Monday 24 October 2016

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Berkesan, Kenali Dan Atasi Puncanya


Kalau dulu, mungkin ramai yang ingat masalah jerawat ni berpunca akibat dari tidak menjaga kebersihan wajah, maksudnya tidak mengamalkan rutin mencuci, menyegar dan melembapkan wajah.

Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit.

Tanggapan ini tak salah sebenarnya, sebab memang betul pun. Cuma, ianya bukan punca sebenar masalah jerawat yang susah nak hilang ni.

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Berkesan, Kenali Dan Atasi Puncanya

Apa benda pun, nak selesaikan tu haruslah dari puncanya.

Begitu juga masalah kulit ni.

Ketahuilah kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada dalam.

Tahukah anda, 70% punca masalah jerawat ni adalah dari dalam?

Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.

Jom baca dengan lebih lanjut...


1. Dahi

Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan.

Sejurus dapat tahu ada jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula.

2. Zon-T

Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah.

Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.

3. Sekeliling mata

Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang dan nyahhidrat.

Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.

4. Pipi

Bahagian atas:
Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu, penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran melekat di pipi dan menyumbatkan pori muka.

Dinasihatkan juga menukar alas bantal setiap minggu bagi mengelakkan kotoran terkumpul berpindah ke wajah anda. Lebihkan memakan sayuran seperti kubis, tauge dan labu.

Bahagian bawah:
Uniknya, ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Jika anda mempunyai masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara.

Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas.

5. Hidung

Jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi.

Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.

6. Telinga

Deria ini bersambung terus dengan organ buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak.

Kurangkan pengambilan garam dan kafein.

7. Dagu

Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil.

Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Jelas bahawa anda makan secara melulu dan tidak berkhasiat. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.

Anda mungkin juga berminat dengan Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat dan Cara Cerahkan Kulit Dengan Cepat

No comments: