Wednesday 25 January 2017

Ketahui Harga Sebenar Vivix Shaklee Di Sebalik 3 Fakta Menarik Vivix


Sana sini orang bercakap tentang Vivix. Kalau dulu mungkin ramai yang rasa Vivix ni agak mahal, ye la sebelum ni banyak info yang kita belum tau tentang Vivix ni.

Tapi sekarang, dah makin banyak yang kita tau tentang Vivix, dan dah makin ramai yang tak berkira-kira untuk mencuba Vivix ni, termasuklah saya. Boleh baca di sini ya pengalaman saya mencuba Vivix.

Walaubagaimanapun, saya yakin, mungkin ramai juga sebenarnya yang belum tau tentang Vivix.
Malah, yang dah mula amalkan Vivix pun mungkin masih lagi belum tau banyak fakta menarik tentang Vivix ni.

Jadi, entry kali ni, saya nak dedahkan lagi info menarik tentang Vivix. Sebab, apa-apa supplements yang kita nak beli, kita kena betul-betul ambil tau dulu segala kandungan, manfaat, kesan jangka pendek dan panjang. Supaya apa yang kita ambil tu, berbaloi dengan apa yang kita bayar.

Lagipun, orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Betul?

3 Fakta Menarik Vivix Yang Wajib Tahu

Sampai ramai yang angau dan tergila-gilakan Vivix ni :)

Fakta 1

Para Saintis Shaklee mengambil masa bertahun-tahun untuk hasilkan Vivix.
Bukan 3 bulan, bukan 7 bulan dan bukan juga 12 bulan.

Malah Vivix Shaklee ni patent pending.

Apa dia patent pending?
Maknanya produk ni dah dihantar permohonan untuk dapat hak patent exclusive hanya boleh didapati di Shaklee.

Dengan adanya patent pending, Vivix ni secure, tidak ada company lain boleh tiru atau ciplak formula produk Shaklee ni.

Apa yang Shaklee patenkan KHAS untuk Vivix?


1. Proses Cold Filling Extraction

Ada banyak jenis proses utk ekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh-tumbuhan.
Cold extraction maknanya buah-buah yang digunakan dlm Vivix di-press utk mengeluarkan patinya dgn suhu rendah.
Biasa proses yang guna air panas/suhu panas. Process macam ini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasilnya mgkn lebih banyak.
Vivix Shaklee tidak mengandungi sedikit pun air.
Shaklee patenkan proses cold filling extraction ini khas dalam pembuatan untuk Vivix. Nampak kan, begitu teliti process ini demi menjaga kualiti.

2. Gabungan Polifenol

Bagi kesan maksimum, Vivix bukan cuma ada resveratrol tapi gabungan 15 polifenol. Umpama kita telan anggur muskat sebijik.

3. Semulajadi, tanpa pengawet & stabil

Cuba letakkan Vivix atas meja, Vivix tidak meruap.
Cuba letak dlm freezer, Vivix tidak beku.
Dan tindakan ini bukan dengan bantuan bahan-bahan kimia.
Haaa betapa specialnya Sang Vivix si tonik merah. Berbaloi dengan nilai wang yang kita bayar.

Fakta 2

Salah satu bahan utama Vivix adalah makanan syurga dan disebut dalam Al Quran

Apa dia ? Anggur.

Siapa kita untuk menafikan anggur makanan syurga. Dan ia adalah salah satu dari 4 bahan utama Vivix adalah anggur.



Anggur bukan sebarang anggur, tapi anggur muscadine yang mana hanya anggur jenis ini yang mempunyai ELLERGIC ACID yang mampu elak kancer terjadi (occuring), membesar (growing) dan merebak kebahagian anggota lain(metastasizing).

Special nya..masyAllah

Fakta 3

Vivix tidak beku bila diletakkan dalam peti ais beku.

Bermakna apa? Ini bermakna ketulenan kandungan dalam sebotol Vivix.

Orang kata nak test madu tulen atau yang dicamour gula dan air, simpan dalam peti sejuk.

Sekarang uji VIVIX. Letaklah pada suhu paling sejuk yang boleh. Simpan semalaman ke..2 hari ke. Cuba tuang, masih mengalir cecair Vivix.

100% tanpa air. Tiada campuran gula. Tiada perisa, tiada pewarna tambahan yang boleh merosakkan struktur VIVIX. Terbaik lah!

Ada berani uji minuman kesihatan anda ?

Jadi, bak kata pepatah alah membeli menang memakai!

Baru la berbaloi dengan duit yang dilaburkan untuk beli Vivix ini sebab apa yang kita masukkan dalam badan ni memang tinggi kualiti. Pasti berkesan pulak tu.

Mahal ??

Yang sebenarya tidak mahal. sebab kalau ikutkan anggur muscadine tu hanya ada di Tenggara Amerika. Tiada di Jus**, Tes**, Jaya Cold Sto****z.
Dan sebiji anggur harganya RM100+. Tengok currency exchange la juga.

Tapi dalam Vivix, sesudu ibarat makan sebiji anggur. 1 botol Vivix boleh makan 30 sudu tau. Ikutkan harga yang sepatutnya untuk sebotol Vivix adalah beribu ringgit.

Jadi nak nikmati kehebatan anggur muscadine dengan cara yang paling murah adalah dengan Vivix Shaklee.


Credit

Nanti saya share lagi ya fakta-fakta menarik tentang Vivix ni.

Sambil-sambil tu, jemput baca perkongsian pengalaman mereka yang amalkan Vivix ni k.


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Cara Hilangkan Cirit-Birit. Memang Berkesan, Dengan Air Tepung Gandum


Pernah tak korang tiba-tiba kena cirit-birit? Mesti la pernah kan.

Kalau setakat 1 atau 2 kali ke toilet, lepas tu ok takpelah juga. Ni dari pagi sampai ke petang berulang-ulang ke toilet. Boleh dehydrated tau.

Jangan buat main-main kalau dehydrated ni, risikonya sampai boleh membawa maut.

Pernah terjadi dulu, cik abang saya cirit-birit teruk akibat salah makan.
Sampai tahap blood pressure naik, hampir pitam dan tanda-tanda macam nak kena serangan stroke.
Cepat-cepat saya bawa ke hospital, then kena tahan kat wad 2 hari.

Alhamdulillah tak jadi apa-apa yang serius.
Ketaq badan wehh waktu tu.

Apa nak buat kalau cirit-birit?

Baru-baru ni, cik abang kena lagi cirit-birit. Dari pagi asyik keluar masuk tandas.

Then, saya teringat la mak saya pesan, kalau cirit-birit, minum air tepung.

So, cepat-cepat buat bagi cik abang minum.

Cara buat air tepung gandum
  1. Bancuh 1 sudu besar tepung gandum dengan segelas air masak
  2. Kacau
  3. Biar sekejap supaya tepung tu mendap
  4. Minum air tepung tu

Punya kelam-kabut, cik abangku siap minum terus dengan tepung tu semua, licin :)

Tapi korang tak perlu la telan dengan tepung tu sekali, minum air yang kat bahagian atas tu cukup dah.

Berkesan ke air tepung gandum ni ?

Alhamdulillah.

Lepas je minum air tepung gandum tu, terus hilang cirit-birit tu.

So, korang bole sangat cuba cara ni ya. Approved!
Bahan-bahan pun semua memang ada je kat rumah kan.

Untuk kanak-kanak pun boleh, cuma kurangkan sikit tepung tu. Guna 1 sudu kecil tepung gandum.

Tapi, kalau lepas minum air tepung ni still tak ok juga, segera jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut k.

Thanks for reading
Semoga bermanfaat :)

Tuesday 17 January 2017

Cara Mencuci Muka Supaya Kulit Tidak Rosak. Jangan Buat 9 Kesalahan Ini


Jangan tidak tahu, ramai yang salah ketika membasuh muka. Walaupun nampak mudah, hanya perlu basahkan muka, gunakan pembersih wajah, kemudian bersihkan dengan air, ia sebenarnya lebih daripada itu.

Sesetengah orang mengambil ringan soal ini, dan akhirnya merosakkan wajah mereka sendiri. Entri kali ni, saya nak kongsikan tentang 10 kesalahan yang patut kita elakkan ketika membersihkan wajah.


9 Kesalahan Mencuci Wajah Yang Merosakkan Kulit

1.    Salah pilih produk

Pembersih muka yang sesuai dengan anda harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.

2.    Jangan ‘terlebih’

Membersihkan muka sekali atau dua kali setiap hari adalah bagus. Terlebih melakukannya mengganggu penghasilan minyak semula jadi yang baik untuk kulit. Apabila anda tidak mengenakan solekan, berpeluh terlalu banyak mahupun terdedah kepada sinar matahari, elakkan penggunaan pembersih wajah secara keterlaluan pada waktu malam.

3.    Salah suhu air

Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.

4.    Skrub wajah

Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.

5.    Tidak bersihkan betul-betul

Tidak membersihkan muka dengan betul akan menyebabkan pori tersumbat. Walaupun sedang mengejar waktu, usah ambil mudah soal ini. Bahagian bawah rahang, garis rambut, dan hidung selalu dibiarkan. Tunjukkan sedikit kasih sayang padanya, bersihkan juga kawasan-kawasan ini.

6.    Guna produk dengan bahan kimia

Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Campuran bahan-bahan ini di dalam produk kecantikan yang anda gunakan boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka terutamanya jika ia jenis sensitif. Baca label kandungan bahan dalam produk sebelum membelinya.

7.    Gosok dengan tuala

Pedapkan, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Paling mudah untuk menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.

8.    Tangguh guna pelembap

Bagi memaksiumumkan penyerapan pelembap wajah, lakukan ia sebaik sahaja anda selesai membersihkan muka. Begitu juga jika anda menggunakan sebarang serum atau produk perawatan wajah. Membiarkan muka kering terlebih dahulu sebelum mengoles pelembap ke wajah hanya akan menyukarkan proses penyerapan bahan aktif ke dalam kulit anda.

9.    Beli produk ‘itu-ini’

Belilah produk yang mempunyai kandungan bahan natural dan memberi kebaikan kepada kulit anda dalam jangka masa panjang. Jangan cepat terperanguh dengan iklan dan asyik bertukar-tukar produk.

Anda mungkin juga berminat dengan Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Jerawat Dan Kulit Berminyak dan Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Cerahkan Kulit Tanpa Kesan Sampingan Merbahaya