Thursday 27 October 2016

Tanda-tanda Kanser Ovari, Rawat Dan Cegah Sebelum Terlambat


Kanser adalah penyakit yang amat digeruni oleh semua orang, dengar perkataan kanser tu pun dah gerun kan.

Kanser ni boleh menyerang sesiapa sahaja, baik muda, tua, kaya, miskin, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ada lebih dari 100 jenis kanser yang boleh menyerang hampir semua bahagian tubuh. Bagi kaum wanita, antara kanser yang paling digeruni adalah kanser payudara, kanser rahim, kanser pangkal rahim dan kanser ovari.

Dalam entry kali ni, saya akan berkongsi info tentang kanser ovari iaitu kanser kelima pembunuh kaum wanita.

Tahukah anda, berbanding kanser wanita yang lain, penghidap penyakit kanser ovari mempunyai kadar kelangsungan hidup yang paling rendah. Ini kerana kanser ovari paling sukar dikesan, ianya sering terjadi tanpa gejala sehingga ia telah merebak di dalam pelvis dan abdomen. Pada peringkat ini, kanser ovari adalah sukar untuk dirawat dan sering membawa maut.


Apa Itu Kanser Ovari

Kanser ovari merupakan kanser yang timbul daripada ovari, iaitu sepasang organ yang menghasilkan benih dan hormon wanita.

Ada beberapa jenis kanser ovari ni, dan kebanyakannya merupakan kanser yang timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).


Tanda-tanda Kanser Ovari

Tanda-tanda kanser ovari biasanya tidak khusus dan ianya sering sama seperti gejala penyakit lain termasuk masalah pencernaan. Antaranya termasuklah:
  • Tekanan abdomen, cepat kenyang, bengkak atau kembung
  • Rasa tidak selesa atau sakit pelvis
  • Senak berterusan, angin atau mual
  • Perubahan tabiat membuang air besar seperti sembelit
  • Perubahan tabiat pundi kencing, termasuk keperluan yang kerap untuk membuang air kecil
  • Hilang selera makan atau cepat rasa kenyang
  • Peningkatan lilitan perut atau pakaian terasa lebih ketat di sekeliling pinggang anda
  • Tiada tenaga/stamina
  • Sakit pinggang

Punca Sebenar Kanser Ovari

Semua wanita berisiko untuk kanser ovari dan tiada siapa yang tahu apa punca sebenar kanser ovari.

Walaubagaimanapun, terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh meningkatkan risiko kanser ovari, iaitu:
  • Keturunan
  • Pernah menghidap kanser payudara, kolon, rektum atau rahim
  • Pertambahan usia
  • Wanita yang tidak pernah hamil 
Bagaimana Mengesan Kanser Ovari

Ujian dan prosedur yang digunakan untuk mendiagnosis kanser ovari adalah:

1. Pemeriksaan pelvik

Dalam pemeriksaan pelvik, pakar gineonkologi memasukkan dua jari yang bersarung tangan di dalam faraj anda. Pada masa yang sama menekan pada perut anda, pakar tersebut boleh memeriksa rahim, ovari dan organ-organ lain. 

Pakar juga akan memasukkan alat yang disebut spekulum ke dalam faraj anda. Spekulum membuka faraj anda supaya pakar gineonkologi dapat melihat faraj dan serviks untuk memeriksa keabnormalan.


2. Ultrabunyi (Ultrasound)

Ini membantu pakar gineonkologi anda menyiasat saiz, bentuk dan konfigurasi ovari .
Untuk mendapatkan imej ovari yang lebih jelas, pakar mungkin memasukkan probe ultrabunyi ke dalam faraj anda (transvaginal scan).


3. Ujian darah CA 125

CA 125 adalah protein yang terdapat pada permukaan sel-sel kanser ovari dan beberapa tisu yang sihat. Ramai wanita dengan kanser ovari mempunyai tahap yang luar biasa tinggi CA 125 dalam darah mereka. 

Walau bagaimanapun, beberapa penyakit bukan barah seperti endometriosis, fibroid and infeksi pelvis juga boleh menyebabkan tinggi CA 125, dan ramai wanita dengan kanser ovari peringkat awal mempunyai paras biasa CA 125. 

Atas sebab ini, ujian CA 125 biasanya tidak digunakan untuk mendiagnosis atau untuk memeriksa kanser ovari, tetapi ia boleh digunakan selepas diagnosis untuk memantau bagaimana respon rawatan.


4. Pembedahan

Ini merupakan kaedah yang paling tepat untuk membuat diagnosis kanser ovari. Ianya hanya akan dilakukan setelah ujian-ujian di atas dilakukan serta pesakit sudah dipastikan dalam keadaan optimum untuk menjalani pembedahan. 

Tahap penyakit (staging) akan dibuat semasa pembedahan serta ketumbuhan akan dibuang sebanyak yang mungkin. Ketentuan tahap penyakit (staging) adalah berlandaskan The International Federation Of Gynaecology and Obstetrics (FIGO).


Peringkat (Staging) Kanser Ovari

Pakar gineonkologi menggunakan hasil pembedahan anda untuk membantu menentukan sejauh mana atau peringkat kanser. Peringkat kanser anda membantu menentukan prognosis (harapan) dan pilihan rawatan.

Peringkat I: Kanser ovari adalah terhad kepada satu atau kedua-dua ovari sahaja.

Peringkat II: Kanser ovari telah merebak ke lokasi lain di pelvis, seperti rahim atau tiub fallopio.
     
Peringkat III: Kanser ovari telah merebak di luar pelvis atau nodus limfa di dalam abdomen.
     
Peringkat IV: Kanser ovari telah merebak ke organ-organ di luar abdomen, seperti hati atau paru-paru.

Cara Merawat Kanser Ovari

1. Pembedahan

Rawatan untuk kanser ovari biasanya melibatkan pembedahan yang besar/radikal termasuk
mengeluarkan kedua-dua ovari, tiub fallopion, dan rahim serta nodus limfa yang berhampiran dan tisu lapisan lemak di perut seperti apron yang dikenali sebagai omentum, di mana kanser ovari sering merebak .
Pakar gineonkologi juga membuang kanser sebanyak mungkin dari abdomen.


2. Kemoterapi

Selepas pembedahan, pesakit kemungkinan besar akan dirawat dengan kemoterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang masih ada.
Kemoterapi juga boleh digunakan sebagai rawatan awal bagi sesetengah wanita dengan kanser ovari yang telah merebak.

Mencegah Dan Rawatan Alternatif Kanser Ovari : Kanser Ovari Sembuh Dengan Vivix

Berikut saya kongsikan pengalaman pesakit kanser ovari yang telah sembuh setelah mengamalkan Vivix Shaklee.

Kisah 1

Doktor sahkan kanser ovari clear setelah konsisten amalkan Vivix

Kisah 2

Tua Sebelum Usia Akibat Kanser Ovari


Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Kanser

Bagaimana kanser terjadi dan membiak?  

Ianya terjadi jika sel yang tua tidak mati dan seterusnya sel yang tidak mati itu akan berganda, ia akhirnya akan menjadi sel kanser.

Lihat, betapa pentingnya sel yang sihat dan diperbaharui.

Di sinilah Vivix membantu pesakit kanser, dan juga sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan kanser.

Kandungan utama dalam VIVIX adalah RESVERATROL yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut daripada penyakit. Kajian menunjukkan bahawa resveratrol boleh bertindak sebagai antioksidan terhebat dan anti inflammatory.

Vivix ni satu-satunya supplement yang dapat merawat sel hingga tahap DNA. 

 
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu penyakit kanser, antaranya :
  • Menurut laporan dari Annals of the New York Academy of Sciences 2011, beberapa kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol mempunyai kesan anti-kanser. 
  • Dalam satu kajian 2008 pada kultur sel, resveratrol membantu menyekat perkembangan kanser payudara di peringkat awal. Diterbitkan dalam Penyelidikan Pencegahan Kanser, kajian itu mendapati bahawa resveratrol membantu menghalang estrogen dari bertindak balas dengan molekul DNA dan membentuk sebatian yang menandakan permulaan pembentukan sel kanser.
  • Menurut laporan yang diterbitkan pada 2007oleh  Biologi Kanser & Terapi. Penulis laporan itu mendapati bahawa resveratrol muncul untuk menjejaskan semua peringkat karsinogenesis (di mana sel-sel normal berubah menjadi sel-sel kanser).
  • Diterbitkan dalam jurnal Karsinogenesis, satu lagi kajian tahun 2008 menunjukkan bahawa resveratrol boleh membantu mencegah kanser prostat (mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap hormon seks lelaki yang dipanggil androgen). 

Sekiranya anda, keluarga atau kenalan anda sedang menanggung penyakit kanser ovari, cubalah ikhtiar dengan Vivix ni. Selain kanser ovari, Vivix juga telah memabantu ramai pesakit-pesakit kanser dan kronik lain kembali sembuh seperti stroke, diabetes, gout, buah pinggang dan sebagainya. 

Selain itu, Vivix ni sangat bagus diamalkan oleh semua, sebagai langkah pencegahan sebelum kena, terutamanya bagi anda yang mempunyai genetik atau keturunan penyakit kanser. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Sel kanser sangat pantas merebak, jadi usah bertangguh-tangguh lagi!

Hubungi saya, Cik Jatt di 013-4894037 untuk pesanan atau sebarang pertanyaan.

Anda juga mungkin berminat dengan Punca Dan Tanda-tanda Kanser Pangkal Rahim dan Cara Melakukan Sendiri Pemeriksaan Payudara, Kesan Kanser Payudara Sebelum Terlambat

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday 24 October 2016

Tanda-tanda Kanser Rahim, Kenali Dan Rawat Sebelum Terlambat


Selain kanser payudara, kanser pangkal rahim dan kanser ovari, kanser rahim juga adalah antara kanser yang sering menghantui dan menyerang kaum wanita, seawal usia 20an.

Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.

Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dikesan dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan, sel kanser ini akan merebak dan menjejaskan organ badan yang lain yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Baru-baru ini pun, saya telah dikejutkan dengan berita kematian seorang sepupu saya di mana beliau telah bertahun-tahun bertarung dengan penyakit kanser rahim.


Apa Itu Kanser Rahim

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan.

Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.

Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma.


Dalam bidang perubatan, terdapat tiga jenis kanser rahim iaitu
  • Kanser selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium
  • Kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) 
  • Kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma
Faktor-faktor Yang Meningkatkan Risiko Kanser Rahim
  • Penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron)
  • Tidak pernah melahirkan anak
  • Putus haid selepas umur 52 tahun
  • Berat badan berlebihan
  • Darah tinggi
  • Kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu 
    • Keturunan 
    • Mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid (masalah PCOS)
    Tanda-tanda Kanser Rahim
    • Pendarahan yang berlaku selepas menopaus
    • Tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa
    Bagaimana Kanser Rahim Dapat Dikesan

    Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Sekiranya disyaki ada risiko kanser rahim, doktor akan melakukan ujian seperti berikut untuk pengesahan:
    • Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium
    • “Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian
    • “Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan
    • “Histeroskopi –penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim
    Cara Merawat Kanser Rahim

    Sekiranya kanser rahim dikesan dengan lebih awal, terutamanya bagi wanita di bawah 30 tahun, kaedah rawatan biasanya tidak memerlukan pembedahan. Kadar penyembuhan juga lebih cepat.

    Walaubagaimanapun, untuk pesakit kanser tahap lanjut, rawatan hanya dapat dilakukan menerusi pembedahan pembuangan rahim termasuk tiub fallopio dan ovari.

    Pesakit juga mungkin dinasihatkan menjalani kemoterapi atau radioterapi bagi mengelak sel kanser merebak ke kawasan lain.

    Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Kanser Rahim

    Alhamdulillah, Vivix sangat membantu untuk pesakit kanser kembali sembuh.

    Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu membetulkan sel-sel yang rosak (seperti sel kanser).

    Apabila sel-sel rosak telah dibetulkan, mereka akan mematikan diri dengan sendirinya (apoptosis) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang.

    Vivix bukanlah sejenis ubat yang mengandungi dadah, malah ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Ia dibuat daripada empat ekstrak botani iaitu:
    • Anggur muscadine
    • Lobak ungu
    • Elderberry Eropah (Sambucus Niagra)
    • Polygonum Cuspidatum

    Menurut laporan daripada kajian terbaru yang dibuat oleh University of Missouri pada October 2013; lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat menggunakan gabungan resveratrol (kandungan utama Vivix!) dan radioterapi berbanding rawatan dengan radioterapi sahaja.

    Apa Kata Pesakit Kanser Rahim Yang Mengamalkan Vivix

    Testimoni 1

    Doktor terkejut kanser hilang


    Testimoni 2

    Bacaan kanser stabil

    Sekiranya anda, keluarga atau kenalan anda sedang menanggung penyakit kanser rahim, cubalah ikhtiar dengan Vivix ni. Selain kanser rahim, Vivix juga telah memabantu ramai pesakit-pesakit kanser dan kronik lain kembali sembuh seperti stroke, diabetes, gout, buah pinggang dan sebagainya.

    Sel kanser sangat pantas merebak, jadi usah bertangguh-tangguh lagi!

    Hubungi saya, Cik Jatt di 013-4894037 untuk pesanan atau sebarang pertanyaan.

    Anda juga mungkin berminat dengan Punca Dan Tanda-tanda Kanser Pangkal Rahim dan Cara Melakukan Sendiri Pemeriksaan Payudara, Kesan Kanser Payudara Sebelum Terlambat

     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Berkesan, Kenali Dan Atasi Puncanya


    Kalau dulu, mungkin ramai yang ingat masalah jerawat ni berpunca akibat dari tidak menjaga kebersihan wajah, maksudnya tidak mengamalkan rutin mencuci, menyegar dan melembapkan wajah.

    Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit.

    Tanggapan ini tak salah sebenarnya, sebab memang betul pun. Cuma, ianya bukan punca sebenar masalah jerawat yang susah nak hilang ni.

    Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Berkesan, Kenali Dan Atasi Puncanya

    Apa benda pun, nak selesaikan tu haruslah dari puncanya.

    Begitu juga masalah kulit ni.

    Ketahuilah kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada dalam.

    Tahukah anda, 70% punca masalah jerawat ni adalah dari dalam?

    Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.

    Jom baca dengan lebih lanjut...


    1. Dahi

    Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan.

    Sejurus dapat tahu ada jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula.

    2. Zon-T

    Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah.

    Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

    3. Sekeliling mata

    Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang dan nyahhidrat.

    Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.

    4. Pipi

    Bahagian atas:
    Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu, penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran melekat di pipi dan menyumbatkan pori muka.

    Dinasihatkan juga menukar alas bantal setiap minggu bagi mengelakkan kotoran terkumpul berpindah ke wajah anda. Lebihkan memakan sayuran seperti kubis, tauge dan labu.

    Bahagian bawah:
    Uniknya, ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Jika anda mempunyai masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara.

    Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas.

    5. Hidung

    Jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi.

    Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.

    6. Telinga

    Deria ini bersambung terus dengan organ buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak.

    Kurangkan pengambilan garam dan kafein.

    7. Dagu

    Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil.

    Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Jelas bahawa anda makan secara melulu dan tidak berkhasiat. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.

    Anda mungkin juga berminat dengan Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Cara Cerahkan Kulit Dengan Cepat

    Wednesday 19 October 2016

    Tips Hilangkan Perut Buncit Dan Menggeleber Selepas Bersalin


    Masalah perut buncit dan menggeleber ni adalah salah satu masalah normal bagi setiap ibu selepas bersalin. Dengan stretchmark lagi, peha dan lengan pun sama naik menggeleber, shaping badan memang out la. Memang semua ni 'masalah negara' la untuk ibu yang baru bersalin.

    Malu jugak kan dengan suami, nak-nak kalau suami tegur. Kadang-kadang, suami ni ada yang tegur serius maksudnya memang kena 'do something' la. Tapi, ada juga yang tegur-tegur manja, bergurau gitu. Tapi itu pun dah buatkan kita cukup malu kan.

    Lagi parah, kalau orang lain tegur, "Ko pregnant lagi ke?"

    Aduh..

    Kenapa Perut Buncit Selepas Bersalin?

    Masalah perut buncit, ‘Spare Tyre’ atau perut menggeleber selepas bersalin adalah perkara normal bagi setiap Ibu selepas bersalin. Namun, jika dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan susulan ianya akan berkekalan dan boleh menjejaskan penampilan Ibu. Atas faktor kesihatan, saiz ukuran pinggang Ibu disarankan tidak melebihi 35 inci. Saiz lingkaran pinggang berlebihan mendedahkan Ibu kepada pelbagai risiko penyakit.

    Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
    Masalah perut buncit, ‘Spare Tyre’ atau perut menggeleber selepas bersalin adalah perkara normal bagi setiap Ibu selepas bersalin. Namun, jika dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan susulan ianya akan berkekalan dan boleh menjejaskan penampilan Ibu. Atas faktor kesihatan, saiz ukuran pinggang Ibu disarankan tidak melebihi 35 inci. Saiz lingkaran pinggang berlebihan mendedahkan Ibu kepada pelbagai risiko penyakit.

    Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
    Baby dah keluar dah, tapi kenapa perut masih buncit?

    Ok. Bayangkan perut yang asalnya kempis dan selim-melim tu mengembang untuk menampung air ketuban, berat badan bayi selama sembilan bulan. Sembilan bulan tau!! Bukannya sekejap.

    Segala urat pun mengembang.

    Itu yang kalau tak jaga betul-betul tu, dengan angin pun masuk lagi. Dah bertambah kembang setaman.

    Ditambah dengan segala lemak yang terkumpul di bahagian perut dan juga proses penghadaman yang kurang lancar semasa mengandung, semasa dan selepas bersalin.


    Kenapa Perlu Kempiskan Perut Selepas Bersalin?

    Perut yang buncit dan menggeleber, kalau dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan susulan ianya akan berkekalan dan makin mengembang tau, and of course la boleh menjejaskan penampilan ibu.

    Siapa yang tak nak nampak cantik, itu kan fitrah manusia.

    Namun, selain untuk nampak cantik, apa yang lebih penting adalah faktor kesihatan.

    Saiz lingkaran pinggang berlebihan akan mendedahkan ibu kepada pelbagai risiko penyakit.

    Lagipun, individu dengan kadar lemak yang tinggi di perut ni, dia akan cenderung untuk mempunyai nafsu makan yang besar. Ini kerana, lemak berlebihan dalam tubuh menghalang pelepasan hormon yang mengendalikan nafsu makan dan buatkan seseorang tu makan dalam jumlah yang banyak.

    Akibatnya, masalah perut buncit akan makin sukar diatasi.

    Cara Terbaik Untuk Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

    Ada segelintir ibu yang nak langsing cepat, mula ambil ubat-ubatan tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan diri dan bayi.

    Hati-hati ya. 

    Apa saja yang kita buat, yang kita makan, paling penting kita hati-hati dan fikirkan jangka masa panjang. Jangan hanya fikir nak cantik sampai sanggup risikokan nyawa dan kesihatan sendiri.

    So, di sini saya ambil peluang untuk berkongsi dengan anda, tips untuk kempiskan perut buncit dan sekaligus kurangkan berat badan selepas bersalin.

    Apa yang saya kongsikan ni juga adalah berdasarkan pengalaman saya, apa yang saya dah amalkan. So, anda pun cuba tau..

    Cara 1 : Susukan bayi

    Ibu-ibu yang lepas pantang sangat beruntung sebenarnya, kerana anda masih dalam fasa menyusukan anak dengan susu badan. Saya galakkan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Dan, lagi bagus diteruskan sehingga anak berusia 2 tahun.

    Menyusukan anak sangat-sangat membantu badan kita untuk membakar kalori dengan lebih cepat. Sebanyak 500 kalori terbakar sehari hanya dengan anda menyusukan si comel anda. Sangat mudah kan?


    Cara 2 : Minum air masak secukupnya

    Pastikan anda konsisten dengan pengambilan air masak yang mencukupi setiap hari. Biasakan diri dengan menyukat jumlah air masak yang diambil. Paling mudah, sediakan air masak dalam botol 1 liter tu, senang nak kira kan berapa banyak dah minum air masak?

    Setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air masak setiap hari. Jadi  kalau berat dah capai 60kg, tak ke dah 2.4 liter air masak kita kena minum?

    Tips dari saya, minum air sebelum makan. Jangan sesekali makan bersulam dengan air.

    Minum air sebelum makan akan membantu metabolism badan meningkat, melancarkan penghadaman, elakkan makan berlebihan dan elakkan lemak terkumpul di perut.


    Cara 3 : Senaman

    Perut juga menggelebeh disebabkan ketiadaan otot di sekitar perut. Mana taknya, lemak je ada, gelebeh ler jadinya.

    Jika lebih banyak otot yang dibina, lebih rendah kebarangkalian untuk lemak terbentuk di sekeliling perut.

    Rajin-rajinkanlah diri buat sit-up ke stomach crunch ker. Hasilnya, perut akan kempis dan pinggang menjadi langsing.


    Cara 4 : Kawal pemakanan

    Amalkan pemakanan sihat yang rendah lemak dan tinggi serat.

    Kurangkan pengambilan karbohidrat, lemak dan minyak. Lebihkan pengambilan protein bagi membina otot tubuh dan menganjalkan semula perut yang menggeleber.

    Tingkatkan juga pengambilan makanan yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak seperti oat, kekacang, bayam dan madu.


    Cara 5 : Ambil supplements

    Walaupun 4 tips yang saya kongsikan di atas ni nampak mudah, tapi agak susah juga sebenarnya bagi sesetengah orang. Badan rasa susah sangat nak kurus, perut pun maintain buncit macam ada baby lagi.

    Ada yang mungkin gagal mengawal selera makan sendiri, kerap berasa lapar, masalah metabolisma badan yang mungkin agak rendah, masalah pengahadaman dan masalah-masalah lain yang menyukarkan lagi misi nak kurangkan berat badan dan kempiskan perut ni.

    Sebab tu, cara ke 5, ambil supplements ni adalah cara yang paling penting dan sangat membantu untuk menjayakan misi kita nak kembali langsing ni :)

    Thanks to Shaklee, yang dah banyak membantu ibu yang dah beranak ni, termasuk saya of course, untuk maintain cun, sihat, cergas dan langsing. Alhamdulillah.

    Supplements yang membantu kempiskan perut dan kurangkan berat badan selepas bersalin:

    Alfalfa : Detox, melancarkan penghadaman, kesihatan dalaman wanita, buang angin, dan juga sebagai milkbooster yang bagus

    Lecithin : Pemecah lemak

    Omega Guard : Bakar lemak-lemak yang mendap

    ESP : Membantu bagi rasa kenyang so elak makan berlebihan, protein so bagus untuk otot untuk anjalkan perut yang menggeleber, juga beri tenaga dan cantikkan kulit


    Semoga dengan tips mudah yang saya kongsikan hari ni, dapat memberi manfaat dan membantu anda semua ibu-ibu lepas bersalin yang ingin kembali kelihatan lebih cantik dan lebih yakin terutamanya untuk tatapan suami sendiri. Dah dapat tips mudah ni, jangan lupa untuk amalkan ye

    Usaha kena sabar dan berterusan tau
    Bukan seminggu dua dah semangat bagai, lepas tu give up.

    Mesti boleh punya la kan. Ibu-ibu semua orang yang hebat :)

    Klik sini untuk koleksi Testimoni Set Kurus Shaklee

     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Tuesday 18 October 2016

    Rawat Penyakit Tibi Atau Batuk Kering Yang Boleh Membawa Maut


    Assalamualaikum

    Ok, kali ni saya nak berkongsi tentang suatu penyakit berjangkit yang biasa kita dengar iaitu tibi atau batuk kering. Walaupun penyakit ni biasa kita dengar, namun mungkin ramai yang kurang peka engan risiko penyakit ni.

    Penyakit tibi atau batuk kering ni merupakan penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang cepat dan sempurna.

    Apa Itu Penyakit Tibi

    Penyakit tibi (Tuberculosis) atau batuk kering ni disebabkan oleh kuman TB (Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian badan yang lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinngang dan kulit.


    Cara Jangkitan Penyakit Tibi

    Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit tibi akan mengeluarkan kuman tibi ke udara apabila batuk dan bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ni terdedah kepada jangkitan kuman tibi.

    Tanda & Gejala Penyakit Tibi

    Berikut adalah tanda-tanda seseorang dijangkiti penyakiti tibi:
    • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
    • Kahak yang mengandungi darah
    • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
    • Susut berat badan dan hilang selera makan
    • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
    • Mudah letih
    Cara Mengesan Tibi

    Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit tibi, anda akan diminta:
    • Melakukan pemeriksaan kahak 
    • Menjalani pemeriksaan x-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat

    Cara Merawat Tibi

    DOTS (Directly Observed Treatment - Shortcourse) atau 'Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus' merupakan kaedah untuk merawat tibi.

    Rawatan ini dijalankan selama 6 bulan supaya semua kuman tibi di dalam dan di luar sel badan dapat dibunuh sepenuhnya.

    2 bulan pertama pesakit perlu menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.

    Selepas itu, pesakit perlu terus mengambil ubat 2 kali seminggu selama 4 bulan di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

    Antara ubat yang diberikan adalah:
    • Isoniazid
    • Rifampicin
    • Pyrazinamide
    • Streptomycin
    • Ethambutol
    Ubat-ubatan ini akan memberi kesan sampiangan kepada pesakit seperti loya, muntah, rasa gatal badan dan keletihan.


    Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Tibi

    Selain rawatan DOTS ni, pesakit Tibi juga boleh mencuba rawatan alternatif lain.

    Antaranya adalah dengan pengambilan Vivix.

    Vivix
    • Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan serta membersihkan saluran pernafasan
    • Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru
    • Membantu mempertingkatkan imunisasi tubuh
    • Membantu memberi tenaga kepada pesakit

    Testimoni Pesakit Tibi Sembuh Dengan Vivix

    Testimoni 1


    Testimoni 2


    Berminat nak cuba Vivix untuk masalah tibi atau batuk kering boleh hubungi saya ya.

    Anda mungkin juga berminat dengan Batuk Teruk Tak Berhenti-henti Tanda Jangkitan Kuman Paru-paru


     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat


    Anda mengalami masalah jerawat?
    Dah cuba macam-macam cara pun, masih tak jumpa cara berkesan untuk hilangkan jerawat anda.
    Susahnya jerawat nak hilang.

    Anda tidak keseorangan.

    Berjuta-juta orang di luar sana pun mengalami masalah yang sama, dari peringkat umur remaja hinggalah dewasa, lelaki mahupun perempuan.

    Jerawat ni terjadi apabila liang pori wajah tersumbat dengan sel kulit mati, kotoran, lebihan minyak yang menyebabkan wujudnya kawasan yang sesuai untuk bakteria membiak.

    Bagaimana Jerawat Nak Hilang Kalau Puncanya Tidak Dirawat?

    Punca berlakunya jerawat ni adalah seperti penggunaan produk penjagaan kulit atau kosmetik yang tidak sesuai serta yang lebih utama adalah masalah dalaman seperti hormon, pemakanan, penghadaman, stress, toksin berlebihan.

    Melalui pengalaman saya hampir 4 tahun membantu mereka yang mengalami masalah kulit seperti masalah jerawat ni, apa yang dapat saya simpulkan adalah ramai yang masih menderita jerawat selama bertahun-tahun malah berbelas dan berpuluh tahun, adalah kerana mereka masih gagal untuk menyelesaikan punca jerawat itu sendiri.

    Ini juga berdasarkan pengalaman saya sendiri yang menderita jerawat yang agak kronik sebelum ni.

    Jadi, jika kena caranya, jerawat anda boleh pulih sebenarnya.

    Yang penting, terus berusaha, sabar dan jangan putus asa.


    Cara Menghilangkan Jerawat Yang Berkesan

    Apa yang saya nak kongsikan di sini..
    bukan petua-petua yang penat buat je, tapi hasilnya takde
    bukan juga produk-produk kecantikan yang tidak tahu asal usul yang mungkin ada risiko merosakkan lagi kulit anda atau membahayakan kesihatan anda

    Tetapi, cara menghilangkan jerawat yang terbukti berkesan jika anda amamlkan dengan betul, sabar dan konsisten.

    So, dah bersedia?

    Teruskan pembacaan ya.

    Langkah 1 : Konsisten dengan rutin penjagaan kulit luaran

    Punca jerawat, liang pori yang tersumbat akibat sel kulit mati, kotoran dan lebihan minyak.

    Semak semula, adakah anda konsisten dengan rutin penjagaan kulit iaitu membersih, menyegar dan melembapkan? 3 rutin ni adalah paling asas yang perlu anda lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

    Sekiranya tiada, kena la bermula sekarang yer.

    Sekiranya ada, semak juga produk anda. Penggunaan produk yang salah, tidak sesuai atau mengandungi bahan-bahan terlarang juga akan menyebabkan masalah jerawat anda tidak selesai.

    Pastikan anda menggunakan produk yang bukan sahaja terbukti berkesan, malah selamat dan semulajadi, seperti rangkaian produk Enfuselle dari Shaklee.

    Dan paling penting, jangan suka bertukar-tukar produk ya. Tahulah sekarang ni banyak betul produk-produk kecantikan di pasaran, tapi jangan mudah tergoda dengan janji-janji manis dan testimoni yang diiklankan.

    Anda mungkin juga berminat dengan Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Jerawat Dan Kulit Berminyak


    Langkah 2 : Minum air masak secukupnya

    Ramai yang ingat, kalau ambil vitamin atau supplements je perlu minum banyak air masak.

    Tapi, sebenarnya, kalau tak ambil sebarang supplements pun, kita perlu minum air masak secukupnya. Sekurang-kurang 2 liter sehari. Paling minimum.

    Ini adalah supaya badan kita dapat berfungsi dengan cekap dan proses detox berjalan dengan lancar.

    Ingat yer, bila dalaman sihat, barulah luaran pun sihat.


    Langkah 3 : Ambil vitamins

    Tahukah anda, 70% punca jerawat adalah dari faktor dalaman?

    Ini termasuklah masalah hormon, toksin berlebihan, pemakanan, penghadaman, stress.

    Jadi, nak rawat dalaman, haruslah dari dalam, betul?

    Sebab tu dari dulu kita selalu dengar dan baca, kalau nak kulit cantik, makanlah banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Itulah yang terbaik. Atau lebih baik lagi, amalkan pemakanan yang seimbang kerana badan kita memerlukan vitamin dan mineral yang cukup supaya sel-sel badan kita mendapat zat yang cukup.

    Ingat kan tadi, bila dalaman sihat, barulah luaran pun sihat.

    Saya boleh cakap, banyakkan makan sayur dan buah-buahan untuk hilangkan masalah jerawat.

    Tetapi, tahukah, untuk menghilangkan masalah jerawat ianya bukan semudah itu. Contohnya, mengikut saranan pakar, kita memerlukan 200-400IU Vitamin E sehari dan 1000-2000mg Vitamin C sehari untuk hilangkan jerawat dengan berkesan.

    Hah, berapa banyak buah dan sayur nak kena makan tu? Mampu ke kita?

    Sebab tu lah, kita perlukan vitamin atau supplement tambahan.


    Vitamin ini juga amat penting untuk merawat dalaman kita yang bermasalah seperti hormon, stress, penghadaman, toksin berlebihan..

    Inilah yang saya cakap tadi, rawat puncanya untuk rawat masalah jerawat ni. Saya sendiri pun mengamalkan supplements Shaklee ni dah hampir 4 tahun. Dan Alhamdulillah kulit saya dah banyak sangat improved berbanding dulu.

    Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut tentang supplements Shaklee ni di bawah ya.

    Langkah 4 : Yakin dan sabar

    Nak selesaikan sesuatu masalah, kita kenalah usaha dan ikhiar kan.

    Takkan nak duduk tak buat apa-apa, lepas tu stress sorang-sorang.

    Siapa yang berusaha, pasti dia akan berjaya.

    Anda boleh cuba 3 langkah yang dah saya kongsikan ni ya.

    Usaha, konsisten dan sabar.

    Berdoalah juga kepada Allah supaya segala apa yang kita ikhtiarkan tu berhasil dan dipermudahkan.

    Apa Kata Mereka Yang Dah Mencuba Shaklee

    Ada beberapa supplements yang sangat membantu untuk merawat masalah jerawat dari dalam.
    Antaranya
    • Vivix
    • Shaklee Collagen Powder
    • Vitamin C
    • Vitamin E
    • GLA Complex
    • Alfalfa
    • ESP
    Tak semestinya anda ambil semua. Boleh hubungi saya untuk consultation ya. Saya akan consult yang sesuai mengikut masalah dan keperluan anda.

    Testimoni 1

    Tiada lagi masalah jerawat besar dan bernanah


    Testimoni 2

    Tiada lagi jerawat dan parut hitam

    Testimoni 3

    Kulit makin bersih, sihat dan cerah

    Testimoni 4

    Kuncinya, sabar dan konsisten!

    Ini adalah antara perkongsian dari mereka yang dah berjaya hilangkan jerawat dan parut masing-masing.

    Ramaiiii lagi yang dah berjaya, ramai yang saya dah bantu dalam usaha menghilangkan jerawat mereka.

    Jika anda pun nak saya bantu untuk menghilangkan masalah jerawat dan parut anda, hubungi saya segera ya.
    Lagi lambat masalah jerawat ni dibiarkan, lagi susah nak hilangkannya nanti.

     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    Monday 17 October 2016

    Cara Menghilangkan Jerawat. Umur 30an Tapi Masih Ada Jerawat? Ini Puncanya


    Siapa cakap jerawat hanya jadi bila waktu remaja je?
    Biasanya orang tua-tua cakap, jerawat gatal tu. Yer la budak-budak baru nak up kan :)

    Tetapi faktanya, ramai jer orang dewasa yang berusia 30-an, 40-an malah 50-an pun masih belum bebas dari serangan jerawat ni.

    Bayangkan la dari zaman remaja sampai dah kahwin beranak-pinak pun kulit masih juga penuh jerawat pelbagai rupa. Stress kan. Ada tu pula, yang zaman remaja kulit cantik je takde masalah tetapi tiba-tiba dah makin meningkat usia tu jerawat datang menyerang pulak. Yang ni lagi stress.

    Kenapa agaknya macam tu ye?

    Menerusi website, American Academy of Dermatology (AAD), ada dijelaskan 5 punca utama kenapa jerawat masih menyerang anda yang berumur 30 tahun ke atas.

    Jom kita ketahui punca-punca ni, supaya bila dah tau puncanya barulah senang nak atasinya kan.


    1. Perubahan hormon

    Masalah berkaitan hormon ni adalah masalah dalaman.

    Majoriti kaum wanita yang mengalami masalah jerawat, terutamanya jerawat yang agak serius ni adalah disebabkan hormon yang berubah-ubah.
    • Ketika haid
    • Ketika hamil, pra-menopase dan menopause
    • Ketika sedang atau berhenti mengambil pil perancang

    2. Stress

    Sememangnya ada kajian yang menunjukkan stress juga boleh menyebabkan jerawat.

    Apabila kita stress, tubuh kita akan menghasilkan lebih banyak androgen (jenis hormon). Hormon ini merangsang kelenjar minyak di kulit yang membuatkan jerawat mudah naik.

    Maklumlah, bila dah makin meningkat usia ni, banyaknya la hai 'masalah negara' nak kena fikir. Dengan hal kerjanya, hal rakan sekerja, hal kewangan, hal keluarga, anak-anak dan macam-macam lagi. Bukan jerawat je naik, muka pun cepat berkedut seribu tau :(


    3. Keturunan

    Ini adalah berkaitan dengan genetik.

    Ramai juga yang mungkin tak sedar yang ini adalah punca utama kenapa kulit mereka bermasalah.

    Seperti mana yang pernah saya ulas sebelum ni tentang Punca Sebenar Kenapa Jeragat Susah Nak Hilang Yang Wajib Anda Ambil Tahu, selain jeragat, masalah jerawat juga ada yang berpunca dari faktor keturunan.


    4. Produk penjagaan kulit yang tidak sesuai

    Sesetengah orang, guna lah produk apa pun. Kulit ok je takde masalah.

    Tapi, kalau anda tergolong dalam golongan kulit yang sensitif dan bermasalah, kena hati-hati ya dalam memilih produk penjagaan kulit ni.

    Jangan lihat hanya pada testimoni, tetapi lihat juga pada kandungan produk tu.

    Dan lagi satu, jangan suka tukar-tukar produk ya. Tabiat sekejap guna A, sekejap guna B, sekejap guna C ni lah yang akan merosakkan lagi kulit anda.

    Pilih yang selamat serta semulajadi, dan guna dengan betul, konsisten dan sabar.

    Anda mungkin juga berminat dengan Tips Memilih Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Jerawat Dan Kulit Berminyak


    5. Kekurangan vitamin

    Ramai yang tak sedar, kekurangan vitamin tertentu juga adalah punca utama masalah jerawat yang tak berkesudahan.

    Antaranya seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Zink...

    Selalu dengar kan, orang cakap kalau nak kulit cantik, rajin-rajinla makan buah dan sayur. Hah, sebab buah dan sayur ni kaya dengan vitamin.

    Tapi, itulah masalah kita ni, nak makan buah sebiji sehari pun susah. Tambahan pula, tanaman sekarang bukan macam zaman dulu dengan penggunaan bahan kimia yang berleluasa, dengan tanaman pun sekarang banyak yang diproses dan diubah-suai.

    Jadi, disebabkan tulah kita sangat-sangat memerlukan supplement tambahan untuk menampung lompong-lompong vitamin dalam badan kita ni.

    Bila dalaman cantik dan sihat, luaran pun pasti cantik dan sihat.


    Anda juga mungkin berminat dengan Cara Hilangkan Jerawat Paling Mudah Dan Berkesan