Wednesday, 19 June 2013

[Breastfeeding] Tips Persediaan Berpuasa untuk Ibu Menyusu


Salam Sihat dan Cantik semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop:)

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk Ramadhan kan. Ada yang dah buat baju raya ke? Ke ada yang tengah berusaha nak turunkan berat badan dulu, sebab nak pakai baju kurung peplum raya ni. Ohh, peplum:) saya pun dah pasang angan-angan nak pakai peplum raya ni.

Ok, yang nak kuruskan badan, nak cantikkan kulit sempena raya ni, GO FOR IT!! Kalau nak cuba supplemen Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan ni, untuk kurus ke, untuk kecantikan kulit ke, boleh contact saya k:)

Ok, berbalik kepada tajuk di atas, panduan menyusu untuk ibu-ibu berpuasa. Saya pernah mempunyai pengalaman mengandung dan menyusukan anak ketika bulan puasa. Mengandung ketika bulan puasa tiada masalah untuk saya, tetapi pengalaman menyusukan anak sangat mencabar buat saya. Mengepam dan menyusu ketika puasa akan membuatkan kita letih dan dahaga yang teramat sangat, terutamanya sewaktu awal-awal berpuasa. Tapi, Alhamdulillah, semakin lama, badan semakin ok. Nasib baikla juga saya ada buat stok EBM sebelum bulan puasa. Pokok pangkalnya, yang paling penting adalah persediaan kita.

Ok, khas untuk ibu-ibu yang tengah menyusu tu, entry kali ni khas untuk anda ya. Kuatkan semangat dan buat persediaan yang rapi ya, agar ibu-ibu semua kekal cergas bertenaga dan mengekalkan penghasilan susu seperti biasa walaupun berpuasa.

Panduan Berpuasa untuk Ibu Menyusu


Menyusu di bulan Ramadhan

1) Persediaan Fizikal

Ibu-bu yang menyusu harus berada dalam tahap kesihatan yang optimum. Makan secara teratur dan amalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Jangan sesekali skip makan 3 kali sehari iaitu bersahur, berbuka dan makan sebelum tidur. Kalau takut gemuk, kerapkan makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit, di antara waktu berbuka dan tidur. Contohnya, makan buah, oat dan biskut oat. Pastikan juga minum air masak secukupnya ya.

Pengambilan suplemen sangat membantu bagi memenuhi keperluan vitamin yang tubuh anda tidak mampu perolehi daripada pengambilan makanan harian.

Cadangan suplemen semasa berpuasa:
  • Protein - cadangan SHAKLEE ESP : untuk tenaga dan membantu mempercepatkan penghasilan susu badan 
  • Multivitamins - cadangan SHAKLEE Vita-Lea with Iron Formula : memastikan tubuh kita tetap mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan meskipun sedang berpuasa 
  • Vitamin C - cadangan SHAKLEE Sustain-Release Vita-C 500mg : membantu kita kekal sihat sepanjang berpuasa 
  • B Complex - cadangan SHAKLEE B Complex : vitamin ini menukarkan gula kepada tenaga sekaligus membuatkan kita kekal bertenaga, memberi mood yang stabil di samping membantu keseimbangan aktiviti sel tubuh  
  • Energy Drinks - cadangan SHAKLEE Performance Drink : membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah supaya ibu tidak mudah letih (ataupun pengsan) dan juga mengelakkan dehidrasi. 
  • Alfalfa - pilihan lain bagi ibu-ibu yang ada kekangan budget membeli ESP. 
Walaubagaimanapun, perlu saya tekankan di sini, bahawa ini adalah cadangan dan pengambilan suplemen adalah bergantung kepada keperluan tubuh anda. Untuk jadual pengambilan suplemen-suplemen ini, sila hubungi saya secara personal.

2) Persediaan Mental

Persediaan mental juga penting kerana ia membantu anda untuk lebih bersemangat dan ceria berpuasa sambil menyusukan anak (malah mungkin juga ada yang sedang hamil! tripple happiness during ramadhan kan?)
  • Menjaga solat yang wajib 
  • Mengamalkan solat-solat sunat 
  • Membaca dan mentafsir Al Quran 
  • Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa 
Yang penting, pastikan anda tetap teruskan sesi pam anda seperti biasa dan direct feeding. Jangan pula kerana letih dan ingat susu kurang di bulan puasa, anda terus ngelat pam. Memang akan kurang la jawabnya. Yakinlah yang susu akan tetap ada walaupun anda berpuasa ya. Ingat ye konsep Supply vs Demand:)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: