Tuesday 18 October 2016

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat


Anda mengalami masalah jerawat?
Dah cuba macam-macam cara pun, masih tak jumpa cara berkesan untuk hilangkan jerawat anda.
Susahnya jerawat nak hilang.

Anda tidak keseorangan.

Berjuta-juta orang di luar sana pun mengalami masalah yang sama, dari peringkat umur remaja hinggalah dewasa, lelaki mahupun perempuan.

Jerawat ni terjadi apabila liang pori wajah tersumbat dengan sel kulit mati, kotoran, lebihan minyak yang menyebabkan wujudnya kawasan yang sesuai untuk bakteria membiak.

Bagaimana Jerawat Nak Hilang Kalau Puncanya Tidak Dirawat?

Punca berlakunya jerawat ni adalah seperti penggunaan produk penjagaan kulit atau kosmetik yang tidak sesuai serta yang lebih utama adalah masalah dalaman seperti hormon, pemakanan, penghadaman, stress, toksin berlebihan.

Melalui pengalaman saya hampir 4 tahun membantu mereka yang mengalami masalah kulit seperti masalah jerawat ni, apa yang dapat saya simpulkan adalah ramai yang masih menderita jerawat selama bertahun-tahun malah berbelas dan berpuluh tahun, adalah kerana mereka masih gagal untuk menyelesaikan punca jerawat itu sendiri.

Ini juga berdasarkan pengalaman saya sendiri yang menderita jerawat yang agak kronik sebelum ni.

Jadi, jika kena caranya, jerawat anda boleh pulih sebenarnya.

Yang penting, terus berusaha, sabar dan jangan putus asa.


Cara Menghilangkan Jerawat Yang Berkesan

Apa yang saya nak kongsikan di sini..
bukan petua-petua yang penat buat je, tapi hasilnya takde
bukan juga produk-produk kecantikan yang tidak tahu asal usul yang mungkin ada risiko merosakkan lagi kulit anda atau membahayakan kesihatan anda

Tetapi, cara menghilangkan jerawat yang terbukti berkesan jika anda amamlkan dengan betul, sabar dan konsisten.

So, dah bersedia?

Teruskan pembacaan ya.

Langkah 1 : Konsisten dengan rutin penjagaan kulit luaran

Punca jerawat, liang pori yang tersumbat akibat sel kulit mati, kotoran dan lebihan minyak.

Semak semula, adakah anda konsisten dengan rutin penjagaan kulit iaitu membersih, menyegar dan melembapkan? 3 rutin ni adalah paling asas yang perlu anda lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Sekiranya tiada, kena la bermula sekarang yer.

Sekiranya ada, semak juga produk anda. Penggunaan produk yang salah, tidak sesuai atau mengandungi bahan-bahan terlarang juga akan menyebabkan masalah jerawat anda tidak selesai.

Pastikan anda menggunakan produk yang bukan sahaja terbukti berkesan, malah selamat dan semulajadi, seperti rangkaian produk Enfuselle dari Shaklee.

Dan paling penting, jangan suka bertukar-tukar produk ya. Tahulah sekarang ni banyak betul produk-produk kecantikan di pasaran, tapi jangan mudah tergoda dengan janji-janji manis dan testimoni yang diiklankan.

Anda mungkin juga berminat dengan Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Hilangkan Jerawat Dan Kulit Berminyak


Langkah 2 : Minum air masak secukupnya

Ramai yang ingat, kalau ambil vitamin atau supplements je perlu minum banyak air masak.

Tapi, sebenarnya, kalau tak ambil sebarang supplements pun, kita perlu minum air masak secukupnya. Sekurang-kurang 2 liter sehari. Paling minimum.

Ini adalah supaya badan kita dapat berfungsi dengan cekap dan proses detox berjalan dengan lancar.

Ingat yer, bila dalaman sihat, barulah luaran pun sihat.


Langkah 3 : Ambil vitamins

Tahukah anda, 70% punca jerawat adalah dari faktor dalaman?

Ini termasuklah masalah hormon, toksin berlebihan, pemakanan, penghadaman, stress.

Jadi, nak rawat dalaman, haruslah dari dalam, betul?

Sebab tu dari dulu kita selalu dengar dan baca, kalau nak kulit cantik, makanlah banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Itulah yang terbaik. Atau lebih baik lagi, amalkan pemakanan yang seimbang kerana badan kita memerlukan vitamin dan mineral yang cukup supaya sel-sel badan kita mendapat zat yang cukup.

Ingat kan tadi, bila dalaman sihat, barulah luaran pun sihat.

Saya boleh cakap, banyakkan makan sayur dan buah-buahan untuk hilangkan masalah jerawat.

Tetapi, tahukah, untuk menghilangkan masalah jerawat ianya bukan semudah itu. Contohnya, mengikut saranan pakar, kita memerlukan 200-400IU Vitamin E sehari dan 1000-2000mg Vitamin C sehari untuk hilangkan jerawat dengan berkesan.

Hah, berapa banyak buah dan sayur nak kena makan tu? Mampu ke kita?

Sebab tu lah, kita perlukan vitamin atau supplement tambahan.


Vitamin ini juga amat penting untuk merawat dalaman kita yang bermasalah seperti hormon, stress, penghadaman, toksin berlebihan..

Inilah yang saya cakap tadi, rawat puncanya untuk rawat masalah jerawat ni. Saya sendiri pun mengamalkan supplements Shaklee ni dah hampir 4 tahun. Dan Alhamdulillah kulit saya dah banyak sangat improved berbanding dulu.

Saya akan kongsikan dengan lebih lanjut tentang supplements Shaklee ni di bawah ya.

Langkah 4 : Yakin dan sabar

Nak selesaikan sesuatu masalah, kita kenalah usaha dan ikhiar kan.

Takkan nak duduk tak buat apa-apa, lepas tu stress sorang-sorang.

Siapa yang berusaha, pasti dia akan berjaya.

Anda boleh cuba 3 langkah yang dah saya kongsikan ni ya.

Usaha, konsisten dan sabar.

Berdoalah juga kepada Allah supaya segala apa yang kita ikhtiarkan tu berhasil dan dipermudahkan.

Apa Kata Mereka Yang Dah Mencuba Shaklee

Ada beberapa supplements yang sangat membantu untuk merawat masalah jerawat dari dalam.
Antaranya
  • Vivix
  • Shaklee Collagen Powder
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • GLA Complex
  • Alfalfa
  • ESP
Tak semestinya anda ambil semua. Boleh hubungi saya untuk consultation ya. Saya akan consult yang sesuai mengikut masalah dan keperluan anda.

Testimoni 1

Tiada lagi masalah jerawat besar dan bernanah


Testimoni 2

Tiada lagi jerawat dan parut hitam

Testimoni 3

Kulit makin bersih, sihat dan cerah

Testimoni 4

Kuncinya, sabar dan konsisten!

Ini adalah antara perkongsian dari mereka yang dah berjaya hilangkan jerawat dan parut masing-masing.

Ramaiiii lagi yang dah berjaya, ramai yang saya dah bantu dalam usaha menghilangkan jerawat mereka.

Jika anda pun nak saya bantu untuk menghilangkan masalah jerawat dan parut anda, hubungi saya segera ya.
Lagi lambat masalah jerawat ni dibiarkan, lagi susah nak hilangkannya nanti.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: