Wednesday 25 January 2017

Cara Hilangkan Cirit-Birit. Memang Berkesan, Dengan Air Tepung Gandum


Pernah tak korang tiba-tiba kena cirit-birit? Mesti la pernah kan.

Kalau setakat 1 atau 2 kali ke toilet, lepas tu ok takpelah juga. Ni dari pagi sampai ke petang berulang-ulang ke toilet. Boleh dehydrated tau.

Jangan buat main-main kalau dehydrated ni, risikonya sampai boleh membawa maut.

Pernah terjadi dulu, cik abang saya cirit-birit teruk akibat salah makan.
Sampai tahap blood pressure naik, hampir pitam dan tanda-tanda macam nak kena serangan stroke.
Cepat-cepat saya bawa ke hospital, then kena tahan kat wad 2 hari.

Alhamdulillah tak jadi apa-apa yang serius.
Ketaq badan wehh waktu tu.

Apa nak buat kalau cirit-birit?

Baru-baru ni, cik abang kena lagi cirit-birit. Dari pagi asyik keluar masuk tandas.

Then, saya teringat la mak saya pesan, kalau cirit-birit, minum air tepung.

So, cepat-cepat buat bagi cik abang minum.

Cara buat air tepung gandum
  1. Bancuh 1 sudu besar tepung gandum dengan segelas air masak
  2. Kacau
  3. Biar sekejap supaya tepung tu mendap
  4. Minum air tepung tu

Punya kelam-kabut, cik abangku siap minum terus dengan tepung tu semua, licin :)

Tapi korang tak perlu la telan dengan tepung tu sekali, minum air yang kat bahagian atas tu cukup dah.

Berkesan ke air tepung gandum ni ?

Alhamdulillah.

Lepas je minum air tepung gandum tu, terus hilang cirit-birit tu.

So, korang bole sangat cuba cara ni ya. Approved!
Bahan-bahan pun semua memang ada je kat rumah kan.

Untuk kanak-kanak pun boleh, cuma kurangkan sikit tepung tu. Guna 1 sudu kecil tepung gandum.

Tapi, kalau lepas minum air tepung ni still tak ok juga, segera jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut k.

Thanks for reading
Semoga bermanfaat :)

1 comment:

Mamacha said...

tak pernah cuba tepung ni..biasanya guna teh pekat..tq info yg sgt menarik sis

http://www.dotneeda.com/2018/03/produk-paling-berkesan-untuk-hilangkan.html