct feeding. Jangan pula kerana letih dan ingat susu kurang di bulan puasa, anda terus ngelat pam. Memang akan kurang la jawabnya. Yakinlah yang susu akan tetap ada walaupun anda berpuasa ya. Ingat ye konsep Supply vs Demand:)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday 15 June 2013

[Breastfeeding] Punca Susu Badan Semakin Kurang Apabila Bekerja


Kebanyakan ibu yang bekerja seringkali menghadapi masalah susu semakin kurang apabila mula bekerja selepas habis cuti berpantang. Kenapa yer?

Ok, jom saya kongsikan antara sebab-sebab yang memungkinkan terjadinya masalah susu semakin kurang ni, hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya menyusukan anak-anak saya:)
  • Tidak disiplin mengepam - Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasanya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.
  • Bayi keliru puting - Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air - Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress - Ramai yang menghadapi masalah ni, tapi tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope.
 Jom kita baca komen MommyLyna mengenai susunya yang merudum ketika bekerja:

".........saya juga ada mengalami susu merudum.

Ia berlaku pada hari saya sangat sibuk atau sangat penat. 2 hari lepas saya cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz). Pada hari itu saya meeting tak berhenti dan badan sangat penat lagi mengantuk, sampai saya tertidur semasa mengepam.

Bila stress, tubuh kita dah sedia ‘bekerja’.

Stress dan penghasilan susu ibu mempunyai hubungan yang istimewa. Bila menyusu/mengeluarkan susu, hormon yang  melegakan stress dikeluarkan, dan kita akan berasa tenang. Namun, untuk mengeluarkan susu, kita memerlukan hormon anti-stress itu juga"

Bukan mudah ya mahu berjaya dalam missi penyusuan susu ibu jika kurang motivasi dan ilmu. Tapi jangan risau, seandainya anda mendapati susu badan anda mulai berkurangan, cepat-cepat buat checklist di bawah:
  • Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam sekali? 
  • Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti? 
  • Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yang mengambil supplement 3 litersehari) 
  • Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit? 
  • Adakah cukup rehat? 
Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:
  • YA 
  • YA 
  • YA 
  • TIDAK 
  • YA 
Credit

Pengambilan vitamin asasnya adalah untuk membantu tubuh si ibu lebih sustained bertenaga, less stress dan lebih immune. Ketiga-tiga perkara ini penting seiring selalu demi kejayaan dalam penyusuan susu ibu itu. Untuk membanyakkan susu pula, patuhi peraturan pertama iaitu SUPPLY Vs DEMAND. Stimulasi yang secukupnya pada payudara amat crucial, bukan milk booster yang utama.

Nak cuba vitamin asas untuk breastfeeding dari Shaklee, boleh jer nak contact saya.

Klik sini untuk info mengenai Set Breastfeeding Shaklee
 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Breastfeeding] Panduan Menyediakan dan Menyimpan Stok Susu Perahan (EBM)


Masih lagi tips untuk ibu-ibu bekerjaya yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu. Untuk panduan asas mengenai penyusuan ibu bekerjaya, boleh klik sini ya. Kali ini, tips yang ingin saya kongsikan adalah mengenai cara menyediakan dan menyimpan stok susu kepada anak anda (stok EBM), memandangkan anda akan meninggalkan anak anda di sepanjang waktu anda bekerja.

Jom kita lihat apa yang anda perlukan dan panduan-panduan yang boleh anda ikuti:

1.   Breast pump
 
Terdapat pelbagai pilihan breast pump di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang berfungsi secara manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya boleh mengepam sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh melakukannya kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa.
 
Pemilihan breast pump adalah mengikut citarasa dan kesesuaian ibu-ibu. Sepanjang saya menyusukan anak-anak saya, saya menggunakan Medela Harmony (Manual). Saya suka pam ni, sebab saya ni pam merata-rata, dalam surau, dalam meeting room, dalam kereta, jadi pam ni sangat portable, senang dan mudah untuk saya guna dan bawa ke mana-mana pun:)
 
 
2.   Bekas penyimpanan susu perahan
 
Susu perahan / EBM (express breast milk) boleh disimpan didalam bekas simpanan seperti berikut:
  • Bekas plastic atau botol susu bebas BPA (Bispenol-A).
  • Breast milk storage liners yg memang dikhususkan untuk penyimpanan perahan susu ibu.
  • Bekas dadih-ianya hanya boleh digunaan sebanyak 3 kali sebelum dibuang.
Tips :
Ibu-Ibu hendaklah memastikan bekas penyimpanan yang hendak diguna dibersih, disteril, dan dikeringkan terlebih dahulu.
 
3.   Melabel EBM
 
Perahan susu ibu yang disimpan di dalam bekas haruslah dilabel sebelum di simpan di dalam freezer. Label setiap bekas mesti mempunyai butiran seperti berikut :
  • Tarikh perahan 
  • Waktu perahan 
  • Kuantiti susu yg diperah
  • Nama bayi (penting dilabelkan sekiranya bayi diletakkan di nurseri/pengasuh/pusat jagaan harian.
Tips :
Berapa oz untuk satu bekas penyimpanan bergantung  kepada berapa banyak bayi minum untuk satu sesi. Kebiasaannya, digalakkan untuk menyimpan sebanyak 2-3 oz untuk satu bekas penyimpanan. Jadi, apabila telah dicair/atau dipanaskan, tidak akan membazir untuk baki yang tidak diminum.
* Apabila hendak gunakan susu, ambil susu mengikut aturan tarikh yang terdahulu
 
4.   Tempat Penyimpanan EBM
 
Pada suhu bilik
  • Jika bilik tidak ber air cond (25ºC – 35ºC), disarankan tidak melebihi dari 4 jam.
  • Jika bilik ber air cond (15ºC – 25ºC), boleh sampai 6-8 jam.
Fridge/Freezer

 
Bekas Penyejuk
  • Cooler bag/box (0-4ºC) tahan selama 12-24 jam
Tips :
  • Susu yg dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
  • Susu yg dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.
  • Untuk memanaskan susu yang telah dicairkan di dalam peti sejuk, hendaklah menggunakan warmer atau air suam. TIDAK BOLEH dipanaskan di dalam microwave atau air yang sedang mendidih.
  • Susu yang telah dipanaskan, boleh tahan selama lebih kurang 1 ke 2 jam.
5.   Cara penyimpanan
 
Cara penyimpanan susu perahan adalah seperti berikut:
 
Di pejabat 
  • Simpan susu yg diperah dibahagian bawah peti sejuk bukan di bahagian beku.
  • Ini adalah bertujuan untuk memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan. (susu ibu yg dibekukan jauh lebih baik lagi dari susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi.
  • Jika tiada kemudahan peti sejuk di pejabat, anda bolehlah menyimpannya di dalam cooler bag yang berisi pek ais.
 Contoh cooler bag di MomsLittleOnes bersama ice pack dan botol untuk menyimpan EBM
 
Di rumah
  • Simpan sebanyak mungkin susu perahan di bahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
  • Ini adalah kerana susu perahan yg disimpan di bahagian bawah peti sejuk akan digunakan sebagai bekalan oleh bayi untuk kegunaan hari esok. Oleh itu bayi akan mendapat fresh EBM.
  • Manakala susu perahan yg disimpan di bahagian beku akan menjadi stok simpanan susu ibu.
 
Contohnya,
Andai kata 1 hari bayi anda minum sebanyak 4 botol susu. Jika sehari anda berjaya memerah sebanyak 4 botol susu ibu semasa bekerja, apabila sampai di rumah , simpan 3 botol susu perahan tadi di bahagian bawah peti sejuk dan baki 1 botol di bahagian beku untuk simpanan stok. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM simpanan stok yg bertarikh paling lama dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan bagi kegunaan esok hari. Dengan cara ini anda masih lagi dapat memberikan fresh breast milk (nisbah 3 : 1 iaitu 3 botol fresh milk kepada 1 botol susu dibeku) kepada bayi anda walaupun anda bekerja.
 
Peringatan!
  • Jangan simpan susu perahan dibahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk tersebut kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas susu perahan sehingga mencecah kepada penutupnya. Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan. 
Credit
 
Semoga ibu-ibu semua berjaya memberikan yang terbaik untuk bayi anda.
 
Happy Breastfeeding ya:)

***********************************************************
 
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Breastfeeding] Panduan Persediaan Penyusuan untuk Ibu Bekerjaya


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai ibu-ibu bekerjaya yang sudah mula sedar akan kepentingan susu ibu dan berusaha untuk menjayakan penyusuan ibu secara ekslusif. Kepada ibu-ibu terutamanya yang baru pertama kali ingin menyusukan anak, jom baca perkongsian yang saya petik dari Pa Ma mengenai panduan persediaan untuk ibu-ibu yang bekerjaya. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu ibu-ibu semua ya:)


1. Timba ilmu sepanjang masa

Sebaik-baiknya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudahpun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus selepas kelahirannya. Dalam masa yang sama, anda dan suami digalakkan untuk menyertai mana-mana kelas persediaan penyusuan susu ibu yang kini banyak dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yang banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu 

Laman web yang saya suka adalah SusuIbu dan Kellymom.

2. Mulakan dengan betul

Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi. Untuk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting untuk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yang selesa dan pada masa yang dapat memastikan bayi melekap dengan betul.

Ingatlah, bahawa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepada kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan untuk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukan bayi pada masa-masa yang diinginkannya.

3. Simpan stok susu

Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ketika bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yang ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yang bukan sahaja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yang lebih panjang.

4. Peralatan penyusuan berkaitan
 
Anda tidak perlu membazirkan wang yang ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yang kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Antara barang penting yang diperlukan adalah pam, bekas untuk simpanan susu (botol atau plastik), cooler bag dan ice pack.

5. Bincang dengan majikan

Amat penting untuk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pihak majikan bagi membolehkan anda menggunakan sedikit waktu daripada masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bagi mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua-dua belah pihak.

Pada masa yang sama, anda boleh mengutarakan pandangan kepada majikan untuk menyediakan ruangan khas bagi membolehkan anda dan rakan-rakan lain yang turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yang lain boleh melakukan rutin harian itu dengan tenang yang secara tidak langsung membantu pengeluaran susu yang lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat

Gunakan pam yang bersesuaian dengan corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi banyak masalah.

Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan untuk memerah payu dara sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bagi yang perlu bekerja untuk tempoh masa yang lebih lama daripada itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan

Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dengan melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yang dirembeskan ketika itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lagi jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

Antara lain, anda juga boleh menutup lampu ketika melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yang lebih banyak daripada biasa.

8. Makan secara sihat

Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah menjaga dengan teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jangan sesekali mengetepikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Anda digalakkan untuk makan di atara waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan sebagainya.

9. Ikut keperluan bayi

Dalam apa jua amalan yang ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jangan khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dengan masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih banyak masa untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Jika sukar mengambil cuti, anda perlu meningkatkan sesi memerah payu dara di pejabat. Di rumah pun, anda perlu memerah payu dara untuk merangsang penghasilan susu selain lebih kerap menyusukan bayi mengikut keperluannya.

Happy Breastfeeding ya:)

***********************************************************
 
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Set Breastfeeding] Supplemen/Vitamin untuk Tambah Susu Ibu


Sebelum ini, saya pernah berkongsi mengenai antara makanan yang boleh diambil untuk menambah susu ibu.

Walaupun cuba mengambil makanan-makanan tertentu yang dikatakan boleh tambah susu ibu, tetapi ramai ibu-ibu yang gelisah dan susah hati kerana masih menghadapi masalah susu kurang. Ada yang cuba untuk mengambil pil-pil atau supplemen tertentu sebagai milk booster untuk banyakkan susu ibu.

Adakah vitamin yang berfungsi untuk banyakkan susu ibu?


Benarkah vitamin ni berfungsi untuk membanyakkan susu ibu?

Mula-mula kita bercakap tentang “konsep asas penyusuan susu ibu” dulu. Pengeluaran susu ibu adalah dari keperluan yang ada untuk penyusuan tersebut. Oleh kerana itu ibu-ibu disarankan menyusukan bayi secepat mungkin, dalam masa 30 minit selepas kelahiran. Dan kerapkan menyusu.
Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan.
Namun, keperluan zat makanan untuk ibu menyusu memang meningkat berbanding sebelum mengandung dan menyusu. Ditambah pula dengan tekanan yang dihadapi setiap hari, banyak faktor yang memungkinkan susu ibu menjadi kurang walaupun ibu masih konsisten mengepam dan menyusu secara terus.

Pengambilan vitamin membantu ibu mengatasi masalah dalam dirinya seperti kurang nutrisi, stress, kurang rehat dan sebagainya, namun ibu harus terus mengepam dan sekiranya tidak pernah mengepam sebelum ini (jika anda bekerja) mulakannya sekarang! Pam secara konsisten mengikut teknik yang betul.

Set breastfeeding Shaklee membantu ibu-ibu menyusukan anak dengan lebih berkesan, menyihatkan tubuh badan dan memberi tenaga. Ramai ibu yang mulanya tak yakin dengan Shaklee, alhamdulillah kini gembira menjadikan Shaklee sebahagian dalam gaya hidup sihat mereka.

Jom kita baca perkongsian gembira dari ibu yang telah berjaya banyakkan susu untuk untuk anaknya:


Buat ibu-ibu yang tengah menyusu, jom dapatkan vitamin penyusuan Shaklee untuk tingkatkan kuantiti dan kualiti susu anda. Berikan yang terbaik untuk anak anda ya.
  • Set Triple M : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Alfalfa, ESP
  • Set Eufor Pack : Set untuk yang elergi alfalfa mengandungi Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix
  • Set E : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Alfalfa
  • Set B : Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa
Happy Breastfeeding ya ibu-ibu hebat dan gorgeous semua!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

[Testimoni Set Kecantikan] Kulit Kusam, Berminyak dan Berjeragat, Kini Semakin Cerah Berseri


Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop :)

Semakin hari semakin ramai yang mencuba supplemen Shaklee untuk kecantikan dan kesihatan. Seringkali feedback positif yang diterima dari pengguna supplemen Shaklee bukan satu, malah lebih. Kesannya dapat dilihat bukan sahaja untuk kecantikan, malah dapat juga merawat masalah kesihatan kita. Menarik kan Shaklee ni. Tapi itulah hakikatnya, betapa uniknya Shaklee ni.

Yang paling penting, supplemen Shaklee merawat dalaman kita secara semulajadi tanpa ada kesan sampingan yang memudaratkan di kemudian hari, kerana supplemen Shaklee dijamin selamat dan 100% semulajadi, terbukti sejak lebih 50 tahun dahulu. Mana taknya, perkataan vitamin sendiri pun diambil dari produk Shaklee, iaitu Vitalea, multivitamin yang pertama dihasilkan dan terbaik di dunia. Pada saya ini yang paling penting, sebab apa yang kita makan hari ni, bakal menentukan masa depan kita kelak. Jadi hati-hati dengan apa yang kita makan, jangan terlalu ghairah nak cantik ya. Saya sendiri, hanya yakin dengan supplemen Shaklee:)

Mari kita baca dan lihat sendiri pengalaman salah seorang pengguna Shaklee yang kini semakin cantik berseri dan tahap kesihatan beliau pun semakin meningkat:


Masalah: 
1) Kulit muka berminyak, kusam, jeragat
2) Keputihan
3) Haid tidak teratur
4) Susah membuang air besar

Produk yang diamalkan: 
1) Alfafa
2) Vitamin E
3) B Complex 
4) ESP

Kesan:
1) Kulit semakin cerah berseri
2) Jeragat, kulit kusam dan berminyak hilang
3) Keputihan hilang
4) Kitaran haid teratur
5) Senang membuang air besar - lawas

Teruja kan tengok perubahan beliau. Takkan nak tengok jer,cepat-cepat bertindak k. 
Masalah kulit ni especially kulit berjerawat, berjeragat, kusam dan berparut, kalau dibiarkan lama-lama, nanti akan menjadi semakin teruk dan mungkin akan mengambil masa untuk pulih.
Jadi, kalau anda ingin kelihatan cantik dan tingkatkan tahap keyakinan diri anda, tak perlu berlengah lagi ya.

Nak cantik sebelum raya? Sempat lagi ni, ada lebih kurang sebulan lebih lagi ni:)
Cepat2 hubungi saya ya:)


Jom cantik dan sihat bersama Shaklee!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday 13 June 2013

[Breastfeeding] Makanan yang Membanyakkan Susu Ibu


Kebiasaan bagi ibu yang menyusukan atau yang ingin menyusukan, antara perkara yang sering dicari maklumat tentangnya ialah makanan untuk banyakkan susu ibu.


Secara peribadi, bagi saya konsep ini adalah satu perkara yang patut diubah. Kerana perkara utama atau faktor utama untuk membanyakkan susu ibu ialah

kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap.

Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:
  • Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi. 
  • Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan. 
  • Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian. 

Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu – semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil; dan semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil.

Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
  • Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya 
  • Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya. 
  • Tinggi kalori – longan kering, kurma. 
  • Tinggi kalsium – susu. 
  • Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya. 
  • Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus. 
  • Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih. 
  • Yang mencetuskan hormon gembira – coklat. 
  • Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.

Pengambilan makanan di atas semasa hamil? 

Ya, ibu hamil seharusnya mengambil makanan2 di atas, namun harus ingat ia bukan jaminan untuk anda menghasilkan banyak susu. Penghasilan susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, kekerapan anda menyusu dan permulaan penyusuan anda. Jadi, semasa hamil, carilah ilmu penyusuan sebanyak-banyaknya dan dapatkan beberapa teman baik yang juga menyusukan bayi mereka, agar anda mendapat bimbingan, motivasi dan perkongsian yang berterusan.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil pil hormon untuk membanyakkan susu badan? 

Bagi saya tidak perlu, kecuali dalam kes tertentu dan atas nasihat pakar (Pakar dalam bidang laktasi). Seseorang ibu hanya perlu menambahkan sesi rangsangan dan stimulasi, di samping pengambilan makanan yang membekalkan zat seimbang.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil supplement? 

Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan. Bagi ibu yang menyusukan, supplement adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.

Adakah jenis pam susu mempengaruhi jumlah pengeluaran susu? 

Sama sekali tidak. Ia bergantung kepada teknik mengepam yang diamalkan oleh seseorang ibu itu. Malah teknik mengepam yang paling efektif ialah teknik Marmet, iaitu mengepam dengan menggunakan tangan.

Adakah emosi si ibu mempengaruhi pengeluaran susu? 

Ya, apabila ibu dalam keadaan stress, hormon yang terhasil menghalang hormon penyusuan dari dirembeskan.

Penyusuan ibu adalah sesuatu yang semulajadi, sebagaimana anak-anak mamalian menyusu dengan ibu masing-masing.. namun bagi manusia, proses tersebut tidak semudah seekor kucing menyusukan 8 ekor anaknya ( ada juga kucing yang taknak menyusukan anaknya, mujur zaman sekarang ada FM untuk kucing, kalo tak kesian anak2 kucing tu) atau harimau menyusukan anaknya (seganas2 harimau adalah ibu yang penyayang). Lebih2 lagi di zaman moden ni, (ramai ibu yang bekerja) penyusuan adalah sesuatu yang mesti dipelajari.

Ibu-ibu hamil boleh mendapatkan ilmu penyusuan dari mereka yang lebih dahulu menyusukan anak dan dari bahan bacaan yang boleh diperolehi di mana2 klinik kesihatan, hospital mahupun buku2 tentang penyusuan ibu yang berlambak di kedai buku.

Usah mudah mengalah jika terkehel di peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.

Klik sini untuk cadangan supplemen ibu menyusu : Shaklee Breastfeeding Set

Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 12 June 2013

[Mealshakes] Sarapan Mudah dan Berkhasiat untuk Kanak-kanak dan Sekeluarga


pix 

Memulakan hari yang baru mestilah dengan perkara yang baik. Bukan sahaja perbuatan tetapi juga dengan pemakanan. Barulah ceria.

Panduan Menyediakan Sarapan untuk Kanak-kanak

Pengambilan sarapan yang berkhasiat membantu anak anda menjadi lebih fokus dan memberikan tumpuan penuh terhadap setiap aktiviti yang dilakukannya. Tapi, apakah makanan kaya khasiat yang sesuai untuk dijadikan sarapan anak? Mari kita baca beberapa panduan yang saya petik dari Pa Ma yang boleh anda ikuti:
  • Makanan berkanji.
Misalnya roti dan nasi. Makanan seperti ini penting kerana dapat membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Jika ingin memberi anak makan roti, pastikan roti itu pelbagai. Setiap hari roti yang berbeza dan menu yang berbeza. Contohnya, roti putih dibuat sandwic, roti gandum dibuat roti bakar dan roti pita pula dimakan bersama inti daging kisar. Jika anda ingin hidangkan kepada anak nasi pula, buatlah nasi goreng, nasi lemak atau bubur nasi.
  • Buah-buahan
Ketika bersarapan, elok jika anda dapat menghidangkan anak dengan buah-buahan. Paling tidak pun dengan jus buah segar. Hal ini kerana buah-buahan mengandungi banyak nutrien yang baik untuk kesihatan kanak-kanak. Termasuklah vitamin C. Makanan yang mengandungi vitamin C akan membantu kanak-kanak menyerap zat besi daripada makanan yang diambil mereka. Sebagai ibu bapa, anda kenalah pastikan anak mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang dicadangkan ialah buah epal, oren, anggur dan pisang.
  • Bijirin sarapan pagi
Bijirin sarapan pagi juga pilihan yang baik untuk sarapan anak kerana mengandungi tenaga dan beberapa vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh. Akan tetapi, anda perlulah berhati-hati kerana di pasaran ada bijirin-bijirin yang mengandungi terlalu banyak gula dan garam. Untuk memastikan anda tidak tersalah pilih, perhatikan maklumat pemakanan yang terdapat pada kotak. Cari yang kurang manis dan kurang masin. Bagi menambahkan selera anak, tambahkan dengan potongan buah-buahan segar atau kismis. Secara tidak langsung, anak anda juga akan dapat khasiat daripada buah-buahan.
  • Susu dan hasil tenusu
Untuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, jangan lupa berikan anak makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju dan dadih.
 
***********************************************************

Walaupun ramai di kalangan kita yang sedar akan kepentingan sarapan terutamanya kepada kanak-kanak yang perlu mendapatkan khasiat secukupnya, tetapi disebabkan faktor-faktor tententu, ada kalanya sarapan pagi pun dah terabai. Kadang-kadang tu, sampai pukul 10.00 pagi baru nak sarapan. Tahukah anda , sarapan pagi seeloknya diambil dalam masa 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun dari tidur. Selepas tidur selama 6 hingga 8 jam, sarapan pagi amat penting untuk menambah kembali paras gula di dalam darah. Selain untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sarapan pagi juga membuat otak kita lebih cergas dan cerdas. 

Antara masalah yang dihadapi, untuk menyediakan sarapan:
  • kesuntukan masa. ada yang seawal 7.00 pagi dah perlu keluar rumah untuk pergi ke tempat kerja. mana la sempat nak sediakan breakfast kan
  • pening memikirkan nak sediakan apa untuk sarapan yang sedap dan berkhasiat
  • anak-anak terlalu memilih makanan, buntu nak sediakan sarapan apa yang anak suka makan
Mealshakes - Sarapan yang Sedap, Mudah dan Sangat Berkhasiat

Jadi, mahukah anda jika kami perkenalkan, menu sarapan pagi yang mudah, tetapi sedap dan sangat berkhasiat?"


Ya, Mealshakes, pilihan saya setiap pagi untuk diri dan anak-anak.

Untuk saya biasanya saya akan campurkan Mealshakes dan ESP dan untuk anak-anak, saya akan campurkan sedikit Mealshakes ke dalam susu mereka. Siap sarapan yang sedap dan yang paling penting berkhasiat untuk anak-anak saya:)

Jom kita baca sekilas fakta mengenai Mealshakes:
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Sarapan berkhasiat dan lazat untuk kanak-kanak yang sedang membesar (dan lebih-lebih lagi on the go) 
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran. 
Apapun pilihan anda, jangan sesekali abaikan sarapan ya.
Nak cuba Mealshakes, contact saya k:)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 11 June 2013

[Performance Drink] Khasiat dan Kebaikan Performance Drink Shaklee


Memandangkan bulan Ramadhan semakin hampir, jom saya kongsikan dengan anda semua antara supplemen yang disyorkan sepanjang anda berpuasa. Salah satu daripadanya adalah Performance Drink. Mari kita baca beberapa fakta mengenai kebaikan dan khasiat Performance Drink ini.


Satu canister mengandungi 539gram serbuk minuman ini.

Rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Rasanya ala-ala macam oren Tang. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badang yang hilang semasa berpuasa.

Khasiat dan Kebaikan

1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

5. Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

6. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Testimoni

"Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2.Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2" 

 "Saya suke ambil performance drink time saya berpuasa…bukan je time breastfeed dulu..tapi sampai la sekrg...dan dulu di miri time saya ke offshore.pagi tu mesti minum performance drink..sepanjang hari berpanas..tapi Alhamdulillah sangat2..raasa bertenaga..tak rasa haus pun." 

Jadi, kepada mereka yang mahu mengelakkan keletihan melampau, dahaga melampau dan dehidrasi, bolehlah mencuba Performance Drink ini. Harga untuk satu canister ialah RM82.50 sahaja untuk kegunaan sebulan setengah.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit