Thursday 6 October 2016

7 Cara Elakkan Gincu Terkena Gigi Supaya Tak Kantoi Malu Sendiri


Kalau pasal make-up, i'm not the right person untuk tanya sebarang soalan.

Sebab ilmu saya tentang makeup ni zero kot. Keluar rumah memang setakat tepek bedak dengan lipstick je pun.

Entry kali ni saya bukan nak bercerita tentang tips make up. Tapi, saya nak share common problem bila pakai make up, to be specific, lipstick.

Lipstick selalu terlekat kat gigi.

Siapa yang selalu ada masalah ni?

Bayangkan la kan kita punya confident senyum tayang gigi dekat orang, tapi kita tak perasan pun lipstick lekat kat gigi. Orang tu pun mesti rasa pelik atau 'awkward', tapi dia sendiri pun tak tau nak tegur ke tak.

Saya pernah tau, cik abang tegur lipstick terlekat kat gigi. Series malu wehh. Itu baru cik abang tegur, kalau orang lain tegur, confirm lagi malu kot. Walaupun selalu jer termalu sendiri bila tengok kat cermin lipstick ada kat gigi, tapi kalau orang tegur ni malu dia double triple kot.

Jom..

Saya kongsikan tips untuk elakkan gincu terkena gigi supaya kita tak kantoi malu sendiri dan orang lain pun tak janggal bila ternampak :)


1. Tisu

Trik yang agak klise, tapi ternyata berkesan. Caranya, letakkan sehelai tisu di antara permukaan bibir atas dan bawah. Kemam perlahan-lahan dan fokus pada bahagian dalam bibir. Ia akan menghilangkan lebihan kesan gincu dan ini mengelakkan rona gincu terkena pada permukaan gigi.

2. Jari telunjuk

Mungkin ini salah satu cara yang pelik untuk menghilangkan lebihan rona gincu, tetapi ia sememangnya berkesan. Letakkan jari telunjuk anda ke dalam mulut dan tarik keluar perlahan-lahan, dan pada masa yang sama kemam bibir anda. Anda akan terkejut berapa banyak gincu yang melekat pada bahagian dalam bibir.

3. Guna berus bibir

Ini bermakna anda boleh mengawal berapa banyak amaun gincu yang anda oleskan pada bibir. Dengan cara ini, permukaan dalam bibir tidak akan penuh dengan lebihan gincu.

4. Guna straw

Percaya atau tidak, sewaktu kita minum ia boleh menyebabkan rona gincu jatuh pada gigi. Elakkan masalah gincu melekat pada gigi dengan menggunakan straw waktu minum.

5. Jangan gigit bibir

Menggigit bibir hanya akan menyebabkan rona gincu comot dan melekat pada gigi. Jadi, hentikan tabiat menggigit bibir serta-merta.

6. Pilih gincu matte

Jarang kita lihat rona gincu matte melekat pada gigi kerana ia tidak mempunyai efek glossy dan smudgy.

7. Pastikan periksa selalu

Rajinkan diri untuk memeriksa diri di hadapan cermin terutama sekali pada bahagian gigi kerana ia jadi tumpuan utama kala berkomunikasi. Takut-takut ada comotan gincu pada gigi.

Thanks for reading!
Semoga bermanfaat..


No comments: