Tuesday 17 July 2018

Atasi Masalah Sembelit Selepas Bersalin Dan Semasa Berpantang


Antara perkara yang paling digeruni dan bakal menjadi mimpi ngeri untuk ibu yang baru bersalin adalah masalah sembelit semasa dalam pantang.

Bayangkan dengan sakit dan luka bersalin pun belum sembuh lagi, terpaksa pula 'double' sakit setiap kali buang air besar akibat masalah sembelit. Ada yang lebih kronik, hingga jadi masalah buasir.

Begitulah yang terpaksa dilalui oleh Puan Aida Azwani, di mana beliau menjadi fobia dan menangis setiap kali hendak buang air besar akibat masalah sembelit beliau selepas bersalinkan anak kedua. Namun, selepas bersalinkan anak ketiga, tiada lagi masalah sembelit dan proses berpantang beliau juga menjadi lancar.

Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh beliau. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada ibu-ibu yang juga mengalami masalah yang sama.

Tiada Lagi Masalah Sembelit Terutamanya Ketika Dalam Pantang


Assalamualaikum..

Saya Aida Azwani Bin Agus Azhar, berusia 33 thn , seorang isteri dan ibu kepada 3 org anak. Saya adalah seorang ibu bekerja. Saya suka gelarkan diri saya Aida.
Semua wanita yang pernah melahirkan anak pasti ada kenangan kan, ada yang kenangannya manis dan bahagia. Ada yang pahit. Ada yang ngeri macam saya.

Pengalaman saya melahirkan anak kedua memang sangat manis. Yelah...cahaya mata kedua perempuan pula tu. Siapa tak Happy kan. Proses bersalin saya pun mudah je. Masuk2 labour room, tak sampai 30 minit dah selesai bersalin. Anak saya pun kecik je 2.6 kg. So tak de la susah sangat nak teran. Rasa macam nak membuang air besar je..tup2 tengok baby dah keluar. Alhamdulillah.segala urusan di permudahkan lagi dengan adanya suami di sisi sepanjang proses bersalin.

Tapi....lepas tu yang saya alami pengalaman yang sangat ngeri. Sejak sebelum kahwin lagi memang saya ada sembelit. Kadang-kadang seminggu sekali baru membuang. Tapi tak teruk. Lepas Minum orange atau buah pisang, mesti lawas punya. Anak pertama anak lelaki sembelit juga tapi tak kritikal. Tapi lepas bersalin anak no 2, sembelit saya jadi teruk sangat.

Hari ketiga baru nak pergi membuang. Belum buang lagi saya dah menangis sbb sangat sakit dan takut nak membuang.

Sekali tu, saya pegi ke tandas nak buang air besar. Lepas membuang, mangkuk tandas tu dah tukar jadi warna merah. Penuh dgn darah!! Seram sangat. Dah la kita ni baru lepas bersalin. Hilang banyak darah. Tambah pulak dengan sembelit. Memang seksa sangat.

Alhamdulillah Allah S.W.T kurniakan saya anak ketiga selepas 6 tahun
Masa berpantang anak nombor 3, saya tak alami masalah ni langsung. Masa tu saya ambil SET SEMBELIT SHAKLEE : VITAMIN C + OSTEMATRIX + LECITHIN



Yang best sekali saya tiada bengkak susu sebab apa sbb lechitin tu..wow amazing kan.
Macam-macam Shaklee effect saya dapat kan

Takde apa-apa masalah pun. Saya recover lagi cepat dari berpantang anak no 2. Yang paling best, NO SEMBELIT AT ALL!!! Memang saya happy dan teruja sangat. So saya pun tanya dan belajar dari pembacaan dan Mr google , kenapa saya dah tak sembelit selepas ambil Shaklee. Baca punya baca...rupanya sebab OSTEMATRIX.

KENAPA OSTEMATRIX KALSIUM ATASI SEMBELIT???

Bagi yang tak tahu apa tu OSTEMATRIX, ia merupakan vitamin yang mengandungi KALSIUM + MAGNESIUM + VITAMIN D. Sebab ni la, pill kalsium shaklee ni YANG TERBAIK BERBANDING PIL-PIL KALSIUM KAT FARMASI. Kandungan Vitamin D dalam Ostematrix ni membantu penyerapan maksimum kalsium dan membantu menyingkirkan kalsium2 yang terlebih.

Ingat! Kalsium tak boleh diambil dalam kuantiti yang berlebihan tau...nanti rosak buah pinggang. Sebab tu penting ada Vitamin D sama. Manakala, MAGNESIUM pulak berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan meyerap air dalam badan. Ia juga merangsang pergerakan otot.
Usus juga merupakan otot terpanjang dalam tubuh kita. So, bila usus digerakkan, sembelit tak berlaku la...
 


Haa..best kan ostematrix ni. Sekarang anak no 3 saya dah hampir 2 tahun. tapi saya still lagi amalkan ambil Ostematrix. Selain dari atasi sembelit, Ostematrix jugak baaaaanyak manfaat lain. Especially untuk kaum wanita. Macam saya yang selalu salah urat kejang kaki. Ostematrix dan sah sebahagian hidup saya tak lengkap tanpa ostematrix ni.

Thanks SHAKLEE


Betul Ke Set Sembelit Shaklee Ni Bagus ?

Shaklee ni bukanlah ubat, tapi supplement semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kesihatan badan untuk berfungsi secara optimum. Tiada kesan sampingan yang negatif, dijamin selamat dan semulajadi. Malahan semua produk Shaklee telah melalui pelbagai kajian yang teliti dari para saintis Shaklee untuk memastikan kualiti produk sentiasa yang terbaik.

Untuk testimoni mereka yang pernah mengamalkan produk Shaklee untuk masalah sembelit dan sukar buang air besar
>> Vitamin Untuk Sembelit

Bagaimana Nak Dapatkan Set Sembelit Shaklee ?

Jangan biarkan masalah sembelit anda melarat sehingga mengganggu aktiviti harian anda dan juga tahap kesihatan anda.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Resepi Biskut Cornflakes Madu Sedap Dan Rangup


Assalamualaikum

Biskut Cornflakes Madu ni antara kuih raya legend la juga kan. Anak-anak cukup suka biskut ni, mak-mak lagi la suka sebab senang sangat nak membuatnya.

Akak biasanya kalau buat kuih raya ni, buat yang anak-anak suka makan je. Biskut Cornflakes Madu ni boleh dikatakan tiap-tiap tahun buat.

Akak memang guna resepi ni je. Sedap dan rangup.


Resepi Biskut Cornflakes Madu

Bahan-bahan

Bahan A 

125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B

1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis (optional)
1 cwn badam cincang panggang/gajus (optional)

Hiasan 

Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau dipotong kecil atau coklat sprinkle (optional)

Cara-cara

1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.

2. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.

3. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.

4. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau atau coklat sprinkle (optional).

5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba.

Thanks for reading!

Monday 16 July 2018

Berjaya Hamil Walaupun Ada Masalah PCOS


Penyakit Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) adalah sejenis penyakit yang akan mengakibatkan gangguan fngsi ovari dan hormon kepada wanita. Kemungkinan untuk tidak boleh mengandung tu ada, tapi berkat ikhtiar dan doa yang tak putus, dah ramai wanita yang ada masalah PCOS ni berjaya hamil.

Seperti apa yang ingin saya kongsikan di entry kali ni, pengalaman Puan Nur Atiqah Zaaba, juga seorang wanita yang mengalami masalah PCOS akhirnya berjaya hamil.

Semoga perkongsian dari Puan Nur Atiqah ini memberi manfaat dan semangat juga kepada kaum wanita yang mengalami masalah yang sama untuk terus berjuang dan berusaha tanpa mengalah.


Berjaya Hamil Dan Turunkan Berat Badan Dengan Set Kesuburan Shaklee

Kisah saya dengan shaklee bermula dari tahun 2013 lagi. Tapi set yang sangat terkesan pada saya ialah set ikhtiar hamil yang saya ambil selepas saya bernikah.

Kisahnya bermula bila lebih dari 48 hari selepas nikah saya tak period. Mulanya dah gembira kononnya hamil. Tapi bila buat ujian kehamilan keputusannya negatif. Lebih dari 10 ujian saya cuba. Dari murah hingga lah mahal. Pertama kalikan teruja lebih.

Selepas mendapat pandangan dari rakan sekerja, mereka cadangkan saya cuba buat pemeriksaan doktor pakar sakit puan.Beberapa ujian di jalankan antaranya ujian ultrasound dan ujian darah.

Hasil daripada kedua-duanya mengesahkan saya mendalami Polysistic ovarian cyst (pcos) dimana punca utama daripada berat badan yang meningkat secara tiba-tiba yang mengganggu hormon di dalam badan.

Lebih hormon luteinising (LH) dihasilkan berbanding hormon perangsang folikel (FSH), yang menyebabkan folikel-folikel pada ovari menghasilkan lebih banyak hormon testosteron (hormon lelaki) berbanding hormon wanita iaitu estrogen.

Kelenjar adrenal juga mula meningkatkan penghasilkan testosteron. Terlalu banyak testosteron menghalang ovulasi, di samping simptom-simptom lain yang berkaitan dengan sindrom ini.

Estrogen masih lagi dihasilkan, tetapi oleh kerana folikel-folikel yang dihasilkan tidak mencapai tahap kematangan yang mencukupi sewaktu progesteron mula meningkat, ia menyebabkan wanita yang mengalami PCOS akan mendapati mereka kekurangan hormon progesteron. Sekaligus sukar untuk hamil.

Doktor mensarankan saya untuk mengambil ubat bagi membetulkan semula hormon dalam badan. Tapi salah satu akibatnya period takkan datang selagi ubat itu di ambil. Selain itu doktor juga mensarankan saya mula menjaga makan juga bersenam secara berkala.

Disebabkan oleh ubat itu akan memberi kesan sampingan lain, saya cuba berikhtiar dengan set kesuburan shaklee. Alhamdulillah berkat usaha, menjaga makan kebetulan bulan puasa masa itu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg.

 
Usaha yang tidak putus asa disamping berdoa semoga dipermudahkan semuanya. 2 minggu selepas raya result ujian kehamilan saya positif. Kalau ikutkan tak habis lagi set kehamilan yang saya ambil tu saya sambung makan sepanjang tempoh hamil.


Betul Ke Vitamin Kesuburan Shaklee Ni Berkesan ?

Rezeki anak adalah dari Allah, tetapi tak bermakna kita hanya berserah kepada Allah sahaja. Apa yang penting, adalah usaha kita. Vitamin kesuburan Shaklee ni adalah antara usaha terbaik untuk anda yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Malah, doktor-doktor pakar sendiri sentiasa menyarankan untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil mendapatkan vitamin tertentu yang secukupnya. Ini adalah agar sel-sel badan kita sihat, dan badan kita sendiri bersedia untuk hamil.

Selebihnya, sentiasa tenangkan diri dan banyakkan berdoa kepada Allah.

Untuk koleksi testimoni mereka yang berjaya hamil asbab ikhtiar dengan vitamin kesuburan Shaklee
>> Testimoni Set Kesuburan Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Vitamin Kesuburan Shaklee ?

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pesanan, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Resepi Dadih Homemade Sedap Dan Mudah


Assalamualaikum

Apa khabar semua. Mudah-mudahan semuanya sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

Budak-budak suka makan dadih kan. Bukan budak-budak je, mak dengan ayah budak pun suka juga.

Anak-anak akak suka sangat makan dadih. Kalau pergi pasar malam ke, pasar tani ke, nampak je orang jual dadih confirm nak beli. Lagi-lagi kalau dadih coklat atau milo.

Actually senang je nak buat dadih ni. Ada serbuk dadih instant yang dijual di pasaran, cuma akak tak pernah cuba. Akak biasa buat dadih yang tak guna serbuk dadih tu, akak guna serbuk agar-agar je then letak creamer Coffemate dan susu cair.

Simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk tu memang sedap betul.
Anak-anak akak memang suka betul kalau buat dadih ni. Sekejap je dah habis.

Jom akak kongsikan bahan-bahan dan cara-cara untuk buat dadih homemade ni ya.
Buat sendiri ni lagi puas hati sebenarnya. Selain kita tau apa bahan-bahan yang kita guna, kebersihan pun terjamin.


Resepi Dadih Homemade Sedap

Bahan-bahan

10gm agar-agar serbuk
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter (dlm 12 cawan )
200gm Coffemate Creamer
1 tin susu cair
Perisa ikut citarasa masing-masing

Cara-cara

1. Dalam periuk yang bersih masak air, agar-agar serbuk dan gula sampai mendidih. Kacau rata.

2. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate sedikit demi sedikit dan kacau sampai creamer larut.

3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.


4. Bahagi kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yang di kehendaki.  Akak buat perisa Milo, letak serbuk Milo je. Anak-anak suka macam ni.


5. Kacau cepat-cepat setiap perisa tu, dan tuang ke dalam bekas.

6. Biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan dalam peti ais. Siap dan bolehlah dimakan..

Mudah dan sedap. Lembut je dadih ni.

Selamat mencuba.
Thanks for reading!

Produk Hilangkan Parut Jerawat Hitam Di Wajah Dengan Cepat


Mula-mula terkejut juga bila Puan Shahizan ni cakap dulu muka dia macam muka pecah rumah. Teruk sangat ke muka ibu kepada 3 orang anak ni?

Tapi, bila saya tengok gambar dia yang dulu, barulah saya faham kenapa dia cakap macam tu. Penuh dengan parut tompok-tompok hitam. Nak ditutup dengan make-up pun, mau tebal berinci nak kena tempek. Ada harapan nampak macam opera cina ataupun orang panggil tepung gomak. Lebih kurang muka saya dulu juga la, kira saya pun muka macam pecah rumah la dulu :)

Tapi, Alhamdulillah sekarang kulit wajah Puan Shahizan dah makin cerah berseri. Hilang dah semua parut tompok-tompok hitam tu. Kalau tengok gambar dulu dan sekarang, memang berbeza sangat. 

Jom saya kongsikan perkongsian dari Puan Shahizan sendiri tentang kisah beliau bagaimana beliau berjaya hilangkan parut-parut hitam di wajah beliau dengan cepat dan berkesan.

Muka Pecah Rumah
 


Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.

Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. "Ni memang takde lain la ni mesti makan terung" tak pun "dah tau alergik terung sapa suruh makan". Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada "mata" kerana seringkali jerawat pastinya ada "mata" dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa "fake" sangat.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. YOUTH dilancarkan "on time" muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar "Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni".

Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai "ibu" segala masalah kulit kerana ia ibarat "trigger". Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.

Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.

Bulan 3 YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo (masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa.

Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.
 


YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit YOUTH. Wow, "Vivix luar dalam".

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan "sold out"nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin YOUTH Che Yan.

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu.
 


Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.

Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan YOUTH.

Che Yan boleh katakan YOUTH is the best n YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka.

There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best YOUTH.


Betul Ke YOUTH Dari Shaklee Ni Berkesan ?

YOUTH adalah revolusi kepada skincare semulajadi yang mementingkan kesan. Asas kepada kulit cantik adalah pembaharuan sel. Bila umur meningkat semua dari kita alami proses pembaharuan sel yang lambat. Dengan teknologi canggih untuk hasilkan YOUTH ianya bukan sahaja menangani masalah kulit dan penuaan pada permukaan kulit tapi jauh ke peringkat sel kulit.

Untuk koleksi testimoni mereka yang menggunakan YOUTH dari Shaklee
>> Testimoni YOUTH Dari Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan YOUTH Dari Shaklee ?

Kalau anda dah banyak berhabis duit, masa, tenaga dan emosi dalam misi mencari set penjagaan kulit yang bagus, tapi belum nampak kesan yang terbaik untuk masalah kulit anda, saya sangat recommend anda untuk mencuba YOUTH. InsyaAllah sangat berbaloi.

Setiap produk dalam set penjagaan kulit YOUTH saling bersinergi dan bekerjasama untuk memberikan hasil terbaik kepada kulit. Jadi, seeloknya amalkan set lengkap yang mengandungi pencuci muka, toner, serum dan pelembap siang serta malam.

Dan jangan lupa untuk gunakan secara konsisten ya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pesanan, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday 11 July 2018

Beli Baju Renang Kanak-kanak Online


Assalamualaikum

Sebelum raya hari tu, selain mencari baju raya, akak dan cik abang sambil tu mencari-cari juga baju renang untuk anak-anak. Baju renang yang lama tu dah ketat sangat, kain dia pun macam dah nak rosak. Maklumlah, dah bertahun-tahun dah baju tu berjasa.

Baju Renang Muslimah

Merata juga la kami mencari, tapi takde yang berkenan di hati. Tiba-tiba, teringat yang dulu akak pernah beli online baju renang untuk diri sendiri. Akak beli dekat Haleema Swimwear


Ada banyak design baju renang muslimah yang cantik-cantik kat sini. Akak pilih yang macam dalam gambar kat atas ni, simple je. Harganya tak silap akak RM 170. Dah 2@3 tahun kut akak beli ni, so harga tak sure masih sama atau tak.

Baju renang ni ada baju, seluar dan tudung. Baju dan seluar tu tak bersambung terus, tapi ada tali untuk ikat baju tu kat seluar supaya waktu berenang tu baju tak terangkat nampak badan. Baju renang ni selesa sangat. Kain dia sama je macam baju renang yang ada kat pasaran. Potongan dia jenis lurus dan longgar, tak ketat. 

Baju Renang Kanak-kanak Online

Service pun bagus kedai ni. Kita boleh contact untuk tanya lebih detail tentang size dan sebagainya. Akak order baju renang untuk anak-anak minggu lepas. Lepas 2 hari close deal, terus sampai kat depan pintu rumah.


Yang ni baju renang untuk Irfan. Harganya RM 125. Harga ni berbeza ikut size. Macam yang Irfan punya ni, size 11 tahun sebab walaupun Irfan baru 9 tahun, tapi badan sado sikit. Kena beli size yang besar ikut badan. Design lebih kurang yang mama dia punya je. Irfan yang pilih sendiri, minat design ni. 

Alhamdulillah kain selesa, potongan pun lurus dan longgar sikit. Tak terlalu ketat. Untuk baju renang kanak-kanak lelaki ni, baju dan seluar tak bersambung. Akak beli yang lengan dan seluar pendek. Ada juga set seluar dan lengan panjang.


Yang comel ni, baju renang kakak Aina. Harganya RM 130. Kakak Aina badan kecil molek macam mama je, so pakai size yang sama dengan umur, size 10 tahun. 

Baju renang kanak-kanak perempuan ni ada baju, seluar, tudung dan cap. Baju dan seluar bersambung terus. Senang kan, baju tak terangkat waktu tengah berenang. Maklumlah, budak perempuan kan, Mestilah segan kalau baju terangkat nampak badan.


First time rasmi baju renang baru. Gambar sebelum nak pergi swimmming class ni. Alhamdulillah, kakak Aina and Irfan dah makin pandai swimming dah. Cuma free style tu je macam susah sikit. Swimming class pun dah nak habis dah. Tinggal lagi 2 sesi kut tak silap.

So, korang yang mencari-cari juga baju renang muslimah atau baju renang kanak-kanak yang affordable, berkualiti, cantik dan selesa, boleha la survey tengok dekat Haleema Swimwear tu ya.

Thanks for reading!


Set Berpantang Terbaik Untuk Ibu Bertenaga Dan Susu Banyak



Pengalaman Manis Berpantang Anak Ketiga Dengan set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum. Saya Nurul Suwana Bt Abu Bakar berumur 31 tahun seorang ibu dan mempunyai 3 orang anak.

Sue ingin kongsikan pengalaman berpantang anak ketiga dengan set berpantang shaklee..bermulanya tahu diri hamil sue dah ambil set hamil setiap hari sehingga la bersalin..

Kalau dulu bila tahu mengandung sue hanya ambil ubat yang klinik bekalkan. Bila makan jadi pening nak muntah mungkin tak sesuai dgn sue dan bila tak makan tekanan darah rendah..asyik kena marah dengan nurse sebab hb low nanti effect kepada baby. Sue juga ada masalah sembelit yg teruk dan selalu kejang kaki semasa kehamilan sebelum.

Tetapi berbeza dengan kehamilan ketiga ini..Sue amalkan set hamil shaklee, Pernah juga ada masalah hb low diawal kehamilan..itu pun disebabkan alahan tak boleh bau makanan..makan muntah, tapi tak lama kandungan masuk ke usia 4 bulan semuanya kembali normal.
 



Sepanjang kehamilan ke 3 kurangnya kejang kaki kurang masalah sembelit dan hb kembali cantik..yang best nya hamil kali ni sue bebas kena kencing manis..anak yang dulu sue kena kencing manis sehingga terpaksa cucuk insulin..

Sepanjang tempoh bersalin alhamdulillah tidak mengalami kontraksi yang lama, tiada koyakan bersalin, dan cepat discaj..sebelum masuk ke labour room sue mengambil 6 biji pil ostematrix untuk mengurangkan kontraksi.

Selepas dibenarkan discaj sepanjang tempoh rawatan susulan jaundis anak diklinik tiada masalah dan kali ini tiada lg episod berkampung didalam wad seperti abang-abang yang lain.

Berpantang sendiri bersama dengan 2 orang hero sangat mencabar, nasib la sue ambil set pantang yg ada b complex membantu sue daripada stress dan meroyan dan lecithin mengurangkan bengkak susu.

Selain daripada kekal bertenaga dengan set berpantang bonus yang sue dapat alhamdulillah susu meriah, sehingga kini awliya sudah berumur 1 tahun 2 bulan masih lagi menyusu badan berbanding abang-abang nya sebelum ini hanya sampai usia empat bulan sahaja.



Tiada lagi mimpi ngeri sembelit ketika berpantang. set berpantang yang sue ambil ialah vitalea, vitamin c, b complex, ostematrix, esp dan alfafa....Alhamdulillah sue yakin dgn pilihan sue kerana produk shaklee ini dijamin selamat , semulajadi dan berkesan.

Jika ibu-ibu tercari-cari set berpantang sue syorkan ibu-ibu mencuba set berpantang shaklee kerana sue sendiri dapat kesan positif yang sangat berbeza ketika berpantang sebelum ini..

Ini lah shaklee effect Sue.


Betul Ke Set Berpantang Shaklee Ni Bagus ?

Untuk testimoni lain ibu-ibu yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee, boleh klik
>> Testimoni Set Berpantang Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan Set Berpantang Shaklee ?

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday 10 July 2018

Anak Selalu Batuk Dan Selsema Hingga Keluar Darah Dari Hidung


Assalamualaikum

Supplement Shaklee bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa, malah ada juga supplements yang bagus, selamat dan disarankan untuk kanak-kanak. Akak sendiri pun memberikan anak-anak akak supplement Shaklee mengikut keperluan mereka.

Atas faktor persekitaran dan juga pemakanan, kanak-kanak sekarang amat mudah diserang virus dan bakteria. Selalu sangat demam, batuk dan selsema. Kita sebagai ibu bapa, dah tentu la risau bila anak-anak sakit.

Anak demam sikit pun kita dah risau kan. Cuba korang bayangkan, Puan Sabariah Basri ni, anaknya mengalami batuk dan selsema hingga selalu keluar lendir berdarah dari hidung. Allah, tak dapat akak bayangkan perasaan Puan Sabariah ni. Akak yang dengar ni pun dah rasa seriau dan risau.

Jom sama-sama kita baca perkongsian Puan Sabariah.

Anak Semakin Sihat. Tiada Lagi Selsema Jahat Penyebab Hidung Dan Lendir Berdarah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu dan salam sejahtera.

Saya Sabariah binti Basri, berumur 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi 2 tahun 9 bulan.

Saya ingin kongsikan kisah anak kedua saya, Adam. Selepas habis berpantang dan masuk kerja saya hantar Adam ke taska. Dalam usia 4 bulan ketika itu, Adam mudah dijangkiti batuk selesema, lebih-lebih lagi taska di bawah Kementerian tempat saya bekerja 100% menggunakan penghawa dingin.

Dalam sebulan memang payah nak tengok hidung Adam kering. Sentiasa berhingus.. Batuk dan selesema berpisah tiada. Sebelum ini saya pernah kejarkan Adam ke hospital seawal pukul 2 pagi disebabkan batuk berpanjangan sehingga sukar untuk bernafas. Setiap kali itulah Adam kena ambil nebulizer. Bergema segenap ruang hospital dengan suara Adam yang meraung sebab tak nak pakai topeng pelik dengan bunyi yang menakutkan itu.

Ketika berusia setahun, saya perasan hidung Adam selalu berdarah. Kadang kala darah keluar dari hidung pada waktu malam ketika sedang tidur lena. Saya hanya perasan darah kering di pipi Adam dan cadar penuh dengan darah pada sebelah pagi. Pernah darah keluar banyak dan terdapat ketulan darah yang membimbangkan saya. Perkara ini berlarutan sehingga umur Adam 2 tahun 7 bulan.



Setiap kali pergi pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan, saya beritahu masalah hidung berdarah kepada doktor. Doktor maklumkan bahawa perkara tersebut biasa berlaku apabila anak-anak selesema dan ketika suhu badan panas.

Pertengahan tahun 2017, Adam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan batuk selesema yang berpanjangan. Doktor mengesahkan Adam mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru. Allah.., betapa sedihnya saya ketika itu. Anak sekecil Adam terpaksa duduk dalam wad, menahan sakit jarum suntikan dan setiap kali perlu ambil darah.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya setiap kali mendengar Adam meronta-ronta minta dilepaskan. 5 hari berkampung di hospital dan akhirnya Adam dibenarkan untuk pulang.

Doktor memberi temujanji untuk berjumpa pakar ENT di hospital berikutan masalah hidung Adam yang kerap berdarah. Pada hari temujanji, doktor pakar mengesahkan tiada apa-apa yang serius pada Adam. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Namun dalam hati bertekad untuk mencari alternatif lain untuk mencegah masalah batuk, selesema punca hidung Adam selalu berdarah daripada berulang.

2 bulan lepas setelah sekian lama saya menyepi daripada team Shaklee, Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati saya untuk aktif semula bersama team OMS. Saya kembali dengan semangat baru dan berazam untuk maju dalam kerjaya SID saya.
Melalui kelas dan bimbingan yang saya perolehi daripada mentor-mentor group OMS, saya mencuba berikhtiar dengan Omega Guard Shaklee. Untuk kanak-kanak sekecil Adam yang tidak boleh menelan kapsul vitamin, saya pecahkan sebiji Omega dan masukkan dalam bancuhan susu Adam dan bagi Adam minum setiap malam sebelum tidur.




Dan hasilnya.., Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menemukan penyelesaian untuk segala ikhtiar saya selama ini. Hidung Adam dah tak berdarah lagi. Selesema yang menjadi rakan baik Adam sebelum ini dah pergi jauh-jauh. Batuk juga semakin berkurang. Tiada lagi insiden baju dan kusyen kereta kotor dengan muntah akibat batuk berpanjangan. Adam semakin ceria, membesar dengan sihat dan aktif.

Semoga Adam sentiasa sihat walafiat dan bebas dari batuk, kahak dan selesema penyebab hidung berdarah. Alhamdulillah, syukur sebab saya dipertemukan dengan Omega Guard.


Betul Ke Vitamin Kanak-kanak Shaklee Ni Bagus?


Untuk perkongsian ibu-ibu lain tentang vitamin kanak-kanak Shaklee
> Vitamin Kanak-kanak

Bagaimana Nak Dapatkan Vitamin Kanak-kanak Shaklee ?

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pesanan, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Resepi Kek Marble Sedap, Lembut Dan Gebu


Assalamualaikum

Minggu lepas ada jamuan raya kat school anak-anak akak. Akak dah memang plan nak buat kek yang simple-simple, so akak buat Kek Marble je. Lagipun cik abang pun request akak buat kek juga, saja teringin nak makan. Sedap le tu cik isteri buat tu :)

Kek Marble ni senang je pun nak buat. Resepi pun sukat pakai cawan je.

Rasa dia, Mashallah sedap sungguh. Lembut, gebu dan moist gitu. Ni pun anak-anak akak dah request suruh buat lagi. InsyaAllah tengok dalam sehari dua ni kut akak akan buat lagi. Lagipun ada jamuan raya kat KAFA pulak Jumaat ni, boleh la anak-anak bawa.

Resepi ni asalnya resepi Kek Marjerin biasa je. Akak olah sikit jadikan Kek Marble.

Jom akak share sini resepi tu k. Bole la korang buat juga, sure anak-anak suka punya la.


Resepi Kek Marble Sedap, Lembut Dan Gebu

Bahan-bahan

1 1/4 cawan / 250g marjerin Pelangi
1 cawan / 100g gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur gred A@B
1/4 cawan / 5 sudu besar susu pekat
2 cawan / 200g tepung naik sendiri (ayak)
* kalau nak guna tepung gandum, cuma tambah 1 sudu kecil baking powder
5 sudu besar susu segar (suhu bilik)
2 sudu besar serbuk koko (ayak)

Cara-cara

1. Mix marjerin, gula halus dan esen vanilla hingga jadi putih berkrim.
Tips : kena sampai putih berkrim tau sebelum masukkan telur. Kalau tak nanti kek tu bantat.


2. Masukkan satu demi satu (selangkan sedikit) telur dan mix hingga sebati.

3. Masukkan susu pekat.

4. Masukkan tepung naik sendiri dan susu segar secara berselang-seli. Kacau dengan senduk hingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian original, dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko ke dalam satu bahagian lagi, kacau sebati.

6. Letakkan adunan original dan adunan yang dicampur serbuk koko secara berselang-seli ke dalam loyang.


7. Panaskan oven suhu 170 lebih kurang 10 minit. Bakar dalam loyang petak atau bulat size 8 inci, suhu 170 masa 45 minit atau hingga masak.

8. Setelah masak, terbalikkan kek atas redai/besi jaring.

Terbalikkan kek atas jaring, macam ni

Kek yang dah siap dipotong. Ni untuk anak-anak bawa ke jamuan raya kat school

Selamat mencuba.

Thanks for reading!

Masalah Pori Besar Dan Jerawat Pasir Hilang Selepas 14 Hari


Sana-sini orang dok bercerita tentang YOUTH Shaklee. Maklumlah, makin ramai yang dah makin cantik berseri selepas guna YOUTH.

Kali ni pun akak nak share satu lagi kisah benar tentang YOUTH, perkongsian dari Puan Royanty Baruddin ibu kepada 3 orang anak, yang mengalami masalah kulit berminyak, liang pori terbuka serta masalah jerawat pasir.


Kesan Memberangsangkan Seawal 14 Hari Penggunaan YOUTH Shaklee

Assalamualaikum .... saya Royanty Baruddin. Ummi kepada 3 orang cahaya mata, seorang anak lelaki berumur 12 tahun dan kembar perempuan 6 tahun. Saya berumur 41 tahun.

Saya seorang ibu yang bekerja. Saya mempunyai kulit wajah yang berminyak di kawan zone T, Pori-pori terbuka dan selalu naik jerawat pasir.

Kulit muka saya sensitif tak berani dan mencuba sebarang skincare. Masa tengok shaklee mengeluarkan YOUTH Skincare, saya tergoda nak mencuba. Itu pun setelah tengok banyak testimoni yang positif walau pun guna dalam waktu yang singkat.

Alhamdulillah setelah menggunakan selama 14 hari, saya dah nampak effect yang memberangsangkan. Muka saya dah tak berminyak lagi, pori-pori semakin mengecil dan kulit muka terasa lembut dan segar je.

Kini tak perlu nak filter-filter bila nak upload gambar. Keyakinan itu datang sendiri dan tak perlu untuk menipu diri sendiri. Tampil yakin di hadapan tapa ragu-ragu.

Terima kasih shaklee. Ini la cerita shaklee effect saya.



Betul Ke YOUTH Dari Shaklee Ni Berkesan ?

YOUTH adalah revolusi kepada skincare semulajadi yang mementingkan kesan. Asas kepada kulit cantik adalah pembaharuan sel. Bila umur meningkat semua dari kita alami proses pembaharuan sel yang lambat. Dengan teknologi canggih untuk hasilkan YOUTH ianya bukan sahaja menangani masalah kulit dan penuaan pada permukaan kulit tapi jauh ke peringkat sel kulit.

Untuk koleksi testimoni mereka yang menggunakan YOUTH dari Shaklee
>> Testimoni YOUTH Dari Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan YOUTH Dari Shaklee ?

Kalau anda dah banyak berhabis duit, masa, tenaga dan emosi dalam misi mencari set penjagaan kulit yang bagus, tapi belum nampak kesan yang terbaik untuk masalah kulit anda, saya sangat recommend anda untuk mencuba YOUTH. InsyaAllah sangat berbaloi.

Setiap produk dalam set penjagaan kulit YOUTH saling bersinergi dan bekerjasama untuk memberikan hasil terbaik kepada kulit. Jadi, seeloknya amalkan set lengkap yang mengandungi pencuci muka, toner, serum dan pelembap siang serta malam.

Dan jangan lupa untuk gunakan secara konsisten ya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pesanan, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Monday 9 July 2018

Resepi Chocolate Chip Cookies Sedap Ala-ala Famous Amos


Assalamualaikum semua

Bertemu kita kembali dalam ruangan resepi yang mudah, sedap dan confirm jadi.

Antara biskut yang popular time raya, of course la biskut coklat chip kan. Banyak actually resepi ni kalau korang Google. Bole je nak try, antara sedap atau tak and antara jadi atau tak je.

Akak pun dah pernah cuba a few resepi biskut coklat chip ni. Jadi tu jadi la, cuma ada yang sedap, ada yang so so je rasa dia. Dalam entry ni, akak nak share satu resepi biskut coklat chip kegemaran akak dan anak-anak. Highly recommended untuk korang cuba. Gerenti tak menyesal.

Biskut ni sedap sangat dan rangup. Ala-ala Famous Amos gitu rasa dia. Bahan-bahan pun semua yang senang je. Yang paling penting, mudah betul nak buatnya. Sukat guna cawan je and tak perlu mixer. Korang cuma perlu ada bahan-bahan, oven dan kerajinan je.

Biskut ni bukan time raya je boleh buat. Anytime pun boleh. Anak-anak akak memang suka betul biskut ni. Baru je semalam akak buatkan satu adunan, letak dalam balang. Boleh la time relax-relax tu kunyah-kunyah.


Ok, jom akak kongsikan resepinya. By the way, resepi ni akak ambil dari kawan di Facebook. Dari Azie Kitchen katanya resepi ni.

Resepi Chocolate Chip Cookies Sedap Ala-ala Famous Amos

Bahan-bahan

Bahan A

1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B

2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.



2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar.


3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.


4. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.


5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.
* Part ni, akak bakar lebih lama sikit. Dalam 30 minit macam tu baru dia betul-betul garing. Ikut oven dan loyang masing-masing rasanya.


Selamat mencuba.
Kalau korang dah cuba, bole la share dengan akak kat komen ya.

Thanks for reading :)

Atasi Keletihan Dan Kekal Bertenaga Semasa Hamil


Assalamualaikum

Apa khabar :)

Baru-baru ni, ada customer yang berkongsi dengan saya tentang masalah beliau yang terlalu teruk alahannya dan letih-letih sepanjang hamil. Masalah beliau ni bukan sekadar sewaktu trimester pertama, malah berlarutan hingga trimester kedua.

Pengalaman dan dugaan ketika hamil ni, setiap ibu pasti merasainya dan ianya berbeza-beza.

Berikut saya kongsikan pengalaman Puan Nur Illiani Mat Yusof, yang menceritakan pengalaman beliau ketika hamil anak beliau yang ketiga yang mana ianya berbeza ketika beliau hamil anak pertama dan kedua. Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak manfaat untuk ibu-ibu yang sedang hamil di luar sana.

Tiada Alahan Dan Cergas Bertenaga Ketika Hamil Dengan Set Hamil Shaklee

Pengalaman mengamalkan set hamil Shaklee memberi satu pengalaman indah lebih-lebih lagi pada kehamilan ke tiga dan usia pun dah memasuki 30-an. Apa yang saya gembira sangat-sangat, saya tidak mempunyai sebarang alahan dan saya hamil juga tidak disedari oleh rakan sekerja kerana tiada sebarang tanda saya sedang hamil pun. Sentiasa cergas, tidak pernah ambil cuti sakit dan kerja berjalan seperti biasa.


Kenapa saya konsisten mengamalkan setiap vitamin Shaklee ini? Selain saya telah merasai kesan yang sangat-sangat positif terhadap diri saya sejak mengamalkan supplement secara konsisten dari penghujung tahun 2012, saya tahu badan saya memerlukan setiap nutrisi yang ada dalam supplement yang saya amalkan ini lebih-lebih lagi saya sudah mempunyai dua orang anak sebelum ini, seorang ibu yang bekerja dan pada masa yang sama saya juga seorang pelajar di sebuah institusi pendidikan awam.

Jadi saya perlu memastikan diri saya sentiasa cergas, sentiasa sihat bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk suami dan anak-anak yang memerlukan saya sentiasa ada dengan mereka dalam apa jua keadaan.

 


Semasa kehamilan anak ke 2, saya disahkan mengidap kencing manis semasa hamil tetapi alhamdulillah, hamil anak yang ke 3 ini, saya bebas dari terkena kencing manis semasa hamil. Jika dulu hb saya sangat-sangat low dan pernah bacaan sehingga 8.6 dan terpaksa berulang alik berjumpa doktor pakar diklinik, tetapi syukur sangat-sangat kali ini bacaan hb saya sangat-sangat baik.

Semoga perkongsian saya ini boleh membantu ibu-ibu diluar sana supaya menjaga kesihatan kita bukan sahaja semasa hamil tetapi sepanjang masa dan secara konsisten dan berdisiplin bagi memastikan seisi keluarga kita dapat menjalani kehidupan yang lebih cergas dan lebih sihat.


Betul Ke Set Kehamilan Shaklee Ni Bagus ?

Untuk testimoni lain ibu-ibu yang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee, boleh klik
>> Vitamin Untuk Ibu Hamil

Bagaimana Nak Dapatkan Set Kehamilan Shaklee ?

Walaupun tidak nampak, sebenarnya ada banyak perkara yang sedang berlaku di dalam perut anda! Amat penting bagi ibu mengandung untuk tahu apa yang badan anda perlu. Jangan terlalu memikirkan tanggapan orang sekeliling kerana setiap kehamilan ada unik dan berbeza.

Jangan terlalu push diri sendiri hingga abaikan rasa letih.
Tak best kan kalau asyik letih dan melepek je.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit